Part 42

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pukul 12 tengah hari kejap lagi saya datang ambil awak. Awak bawa baju dan apa yang patut dan pakai baju kurung. Kita nak ke Kuala Lumpur. Okay dear?

Terkebil-kebil aku baca whatsupp daripada Syamel ni. Dah kenapa tiba-tiba nak bawa aku ke KL hari ni? Semalam kan dah jumpa. Oh My! Bila teringat fasal semalam memang aku tak boleh nak tidur la. Sweet sangat. Haha.

Kita nak ke sana buat apa?

You will know my dear. Siap okay. Dua jam dari sekarang saya datang ambil.

Aku tersenyum nipis. Syamel. Syamel. Awak memang dah banyak berubah. Okay. Saya makin sayangkan awak. Haha.

Aku kerling jam. Okay. Ada masa lagi dua jam. Kemaslah apa yang patut. Cuti pun berbaki lagi dua minggu. Kalau pergi cuti dekat KL pun okay ni. Haha. Boleh aku pujuk Mel bawa aku pusing Kuala Lumpur. Lama tak ke sana. Gara-gara si SYamel ni la. Nak lari konon. Haha.

Aku masukkan beberapa baju dan seluar ke dalam beg. Tak lupa juga barang-barang berharga. Then aku iron pula baju dan tudung aku. Just make it as simple I can. Ngeh. Ngeh.

" Haih. Nak ke mana pula tu?" Tegur Yasmin dengan kerutan di dahi.

Baru balik dari jogging la tu. Aku Cuma tersenyum dan sambung iron baju.

" Aku nak ke KL. Dalam beberapa hari maybe."

" Yeke? Kau dan dia dah berbaik kan?"

Aku tersengih. Wajah teruja Yasmin memang boleh buatkan aku tergelak. Tak sampai sesaat. Muncul pula si Tiana. Mereka berdua dah buat muka teruja dorang tu. Alahai. Boleh tahan juga dorang ni kalau fasal gosip. Ngeh.

" Alhamdulillah. Terima kasih pada korang juga."

" Argh! Bestnya!"

Tiba-tiba ja mereka berdua berpelukan sambil menjerit. Aku yang tengok dah terlopong. Amboi kawan-kawan aku ni. Lastly aku pula tergelak melihat reaksi mereka. Tak boleh blah betul.

" So nak pergi KL ni nak pergi date ke apa?" Soal Tiana pula dengan sengihan nakal.

Aku Cuma menjongketkan bahu. Sebab aku sendiri pun tak tahu. Ikutkan je la. Lagipun aku percaya dia.

" Bestnya. Okay. Tak sabar nak tunggu kad kahwin dari kau."

Aku tergelak.

" Lambat lagi la. Okaylah. Aku nak siap. Nanti dia sampai aku tak siap lagi."

" Okay boss!"

Alahai. Aku pasti akan rindukan korang bila aku ke KL nanti.

**

Aku tunduk tengok baju aku berkali-kali. Aku rasa biasa je. Aku just pakai baju kurung kain cotton berbunga-bunga yang berlatarkan warna putih. Then aku pakai shawl berwarna krim ikut warna bunga baju. Serius. Simple sangat. Tapi aku tak faham kenapa yang mamat depan aku ni tengok aku tak berkelip. Segan pula aku.

" Awak?"

Aku lambaikan tangan aku depan dia. Sampai dia tersedar lantas tersengih. Tahu salah sendiri la tu.

" Sorry. Awak cantik sangat hari ni."

" Biasa je pun. Jom la. Nanti lewat pula nak sampai KL."

Kami berdua masuk ke dalam kereta. Tapi satu persoalan masih berlegar dalam fikiran aku.

" Ye. Awak nak tanya apa?"

Eh. Aku tak sempat tanya lagi dia dah bersuara. Aku tersenyum sendiri jadinya. Macam faham je apa yang aku nak tanya. Ehehe.

" Bila awak sampai Johor?"

" Soalan yang bagus."

Dia tarik senyuman tapi mata masih memandang ke hadapan. Fokus pada pemanduan yang memakan masa agak panjang.

" Pagi semalam."

Aku hanya menganggukkan kepala. Kira cepat jugalah kan? Tak sangka aku. But, dia memang romantik. Haha.

" By the way, kita nak ke mana sebenarnya?" Soalku lagi tanpa menoleh ke arahnya.

" Secret."

" Ala. Cakap je la."

" No. Rahsia tetap rahsia. Awak tidur je dulu. Nanti dah sampai saya gerak."

Aku mencebik. Nak tahu pergi mana pun tak bagi. Benci la macam ni. Nak tidur tapi tak mengantuk. Aku punyalah nak sembang dengan dia tapi dia pula nak suruh aku diam. Hurm. Tak tahu ke yang aku rindu dia sangat? Nak berbual lama dengan dia? Aiseyh. Sabar Iqa sabar.

Aku memandang sekeliling kereta Honda Civic milik Syamel. Kemas dan teratur. Suka aku tengok. Then aku pulas volume suara dengan kuat. Tanpa pedulikan reaksi dia. Dah la pasang lagu kesukaan aku. Memang best la kan?

Telefon bimbit aku capai dan mulakan siasatan. Haha. Ingat aku akan duduk diam macam ni wahai Encik Syamel? Memang tak la. Just wait and see.

Aku buka Instagram milik Syamel. Sebelum ni aku block dia. Sebab tak nak ingat punya fasal. Tapi semalam aku dah unblock dia dah. So misi bermula. Aku tengok profile dia. First gambar untuk hari ni. Aku ternganga.

Gambar dia dengan aku dalam kereta. Tapi aku tengah tengok ke arah tingkap. Dia pula tengah bawa kereta. Acah candid la tu. Eh. 5 minit yang lalu. Aku kerling sekilas ke arah dia. Hampeh punya Syamel. Caption? Of coursela win.

Mission completed! Now, I will bring her to you. And thanks my love. I love you.

And aku? Of course blushing. Sampai tersengih aku jadinya. Aku buka pula gambar kedua. Ini gambar semalam. Dia post gambar aku tengah baca diari. Caption? Win lagi.

I hope you will like it. I hope you wont reject me. Guys. Support me please!

Aku tersenyum kecil. Syamel. Mana mungkin saya tolak awak sedangkan dalam hati saya Cuma ada nama awak. Alahai. Kenapa awak comel sangat ni Syamel?

Aku scroll lagi sampai ke bawah. Tak ada apa yang menarik melainkan gambar dia dengan kerja dia. So next, adik dia punya IG. Sebelum ni pun aku block IG dia sebab aku tak sanggup nak tengok. So sekarang baru nak unblock. Teruknya aku. Haha.

Tapi, eh! Profile picture dia. Aku scroll pula gambar dia. Eh. Yang hari ni gambar dia berpakaian baju kahwin? Capton?

Just a few hours left. Tak sabarnya even takut. Wahai bakal suamiku yang tersayang. Jangan gagap ye. Make sure just one okay.

Aku terfikir sejenak. Gambar ni baru dipost sejam yang lalu. That's mean, dia nak nikah hari ni. And sekarang ni bermakna abang dia nak bawa aku ke sana la kan? Kan? Aku kerling sebelah. Wajah tenang Syamel aku jeling dengan senyuman sinis.

" Nak berahsia la sangat kan?" Sindirku lantas tengok ke depan.

" What?"

Ala. Buat-buat tak faham pula dia.

" Sudahlah. Ingat saya tak tahu kot."

Aku buka gambar Warda tadi dan tunjukkan dekat Syamel. Syamel menoleh seketika sebelum tersengih seketika.

" Dah kantoi erk? Haha. Baru nak berahsia. Nak bagi surprise."

Aku mencebik. Surprise la sangat.

" Jangan la merajuk sayang."

" Eii. Jangan nak bersayang sangatlah."

Aku terus tolak bahu dia. Geram sangat. Tapi dalam hati dah berdetak saat dia panggil sayang. Gila arh aku ni.

" Haha. Latihan. Selepas kahwin kena juga panggil sayang kan?"

Dia menjongketkan keningnya lantas tertawa kecil. Aku yang dah blushing ni terus toleh ke arah lain. Hampeh punya laki. Sabar je la.

**

Daripada tadi aku tak henti-henti terlopong gara-gara terkejut. Sampai kena cuit baru aku tersedar dan buat sengihan kerang busuk. Apa lagi tergelaklah orang sebelah aku ni.

" Asal tercegat lagi depan pintu ni. Jom ikut saya. Semua orang dah tak sabar nak jumpa awak ni."

Tak fasal-fasal lengan aku yang berlapik ni ditarik masuk ke dalam rumah macam istana ni. Bukan tak pernah datang sebelum ni tapi aku nampak lebih cantik kediaman rumah Syamel ni.

" Tu bilik Warda. Awak masuk dulu. Saya nak jumpa mama kejap."

Aku dibiarkan seorang diri depan bilik Warda. Aku tengok sekeliling. Dah gaya seorang pencuri aku ni. perlahan-lahan aku menapak masuk ke dalam bilik itu. Dari jauh aku nampak Warda yang duduk depan meja solek sambil main handpone. Dia kelihatan sangat cantik selepas dimakeup dan berpakaian bak seorang puteri.

Aku mendekati dia dan bila dah berdiri belakang dia, aku cuit bahu dia. Tersenyum aku melihat reaksi yang masih tak perasan kehadiran aku.

" Ye. Kejap ye."

Dia masih fokus dekat handpone dia. Aku toleh ke belakang saat terdengar suara Syamel dari jauh. Cepat-cepat aku mendekati Syamel yang sudah dekat dengan pintu.

" Dah jumpa dia ke?" Soal SYamel.

" Belum. Dia tak perasan lagi. Awak duduk je sini. Biar saya pergi tegur dia."

Syamel hanya mengangguk dengan senyuman. Aku pun mula mendekati Warda semula. Sekali lagi aku cuit bahu dia. Nak tengok sama ada dia akan toleh atau tak.

" Ala. Jap la."

Aku tahan tawa. Amboi. Apa yang sibuk sangat tu Warda.

" Asyik jap je. Akak balik dulu la."

Terus dia toleh ke arah aku. Seperti yang aku jangkakan. Reaksi dia sangat mengejutkan. Aku pula tertawa melihat reaksi dia. Tak semena-mena juga tubuh aku dipeluk. Aku tersenyum melihat keterujaan dia.

" Ya Allah! Akak! Alhamdulillah. Alla makbulkan doa Warda."

Pelukan dileraikan. Warda melangkah ke arah pintu dan menarik lengan abangnya supaya masuk berdiri sebelah aku. Aku Cuma tersenyum melihat tingkah Warda.

" Terima kasih abang sebab tunaikan janji."

Syamel tersenyum sambil berpeluk tubuh. Gaya dah cukup macho la tu.

" Abang dah janji kan?"

Warda tersengih. Dia tengok aku pula.

" Akak takkan tinggalkan Warda lagi kan?"

" InsyaAllah."

" Lepas ni boleh jadi kak ipar rasmi Warda kan?"

Erk. Aku tersentak. Aku kerling ke arah Syamel. Dia nampak tenang je. Tak terkesan dengan soalan Warda. Maybe dah jangka kot.

" Jangan risau Warda. Abang akan jadikan dia kak ipar Warda okay?"

Tiba-tiba dia menoleh melihat aku dengan kenyitan mata. Aku pun apa lagi tunduk la. Malu punya fasal. Dia ni memang suka buat aku blushing kan?

" Akak. Warda keluar jap. Ada hal."

Tinggallah aku dengan si Syamel dekat bilik cantik ni. Tak nak timbulkan fitnah even pintu bilik terbuka, aku mula berganjak untuk keluar. But, sempat dihalang oleh Syamel.

" I mean it Iqa. Kita kahwin?"

Aku terkedu. Ye. Memang aku dah setuju dengan lamaran dia. But takkan secepat ni?

" Awak jangan kata awak tolak lamaran saya. Semalam dah setuju kan?"

" Yela. Saya dah jawab semalam. Tapi kenapa nak tanya banyak kali pula?"

" Sebab saya nak kita kahwin dalam masa terdekat ni. Cuti sem awak lagi berapa hari?"

Aku hitung punya hitung. Lagi 2 minggu. Gila. Takkan nak kahwin masa ni? Aku habis belajar pun belum. Aku tengok dia tajam.

" Awak! Saya still study okay. Ada lagi setahun kot."

" Tak salahkan kahwin masa tengah belajar. Lagipun saya lebih dari mampu awak."

Tengok kesungguhan dia buatkan aku tak sampai hati nak menolak. Erh! Semenjak bila Syamel yang aku kenal ni degil. Eh dia memang degil pun kan. Huh!

" Tak nak."

Terus aku berlalu keluar meninggalkan dia dalam keadaan terpinga-pinga. Tapi aku tergelak. Tipula kalau kata tak nak. Memang nak sangat. Cuma semuanya perlu dibincang dulu. Tak nak la kahwin koboi. Apa pun tak sedia lagi.

" Ala Iqa!"

Aku cuba cepatkan langkah. Tak nak berdepan dengan dia. Baik aku pergi jumpa mama dia ke. Ada faedahnya juga. Or ha! Cari Daniel! Mesti dia akan datang punya. Adik sepupu dia nak kahwin kan? Tapi...

" You!"

Langkah aku terhenti saat mendengar suara perempuan yang agak gedik pada pendengaran aku. Tak jadi aku nak teruskan langkah dan toleh ke belakang. Apa yang aku lihat kini, Syamel tengah berdepan dengan seorang perempuan free hair. Aku tengok dengan tanda tanya. Siapa tu?

Aku nak mendekat tapi bila tengok aksi terlebih perempuan tu, tak jadi terus aku nak pergi dekat. Rasa cemburu tiba-tiba menyerang. Weh! Siapa tak cemburu bila orang yang kita sayang tengah dingorat orang lain. Ceh. Ayat!

Syamel melihat aku dengan muka kesian. Hmm. Kesian la sangat. Benci pula aku tengok. Tak nak arh. Lantak dia la. Aku pusing semula ke arah lain. Nak turun bawah. Masa ini juga Warda dah naik dan berdepan dengan aku.

" Akak nak pergi mana? Mana abang?"

Aku buat muka bosan. Hanya kerling ke belakang sekilas. Tiada hati nak bersuara. Warda yang melihat mengeluh kecil. Asal?

" Perempuan tu memang kak. Tak habis-habis nak ganggu abang even abang dah cakap dia dah berpunya. Jadi benci pula kak bila saya tengok."

Aku dah terdiam. Oh. Macam tu. Tapi tengok gaya macam si Syamel tu pun melayan. Heh!

" Perempuan tu sebenarnya anak kawan mama. Kawan mama selalu datang sini sebab atas urusan persatuan mereka. Tapi anak dia ni terlebih gedik. Dah kena reject still datang. Tak tahu malu ke apa?"

Aku tersenyum sinis. Jatuh maruah seorang wanita. Hmm.

" Akak pergi la. Jangan bagi perempuan tu peluang langsung kak."

Tak fasal-fasal sekali lagi tubuh aku ditolak daripada belakang dan menyebabkan aku berdiri sebelah Syamel. Aku pandang Syamel dengan kerutan di dahi. Dia masih dengan muka kesian dan senyuman hambarnya tu. Aku toleh pula ke arah perempuan tadi. Ya. Wajah dia dah masam bila tengok aku. Huh! Kau tak kenal aku siapa lagi wahai perempuan.

" Siapa ni?"

Aku buat-buat tanya. Dengan pandangan tak puas hati. Ingat kau je boleh perempuan? Aku pun bolehlah! Haha. Kejam pula rasa.

" Anak kawan mama. Awak jom la kita turun."

Belum sempat Syamel nak suruh aku jalan, perempuan tadi terlebih dahulu halang jalan kami. Haih. Ni dah lebih.

" Hey. Kau siapa? Menyibuk je."

Aku tengok perempuan depan aku ni kecil besar kecil besar je.

" Dia bakal isteri saya. Cinta hati saya. So what?"

Nah! Ambik! Tuan badan dah jawab. Aku tengok reaksi perempuan tadi. Dah terkejut. Aku pula rasa nak gelak. Haha. Nak gelak sekarang boleh?

" You!"

" Saya dah cakap sebelum ni kan yang saya dah berpunya. Awak yang tak nak terima kenyataan. So please. Saya dah bawa bukti depan mata kan? Jadi berhenti ganggu saya. Jom Iqa."

Okay. Wajah Syamel dah tegang. Tak jadi aku nak bersuara. Tapi bila mata aku sedar perempuan tadi nak buat aku terjatuh, aku cepat-cepat tolak tubuh Syamel ke tepi. Tak nak jatuh sama-sama. Dan akhirnya aku terjatuh duduk gara-gara terlanggar kaki yang sengaja dihadang supaya aku terjatuh.

" Ouch!"

Aku melihat perempuan tadi dengan kerutan di dahi menahan sakit. Bila tengok senyuman puas dia tahulah dia memang sengaja.

" Iqa!"

Syamel mendekat dan selepas itu dia tengok perempuan tadi dengan jelingan tajam. Aku yang tengok pun dah kecut perut. Dia tahu ke?

" Kau sengaja kan? Cari fasal? Ingat aku tak tahu?"

Ops! Dia tahu la. Tengok. Perempuan tadi dah takut. Haha.

" Berhenti buat kerja bodoh ni boleh? Sudah-sudahlah tu. Aku dah cakap tak nak tu tak nak. Jangan jadi perempuan tak tahu malu boleh tak?"

Aku terdiam. Syamel marah benar ni. Dia tengok kaki aku semula.

" Awak okay?"

Aku cepat-cepat mengangguk. Aku bangun berdiri dengan bantuan Warda di sebelah. Entah sejak bila dia muncul pun aku tak sure.

" Bawa dia ke bilik Warda. Sapu minyak sikit." Arah Syamel lembut.

Aku dan Warda hanya menurut. Tapi sempat lagi aku melihat mereka berdua. Okay. Perhintungan akan bermula. Janganlah sampai perempuan tu nangis dibuat Syamel. Heh!

**

" Alhamdulillah."

Sebak aku tengok Warda yang sudah sah menjadi isteri kepada suami pilihannya itu. Sedap mata memandang. Alhamdulillah. Mereka dah sah jadi suami isteri. Dua tahun bertunang. Bukan masa yang singkat tu. Mesti banyak cabaran yang mereka perlu lalui. Alhamdulillah mereka berjaya menempuhinya.

Aku toleh cari kelibat Syamel. Dia kelihatan tenang sebelah pengantin lelaki. Tersenyum aku melihat dia. Aku rasa aku nak keluar kejap la. Ramai yang dah berkerumun ke arah pengantin perempuan. Aku rasa macam tak layak dah duduk sebelah Warda.

Aku bergerak perlahan-lahan ke luar rumah. Kaki dibawa ke arah taman. Kerusi kosong aku ambil dan duduk berdepan dengan kolam ikan. Bila duduk macam ni teringat semula kenangan dulu masa first time aku jejak kaki ke sini. Memang gila arh. Haha. Rindu pula.

" Hey perempuan."

Tersentak aku bila disergah macam tu. Bila aku toleh rupanya perempuan tadi. Haih. Nak apa lagi minah ni. nasib baik kaki aku tak terseliuh. Just rasa sengal macam tu.

" Saya ke?"

Tak boleh tengok aku senang langsung minah ni.

" Stay away from him!"

Aku tergelak sinis. Amboi. Arahan.

" Awak ni dah kenapa?" Aku masih cuba bersopan. Selagi tahap kesabaran aku ada.

" Aku benci kau sebab rampas dia dari aku. Kau kena jauhkan diri kau dari Syamel!"

Aku tersentak bila tiba-tiba je bahu aku dipaut dari sisi. Bila aku toleh ke kiri, lagilah aku tersentak. Erk. Macam mana dia boleh tahu aku ada dekat sini? Aku tengok perempuan tadi. Dah kecut perut. Lol!

" Kau masih tak puas hati apa Tasha?"

Oh. Nama dia Tasha.

" I cintakan you Mel."

Wow! Pengakuan berani mati.

" But I love her. Not you. And I will marry her. Not you. Understand?"

Muka dia dah masam. Lepas tu bibirnya dicebikkan. Tak lama lepas tu dia terus lari. Aku yang tengok tercengang. Kenapa aku rasa sikap dia macam budak-budak tak matang? Erk. Aku rasa budak lebih matang. Haha.

" Are you okay?"

Okay. Aku baru teringat ada mamat sebelah aku ni. Aku tolak tangan dia yang masih ada pada bahu aku ni ke bawah. Aku tersengih kekok ke arahnya. Tanpa melihat dia aku berlalu. Dia setia ikut dari belakang.

" Iqa."

" Ya?"

" Saya dah bincang dengan orang tua saya. Dan mereka setuju."

" About?"

" Our wedding."

Terhenti terus langkah aku. Dengan wajah terkejutnya aku menoleh melihat dia. Dia masih tenang macam tadi plus senyuman manis dia tu. Memang buat hati aku berdetak weh.

" Our wedding?"

" Ya. Awak kan dah setuju. So, why don't we just proceed it right?"

Aku tepuk dahi. Ya Allah. Dia memang serius sangat ni. Aku pula rasa terlalu cepat.

" Tapi awak.."

Serba salah aku tengok dia. Dia mula beriak serius.

" Iqa. Please. Benarkan saya lindungi awak. Jaga awak. Cintai awak. Saya tak nak perkara sama berulang lagi. Cukuplah sekali saya kehilangan awak. Saya tak nak kehilangan awak buat kali kedua. I'm nothing without you Iqa. Saya tahu awak pun rasa apa yang saya rasa kan? So, why don't we just proceed it?"

Jauh di sudut hati aku pun tak nak kehilangan dia buat kali kedua. Sebab aku terlalu menyayangi dia. Cuma, aku tak yakin mampu jadi isteri dia. Aku rasa masih banyak benda yang aku kena perbaiki. Dah la aku pelajar. Takut masa aku dengan dia akan jadi terhad.

" Mel. Awak tahu kan saya ni pelajar?"

" Yes. I know. And I don't care. I okay with that. Tak salah kan berkahwin masa study. Lagipun saya janji takkan bebankan awak."

Oh my. Ni buatkan aku terharu ni. Rasa nak peluk dia je. Haip! Bukan muhrim. Haha.

" Then, ask my parents."

Dia mula menarik senyuman yang paling lebar aku rasa. Happy je dia aku tengok.

" Settle. Seminggu dari sekarang kita akan nikah. Got it?"

Okay. Kali ni aku tercengang besar. What?

" Syamel!"

" I'm serious. Haha!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro