Part 23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Other's POV

Perlahan-lahan kakinya menapak ke arah Datuk Ihsan saat nampak kelibat lelaki itu di luar halaman rumah. Kelihatan Datuk Ihsan tengah membaca surat khabar bertemankan suasana pada waktu malam yang tenang dan damai.

" Ehem.."

Dia berdehem seketika bagi menarik perhatian Datuk Ihsan. Tapi Datuk Ihsan tidak menoleh sikit pun. Itu membuatkan dia buntu. Nak tegur rasa mengganggu pula. Nanti la aku jumpa papa.

Baru je dia nak berganjak masuk semula ke dalam rumah, namanya dipanggil. Serentak itu dia menoleh ke belakang. Ternyata Datuk Ihsan sudah menoleh ke arahnya dengan senyuman.

" Kenapa? Ada nak bincang sesuatu dengan papa ke?"

Dengan rasa sedikit gugup dia ambil tempat kosong depan papanya itu. Dari dulu lagi dia memang takut dengan papanya itu. Kalau tak kena gaya silap-silap dia kena marah. Sebab sekali dah kena. Jadi, dia serik.

" Ermm. Daniel ganggu papa ke?" Perlahan dia menyoal.

Datuk Ihsan membuat gelengan kecil. Matanya merenung ke arah Daniel. Cuba baca apa yang ingin dikatakan Daniel.

" Tak ada. Kenapa? Cuba terus terang dengan papa."

Daniel tunduk tengok jari. Serius. Sampai saat ini dia rasa berdosa sangat dengan papanya. Sebab dia telah banyak menyusahkan Datuk Ihsan.

" Papa. Daniel nak minta maaf."

Datuk Ihsan terdiam. Cuma memerhati saja tanpa membuka mulut. Ingin memberi peluang pada Daniel perkatakan apa yang ingin diperkatakan.

" Daniel tahu Daniel banyak buat salah dekat papa. Dekat mama. Daniel banyak susahkan orang tua Daniel. Maafkan Daniel pa. Daniel berdosa."

Kedua-dua tangannya digenggam erat. Bagi menghilangkan rasa gugup dan takut. Kepalanya setia tunduk ke bawah. Selagi tak keluar apa yang dia nak kata, selagi itu dia takut nak berdepan dengan Datuk Ihsan.

" Daniel.."

" Papa dah lama maafkan kamu." Pintas Datuk Ihsan sebelum Daniel dapat meneruskan kata-katanya.

Serentak itu Daniel mendongak melihat Datuk Ihsan yang sedang tersenyum itu. Tidak lama kemudian, Datuk Ihsan mendongak melihat langit. Kelihatan banyak bintang pada malam itu.

" Papa dah lama maafkan kamu Daniel. Papa tak pernah simpan dendam dekat anak papa. Lagipun papa juga silap. Sering abaikan kamu. Sibuk fasal kerja je. serahkan bulat-bulat pada mama kamu." Jelas Datuk Ihsan lagi.

Daniel yang mendengar terus menggelengkan kepalanya. Dia ketap bibir sebelum bangun dan duduk melutut depan Datuk Ihsan. Datuk Ihsan yang menyedari hal itu tersentak kecil dan bergegas menyentuh kedua-dua bahu Daniel.

" Apa kamu buat ni Daniel? Bangun." Arah Datuk Ihsan tapi Daniel tidak hiraukan.

" Daniel salah. Maafkan Daniel. Daniel anak yang teruk. Daniel teruk pa. Daniel selalu abaikan kata-kata papa. Dan sekarang baru Daniel tahu. Daniel sedar yang Daniel hanya tahu susahkan orang sekeliling terutama papa. Maafkan Daniel." Rintih Daniel sambil tertunduk.

Air matanya jatuh ke pipi. Dia rasa bersalah ya amat terhadap papanya itu. kalau boleh, malam ini dia nak luahkan semuanya agar tiada lagi salah faham berlaku.

" Daniel..."

Daniel pantas menggeleng bila papanya bertindak ingin menyuruhnya bangun.

" Papa. Daniel menyesal pa. Papa tetap papa walaupun Daniel banyak buat salah. Sampai menconteng arang dekat muka papa. Maafkan Daniel. Berikan peluang pada Daniel untuk berubah pa. Daniel janji akan buktikan pada papa yang Daniel boleh menjadi seorang yang berguna. Seorang Daniel Darwinsyah Datuk Ihsan."

Barulah dia mendongak memandang Datuk Ihsan yang terkedu itu. air matanya yang mengalir diseka lembut. Bibirnya menarik senyuman kecil. kedua-dua tangan papanya digenggam erat.

" Maafkan Daniel pa."

Tanpa kata, Datuk Ihsan terus menarik tubuh Daniel ke dalam pelukannya. Tubuh Daniel didakap erat. Sampai akhirnya Daniel teresak kecil dalam pelukan Datuk Ihsan. Datuk Ihsan turut menitiskan air mata.

" Pa.. Daniel sayangkan papa.."

Daniel menangis. Dia lepaskan semuanya dalam dakapan seseorang yang bernama ayah. Dia terlalu banyak abaikan papanya selama ini sampaikan dia tak cuba faham perasaan papanya itu.

" Ya. Papa pun sayangkan Daniel. Papa dah lama maafkan kamu nak."

Datuk Ihsan meleraikan pelukan. Air mata anaknya diseka lembut. Daniel turut buat perkara yang sama. Sesaat kemudian mereka berdua tertawa kecil.

" Janji jangan buat papa risau lagi ye?" Pesan Datuk Ihsan serius.

Daniel tersenyum kecil. Dia membuat anggukan kecil.

" Daniel janji pa."

Akhirnya kedua-dua mereka mendongak melihat langit. Masing-masing tersenyum dan bahu masing-masing juga dipaut erat. Daniel tersenyum lega bila terjadi perkara sebegini. Sekarang rasa ringan sikit beban dia sebelum berangkat ke UK.

" Pa."

" Hmm?"

" Kalau Daniel minta sesuatu boleh?"

" Apa?"

Daniel jeda seketika. Ambil nafas dan fikir ayat yang sesuai untuk diluahkan. Bila rasa dah bersedia barulah dia keluarkan suara.

" Daniel nak kahwin."

Sebabkan permintaan Daniel itu, Datuk Ihsan terus menoleh laju ke arah Daniel. Berdepan dengan Daniel dan membuat reaksi mengejut. Daniel yang melihat tersengih kecil. Kepalanya digaru perlahan. Segan pun ada.

" Dengan siapa?" Soal Datuk Ihsan ingin tahu.

Setahunya, Daniel tak ada sesiapa kecuali Iqa. Tapi itu dah lama berlalu.

" Seseorang yang Daniel sayang."

Daniel tersenyum lagi bila papanya blur.

" Boleh kan pa?"

Datuk Ihsan termangu seketika sebelum memaut bahu Daniel semula.

" Anak papa dah besar panjang. Dah boleh buat keputusan sendiri. So why not?"

Daniel menghembus nafas lega saat dengar jawapan papanya itu. Papanya memang sporting habis.

" Tapi boleh papa tahu siapa?" Datuk Ihsan menjongketkan keningnya nakal.

Daniel tersengih. Kelakar bila papanya buat reaksi begitu. Perlahan dia menggelengkan kepalanya.

" Not yet until I bring her tomorrow."

" If you say so...okay."

" Thanks pa."

Datuk Ihsan tersenyum. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Daniel dah berubah. Dia dah tak macam dulu lagi. Aku bersyukur sangat padaMu Ya Allah. Moga niatnya untuk berumah tangga diberkatimu Ya Allah.

End Other's POV

**

Bukan. Bukan. Bukan! Mana perginya?! Aku letak atas meja ni kot petang tadi. Mana menghilang? Takkan adik-adik aku ambil kot. Ish! Dorang mana reti bawa motor lagi. Tambah-tambah motor kuasa besar aku tu. Ish! Tolonglah! Aku dah lambat nak ke rumah Zara ni! Kang merajuk pula minah tu.

" Cari apa tu Iqa? Mak tengok kelam kabut sangat."

Muncul mak dengan kerutan di dahi. Aku kerling jam. Dah pukul 8.10 malam. Janji pukul 8.30 malam. Ada juga kena bebel nanti.

" Mak. Mak nampak tak kunci motor Iqa dekat sini? Iqa letak dekat sini petang tadi."

Aku masih teruskan pencarian. Puas aku belek dalam banyak-banyak kunci yang tergantung atas rak tu. But, hampeh! Tak ada satu pun yang aku nak. Semuanya bukan!! Stres!

" Kamu nak ke mana?"

" Nak ke rumah Zara mak. Kejap je."

" Kalau macam tu pinjam la motor ayah kamu dulu. kejap je kan?"

Terlepas keluhan kecil daripada bibirku. Kalau aku jumpa siapa yang sembunyikan memang siap orang tu aku kerjakan. Mesti kerja adik-adik aku ni! Huh!

" Yela mak. Ayah mana mak? Tak guna motor ke?"

Mak melangkah ke ruang tamu. Mungkin nak tengok tv. Adik-adik aku pula ada dekat surau. Mengaji. Cuma ayah aku tak nampak.

" Ayah pergi masjid. Pergi dengan kawan dia. Cepat pergi. nanti lambat pula balik."

" yes maam!"

Kerana terpaksa aku relakan. Kunci motor ayah aku ambil. Ceh! Dah macam kau kena paksa. Huh! Aku keluar dan pakai kasut. Elok aku nak turun dari pangkin rumah, ada sebuah kereta masuk ke halaman rumah.

" Aik? Dia nak apa datang malam-malam macam ni?"

Aku toleh ke belakang. Ternyata mak pun perasan ada orang datang. Tapi mak tengok je then masuk dalam balik. Tak lupa juga pintu rumah ditutup dari dalam. Aneh! Kenapa mak macam tak berminat? Ke mak tak nampak? Eh! Bukan kereta si Syamel tu halimunan. Arh! Apa aku melalut ni?

Aku cepat-cepat turun daripada pangkin rumah dan melangkah ke arah motor ayah. Baru nak start enjin, ada orang terlebih dahulu menghalang dengan tarik kunci motor. Dan sekarang kunci tu ada dalam genggamannya. Aku jeling geram.

" Bagi balik la kunci motor tu." Pintaku lembut. Kang kalau kasar marah.

" Ikut aku."

Aku tersenyum sinis. Dah kenapa nak ikut dia?

" Bagi la balik. Saya dah lewat nak ke rumah Zara ni."

Berusaha aku ambil kunci daripada tangan dia. Tapi dia lebih cepat bertindak dengan jarakkan diri daripada aku. Penat! Akhirnya aku hanya diam dengan perasaan geram. Tudung pun dah tak berapa nak jadi. Benci!

" Nak apa?" Soalku sambil menjeling tajam ke arah dia yang buat reaksi beku dia tu.

" Kan aku dah kata tadi. Just follow me. Please?"

Aku merengus geram. Sakit hati! Kalau sehari tak menyakitkan hati aku tak boleh ke tak tau. Eiii!

" Nak ke mana? Awak kena minta izin mak saya dulu. kalau tak saya takkan ikut awak."

Aku peluk tubuh. Tidak menghiraukan dia. Aku turun daripada motor dan duduk di tangga pangkin rumahku. Tiba-tiba dia datang dekat dan naik ke atas pangkin rumah sampai berdiri tepat di depan pintu rumahku. Aku Cuma diam tanpa menoleh ke arahnya. Tak kuasa nak tengok.

" Assalamualaikum makcik."

Terdengar pintu rumah dibuka. Mesti mak.

" Waalaikumussalam. La. Tak pergi lagi ke nak?"

Erk! Kenapa dari nada mak tu macam mak tahu je dia nak ke mana?

" Saya nak minta izin sekali lagi nak bawa anak makcik ni. Boleh ke?"

" Boleh. Asalkan balik sebelum pukul 10 malam."

Terlopong aku dengar jawapan yang keluar daripada mulut mak. Serius tak percaya. Cepat-cepat aku naik semula dan berdiri di sisi Syamel.

" Apa maksud mak?"

Mak menarik sengih. Tiba-tiba mak keluarkan kunci motor aku dari genggamannya. Terlopong lagi aku jadinya.

" Mak yang sembunyikan kunci motor kamu. Bukan adik-adik kamu. Syamel dah minta izin mak petang tadi. Nak bawa kamu keluar. So, mak izinkan. Sebab mak tahu kamu nak keluar malam ni. jadi, sebelum kamu degil baik mak ambil kunci motor kamu. Ye tak Syamel?"

Ternganga aku tengok mak dengan Syamel yang sedang tersengih jahat tu. YA Allah! Tak sangka mak dengan mamat beku ni bersubahat kenakan aku. Adoi!

" So, shall we?"

Bencinya!!!!!!

**

Kau belum sampai lagi ke?

Aku tatap skrin telefon dengan perasaan kosong. Hilang habis semua rasa teruja dan ingin tahu aku gara-gara mamat sebelah aku ni. Dengan mood down aku balas whatsupp Zara.

Hmm. Aku rasa aku tak dapat pergi la beb. Ada malaun culik aku ni.

Malaun?

Haah. Malaun. Manusia yang suka cari fasal dan bertindak tanpa fikir akal logik. Gila. Lebih kurang macam tu.

Hahaha. Aku tahu kau maksudkan siapa. Okay. Aku tak nak ganggu korang. Bye.

Ceh! Zara ni pun dua kali lima je dengan malaun sebelah aku ni. suka sangat bela dia. habis aku ni? Macam Cinderella yang terpinggir. Cewah! Banyaklah kau punya Cinderella Iqa oi.

" Kau nak pergi mana?"

Tudia. Dah dekat setengah jam diam. Sunyi sepi. Hanya dengar bunyi radio je. Baru terasa nak keluarkan suara ke? Ceit! Tapi aku dah cakap tadi. Lupa la tu. 

" Rumah Zara."

Aku toleh ke luar tingkap. Aku tak tahu dia nak bawa aku ke mana dan malas nak tanya. Nanti boleh cari gaduh. Boleh sakitkan hati. Annoying tahu tak?

" Kau akan jumpa dia juga kejap lagi."

Aku mencebik. Ye la sangat. Dia yang hancurkan janji aku dengan Zara. Ada hati cakap macam tu pula. Dah lah Iqa. Baik kau diam dan tidur. Nanti sampai mesti dia akan gerak juga kan?

Aku mula memejamkan mata. Walaupun tak rasa mengantuk langsung. Tapi better berpura-pura tidur daripada kena hadap soalan dia. Tanda protes. Muaha!

" Kau marah aku ke?"

Bla bla bla. Tak kuasa nak layan kau wahai mamat beku.

" Aku harap kau takkan marah aku lagi lepas ni."

Tidur Iqa tidur. Abaikan dia. Abaikan!

**

" Iqa! Bangun!"

Terpisat-pisat aku buka mata dan melihat sekeliling. Aku cuba hadam apa yang terjadi. Bila dah ingat aku toleh ke arah kanan aku. Tak ada. Tapi siapa yang gerak aku tadi? Aku toleh pula ke arah kiri aku. Ternyata Zara. Eh! Zara?

" Eh! Aku kat mana ni?"

Aku tengok sekeliling. Eh! Ini rumah Zara. Aku tengok Zara dengan tanda tanya. Serius aku blur. Apa dah jadi?

" Kau kat rumah aku. Dia yang bawa kau ke sini."

Aku toleh ke belakang. Syamel berada di luar rumah dengan seseorang. Aku garu kepalaku dengan tanda tanya. Masih blur.

" Tadi aku ada dalam kereta."

Bulat mataku melihat Zara yang tengah tersengih itu. jangan la kau cakap yang...

" Dia yang papah kau. Eh silap. Aku dengan dia papah kau. Dia tak nak gerak sebab kau nampak nyenyak sangat."

" What?!"

Kan aku dah terjerit. Gara-gara terkejut.

" Mak..maksud kau Syamel papah aku?"

Zara tertawa kecil. Apa yang kelakar? Seriuslah!

" Tak la. Aku gurau je. aku dengan akak aku yang papah. Chill okay. Dia takkan ambil kesempatan dekat kau. Dia lelaki yang baik dan jujur."

Fuh! Lega aku dengar. Kalau tak mana aku nak sembunyi muka aku ni? Malu kot.

" Iqa. Kau tahu tak kenapa aku ajak kau datang sini?"

Aku menggeleng. Serius aku tak tahu. Dia Cuma suruh aku datang. Tapi Syamel?

" Eh wait! Macam mana Syamel boleh?"

Aku kerling ke arah Syamel yang masih berbual dengan seseorang. Aku tak tahu siapa tapi mereka nampak serius.

" Because of this."

Tiba-tiba Zara hulurkan sampul surat putih padaku. Aku sambut dengan perasaan yang makin tertanya-tanya. Tanpa bertanya, aku buka je sampul surat tersebut. Kad?

Walimatul urus
Zara Aisya Bt Faris & Muhammad Nazrin Bin Johari

Terlopong aku baca yang tertera pada kad yang aku tengah pegang ni. Terkejut habis. Aku tengok Zara yang sudah tersenyum lebar itu.

" Serius kau Zara? Asal kau baru cakap?! Sampai hati kau kan?"

Dia tergelak. Maybe dah tahu reaksi aku. Ni yang nak merajuk ni. Semua tak beritahu aku. Habis aku ni apa? Huhu.

" Aku nak beritahu la ni. Kami tunang sehari sebelum nikah. Sebab tu terus dapat kad kahwin. Sorry beb. aku bukan nak berahsia tapi aku Cuma takut tak menjadi."

Haih. Kawan aku ni la. Akhirnya aku menumbuk bahunya perlahan.

" Yala. Janji aku jadi pengapit kau. Boleh?"

" Boleh sangat. Memang itu tujuan aku pun. Kehkeh."

Aku mencebik. Tapi tidak lama bila Syamel dan seorang lelaki masuk ke dalam rumah. Aku yakin sebelah Syamel tu bakal suami Zara.

" Itu la bakal suami aku."

Aku tersengih Cuma. Dah agak. Wah! Tak sangka kawan aku akan kahwin dalam umur muda macam ni. Unbelievable .

" Zara. Saya balik dulu. Kalau ada apa-apa just contact saya."

" Okay awak."

Aku tengok mereka berdua silih berganti. Ingat sweet kot?

" Zara. Dia tua daripada kau kan?"

" Haah. Tua dua tahun."

Patutlah nampak matang. Cuma satu lagi je persoalan aku sekarang ni. Syamel!

" Zara. Macam mana Syamel boleh tahu?" Meleret aku tanya Zara. Siap dengan jelingan tajam lagi.

Dia menyengih. Sedar salah dia la tu.

" Aku yang cakap. Mulanya aku katalah nak ajak kau datang rumah. nak tunjukkan sesuatu. Then, dia pun macam berminat so aku ajaklah sekali. Tak sangka pula dia datang dengan kau betul-betul."

Dia tergelak pada hujung ayatnya. Seronok la tu ketawakan aku. Huh!

" Dah lah. Aku ke dapur kejap. Nak bancuh air. tunggu sini."

Hilang saja kelibat Zara, barulah Syamel ambil tempat di depan aku. mukanya kelihatan bersahaja sungguh. Macam tiada salah dekat aku. Suka macam tu kan?

" Kenapa tengok aku macam tu?"

Oh! Baru nak keluarkan suara emas dia tu. Ingatkan nak terus abaikan aku dekat sini.

" Lain kali terus terang. Tak perlu buat macam tadi. Huh!" Rungutku tak puas hati.

Dia Cuma diam. Tak lama selepas itu dia menjongketkan bahunya pula. Jelingan bersahaja diberikan padaku. Eh! Dia ni memang lah!

" Sebab aku tahu kau takkan setuju. That's why aku guna cara halus. Menjadi tak?"

Aku merengus geram. Menjadi la sangat kan? Heh!

" Saya tak nak jumpa awak lagi. Annoying betul." Ujarku selamba.

" Betul? Tak rindu? Kalau betul kita takkan berjumpa untuk seminggu. Kau sanggup?"

Amboi. Main cabar nampak? Boleh! No hal! Lagipun tak hadap la nak tengok muka dia hari-hari. Sakit hati tahu?

" Boleh. No problem." Balasku yakin.

Dia menarik senyuman sinis. Maybe sangkal jawapan aku. Tapi aku akan buktikan aku boleh. Apa ada hal? Lagipun aku bukannya tunang dia ke isteri dia ke kan? Kawan je pun. Teman tapi mesra. Hah!

" Kalau kau kalah kau kena temankan aku pergi mana-mana selama seminggu. Understand?"

Ceh! Siap buat syarat lagi. Ikut suka kau lah labu.

" Boleh. Tapi kalau awak kalah tolong jangan cari fasal lagi dengan saya. Rimas!"

Dia menjongketkan keningnya berkali-kali. Bibirnya menarik senyuman kecil. Lepas tu, kakinya pula disilangkan. Nampak gaya memang menyakitkan hati.

" Rimas ke suka? Mengaku je la."

See! Aku dah agak. Ada je modal nak cari gaduh dengan aku kan?

" Perasan!"

Malas nak layan dia, tengok tv lagi bagus. Mana Zara ni! Lambatnya bancuh air. Elok aku nak kyusyuk tengok tv, ada je orang nak mengganggu. Telefon aku tiba-tiba berbunyi. Ada chat masuk. Dengan hati separuh rela plus malas aku buka juga.

Afiqah?

Erk! Siapa pula ni? pantas saja tangan aku balas chat unknown number ni.

Siapa ni?

Akif. Lelaki yang awak kata gila semalam.

Oh! My God!

#komen please

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro