Part 28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Beberapa bulan kemudian

" Syira! Cepat!"

Terkocoh-kocoh aku cuba mengejar langkah Yasmin yang sudah jauh di hadapan. Penat aku kejar atlet ni. Bukan main laju. Kalau ye pun sabar la kejap. Ingat stamina aku ni kuat sangat ke? Huargh!

" Sabar lah kejap! Aku letih!"

Aku berhenti seketika. Bagi menarik nafas. Letih! Yang Yasmin ni pun satu. Nak cepat sangat kenapa? Bukannya ada kelas pun hari ni. Meeting dengan kelab je kot. Haish! Mahu tak mahu aku teruskan juga langkah kejar langkah minah tu.

Elok aku dah sampai belakang dia. Aku tengok sekeliling. Ahli kelab kami dua masih tidak kelihatan. Rasanya kami dah lewat hampir 5 minit. Lima minit je pun. Takkan dorang dah balik? Ke silap tempat? Kata dekat kafe kan tadi?

" Ha! Tu pun mereka!"

Aku hanya ikut langkah Yasmin ke arah meja ahli-ahli kelab kami yang lain. Elok dah sampai, aku terus ambil tempat dekat kerusi kosong bersebelahan Hana. Kawan classmate aku.

" Aik? Kenapa nampak letih sangat ni Syira?" Soal Hana dengan kerutan di dahi.

Aku memuncung ke arah Yasmin. Dia tarik sengihan lebar. Seronok la tu tengok aku keletihan macam ni?

" Kawan kau tu. Tanya la dia. Huh!"

Aku kira semua ahli kelab komputer yang ada. Atau lebih senang cakap ahli kelab bagi group untuk presentation kami dua minggu lagi. Semua ada 10 orang. Baru ada 5. Lima lelaki dan lima perempuan. Masalahnya semua yang ada sekarang ni hanyalah perempuan. Lelaki? Entah!

" Eh? Kita je ke?" Soal Yasmin turut tanda tanya.

" Yang lain ada class. So tinggal kita je la." Sahut Fatin pula ketua kumpulan.

" Habis kenapa kumpul?" Suara Yasmin lagi.

" Si Din tu la suruh kumpul. Dia nak kita bincang dulu bahagian kita. Dorang akan sampai lagi sejam."

Aku terdiam. Aku biarkan mereka berbual sesama sendiri. Entah kenapa aku rasa tak sedap hati daripada semalam. Tolonglah. Jangan fikir yang bukan-bukan. Ingat. Think positif!

" Syira?"

Aku tersentak saat ditegur. Aku toleh ke arah Hana yang memandangku itu.

" Yes?"

" Kau okay?"

" Okay. Aku okay."

Aku tarik senyuman. Tak nak kawan-kawan aku sangka yang bukan-bukan.

" Jomlah kita beli minuman dulu. Dahaga la." Ajak Yasmin.

" Siapa suruh kau lari tadi." Sempat aku menyindir.

Yang lain dah tertawa melainkan si Yasmin yang sudah mencebik. Tak puas hati la tu.

" Aku ingat dah lambat. Jom la teman aku Syira."

" Fine! Jom."

Cepat-cepat aku tarik tangan Yasmin agar bangun. Nanti tak teman merajuk.

" Aku tahu kau tak okay. Apa yang kau sedang fikirkan tadi?"

Terdiam terus aku dibuatnya. Dia memang dapat baca isi hati aku ke macam mana? Untung aku dapat kawan roommate macam dia. Alhamdulillah. Tapi biarlah aku diam sorang-sorang. Tak nak serabutkan kepala dia fikir apa yang aku rasakan ni.

" Aku okay je la. Dah pergi beli. Aku tunggu sini."

Aku biarkan Yasmin pergi pesan minuman. Aku Cuma tunggu tak jauh dari dia. Sempat aku tengok phone. Scroll facebook dan scroll whatsupp. Tengok ada message penting ke apa. Tiba-tiba time tu juga ada panggilan masuk.

Terpapar nama Zara dekat screen telefon aku. Dengan senyuman lebar, aku jawab panggilan tersebut.

" Helo assalamualaikum."

" Waalaikumussalam. Ya Allah! Rindunya aku dekat kau Iqa!"

Aku tersenyum. Aku lajukan langkah ke luar kafe. Tak mahu orang dengar dan ganggu orang.

" Aku pun rindu. Maaflah jarang contact kau. Aku busy sikit lately ni. Dah nak final exam kan?"

" Ye. Aku faham. Ni pun nasib baik kau beritahu aku nombor baru kau. Kenapa kau tukar nombor? Then, kau lambat inform pula tu. Huh!"

Aku tersengih serba salah even dia tak nampak.

" Sorry. Aku nak privacy. By the way, kau je tahu nombor ni tau? Tiada sesiapa pun yang tahu and tolong jangan inform sesiapa fasal aku. Tau? Family aku tu aku dah cakap dekat dorang."

" Ye. Aku faham. Okay la. Aku tak nak ganggu kau lagi. Anyway, kau balik tak hari nikah aku?"

Aku mencongak tarikh exam dan tarikh cuti. Congak punya congak, rupanya clash dengan tarikh pernikahan Zara. Alamak! Mesti dia sedih.

" Zara. I'm sorry." Pintaku lembut. Tak nak dia marah.

" Aku dah agak. It's okay. Aku faham. Jangan risau. Aku tak marah. Kau kena belajar rajin-rajin tau. Nanti kita jumpa okay?"

Aku tersenyum lega dengan penerimaan Zara. Baguslah.

" Zara. Aku rasa aku tak nak balik sana buat masa terdekat ni. Maybe lagi 2 tahun? Kau faham kan?"

Sepi. Aku tersenyum hambar. Mesti dia terkejut.

" Kau tak nak balik jumpa family kau ke Iqa?"

" Aku dah maklumkan dekat dorang yang aku akan balik raya je. Aku nak kerja sini bila cuti sem nanti. Maafkan aku Zara."

" Yela. It's okay. Aku faham. Take care tau dekat sana. Nanti aku hantar dekat kau gambar kahwin aku."

" Itu wajib! Haha."

" Haha. Okay Iqa. Aku letak dulu. Assalamualaikum."

" Waalaikumussalam."

Selepas aku letakkan panggilan. Aku mendongak ke langit. Memang. Ikutkan hati aku rindu dekat family, rindu Zara dan rindu semuanya dekat KL tu. Tapi, aku masih tak kuat nak kembali ke sana. Aku takut aku akan terindu Syamel. Hmm. Yes. Memang aku rindu. Tapi aku dah lupakan dia. Even tak sepenuhnya. Kalau boleh elak, selagi itu lah aku akan elak.

" Syira!"

Aku toleh ke belakang. Yasmin sudah memanggil.

" I'm coming!"

Dan aku rasa lega sangat dekat sini bila kawan-kawan aku lebih sudi panggil aku dengan nama Syira daripada Iqa. At least nama Iqa tak ingatkan aku pada kenangan lama. Kan?

**

Other's POV

Jauh dia memandang ke hadapan. Sampai tak sedar ada seseorang setia melihat dia dari tadi. Perlahan-lahan bahu dia disentuh. Bila dia sedar barulah dia tersenyum melihat insan itu.

" Jauh mengelamun?" Tegur Warda.

Syamel hanya mendiamkan diri. Cuma senyuman terukir di bibir. Warda yang melihat hanya mampu mengeluh kecil. Tak sanggup nak tengok keadaan abang dia macam ni. Makin hari makin teruk.

Dah tiga bulan keadaan Syamel macam ni. Suka bersendiri. Mengelamun. Suka kurung dalam bilik. Tak suka keluar rumah. Cakap pun ala kadar. Gelak tawa apatah lagi. Kiranya Syamel yang dulu dah tak ada. Warda yang melihat terasa sebak.

Semenjak kemalangan tu berlaku, inilah sisi Syamel. Sebenarnya, memang benar. Hanya dua hari saja Syamel berada di UK. Dan memang benar, dia sudah pulang ke Kuala Lumpur masa tu. Cuma nasib tak berpihak pada Syamel. Saat dia keluar dari KLIA dan ingin menuju ke kereta. Dia dilanggar. Dilanggar oleh sebuah kereta. Kereta tu pula berjaya melarikan diri.

Paling teruk bila kemalangan itu juga menyebabkan Syamel lupa ingatan. Ingatan dia Cuma ingat sampai dia ingin bertunang dengan arwah Nisa. Selepas itu dia langsung tak ingat. Sebab itu jugalah, Warda dan orang tuanya ambil keputusan untuk tidak beritahu sesiapa. Terutama Afiqah. Mereka tahu Afiqah mesti akan sedih dan risau kalau dapat tahu.

Warda mengetap bibir. Dia tahu abangnya dah banyak berubah. Dan dia rindukan sisi Syamel yang dulu. Semenjak dia beritahu Syamel tentang Afiqah Insyirah, Syamel terus makin teruk. Setiap malam Syamel menangis. Puas Warda memujuk tapi tak berhasil.

" Aku tak ingat tapi aku sedih buat dia macam tu. Aku lelaki kejam. Aku sayang dia tapi aku lebih sayangkan  Nisa. Kenapa aku jadi macam ni?!"

Tu kata-kata yang paling menyayat hati Warda. Ayat itu terluah selepas dua hari keadaan Syamel makin teruk. Warda dah tak tahu nak buat macam mana lagi.

" Abang." Lembut Warda memanggil.

Syamel hanya kaku. Tidak memberi tindak balas.

" Jom keluar nak? Warda bawa abang jalan-jalan. Dah lama abang berkurung dalam bilik ni. Tak kesiankan diri abang ke?" Pujuk Warda lembut. Dalam hal ni dia tak boleh berkasar.

Syamel masih diam. Tidak menunjukkan reaksi balas. Warda yang melihat tahan diri daripada menangis. Kenapa abang aku boleh jadi macam ni? Mana semangat dia? abang sekarang nampak makin serabut. Bukan macam diri abang. rambut dah panjang paras bahu. Janggut dan misai pun makin panjang. Cukup serabai. Ya Allah! Apa patut aku buat ni? Adakah aku patut bawa akak Iqa? Beritahu akak Iqa perkara sebenar? Tapi mahu ke akak Iqa terima kenyataan? Allah! Susahnya!

" Warda."

Tiba-tiba Syamel bersuara memanggil adiknya. Warda yang mendengar tersentak. Pertama kali Syamel bersuara setelah hampir seminggu berdiam diri.

" Ye bang? Abang nak apa?" Ceria Warda menyoal.

Perlahan-lahan Syamel menoleh ke arah Warda. Renungan kosong yang dipamerkan. Tapi matanya nampak merah. Warda terkedu. Adakah abangnya menangis?

" Abang nak jumpa perempuan tu. Afiqah. Abang nak jumpa dia boleh?"

Warda tergamam. Ya Allah! Abang!

" Abang dah ingat ke? Abang dah tahu siapa cinta hati abang?" Warda dah mula teruja dan gembira pada masa yang sama.

Tapi melihat gelengan Syamel, rasa keterujaan Warda terus hilang.

" Abang tak ingat. Tapi hati abang sakit. Abang rindu. Entah pada siapa. Dalam fikiran abang asyik terfikirkan nama tu. Kalau betul dia cinta hati abang bukan Nisa. Buktikan. Abang nak jumpa dia."

Warda terkedu lagi. Ya Allah! Apa patut aku buat?

" Warda cuba."

Bila Syamel kembali dalam dunianya sendiri, Warda bertindak keluar daripada situ. Bersama dengan linangan air mata, dia menutup pintu bilik Syamel. Dia tersandar belakang pintu tersebut dan mula menangis. Tangisan tanpa suara. Mulutnya ditekup kuat.

" Warda?"

Bila Datin Syiha muncul, terus Warda memeluk mamanya itu.

" Mama. Warda tak kuat. Warda kesian tengok abang. bila abang nak sembuh?"

Datin Syiha mengusap lembut belakang Warda. Senyuman pahit terukir.

" Mama yakin abang kamu akan sembuh. Kita doa banyak-banyak ye? InsyaAllah berkat doa kita semua dia akan sembuh."

" Tapi sampai bila? Tadi dia cakap nak jumpa kak Iqa. Bila Warda tanya dah ingat ke? Dia kata tak. Mama. Apa patut kita buat?"

Datin Syiha termangu. Ya Allah! Berat sungguh dugaan ni. berilah kami sekeluarga kekuatan terutama pada Syamel Ya Allah!

" Saya boleh tolong!"

Serentak mereka berdua menoleh ke arah tangga.

" Kak Hanim!"

**

Tok! Tok!

Pintu bilik yang diketuk langsung tidak dihiraukan. Malah dia terus berada dalam dunia khayalannya sendiri. Akhirnya, si tukang ketuk tadi ambil keputusan untuk masuk sendiri. Dia sendiri tahu keadaan Syamel bagaimana.

Perlahan langkah diatur menuju ke arah Syamel. Bila dah sampai, kerusi kosong sebelah Syamel didudukinya. Dia juga turut memandang ke hadapan.

" Tak semua benda yang kita impikan akan tercapai kan?"

Syamel masih mendiamkan diri. Tak terkesan langsung dengan kata-kata insan sebelahnya itu.

" Dan tak semua benda yang kita boleh buat untuk tebus kesalahan kita kan?"

Hanim menoleh sekilas ke arah Syamel. Tak sangka kawan baiknya ini berada dalam keadaan macam ni. dan yang paling dia kesal dia baru dapat tahu. Ini pun dia berhajat untuk datang melawat bila call Syamel berkali-kali tidak diangkat. Rupanya, ini yang terjadi.

" Cuma yang kesalnya bila kita tak nak usaha dan minta pertolongan daripada Allah."

Hanim menarik nafas dalam. Nisa. Maafkan aku. Aku janji akan pulihkan dia balik. Aku pun tak sanggup tengok dia macam ni.

" Kembalilah pada Allah bila hati tak tenang. Bila rasa berserabut dan penuh dengan masalah. Minta pertolongan Allah dan jangan mengalah dengan mudah."

Syamel mula berikan reaksi. Hanim yang melihat tersenyum.

" Aku tak tahu apa yang kau sedang fikirkan sekarang tapi Cuma satu je aku nak pesan. Jangan mudah mengalah. Selagi kau mengalah selagi itu lah kau tetap macam ni. sampai bila pun tak berubah Mel. Kau nak ke keluarga kau sedih tengok kau? Asyik fikirkan kau? Sampai jatuh sakit fikir tentang kau. Siang dan malam. Tapi kau masih macam ni. Tak ada usaha langsung nak berubah. Yang kau tahu teringat masa yang lalu. Mel! Please! Allah tak suka tengok kau mengalah macam ni. ini baru sikit Mel!"

Syamel terkesan. Kata-kata Hanim tadi sedikit sebanyak membuatkan dia terasa dan terfikir dengan lebih dalam.

" Mel. Aku tahu kau stress dan tak boleh terima kenyataan bila separuh ingatan kau hilang. Tapi kau boleh pulih jika kau nak."

Syamel tertunduk. Rasa kesal mula hinggap dihatinya saat itu. Betul kata Hanim. Aku boleh pulih kalau aku nak. Masalahnya aku asyik mengalah. Asyik salahkan takdir dan diri sendiri. Kenapa aku macam ni?

" Betul ke Nisa dah meninggal?"

Hanim terkedu. Tak sangka soalan ini yang disoal Syamel. Syamel sudah merenung tanpa perasaan ke arah Hanim. Itu membuatkan Hanim terdiam seketika. Tapi dia tak boleh terus sembunyikan hal ini. Sampai bila nak tipu Mel? Aku kena berterus terang.

" Ya Mel. Dia dah lama meninggal." Jujur Hanim dengan senyuman hambar.

Tiba-tiba air mata Syamel mengalir ke pipi. Dia langsung tak ingat bagaimana Nisa boleh meninggal. Kenapa aku teruk sangat ni? Kenapa aku tak ingat?! Cuba kau ingat Mel! Cuba kau ingat!!!

" Mel?"

Hanim dah mula rasa tak sedap hati bila Syamel menyentuh kepalanya dengan kerutan di dahi. Makin lama makin kuat Syamel pegang kepalanya sampai dia terjatuh ke arah katil.

" Arh! Sakit!" Jerit Syamel tiba-tiba.

Hanim mula bimbang. Cepat-cepat dia keluar untuk memanggil ahli keluarga Syamel.

" Sakit!"

Syamel mengerang kesakitan. Kepalanya sakit sangat. Dan tiba-tiba satu memori terlayar dalam fikirannya. Sebab memori itu kepalanya makin sakit sampai akhirnya dia pengsan tidak sedarkan diri.

' Iqa'

End Other's POV

**

' Iqa'

Dadaku berdebar. Aku mula rasa sesuatu. Terdengar juga ada orang memanggilku dengan panggilan Iqa. Bila aku tengok sekeliling, tiada seorang pun yang memanggil. Aku kembali tengok ke hadapan.

Entah mengapa fikiranku melayang jauh teringat akan Syamel. Ya Allah. Kenapa ni? Apa yang dah jadi? Kenapa aku teringat dia?

" Syira?"

Aku tersedar. Yasmin sedang melihatku dengan kerutan di dahi.

" Ha? Kenapa?"

" Kau okay ke? Kenapa nampak gelisah je?"

Aku cepat-cepat tarik senyuman.

" Okay je. Mana ada gelisah. Maybe nak dekat dengan final exam kot."

" Kalau ye pun janganlah gelisah sangat. Chill okay. Aku ke tandas jap."

Sebaik saja Yasmin berlalu ke tandas. Aku cepat-cepat ambil phone dan mula dail nombor Zara. Dan bila panggilan bersambut, aku terus serang dia.

" Zara! Syamel ada cari kau ke? Or ada sesuatu yang terjadi ke?" Cemas aku menyoal.

Aku pun tak tahu kenapa aku mesti rasa macam ni. Kata dah lupa tapi kenapa rasanya still sama? Argh! Stupid la kau Iqa!

" Sabar beb. sabar. Apa maksud kau ni? Mel? Tak ada pula dia cari aku. asal ni? cuba cakap dekat aku."

Terlepas juga keluhan daripada bibirku. Aku banyak fikir sangat ni. Maybe aku perlukan rehat. Tak perlu teringat dah pada dia.

" Tak apa la beb. perasaan aku je kot. Okaylah. Aku cau dulu. Bye."

Terus aku matikan talian. Hati aku kuat mengatakan keadaan Syamel bukan dalam keadaan baik-baik. Patut ke aku call tanya Warda? Tapi dia mesti akan tertanya. Mesti dia suruh aku contact Syamel sendiri. Arh! Serabut!

" Syira? Kau okay?"

Aku tersentak daripada lamunan. Aku mendongak melihat insan yang menegur aku tadi. Senyuman plastik diukir. Dah memang aku tak ada rasa nak senyum pun bila tengok muka dia.

" Okay."

Arh! Lupakan je la. Mainan perasaan je Iqa!

" Boleh aku duduk?"

Aku buat tak layan. Sampai Yasmin muncul pun aku masih setia tunduk tengok buku rujukan.

" Eh Adam. Asal kau ada kat sini?"

" Aku baru habis class. Aku join sekali boleh?"

" Erk. Duduklah."

Aku rasa nak tumbuk je muka kau Min. Kenapa kau ajak dia?! Erh!

" Syira."

Aku jeling Yasmin. Dia tengok aku pelik. Bila aku kerling Adam. Dia boleh tengok aku pula. Ish dia ni!

" Kau asal? Tengok-tengok aku apa hal?" Kasar aku menyoal.

Tiba-tiba dia ketawa. Lol! Apa yang kelakar? Dah la aku tengah berserabut ni. si Adam ni kan. Dari first day lagi suka kacau aku sedangkan aku tak suka dia. Aku tak layan pun dia masih nak dekat. Rimas! Tahu tak rimas? Huh!

" Garangnya." Selorohnya.

" Memang garang. So what?"

Aku sambung study. Tapi fikiran aku asyik teringatkan Syamel. Tolonglah! Jangan fikir tentang dia. Dia dah lupakan kau Iqa! Stop it!

" Yang garang tu la yang aku suka."

Aku dan Yasmin saling berpandangan lantas menoleh melihat Adam yang kelihatan selamba itu. aku tak tahu nak kata apa dekat dia sekarang ni. for sure dia gila ke?

" Min. Aku balik bilik dululah. Stress la duduk sini lama-lama."

Cepat-cepat aku kemas buku dan beg. Bila aku dah bangun dan ingin melangkah, si Adam ni boleh pula halang jalan aku.

" Apa?" Soalku acuh tak acuh. Malas nak layan. Dengan mood tak ada.

" Apa salah aku? Kenapa susah sangat kau nak kawan dengan aku?"

Aku terdiam. Lol! Terasa ke?

" Sebab aku tak suka. Faham? Blah!"

" Tapi aku suka kau!"

Aku terkedu. Aku tengok sekeliling. Mujur tak ada orang yang dengar. Aku kerling ke arah Yasmin. dia pun nampak terkejut. Tapi aku tak nak ambil port tentang tu. so, aku lajukan langkah agar dapat elak dari dia.

Kau memang gila Adam! Aku tak suka kau Adam! Dan takkan suka kau. Sebab dalam hati aku masih tertulis nama dia. Argh! Mel! Kenapa aku bodoh sangat?

" Kau belum kenal aku lagi Iqa. Aku takut kalau kau menyesal."

" Maksud awak?"

" Aku tak sebaik yang kau sangkakan. Aku pernah buat hati seorang perempuan terluka. Dan perempuan itu arwah Nisa. Aku takut kalau aku tak mampu bahagiakan kau."

" Awak percayakan saya?"

" Ya."

" Then, awak patut percaya pada diri awak."

" Kau sudi tunggu aku?"

" InsyaAllah."

" Then, just wait for me."

Langkahku terhenti. Teringat semula perbualan aku antara dua beberapa bulan yang lalu itu membuatkan air mataku mengalir. Syamel. Patut ke aku terus tunggu kau seperti yang kau pinta sedangkan kau dah lupakan aku? Jujur Mel. Aku masih sayangkan kau.

" I miss you Syamel."

#So how guys? Komen sikit#

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro