Part 22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku

Aku baru nak buka suara dengan lebih kuat, ada je orang nak menghalang. Aku kerling ke belakang. Ingat lawa kot buat muka beku macam tu? Apa lagi yang dia nak ni? Semalam bukan main blah macam tu je. Tak boleh nak dibawa berbincang. Pagi ni muncul pula dekat kedai. Haish! Tak kerja ke apa mamat ni? Oh! Lupa. Anak bos kan?

" Aku nak beli sekuntum bunga mawar merah."

Ujarnya lebih pada arahan. Aku tidak menghiraukan dia lantas berlalu ke arah bunga mawar. Sekuntum aku ambil dan bawa ke kaunter.

" Bungkus elok-elok dan sertakan kad kecil dekat situ."

Aku ikut apa arahan dia. Lepas dah bungkus elok-elok dan cantik-cantik, aku ambil pula kad kecil dan bersedia nak tulis sesuatu. Tunggu ayat-ayat dia je ni.

" Tulis. I'm sorry and I love you Afiqah Insyirah. Please forgive me?"

Terkedu aku jadinya. Nak tulis terus tak jadi. Nak dongak kepala pun langsung tak berani. Akhirnya, aku tulis juga tapi aku tak sertakan nama aku. bila dah selesai aku selitkan pada bunga kemas-kemas.

" Semuanya 35 ringgit." Ujarku dengan nada bergetar. Tak sikit pun tengok ke arah dia.

" Keep the change."

Aku ambil huluran dia. 50 ringgit dan nak aku simpan bakinya? Biasa lah. Orang kaya. Turutkan sajalah. Bila dah selesai, aku bertindak untuk jauhkan diri daripada dia. Aku berura-ura nak gerak ke arah bekas bunga. Tapi dia cepat saja tangkap lengan aku yang berlapik ni. Tak jadi aku nak melangkah.

" Kau marah aku ke?"

Aku diam. Malas nak jawab dan layan.

" Aku minta maaf. Tapi aku tak sanggup nak berjauhan dengan kau."

Aku tarik lengan aku daripada pegangannya. Bila dah lepas aku tarik senyuman kecil tanpa melihat dia.

" Saya ada kerja. Maaf."

Tak jadi aku nak gerak ke bekas bunga. Aku bertindak untuk keluar daripada kedai sebaik sahaja nampak kelibat Zara. Perlukan kenteteraman buat seketika.

" Iqa! Wait!"

Oh please! Dia ikut aku pula! Mana aku nak pergi ni? Oh yes! Surau! Cepat saja aku berlari ke arah surau dan menuju ke bahagian perempuan. Sampai naik mengah aku jadinya. Aku kerling jam tangan. Baru pukul 10 pagi. Sempat lagi kalau nak buat solat duha. Jadi, perlahan-lahan aku tanggalkan kasut sport aku dan naik ke surau. Ambil wudhuk dan memakai telekung. Dan mulakan solat Duha.

**

Alhamdulillah. Selesai. Rasa tenang kembali. Baru aku angkat tangan untuk membaca doa, telinga aku dapat mendengar suara seseorang tengah membaca doa. Jadi sejuk hati aku saat dengar titipan doa dia tu.

" Ya Allah. Terima kasih atas segala kurniaan yang Engkau berikan padaku selama ini. Aku bersyukur sangat. Ya Allah. Salah kah apa yang aku sedang lakukan sekarang ni? Aku cuba nak gembirakan hati dia. Aku cuba ambil hati dia. Aku sayang dia. Tapi aku tak sengaja sakitkan hati dia. Ya Allah, aku rasa teruk sangat. Ya Allah, jika benar dia ditakdirkan untuk, jodohku, dekatkanlah kami. Satukanlah kami. Tapi jika dia bukan ditakdirkan untukku, bukan jodohku, jauhkanlah kami. Aku mohon sangat padaMu Ya Allah."

Dengar ayat-ayat doa tu sekali gus membuatkan air mataku mengalir ke pipi. Aku cam suara lelaki itu. Suara Mel. Ya Allah.

" Ya Allah. Berikanlah aku petunjuk."

Selesai berdoa, aku cepat-cepat buka telekung dan simpan di tempatnya semula. Tapi saat kaki aku nak melangkah keluar, telinga aku dapat tangkap lagi suara dia mengaji. Kali ni dia mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Sekali gus membuatkan aku rasa sebak dan sejuk hati ini.

Tapi aku perlu pergi. Nanti Zara cari. Bergegas aku keluar dan sarungkan kasut. Baru saja aku nak melangkah, ada seorang budak perempuan datang ke arah aku dengan sekuntum bunga. Aku tengok dia dengan kerutan di dahi.

" Akak. Ada orang bagi. Nah."

Dia hulurkan aku sekuntum bunga tu pada aku. Aku sambut dengan tanda tanya.

" Siapa bagi dik?"

" Tak tahu."

Terus adik tu berlalu tanpa sempat aku nak tanya lebih lanjut. Aku belek-belek bunga tadi. Ternyata ada kad kecil. aku buka kad kecil tu dan sekali lagi aku terkedu.

I'm sorry. I love you Afiqah Insyirah. Please forgive me. ~Syamel~

Tanpa dapat ditahan, bibirku mengukirkan senyuman saat baca ayat-ayat dia. nampak sangat dia buang kad aku tadi dan tulis semula. Mel. Mel. Aku mana boleh marah kau lama-lama. Aku sayang kau tahu tak? Tambah-tambah lepas dengar kau doa tadi. Aduhai.

" Kan cantik senyum macam tu."

Hampir gugur jantung aku saat dengar suara garau itu. Betul-betul ada depan aku. Entah bila dia muncul pun aku tak sure. Tiba-tiba ja. Bukan tadi dia tengah mengaji ke?

" Forgive me?"

Dengan mata berkelip-kelip plus muka minta simpati. Tangan siap buat lekuk love ditunjukkan pada aku. Tak cukup dengan tu, dia berikan pula senyuman membunuh dia tu. Aduhai. Mana tak cair weh!! Tergelak juga aku tengok reaksi dia tu.

" Awak ni lah. Ingat comel la tu?"

" Eh! Aku memang comel pun. Kau je baru perasan."

" Eii! Perasan besar!"

" mestilah sebab aku memang comel plus macho. Kan?"

Meluat tengok muka perasan dia tu, aku terus tampar dia dengan bunga yang dia bagi tadi. Padan muka. Dia siap mencebik lagi.

" Bunga aku bagi tu!"

" Ada aku kisah?"

Aku majukan langkah meninggalkan dia dengan bebelan dia tu. Tak kuasa nak dengar. But, for sure, he make me smile again. See! Aku mana boleh marah dia lama-lama. Keh!

**

Other's POV

" Bosannya!" Keluh Daniel saat dia terasa bosan yang amat.

Duduk dalam bilik tanpa berbuat apa-apa memang bosan. Nak keluar pun tak boleh. Mamanya kata dia tak boleh keluar sampai dia betul-betul sembuh. Sehari sebelum dia berangkat ke UK baru dia boleh keluar. Nampak tak permainan mamanya dekat situ? Wuargh! Ni nak kurung aku namanya.

Penat bebel dengan diri sendiri, dia melangkah ke arah meja kerjanya. Buku-buku kerja dibeleknya sekilas. Tersenyum hambar jadinya. Habis saja belajar, dia terus jadi penganggur. Disuruh kerja dengan papanya, dia tak nak. Sampai puas papanya memarahi dia. Yang dia tahu keluar berjoli dengan duit papanya tu.

Tapi sekarang, dia terasa menyesal. Semangat nak bekerja semula tu jadi berkobar-kobar. Tambahan pula dia akan menguruskan syarikat papanya di UK. Sebab itu dia pilih untuk berhijrah ke sana. Bukan hanya sebab menebus kesalahan pada Iqa tapi demi diri dia juga.

Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu mengejutkan dia daripada lamunan.

" masuk! Pintu tak berkunci."

Daniel melangkah semula ke arah katil dan duduk di birai katil. Letih bila asyik duduk diam tak buat apa-apa ni.

" Assalamualaikum."

Dengar saja suara lembut itu, Daniel terus terkedu dan menoleh ke arah empunya diri tersebut. Salam dijawab dalam hati.

" Awak sihat?" Tegur Tengku Imanina sambil tersenyum.

Daniel masih mendiamkan diri. Selepas saja kes semalam, dia jangka Nina takkan datang jenguk dia dah. salah dia juga sebab tanya Nina macam tu. tapi tak sangka Nina akan datang juga ke sini. Sebab itu, hati Daniel dah berbunga-bunga.

" Daniel?"

Tengku Imanina siap melambai-lambaikan lagi tangan dia depan Daniel. Nampak gaya macam Daniel ada dalam dunianya sendiri. Tengah mengelamun la tu.

" Oh ha! Ya!" tersedar Daniel dan terus berlagak biasa. Pandangannya terarah pada tingkap.

" Awak sihat? Mama awak kata saya boleh bawa awak keluar. Saya tahu awak bosan."

Dengar je perkataan keluar, naik bersemangat terus Daniel jadinya. Bibir pun dah tarik senyuman lebar.

" Ye? Bagus. Aku bosan sangat ni. Tolong bawa aku keluar. Aku nak ambil angin dekat luar."

Tengku Imanina tergelak kecil. Dah agak. Sebab Daniel ni bukan jenis duduk diam.

" Okay. Awak siap dulu. Saya tunggu dekat bawah."

" Okay bos!"

Keluar saja Tengku Imanina daripada bilik, Daniel terus menuju ke almari bajunya. Satu persatu baju dia tengok dan pilih. Tapi tiada yang berkenan dekat hati. Nak pakai baju apa? Tadi dia pakai baju warna putih kan? Shawl pula dia pakai warna pink kan? Okay. Aku pun kena pilih baju putih dan pink.

Pilih punya pilih, tangannya mencapai satu tshirt Polo belang yang berwarna pink putih. Memang sesuai sangat! Seluar pula hanya jeans. Selepas tukar, tangannya lincah membetulkan rambut dan buat gaya yang boleh dikatakan macho daripada biasa. Okay! Kau dah kacak dah tu Daniel. Hehe.

Hampir 15 minit baru dia turun ke bawah. Mengalahkan perempuan la kau ni Daniel. See! Tengku Imanina pun dah bosan tunggu kau. Aduhai.

" Sorry late." Ujarnya lantas berdiri depan Tengku Imanina.

Tengku Imanina yang melihat terpegun seketika. Matanya macam tak percaya tengok Daniel. Kenapa handsome sangat? Dan warna baju pun sama macam dia? Erk!

" Erk. Tak apa. jom lah."

Tak mahu rasa kekok sangat, Tengku Imanina keluar dulu daripada rumah dan menuju ke arah keretanya. Namun sempat dihalang Daniel. Daniel tersenyum dan ambil kunci kereta daripada tangan Tengku Imanina.

" Hari ni biar aku drive. Kau duduk je sebelah aku."

Terpinga-pinga Tengku Imanina jadinya bila tubuhnya ditolak sampai ke tempat penumpang. Mahu tak mahu, dia turutkan juga bila Daniel dah melangkah ke arah pemandu.

" Kita nak ke mana?" Soal Daniel sambil memakai tali pinggang keledar. Tengku Imanina di sebelah hanya menjongketkan bahu.

" Kalau macam tu, kita pergi main bowling la. Nak?"

Terlopong Tengku Imanina jadinya.

" Jangan harap! Awak tu baru sembuh. Tukar tukar."

Daniel tergelak kecil. Risaunya dia.

" Aku dah sembuhlah Nina."

" No! Never! Pergi je la ke mana pun selain tempat tu."

Daniel tersenyum dan mula memandu kereta keluar daripada halaman rumahnya. Dia tahu nak ke mana.

**

" Pantai?"

Daniel hanya menganggukkan kepalanya dan keluar daripada kereta. Tengku Imanina pula jadi terkedu melihat Daniel yang jalan ke arah pantai. Dia ikut saja langkah Daniel sampai Daniel berhenti melangkah.

" Ingat tak kat sini aku mengaku apa dah jadi pada aku. Dan kau pun tak kisah nak kawan dengan aku."

Perlahan-lahan Tengku Imanina membuat anggukan. Rasa speechless.

" Dan hari ni aku nak buat pengakuan. Tak nak sembunyi apa-apa lagi."

Daniel duduk dekat timbunan pasir dan memandang jauh ke hadapan. Walaupun baru pukul 4 petang tapi orang dah ramai datang ke sini. Rasa damai sangat bila datang sini.

Tengku Imanina turut duduk tidak jauh daripada Daniel. Ingin mendengar luahan Daniel.

" Maksud awak?"

" Kau tahu tak betapa bencinya aku pada semua orang saat aku tak dapat bersama Iqa?"

Tengku Imanina Cuma menggelengkan kepalanya.

" Sangat benci sampai aku berubah seratus peratus."

" Awak masih cintakan dia ke?" takut-takut Tengku Imanina menyoal.

Daniel terdiam. Matanya meliar melihat sekeliling.

" Kau percaya tak kalau aku cakap tak?"

Tengku Imanina hanya terdiam. Dia sendiri tak tahu. Sebab dia bukan boleh baca hati Daniel. Kalau dia boleh berbuat demikian, dah lama dia tahu perasaan Daniel pada dirinya.

" Aku tahu kau tak percaya sebab aku memang dah tak ada perasaan pada dia Nina."

Bibir Tengku Imanina menarik senyuman kelat. Entah. Dia tak tahu nak berikan reaksi apa.

" Nina."

Daniel mula menumpukan perhatian pada Tengku Imanina. Lembut renungan dia pada gadis itu sampai gadis itu tak mampu nak membalas renungan Daniel. Terasa malu.

" It's a different place, a different time
But my love is right
Even by your scenet that passes with the wind
I know it's you

But, I don't know
When did you start living in my heart?
I don't know
The reason my heart flutters when I see you

You can pass me by
because you forgot about me
Until you remember
I will wait for you.."

Pegun Tengku Imanina mendengar setiap bait ayat yang diluahkan Daniel sebentar tadi. Tak tertinggal satu pun. Dan Daniel berjaya membuatkan hatinya berdebar-debar kembali.

" Untuk kau. Lagu daripada korea. Aku translate."

Tengku Imanina tertawa kecil bagi menutup rasa gugupnya. Matanya terus melihat ke arah lain. Kalah pada renungan Daniel.

" Nina."

Daniel menarik nafas dalam. Dah tiba masanya dia luahkan apa yang dia nak luahkan. Puas dia fikir masak-masak dan dia rasa keputusan yang dia ambil ni sangat tepat.

" Yes?"

Tengku Imanina kembali menoleh ke arah Daniel. Nampaknya Daniel serius. Macam ingin katakan sesuatu.

" Aku tak macam lelaki lain. Aku tak handsome. Aku tak baik. Aku juga tak mampu nak bahagiakan orang lain. Aku juga agak ketinggalan dalam bab agama dan aku perlukan seseorang ajar aku ke jalan Allah semula."

Tengku Imanina kehilangan kata-kata. Kenapa Daniel kata macam tu?

" Nina. Kalau aku nak kau pilih aku yang tak berapa handsome ni kau nak? Kalau aku nak kau pilih aku yang tak baik ni, yang tak mampu bahagiakan orang lain ni dan agak ketinggalan dalam bab agama ni kau nak tak? Kau sanggup tak?"

Kali ni Tengku Imanina tak dapat lagi menyembunyikan reaksi terkejutnya. Mulutnya ditekup lembut. Ya Allah! Apa maksud Daniel ni?

" Nina. Kau nak tak ikut aku ke Uk?"

Terus Tengku Imanina menggelengkan kepalanya. Spontan. Maybe terkejut sangat. Daniel yang melihat tersenyum kecil.

" Then, kalau kau kahwin dengan aku kau nak tak?"

Kalau tadi Tengku Imanina menekup mulut gara-gara terkejut. Kali ni air matanya pula mengalir ke pipi selepas menerima kata-kata Daniel.

" Da..Daniel..." gugup Tengku Imanina cuba kawal perasaan.

" Aku dah sedar sesuatu Nina. Aku tak perlukan wanita sempurna. Aku tak perlukan cinta semata-mata. Tapi aku perlukan wanita yang boleh buat aku cintakan dia tanpa disuruh. Tanpa dipinta dan tanpa dipaksa. Dan wanita itu adalah kau Nina."

Tiba-tiba Daniel keluarkan sekotak baldu merah dan hulurkan pada Nina. Tengku Imanina tersentak saat melihat isi di dalam kotak tersebut. Lagi lah dia kehilangan kata-kata. Daniel benar-benar bertindak di luar jangkaannya.

" Aku tahu aku banyak buat salah pada Iqa sebelum ni. Aku juga tahu aku kejam pada orang lain juga. Termasuk kau. Tapi kalau boleh kali ni aku tak nak kehilangan cinta kedua aku. Cinta yang lahir tanpa aku sedar. Tanpa aku pinta. Sebab semuanya kerana Allah. Ya. Kau menyedarkan aku daripada semua perkara sia-sia tu Nina."

Daniel tunduk tengok cincin itu. tangannya mencapai cincin tersebut dan melihatnya dengan senyuman kecil.

" Aku tak sangka sebenarnya cincin ni dah jumpa tuannya yang sebenar."

Dia mendongak melihat Tengku Imanina yang sudah lencun dengan air mata itu. Perlahan-lahan dia hulurkan cincin tersebut pada Nina. Nina jadi teragak-agak nak ambil.

" Nina. Marry me? Kita bina hidup baru di UK?"

Tanpa dapat ditahan, Tengku Imanina terus menangis depan Daniel sambil menekup mulutnya. Terkejut campur terharu campur bahagia. Ya Allah! Tak sangka apa yang dia impikan selama ini jadi kenyataan.

" Beri aku peluang kedua Nina? Aku janji takkan sia-siakan."

Itu janji Daniel pada dirinya sendiri dan dia takkan ulang lagi kesilapan yang sama. Dia dah insaf.

Tengku Imanina menyeka air matanya dengan lembut. Pandangannya terarah pada cincin yang dihulurkan Daniel. Terbit senyuman kecil pada bibirnya.

" Kalau saya nak ikut awak ke Uk. Saya kena kahwin dengan awak?"

" Ya."

" Then, okay. I will marry with you and follow you Daniel."

End Other's POV

**

Haih! Kenapa aku rasa macam diperhati je daripada tadi ni? Janganlah cakap ada orang ikut aku pula. Aku nak balik rumah dah ni. Dah la Zara balik awal tadi. Tinggal aku seorang diri dekat luar kedai ni. Tunggu masa nak balik.

Abaikan Iqa. Abaikan! Jalan je ke arah motor. Abaikan perasaan kau tu. masukkan kunci. Naik dan pakai topi keledar. Okay siap! Then, start enjin motor. Okay siap juga! So, pulas minyak dan cabut!

" Afiqah!!!"

" Argh!!"

Buk!

Terketar- ketar aku tengok apa jadi depan mata aku. Mujur aku sempat tekan brek. Kuat pula tu! hilang rasa ketar aku, aku tengok lelaki yang berani-berani muncul depan mata aku tadi.

Bila dah kenal pasti siapa, aku tengok dia dengan jelingan tajam. Eii! Rasa macam nak sepak je dia ni sekarang.

" Awak dah gila ke?!" Marahku lantang. Geram sangat!

Dia hanya tersengih dan bangun daripada terjatuh tadi. Mujur tak ada apa-apa.

" Maaf. Saya Cuma nak jumpa awak."

Aku tepuk dahi. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskannya juga dengan perlahan. Kecik besar kecik besar je aku tengok mamat depan aku ni. Tak silap aku ni mamat semalam. Yang terlanggar aku.

" Awak buat apa dekat sini? Macam mana tahu saya ada dekat sini?" Soalku pelik.

" Saya ternampak. Kebetulan lalu sini tadi. Tup tup nampak motor awak. tu yang saya cuba usya sama ada betul atau tidak."

Aku merengus geram. Patutlah aku rasa macam diperhati tadi. Rupanya. Alahai! Buat aku lemah jantung je la mamat ni.

" Nak apa? Saya nak balik ni."

Dia tersengih lagi. Apa yang lawak? Sengih je kerja dia.

" Boleh saya minta nombor phone awak?"

Huh? Itu je? Apa kebendanya mamat ni?

" Motif?"

Aku bersedia nak gerak. Buat-buat pulas minyak. Tak kuasa nak tunggu lama-lama. Aku dah penat ni. kang dengan dia aku langgar. Baru padan dengan muka.

" Nak kenal-kenal."

Aku tengok dia atas bawah. Berbeza daripada semalam. Hari ni dia nampak sedikit selekeh. Nampak tak terurus macam semalam.

" Akif kan nama awak?"

" Haah."

" Maaflah. Phone saya tertinggal dekat rumah. Nombor pula saya tak hafal. So lain kali je la. Bye."

Tanpa membuang masa lagi, aku terus pulas minyak dan meninggalkan dia. entah mamat mana entah. Tiba-tiba ja. Menakutkan aku betul. Ni kalau si mamat beku tau, cemburu tak bertempat la mamat tu. Heh! Sabar je la.

Sebut fasal mamat beku tu. Kenapa tiba-tiba kereta dia boleh ada belakang aku ni? Aku kerling cermin motor, sah! Tu memang dia. tapi tak nak layan. So, aku straight je bawa motor sampai dah ada depan rumah. barulah aku turun daripada motor dan matikan enjin motor. Aku buka topi keledar dan menoleh ke belakang.

Dia keluar daripada kereta dan menuju ke arah aku. Wajahnya nampak tegang. Hek eleh! Dah kenapa pula dengan mamat ni? Pagi tadi okay je pun.

" Iqa."

Aku diam. Tunggu kata-kata dia seterusnya.

" Siapa lelaki tu? Baik kau cakap."

Termangu-mangu aku dengar soalan dia. lelaki mana? Jangan cakap dia maksudkan Akif? Dia nampak ke? Means mesti dia dah lama tunggu aku. Ceit! Mamat ni la.

" Mamat mana pula ni?" Aku buat-buat tanya.

" Mamat yang berani mati depan kau tu."

Aku tertawa kecil. sah! Dia maksudkan Akif.

" Entah. Saya tak kenal. Tiba-tiba je."

Tanpa menghiraukan Syamel, aku naik ke atas pangkin rumah dan duduk di situ bagi melepaskan lelah. Penat.

" Takkanlah tiba-tiba je kot?"

Dia duduk bersila depan aku. Paling tak tahan dengan reaksi dia tu. Nak sangat tahu!

" Betul lah! Ke awak jealous?"

Aku tersengih sinis. Terus dia buat biasa. Tengok ke arah lain dan berdehem. Sah! Cemburu! Ahahaha. Aku nak gelak dah la ni. kang aku tergelak terasa pula dia.

" Mana ada. Aku nak tahu je la."

Aku tutup mulut. Tahan diri daripada ketawa.

" Mengaku je la. Dah la usyar orang dalam diam. Heh!"

"Perasan. Tak ada masa nak cemburu."

Dia bangun berdiri dan berura-ura nak pergi. Aku tengok dengan senyuman lebar.

" Then, bolehlah saya kawan dengan dia kan?"

Langkah dia terhenti. Maybe tak sangka aku akan tanya macam tu. Aku turut bangun dan berdiri belakang dia. tak lama kemudian, dia sambung melangkah sampai ke arah tangga. Aku Cuma berdiri atas tangga tanpa niat nak turun.

" Suka hati la!"

Amboi! Garangnya! Marah nampak?

" Cemburu tak nak cakap! Then mulalah nak marah! Apa la awak ni!"

Selesai perli, aku terus masuk ke dalam rumah. tutup pintu dan gerak ke arah tingkap. Aku nampak dia berdiri tepi kereta dia dengan riak muka masam. Aku tahan gelak. Tapi terlepas juga tawa aku bila dia tendang tayar kereta dia.

" Hahaha. Lawak la kau ni Mel! Macam budak-budak. Alahai."


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro