Part 41

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Disebabkan sis excited so sis kasi upload satu lagi bab malam ni. Haha. Dan sebab sis maybe tak post minggu depan sebab busy dengan assigment. So jangan lupa tinggalkan komen anda. Maaf kalau bersemut. Hiks.

Saya tunggu sampai awak datang. Tonight.

Aku terdiam membaca message dari sang misteri pagi tadi. Dan kini aku tengah pening nak pilih baju. Nak pakai baju apa? Alamat yang dia bagi macam sebuah restoran mewah. Tapi restoran je kan? At least janganlah pakai baju yang boleh jatuhkan maruah lelaki tu.

Aduh! Dah kenapa aku jadi gelisah runsing semua ni? Chill la. Huh! Aku pakai baju kurung je la. Senang! Dan selendang berwarna merah hati lembut. Lantak la. Asalkan aku pakai. Biar nampak sopan sikit. Hehehe.

" Syira.."

Aku menoleh saat Yasmin masuk ke dalam bilik. Dia tengok aku dengan kerutan di dahi.

" Kau masih tak pilih lagi ke baju yang nak dipakai? Dah nak masuk waktu maghrib ni. Kang lewat pula."

Aku mencebik. Biarlah lambat pun. Dah dia kata sudi tunggu. So biarkan dia tunggu lama sikit. Biar aku cabar sikit kesabaran dia. Heh!

" Aku pakai baju kurung je la."

Dia mencerlung. Nampak tak setuju je?

" Baju kurung je? Pakai la yang vogue sikit."

Dia terus meluru ke arah almari baju aku. Pilih punya pilih dia mencapai satu jubah berwarna krim dan hulurkan jubah itu padaku. Aku terkedu. Sebab jubah ni kali terakhir aku pakai masa majlis kenduri Daniel.

" Yang ni cantik sikit. Pakai yang ni la. And selendang pula kau pakai ini."

Aku terkedu lagi. Selendang warna pink lembut dia serahkan padaku. Aku sambut dengan hati berbelah bahgi. Again?

" Pakai ni tau. Lepas maghrib ni siap cepat tau. Nanti aku datang balik untuk mekap kau sikit."

Aku mengeluh kecil. Betul ke apa yang aku buat ni? Betul ke aku nak pergi jumpa sang misteri tu? Tapi kenapa hati aku ni berdebar semacam je. Arh! Abaikan perasaan ini Iqa. Kau jumpa dan tahu siapa dia and then kau blah. That's all.

Aku letakkan baju dan selendang tadi ke atas katil. Aku capai pula phone. Ingin menaip sesuatu buat sang misteri tersebut.

Kita makan dekat tempat biasa je kan? Saya harap tak jatuhkan maruah awak di sana nanti.

Jangan risau. Awak boleh pakai apa je yang penting sedap mata memandang.

Aku tersengih. Yela. Sedap mata memandang ye? Heh! Fine.

**

Sebaik sahaja kaki aku masuk ke dalam restoran seperti diberitahu sang misteri semalam. Aku terus rasa kekok. Rasa lain. Rasa macam nak balik sekarang juga. Sebab tak ada orang pun. Melainkan pekerja mereka je. Tapi aku dah masuk pun.

" Miss. Please have a seat."

Aku turutkan kata pekerja itu lantas menuju ke meja yang diberitahu. Aku kerling jam. Aku rasa aku terlewat lima minit. Tapi kelibat dia tak ada pun. Maybe tak sampai lagi. Aku capai phone dan taip sesuatu. Ingin khabarkan pada dia bahawa aku dah sampai.

Awak. Saya dah sampai. Mana awak?

Aku tengok sekeliling. Serius! Aku seorang je ke pelanggan dorang ni? Segan pula rasa. Cepatlah sang misteri. Mana awak ni!

Just wait for me.

Hmm. Tunggu tu tunggu juga. Tapi cepat sikit. Alahai. Akhirnya aku tunduk tengok phone je. Rasa berdebar-debar je sekarang ni. Baru aku nak fokus dekat phone, ada seorang waiter lelaki datang dengan senyuman.

" This is for you miss."

Dia serahkan aku sebuah buku berwarna hitam. Bila aku ambil dia kembali ke tempat asalnya. Aku tengok buku hitam depan aku ni dengan kerutan di dahi. Dah kenapa bagi aku buku ni pula? Buang tabit ke apa? Datang sini nak makan bukan nak baca buku. Or maybe dia tak nak aku bosan so dia nak aku baca dulu. Why not right? Bagus juga. Okay let's start.

Buka je muka surat satu, aku dah rasa lain. Sebab ada nama aku. Rasa ingin tahu makin mencengkam jiwa. Aku selak muka surat seterusnya pula.

Hadiah pertama. Apron.

Afiqah Insyirah. Masih ingat lagi tak pada pertemuan pertama kita? Saya masih ingat sampai sekarang. Awak baru je keluar daripada sebuah kedai bunga. Saya pula pergi tegur awak. Tanya adakah saya kenal awak. Sedangkan tak kenal pun. Kawan saya punya angkara. Haha. Dan awak masih ingat macam mana saya gelakkan awak? Boleh pula saya tegur fasal apron awak tu. Serius. Saya tak terdetik nak perli tapi serius awak comel. Dan itulah pertama kali di mana hati saya macam tertarik tengok awak. Tapi saya abaikan je.

Aku terkedu. Ya Allah. Ini kan pertemuan pertama aku dengan Syamel. Astaghfirullah! Apa ni? Aku buka muka surat yang seterusnya pula. Rasa ingin tahu makin kuat.

One call away.

Awak masih ingat lagi tak? Masa ni awak ada dekat hospital. Saya pun sama. Masa tu saya tengah tunggu berita tentang arwah bakal tunang saya yang sedang kritikal. Awak pula tengah tunggu masa untuk masuk ke bilik pembedahan. Entah kenapa, saya nak sangat dekat dengan awak. Nak tenteramkan hati awak. Nak buat awak happy supaya awak tak ingat sangat fasal pembedahan tu. Sampai saya nyanyikan satu lagu untuk awak. One call away. Itulah pertemuan kedua kali kita. Awak tak sedar masa tu sebab saya sembunyi. If you want to know, that's time I feel something but, I deny it.

Aku ketap bibir. Ya Allah. Rasa sebak hadir. Tapi aku nak baca lagi. Sampai habis buku ni.

Hadiah ketiga. Ros putih dan sapu tangan.

Hanya Allah saja tahu apa yang saya rasa bila nampak awak mengalirkan air mata time tu. Hanya sebab Daniel. Awak masih ingat tak bila kita terjumpa dekat rumah saya? Hari pertunangan Warda. Jika awak nak tahu, sebenarnya saya rasa seronok bila dapat jumpa awak lagi. Tapi saya sengaja buat macam tu sebab saya suka usik awak. Maafkan saya buat awak bengang. Tapi hati saya lagi bengang bila Daniel buat awak menangis masa tu. Saya rasa saya tak boleh buat awak menangis. But, at the end, I'm still your reason for your crying right? I'm sorry.

And about sapu tangan. Saya pulangkan pada awak. Itu sapu tangan awak. Awak bantu saya saat saya terjatuh. Awak ingat lagi tak satu hari tu saya halang jalan awak semata-mata nak tanya apa hubungan awak dengan Daniel. Haha. Bodoh kan saya? Sampai saya kena marah balik dengan awak. Masa tu saya tahu awak benci sangat dengan Daniel.

Hadiah keempat. Sweater. Senyuman dan lirik lagu bring me back to life.

Ya. Awak mesti ingat yang ni. Pertama kali saya berikan awak senyuman paling manis gara-gara permintaan awak. Haha. Awak tak tahu. Saya dah jadi gila masa tu. Saya berjaya sembunyikan perasaan saya tapi saya pula rasa gagal. Sampai saya cepat-cepat keluar dari situ. And that's lyric. Ingat lagi tak masa majlis hari jadi saya? Saya nyanyikan lagu tu. Yes. That's song to you. Saya nyanyi khas untuk awak. Untuk lahirkan apa yang saya rasa. Dan saya takut awak pergi. I'm so scared Iqa. About sweater tu, biar rahsia dulu. For sure awak comel sangat time tidur.

Aku lihat sekeliling. Ah. Aku rasa aku tahu fasal sweater ni. Huh!

Hadiah kelima. Buah. Ayat suci Al-Quran dan bunga melur.

Iqa. Awak tahu tak time ni awak buat saya bagai nak gila. Bila tahu awak sakit, saya langsung tak boleh duduk tenang. Rasa macam nak pergi jumpa awak sekarang juga. Tapi masalahnya tak boleh. Kalau saya datang jumpa awak time tu, mesti awak akan tahu siapa sang misteri sebenarnya. So far rancangan saya still berjaya. Dan macam kena pula dengan apa yang saya nak sampaikan. Awak ingat lagi tak, masa ni awak lindungi saya daripada kena pukul dengan Daniel? Hanya Allah saja yang tahu apa yang saya rasa masa tu. Rasa macam nak meraung je tengok keadaan awak. Mujur sikit je. Lain kali please jangan buat lagi.

Hadiah keenam. Tiga kuntum bunga ros.

Iqa. Tiga kuntum bunga ros tu menandakan tanda cinta saya. I love you. Yes. I really mean it. Awak ingat kan saya sengaja usik awak dengan call awak tapi tak nak letak? Haha. Saya rasa saya dah gila time tu sebab saya rindu gila dekat awak Cuma saya ego. Tak mengaku. Suka lagi usik awak adala. Haha. And saya bengang bila awak tak beritahu fasal mak Daniel datang sekarang awak. Serius saya marah sangat dengan awak. Tapi tak sampai hati so saya tahan je. Geram. Degil sangat ni. Haih.

Aku tersenyum dalam rasa sebak. Syamel.

Friend. Stranger. Or love?

Awak ingat saya sengaja tanya? Saya ambil balik soalan awak. Itu soalan awak tahu tak? Awak yang tanya pada saya. Ingat tak? Awak send message. Tetiba. Saya gelabah juga. Tapi saya still maintan dan saja main-main. Haha. Dan saya dah jawab kan soalan awak tu? Love.

Hadiah percutian.

Ini hadiah untuk awak. Hadiah percutian bagi menggantikan percutian pahit awak sebelum ni. Maafkan saya. Saya gagal lindungi awak sebelum ni. Hampir saja maruah awak diragut. I'm so sorry Iqa. Saya sepatutnya peka. Dah tahu dia ada dekat situ malam tu but still buat biasa. I'm so sorry. Saya janji akan lindungi awak dengan jiwa raga saya.

Aku tersenyum hambar. Saya tak salahkan awak Syamel. Awak dah menyelamatkan maruah saya. Thanks.

About password.

Ya. Haha. Password Iphone tu. Saya berikan awak Iphone 7s right? Hehe. Saya memang betul maksudkan. Ingat lagi tak? On the way nak hantar awak balik dari percutian tu, awak pinjam phone saya. Sengaja je saya nak main-main dengan awak. But, I really mean it. I love you. I miss you. Afiqah Insyirah. Because I love you.

Hadiah sejambak mawar merah.

Time ni awak merajuk dengan saya. Konon. Haha. Ya. Salah saya juga. Sebab saya pergi macam tu. Awak la. Suruh saya pergi sedangkan saya nak stay dengan awak. Lastly, saya juga kena pujuk. Haha. Sebab tu, saya muncul dan buat-buat pesan bunga. Tapi lastly nak suruh awak tulis apa yang saya nak sampaikan pada awak. Tapi awak tak tulis nama awak. Haha. Merajuk sangat ni. Saya kejar awak sampai ke surau. Saya buat solat isthikarah dan minta petunjuk Allah. Dan saya tahu awak memang jodoh saya. So, saya ambil bunga tadi dan tulis isi hati saya pada awak. Comel tak saya? Buat bentuk love? Haha. Awak comel Iqa. Jangan merajuk lagi tau.

Aku tertawa kecil. Jahat! Aku selak lagi muka surat yang seterusnya.

Semua yang awak baca sebelum ni merupakan penemuan kita selama ini. Hadiah yang saya bagi pada awak selama 9 hari sebelum ni merupakan setiap pertemuan kita. Saya tak pernah lupa. Saya ingat semua tu dan saya nak awak ingat kembali setiap detik yang kita lalui bersama. Jadi, rasanya awak dah tahu siapa sang misteri tu kan?

Aku buka muka surat terakhir.

Afiqah Insyirah. Be my wife?

Terkedu aku baca ayat istimewa itu. Serentak itu telinga aku mendengar petikan gitar dari belakang. Hati aku berdebar lagi saat melihat insan itu memetik gitar dan menuju ke arahku.

Beribu bintang di langit kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rambulan mengambang kini makin suram
Pudar ilham ku tanpa arah

Sedikit wajahmu muncul dalam diam
Ada kerdipan, ada sinar
Itukah bintang atau pun rambulan
Terima kasih ku ucapkan

Izinkan ku mencuri bayangan wajah mu
Izinkan ku mencuri khayalan dengan mu

Maafkan lah...Oohh...
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidup mu

Kau senyumlah ... Oohh...
Sekadar memori kita di arena ini

Kau ilham ku
Kau ilham ku

Bila nyanyian dah habis, tiba-tiba melutut depan aku selepas meletakkan gitar tadi ke tepi. Dia keluarkan pula satu kotak baldu dan menghala ke arahku. Aku terkebil-kebil melihat dia dengan seribu perasaan. Apa dia nak buat ni? Aku dah la rasa nak nangis dah ni.

" Afiqah Insyirah. Be my wife?"

Aku terdiam. Bersama penuh perasaan. Ya Allah. Aku tak bermimpi kan? Kalau mimpi tolong sedarkan aku dari mimpi ni.

" Syamel?"

" Ya Iqa. Saya Syamel. Maafkan saya sebab buat awak tertunggu-tunggu. Dan maafkan saya juga sebab tipu awak. Menyamar sebagai sang misteri. I'm sorry." Luahnya dengan nada yang penuh syahdu.

Aku ketap bibir.

" Saya benci awak! Awak jahat!"

" Ye. Saya jahat. Saya tahu."

" Awak kejam! Sebab awak saya sakit."

" I'm so sorry."

" Sebab awak saya kecewa!"

" I'm so sorry."

" Sebab awak saya rindu."

Aku tunduk ke bawah. Rasa malu menerpa. Terjujur sangat tadi.

" Iqa... Looked at me."

Aku melihat ke arahnya dengan rasa malu. Dalam hati dah berdetak hebat selepas mendapat renungan lembutnya itu. Kotak baldu yang dihalakan padaku tadi diletakkan di atas meja. Tapi dia masih berlutut.

" Saya tahu saya bukan manusia yang sempurna. Saya tahu saya selalu sakiti hati awak. I know. Tapi saya dah janji pada diri saya yang saya takkan buat awak macam dulu lagi. I'm sorry Iqa. I didn't mean to do that. I'm hurt to."

Terasa ada air mata nak mengalir. Tapi aku tahan.

" Mel. Kenapa awak buat saya macam ni? Awak buat saya macam orang bodoh. Saya rasa macam saya tak layak untuk terus berada di sisi awak. Kadang-kadang rasa macam nak buang je awak dari hidup saya. Tapi saya tak mampu. Saya tak tahu kenapa."

Puas tahan, akhirnya air mataku mengalir jua ke pipi. Aku cepat-cepat kesat. Rasa malu menangis depan dia. Aku nampak dia menarik senyuman nipis.

" Because you love me."

Aku toleh ke arah lain. Rasa tak mampu nak tatap dia lagi. Kang aku nangis teruk baru tahu.

" I want ask you for the last time."

Terus aku tengok dia. Dada dah kembali berdebar hebat.

" Will you marry me dear?"

**

Other's POV

Matanya meliar sekeliling. Debaran di hati jangan cakap. Rasa nak terkeluar dah jantung ni gara-gara kejutan ni. Memang terkejut gila. Sampai terkedu lidah nak menjawab.

" Ki...kita makan dulu?"

Terus Iqa tengok ke arah meja dan tidak pedulikan Syamel yang masih melutut itu. Tapi Syamel masih mengukirkan senyuman. Dia tahu Iqa tengah malu saat ini. It's okay Iqa. Take your time.

Syamel melangkah ke arah kerusi dan duduk berhadapan dengan Iqa. Iqa masih setia tunduk ke bawah. Lebih selesa tengok ke arah pinggan dari tengok wajah macho Syamel itu. Bukan nak perasan tapi Syamel memang macho malam ini. Dengan tuxedonya tu. Nasib baik Iqa pakai jubah. Tak la malu sangat.

" Waiter!"

Selepas memesan makanan, Syamel kembali merenung ke arah Iqa. Terbit senyuman kecilnya melihat Iqa. Iqa. Iqa. Macam manalah saya tak gila bila tak ada awak. Tengoklah sekarang ni. Awak comel sangat.

" Mel."

Iqa beranikan diri bertentangan mata dengan Syamel. Sebab dia perlu tahu sesuatu. Selagi tak tahu selagi itu lah dia akan jadi tanda tanya.

" Ye saya."

" Kenapa awak menghilang? Apa yang dah jadi?"

Syamel terdiam. Belum tiba masanya lagi untuk aku cerita perkara sebenar.

" Nanti awak akan tahu. For now, I just want to see you face. I miss you badly Iqa."

Iqa mula rasa serba tak kena. Terus dia larikan pandangan ke arah lain. Arh! Aku perlukan nafas!

" Iqa. Iqa tak sudi ke kahwin dengan saya?"

Iqa terdiam. Bukan tak sudi. Sudi sangat. Masalahnya semua ni berlaku dengan mengejut. Bagi aku bernafas kejap.

" Mel."

" Hmm?"

" Betul ke awak cintakan saya?"

" Sangat. Saya tak pernah tipu tentang perasaan saya Iqa. Kalau saya tak ikhlas dan tak jujur dah lama saya menghilang dan takkan muncul macam ni. Dan saya minta maaf fasal semalam. I'm so sorry buat awak nangis lagi. Saya benci tengok awak menangis. Saya rasa saya penyebab buat awak nangis. Saya teruk kan?"

Iqa tersenyum kecil. Ya. Syamel dah jauh berubah dari dulu. Kata panggilan pun dah tukar. Agaknya apa dah jadi pada dia dulu erk? Sampai berubah macam ni sekali.

" Ya. Teruk sangat sebab buatkan hati Afiqah Insyirah terlalu rindukan lelaki itu. Kejam."

Syamel tertawa kecil. Tengkuknya diusap perlahan. Nampak macho dekat situ.

" Sorry awak. Okay. Janji tak buat lagi."

Iqa tersenyum manis. Comel.

" Siapa Adam?"

Tersentak kejap Iqa dengan soalan itu. Tapi Syamel masih tenang. Macam tak bagi ancaman pun pada dirinya tu.

" Kawan kelas. Macam mana awak boleh kenal?"

" Saya kan sang misteri awak aka spy. So mestilah saya tahu." Tersengih Syamel jadinya.

Iqa terlopong. Sampai macam tu sekali?

" What?"

Syamel ketawa kecil. Kelakar tengok reaksi Iqa.

" Sebab awak dah merajuk dengan saya. Benci tengok saya. So saya kenalah jalankan operasi untuk memujuk buah hati saya ni. kan?"

Iqa ketap bibir.

" Yala. Siapa yang tak benci? Siapa yang tak marah? Sakit hati tau tak?"

" Ye. Tahu. That's why I'm doing this my dear."

Terkedu kejap Iqa jadinya bila Syamel memanggilnya sayang. Merah muka dia jadinya. Tapi Syamel Cuma menahan senyum. Iqa sentiasa comel di matanya.

Seminit kemudian, makanan pun sampai. Mereka berdua menjamu selera dengan penuh berselera. Berseleralah bila hati pun dah senang. Alhamdulillah. Selesai pun masalah mereka berdua. Cuma Syamel masih menanti jawapan Iqa.

" Mel."

" Ye."

" Saya simpan buku ni boleh?"

Buku hitam yang dia baca tadi ditunjukkan kepada Syamel. Nak baca balik apa yang SYamel tulis. Syamel yang melihat tersenyum manis.

" Of course boleh. Tapi dengan satu syarat. Jawab dulu soalan pada muka surat terakhir tu."

Kening Syamel dah terangkat. Bagai mencabar. Iqa yang melihat terus tunduk tengok buku tersebut. Muka surat terakhir dibuka.

Afiqah Insyirah. Be my wife?

Iqa tersenyum tanpa pengetahuan Syamel sebab Syamel tengah makan. Dan tanpa pengetahuan Syamel juga, dia keluarkan lipstik dari beg tangan dan melukis bentuk love bawah tulisan itu. Senyuman nakal jelas terserlah pada bibirnya saat itu. Namun, masih berjaga-jaga supaya Syamel tidak tahu. Kalau tidak hancur rancangan. Haha.

" Nah. Awak bawa balik je la. Saya rasa malas pula."

Syamel mengerutkan dahinya. Pula. Tak sudi ke nak jawab soalan cepumas aku tu? Sedihnya. Haha. Poyo je kau Mel. Sabar boleh?

" Okay."

Syamel ambil buku tu dari huluran Iqa dan letakkan di tepi minumannya. Buat seketika mereka berdiam diri tanpa bersuara. Masih menikmati makanan dalam suasana romantik itu. Agak 10 minit kemudian barulah mereka selesai.

Masing-masing sudah bangun dan sudah berada di luar restoran tersebut. Iqa kerling jam tangannya. Alamak! Dah pukul 10 malam. Aduh. Mana aku nak cari teksi malam-malam ni? Bas confirm dah tak ada.

" Saya hantarkan." Pelawa Syamel bila melihat keresahan pada wajah Iqa.

Iqa terkejut. Tapi tak pula dia menjawab melainkan melihat sekeliling.

" Saya.."

" No excuse. Jom. Awak ingat saya akan biarkan awak seorang diri balik ke kolej malam-malam macam ni? Dah jom. Saya yang suruh awak datang dan saya juga nak awak pulang dalam keadaan selamat."

Mahu tak mahu Iqa turutkan juga. Bukan tak mahu tapi dia masih rasa awkward dengan Syamel.

Sepanjang perjalanan, masing-masing mendiamkan diri melainkan bunyi music dari radio. Iqa setia merenung ke luar tingkap. Sekarang barulah dia rasa masalah dia yang sebelum ni terlepas.

Syamel pula asyik tersenyum daripada tadi. Dia bahagia sebab rancangan dia berjaya. Apa yang dia harapkan berjaya juga walaupun jawapan muktamad Iqa masih belum tahu. Tak apa. Itu perlukan masa. Aku pun kena faham dia.

Hampir 15 minit memandu, akhirnya sampai juga depan kolej Iqa. Iqa menoleh sekilas ke arah Syamel yang setia memandangnya itu.

" Saya masuk dulu. Terima kasih atas kejutan ni. nanti buat lagi ye?" Sempat lagi Iqa memerli.

Syamel tersengih.

" And... jangan lupa buka buku tu balik. Rasanya jawapan yang awak nak ada dalam buku tu. Bye."

Cepat-cepat Iqa keluar daripada situ dan melangkah masuk tanpa menoleh ke belakang lagi. Dia tahu mesti Syamel akan buka time tu juga. Dia kenal sangat dengan Syamel tu.

Ting!

See. Tak sampai 1 minit, si Syamel ni dah hantar message. Iqa yang melihat sudah tersenyum lebar.

Apa tanda love ni? Tandanya awak setuju kan?

Iqa tersengih. Lambat pick up!

Entah. Setuju la kot.

Alhamdulillah. Thanks Iqa! I love you! Muah!

Iqa tertawa kecil. Tapi jauh disudut hatinya dia bersyukur dan bahagia. I love you to Syamel.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro