Part 27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kertas-kertas yang bertaburan atas lantai aku kutip. Sampai aku ternampak sekeping gambar disebalik kertas-kertas yang bertaburan tadi. Aku ambil dan saat melihat isi gambar, tanganku mula menggeletar. Bibirku ketap kuat.

Sekeping gambar yang membawa seribu makna. Di mana gambar aku dengan Syamel tengah tersenyum ketika majlis kelahiran dia beberapa bulan yang lalu. Ya Allah! Aku rindukan dia. Tolong hentikan rasa rindu ni. Aku nak lupakan dia.

Dengan hati yang kental, aku masukkan gambar tadi ke dalam laci dan menguncinya. Tolong duduk dalam laci tu diam-diam. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Biarlah antara kita menjadi kenangan terindah.

Tak mahu terus layan perasaan, aku terus mengemas barang-barang yang patut dibawa ke tempat pengajianku. Masa berbaki seminggu lagi. Aku dah tak ada banyak masa. Kalau ikutkan hati, hari ni juga aku nak ke sana. Aku nak tinggalkan segala kenangan pahit dekat sini dan mulakan hidup baru dekat sana.

Manakan tidak, sampai ke hari ini tiada khabar langsung daripada Syamel. Nampak sangat dia betul-betul dah lupakan aku kan? Apa aku dalam hidup kau Syamel? Kau suruh aku tunggu. Tapi kenapa kau buat aku macam ni?

Tok! Tok!

Cepat-cepat aku raup wajah agar tidak kelihatan sembap dan menarik senyuman sebelum menjerit agar orang dekat luar masuk ke dalam bilik aku. Bila wajah Zara terjengul, aku sambung kemas baju aku semula.

" Iqa."

" Yes?"

" Kau dah ready ke nak ke sana?"

" Terlebih ready la."

" Kau okay?"

" Okay je. Asal?"

Aku tahu Zara risaukan aku. Tengoklah sekarang. Renung aku tak lepas.

" Aku harap kau kuatkan semangat kau. Jangan mengalah dengan mudah. Aku tahu dia takkan saja-saja buat kau macam ni. mesti ada sebab. Kan?"

Aku tersenyum sinis. Zara masih nak bela si mamat beku tu.

" Apa-apa je la Zara. Malas aku nak ingat. By the way, boleh tak kau bawa aku ke satu tempat kejap lagi?"

" Boleh sangat. Alang-alang kedai tutup hari ni."

Kesian Zara. Lepas ni mesti dia lebih sibuk sebab aku tak kerja situ dah.

" Kau nak ke mana?" Soalnya.

" Kau akan tahu nanti."

**

Nafas ditarik dalam. Sedalam-dalamnya sampai hati aku kembali tenang. Aku tarik senyuman kecil. Nama yang tertulis pada batu nisan tersebut aku lihat dengan rasa sayu. Batu nisan itu aku usap perlahan bersama perasaan yang aku sedang rasakan sekarang. Macam-macam.

" Nisa. Saya Afiqah. Saya tahu awak tak kenal saya tapi saya kenal awak. Nisa. Boleh saya luahkan sesuatu pada awak?"

Aku memandang jauh ke hadapan. Cuba buang rasa sedih yang bertandang.

" Nisa. Syamel dah berubah. Saya tak tahu apa terjadi pada dia. Saya tak tahu apa salah saya. Sampai dia mengelak dari saya. Call tak jawab. Chat tak reply. Saya sedih Nisa. Sampai saya nak sambung belajar pun dia masih tak tahu. Entahlah Nisa. Saya rasakan sekarang mungkin saya patut undur diri dari terus menunggu dia. saya dah tak sanggup. Kecewa buat kali kedua bukan senang. Malah kali ni lebih sakit Nisa. Macam mana saya nak terus tunggu dia?"

Angin meniup lembut wajahku yang sudah basah dengan air mata. Puas ditahan tapi tetap nak mengalir. Akhirnya, aku biarkan saja sampai aku rasa puas.

" Saya sayang dia Nisa. Cintakan dia. Tapi kalau ini yang dia mahukan. Saya rela undur diri dan lupakan dia. Nisa. Maaf sebab terpaksa luahkan semuanya pada awak. Saya tahu awak lebih kenal Syamel dari saya. Saya harap awak mampu sampaikan salam saya pada dia."

Air mata aku seka perlahan. Puas muhasabah diri dan berbicara dari hati, aku mula bangun berdiri. Senyuman ditarik. Dah tiba masanya aku pergi.

" Selamat tinggal Nisa. Wish me luck."

Langkah mula diatur meninggalkan kubur arwah Nisa. Tapi disaat aku menoleh ke belakang, aku tersentak kecil melihat insan yang sedang berada depan mataku saat ini.

" Syira?"

**

Aku tengok Zara. Zara tengok aku. Tapi tak lama bila Akif datang menghampiri dan duduk betul-betul depan aku. Dia kelihatan tenang semenjak aku terserempak dia dekat kubur tadi.

" Sorry lambat." Ujarnya lalu memandang ke arah kami berdua. Dia setia dengan senyuman dia.

Dah lama sebenarnya aku tak jumpa dia. Kali terakhir masa dia ajak aku minum. Then lepas tu terus dia menghilang. Contact aku pun tak. Sebab tu aku terkejut jumpa dia tadi.

" It's okay. Anyway ni Zara. Kawan saya."

Zara Cuma tersenyum dan menganggukkan sikit kepalanya tanda hormat.

" Saya Akif."

Akif kembali tengok ke arah aku.

" Dah lama tak nampak awak. Awak sihat?"

" Alhamdullilah Akif. Sihat. Awak?"

" Macam ni la. Sihat je. Awak lawat kubur siapa tadi?"

Aku terdiam. Tak tahu nak jawab apa.

" Kawan. Awak?" Tipu je la. Bukan dia kenal pun.

Dia tarik senyuman hambar. Tapi still pamerkan riak tenang.

" Arwah isteri dan anak saya."

Terus aku dan Zara terkedu. Ya Allah. Aku tak sangka dia dah kahwin dan paling menyedihkan bila isteri dan anak dia meninggal. Ya Allah! Kejamnya aku dulu layan dia acuh tak acuh.

" Janganlah terkejut sangat. Kalah saya je la korang ni."

Dia tergelak. Maybe reaksi kami berdua kelakar. Kami berdua Cuma mampu sengih serba salah.

" Erk. Saya tak tahu yang awak dah kahwin." Ujarku serba salah.

Dia tersenyum lagi. Dia ni memang murah dengan senyuman kan?

" Sebab awak tak tanya. Hehe."

Sebab aku ingat kau tak kahwin lagi. Huh!

" Tak penting pun fasal status saya. Sebab saya dah single. Kan?"

Aku tak tahu nak gelak ke apa. Cuma mampu diam.

" Awak tak kisah kan kawan dengan duda macam saya?"

Aku tersengih kelat. Kenapa tiba-tiba tanya macam tu pula? Macam aku pilih kawan melalui status. Kecuali dia suami orang. Yang tu memang aku kisah.

" It's okay. Err. Kalau boleh saya tahu macam mana isteri dan anak awak meninggal? Tu pun kalau awak tak kisah nak cerita la?"

Takut-takut aku soal. Yala. Hal peribadi orang. Kang free je kena sembur sebab tahu serang je.

" Sure. No problem."

Aku cemburu tengok dia yang sentiasa tenang tu. Aku teringin jadi macam dia. Tapi aku tak kuat. Selalu kalah dengan perasaan.

" Masuk hari ni dah genap 3 bulan isteri dan anak saya pergi. Well. Macam orang lain juga, siapa yang tak sedih kan bila orang yang kita sayang pergi tinggalkan kita. But, hidup mesti diteruskan."

Aku dan Zara terdiam. Mesti penderitaan dia jauh lebih hebat daripada apa yang aku alami sekarang.

" 3 bulan yang lepas. Masa tu saya tengah kerja dekat luar daerah. Isteri saya keseorangan dekat rumah. Mula-mula tu memang saya rasa tak sedap hati. Isteri saya berkelakuan aneh sangat. Macam tak benarkan saya pergi kerja. tapi saya sedapkan hati dia saya pergi kejap je. Cuma, Allah lebih tahu segala-galanya kan?"

Dia diam seketika. Aku dapat kesan wajah sedih dia. sekuat mana pun dia tapi jika melibatkan orang yang tersayang mesti akan memberi kesan juga.

" Elok saya nak balik dari tempat kerja, saya dapat panggilan daripada isteri saya. Saya terkejut bila isteri saya mengerang kesakitan. Saya pun cepat-cepat balik dan bawa dia ke hospital. Malangnya, isteri saya mengalami pendarahan yang teruk akibat terjatuh daripada tangga. Kandungan dia yang sudah cukup 9 bulan tu pun tidak dapat diselamatkan sebab mati lemas. Isteri saya meninggal sebab pendarahan tu."

Dia tertunduk ke bawah. Nampak sekali riak wajah dia yang cuba dikawal agar tidak menangis. Aku dan Zara ketap bibir. Sedih sangat bila dengar.

" Saya menyesal bila tak dengar cakap isteri saya. Saya rasa saya seorang suami yang teruk Syira. Kalau lah saya boleh putarkan masa, saya tak nak ke tempat kerja masa tu. Dah tahu isteri tengah sarat mengandung tetap kerja."

Akhirnya, air matanya mengalir jua tapi cepat-cepat disekanya. Sempat juga dia ketawa yang dibuat-buat. Bagi menyedapkan hati mungkin. Aku yang melihat jatuh simpati. Mesti dia seorang lelaki yang tabah.

" Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya Akif. Saya tahu Allah lebih sayangkan mereka berdua. Dan saya harap sangat awak mampu kuatkan hati awak dan teruskan hidup."

Dia menarik senyuman even nampak terpaksa. Nafasnya ditarik perlahan. Dia cuba buang segala perasaan yang sedih tu.

" InsyaAllah. Maaflah buat korang sedih. Haha."

Aku tersenyum. Aku berharap aku juga akan kuat seperti kau Akif.

" Anyway, nanti ada rezeki kita jumpa lagi ye Syira? Saya kena balik tempat kerja."

Aku tengok jam tangan. Haah. Dah pukul 3 petang pun. Ralit sangat bersembang.

" InsyaAllah."

Hilang saja kelibat Akif, Zara terus tengok aku dengan wajah sedih. Ha! Dah kenapa pula?

" Kesian dia beb. Kalau aku mesti tak mampu."

Bahu Zara dipaut perlahan. Aku tarik senyuman.

" Allah takkan uji hambanya melebihi kemampuannya. Sebab Akif tu mampu Allah uji dia macam tu. Even kita tak dapat ujian seperti dia tapi kita mesti harus bersyukur dengan apa yang diberikan pada kita. Faham?"

Zara tertawa kecil. Dia menganggukkan kepalanya.

" Faham maam. Dah jom. Kita balik."

" Jom."

Aku juga harap apa yang terjadi pada aku sekarang ada hikmahnya satu hari nanti.

**

Kring! Kring!

Sedang elok aku nak baring untuk tidur. Telefon aku tiba-tiba berbunyi minta diangkat. Tanpa berlengah, aku capai phone dan angkat. Tak sempat nak tengok nama di skrin.

" Helo. Assalamualaikum."

" Waalaikumussalam. Iqa!"

Aku tatap skrin sekali lagi. Private number? Tapi suara macam aku kenal.

" Siapa ni?" Soalku lantas kembali berbaring.

" Aik? Dah lupa aku ke? Sampai hati kau kan. Aku la. Daniel."

Aku ternganga. What? Serius?

" Daniel? Ya Allah! Kau ke? Mana aku tahu. Dah kau pakai private number. Ceh!"

" Haha. Saja. Tak nak orang tahu number aku. Kau sihat?"

" Sihat alhamdulillah. Kau? Isteri kau?"

" Alhamdulillah. Kami sihat. Isteri aku baru lepas tidur. Letih."

" Oh. Isteri kau tak marah pula call aku? Apa mimpi kau tefon aku ni?"

Aku peluk bantal peluk. Tengah bayangkan suasana di UK. Mesti best kan? Teringinnya nak pergi sana. Tapi bila ingatkan kepergian Syamel sebulan yang lalu membuatkan aku tawar hati. Kalau boleh aku nak lari je la ke sana.

" Saja tanya khabar. Isteri aku okay je la. Dia kata dia rindu kau."

Aku tersengih. Tak sanga ada juga sudi rindu aku.

" Kirim salam rindu aku balik dekat dia."

" Haha. Okay. Anyway, Syamel sihat?"

Terdiam aku jadinya. Kenapa mesti tanya aku?

" Sihat." Nafiku.

" Baguslah. Bulan lepas dia ada datang sini jenguk aku. Dalam sehari dua tu je dia datang then dia terus balik. Katanya rindu kau. Nak call aku tapi sampai sekarang tak call pun. Aku call dia tak dapat. That's why aku call kau."

Aku tergamam. Apa..apa yang Daniel katakan tadi?

" Dia pergi dua hari je Daniel?"

" Haah. Sebab kerja dia dah selesai. Tak sanggup nak tunggu seminggu. Sebab tu dia balik awal. Kau ada jumpa dia kan?"

Serentak itu air mataku mengalir ke pipi. Syamel! Kenapa kau buat aku macam ni?

" Haah. Jumpa."

Aku ketap bibir. Tahan diri daripada hamburkan tangis. Tak nak Daniel tahu.

" Baguslah. Nanti kirim salam dekat dia. kalau nak datang lagi inform."

" Ha. Okay."

" Okay la Iqa. Aku letak dulu. assalamualaikum."

" Waalaikumussalam."

Terlepas juga telefon aku daripada pegangan. Serentak itu aku terus hamburkan tangis. Buat sekalian kalinya. Aku tak kuat! Ya Allah! Apa dah jadi pada dia? Kenapa tak inform aku! kenapa mesti diam?

Tak mahu terus layan perasaan, aku terus call nombor Syamel. Ini buat kali terakhir. Kalau tiada respon juga aku janji akan pergi dari hidup kau selagi kau tak cari aku Syamel.

Seminit aku tunggu. Tapi tetap tiada sahutan. Aku mula rasa bodoh. Baru je aku nak letak, tiba-tiba panggilan bersambut.

" Mel?"

Berdebar-debar aku menanti suara dia. tapi hampa. Dia berdiam diri. It's okay. Biar kali ni aku je yang cakap.

" Syamel. Awak pergi mana? Kenapa sebelum ni saya call awak tak angkat. Whatsupp tak reply. Awak ada masalah ke? Kenapa awak balik awal tak inform saya? Syamel! Tolonglah jawab. Saya rindukan awak!"

Masih tiada respon. Aku mula hampa. Kecewa.

" It's okay Syamel. Kalau ini yang awak nak. Saya akan pergi dari hidup awak. Buat selamanya. Maaf sebab mengganggu awak selama ini."

Terus aku matikan panggilan dan baling phone aku ke atas lantai. Bantal diambil dan aku terus menjerit disebalik bantal.

" Argh!!!! Aku benci kau Syamel! Aku benci kau!!!"

**

Other's POV

" It's okay Syamel. Kalau ini yang awak nak. Saya akan pergi dari hidup awak. Buat selamanya. Maaf sebab mengganggu awak selama ini."

Tut..Tut..Tut..

Dia melihat skrin telefon dengan seribu perasaan. Entah kenapa, air matanya mengalir saat mendengar kata-kata akhir pemanggil tersebut. Makin lama air matanya makin laju mengalir ke pipi. Sampai dia tak tahu cara nak hentikan tangisan ini.

" Abang?"

Warda menapak masuk ke dalam bilik Syamel dengan senyuman kecil. tapi hatinya tersentak saat melihat Syamel yang sedang menangis. Cepat saja dia serbu ke arah Syamel dengan reaksi tertanya-tanya.

" Abang? kenapa ni? hey?"

Syamel memandang Warda dengan gelengan kecil. Tubuhnya dipeluk Warda dengan penuh kasih sayang.

" Aku tak tahu. Tadi ada seorang perempuan ni telefon. Dia kata kalau aku tak nak dia takkan ganggu aku lagi. siapa dia dik? Kenapa aku sedih sampai macam ni sekali?"

Warda lepaskan pelukan. Telefon yang berada dalam genggaman Syamel diambil. Dia cari semula panggilan yang dibuat sebentar tadi. Saat melihat nama diskrin, dia terkedu.

" Abang.."

" Dia siapa dik?! Cakap dekat abang?!"

Warda terteguk air liur saat melihat renungan tajam Syamel. Dia jadi serba salah nak cakap sebab dah janji dengan orang tuanya. Tapi jika melihat keadaan Syamel ni dia terpaksa. Lagipun dia tahu walaupun ingatan Syamel hilang tapi cinta terhadap Iqa masih tetap utuh.

" Orang yang abang suka. Orang yang abang cinta." Jelas Warda lantas menyerahkan telefon kepada Syamel semula.

" Bukan kami tak nak beritahu abang. Tapi abang asyik sebut nama arwah akak Nisa. Sedangkan arwah akak Nisa dah lama meninggal! Tolonglah bang. Ingat balik apa yang berlaku sebelum ni! orang yang abang cinta ialah Afiqah Insyirah! Bukan Nisa! Please abang!"

Syamel terkedu. Warda dah menangis. Sedih sangat tengok keadaan Syamel. Dia dan orang tuanya dah tak tahu nak buat bagaimana lagi agar Syamel kembali pulih. Nak maklumkan pada Iqa rasa tak sampai hati. Dia yakin saat ini mesti Iqa sangat sedih dan rasa dikhianati sebab Syamel tak muncul-muncul dah.

" Kenapa baru sekarang kau cakap dik?"

" Sebab abang langsung tak nak dengar apa yang kami cuba nak sampaikan! Yang abang tahu akak Nisa! Akak Nisa! Akak Nisa!"

Syamel terpempan. Tiba-tiba hatinya terasa sakit. Sedih. Kecewa. Teringat semula suara gadis yang menelefonnya tadi membuatkan dia rasa dia seorang lelaki yang kejam.

" Warda keluar dulu. Abang rehat lah."

Hilang saja kelibat Warda, dia buka kembali chat daripada gadis bernama Afiqah Insyirah. Setiap bait ayat yang dihantar padanya dibaca kembali sampai akhirnya dia kecewa dengan dirinya sendiri.

" A..aku tak tahu. Kenapa aku tak ingat dia?! Arh!"

End Other's POV

**

Sakit yang ku rasakan
Mengaburi jiwa ini
Dendam yang kau berikan
Cukup di sini.

Mengapa mudahnya
Kau sakiti
Mengapa mudahnya
Kau lukai
Mengapa kejamnya
Kau menghancurkan hati perasaan ini.

Button off ditekan. Tak sampai hati nak dengar lagu ni sampai habis. Dah hati ni cukup sakit. Dengar pula lagu ni. Bertambah kesedihan aku. sudahlah Iqa. Lupakan je la dia. Dia dah lupa kau. Move on. Lagipun kau dah nak bertolak kejap lagi kan?

Pejam celik pejam celik. Tiba juga hari yang dinanti-nanti. Hari ni aku akan menjejakkan langkah ke tempat pengajianku. Tinggalkan apa yang pahit dan teruskan hidup dengan perkara yang manis.

" Iqa. Kau dah ready ke?"

Aku menarik senyuman lebar. Earphone yang dipakai aku tanggalkan dan masukkan semula ke dalam beg kecil aku. Aku tengok wajah Zara yang kelihatan muram tu.

" Janganlah buat muka masam macam tu. Aku pergi bukannya jauh. Johor je pun. Kalau rindu kau boleh pergi lawat sana."

Aku kerling jam tangan. Ada sejam lagi sebelum aku kena naik flight. Ya. Aku pilih naik kapal terbang daripada naik bas. Or kereta. Tak nak susahkan orang tuaku. Biar aku pergi sendiri. Mereka dah teman aku ke KLIA ni pun dah besar rahmat sangat.

" I will miss you friend."

Tubuhku dipeluk Zara. Aku tersenyum dan mengusap belakang Zara dengan lembut.

" I will miss you to."

Dia leraikan pelukan dan turut memberikan senyuman buatku. Aku toleh ke belakang pula. Mak dan ayah tengah berbual. Adik-adik aku pula tak datang sebab sekolah. Tapi mereka dah beri ucapan sebelum ke sekolah tadi. Hehe.

" Kau masih tak beritahu dia?"

Aku terdiam. Aku rasa tak perlu beritahu dia dengan apa dah jadi dua hari lepas. Dia langsung tak bercakap. Mungkin dia dah buang aku dari hidup dia.

" Aku nak move on Zara."

" Kau tak cuba call Warda?"

" Untuk apa? Biar lah. Aku tak nak susahkan hati mereka. "

" Kalau dah itu yang kau cakap. Aku pun tak boleh buat apa."

Aku tersenyum. Terima kasih Zara.

" Jangan lupa contact aku selalu." Peringat Zara dengan tegas.

" Haha. InsyaAllah."

Tiba-tiba kedengaran suara dari speaker mengatakan penerbangan ke Skudai Johor akan berlepas kejap lagi. jadi, sudah tiba masanya aku masuk ke balai pelepasan.

" Mak ayah. Iqa pergi dulu ye? Doakan Iqa ye?"

Aku terus peluk tubuh mak dan ayah dengan rasa sayu. Sedih nak tinggalkan keluarga tapi demi pelajaran. Lagipun bukan jauh mana.

" Mak sentiasa doakan kamu sayang."

Aku tersenyum. Aku tengok Zara pula. Aku peluk Zara sesaat dan cuit hidungnya. Tak nak dia terlalu sedih.

" Aku pergi dulu tau Zara. InsyaAllah hujung tahun ni aku balik okay?"

" Okay." Suara dia dah serak.

Tak mahu semua menangis tengok aku, aku mula majukan langkah ke dalam balai pelepasan. Bye KL. Bye kenangan pahit. Tiba masanya aku mulakan hidup yang baru. Moga aku terus kuat.

Syamel. Aku tak tahu kau dekat mana sekarang tapi kalau betul antara kita tiada jodoh, aku doakan kau bahagia dengan orang lain. Dan doakan aku agar dapat lupakan kau even aku terlalu cintakan kau. Bye Syamel. Aku pergi dulu.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro