Part 43

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kecil besar kecil je aku tengok mamat depan aku sekarang ni. Tak cukup dengan itu, aku tengok sekeliling dengan nafas tertahan-tahan. Ya Allah. Apa semua ni?

" Iqa?"

Aku meraup wajahku perlahan. Cuba sabarkan diri.

" Apa ni?"

Dia mendekati aku dengan senyuman manisnya itu. Eh. Benci pula tengok wajah selamba dia tu. Sengaja cari fasal ke?

" Barang hantaran. Kan saya dah kata semalam seminggu dari sekarang kita akan berkahwin. Lupa?"

Aku tepuk dahi. Ya Allah. Apa la yang mak ayah aku fikir agaknya. Mesti dorang terkejut. Aduhai.

" But Mel.."

" Ala kak. Terima je."

Tiba-tiba Warda muncul dengan suaminya ke arah kami. Aku terdiam melihat pasangan pengantin baru ini. Lepas tu aku tengok Syamel dengan wajah geram.

" Abang kamu ni dah gila gamaknya Warda." Ujarku terus terang sampai membuatkan mereka semua ketawa termasuk SYamel.

" Memang dia dah gila kak. Tergila-gilakan akak la."

Aku Cuma ketap bibir. Sabar je la Iqa.

" So? Bila nak gerak bang?"

Sekali lagi aku jadi tertanya-tanya bila Warda tanya soalan itu pada empunya diri. Dia pula Cuma tersenyum dan menarik Warda ke luar rumah. Stress aku tengok dorang tu. Suami Warda pula dah berlalu ke dapur. Tinggallah aku dengan barang-barang yang masih elok berada dalam bungkusan. Barang hantaran? Funny.

Tapi diam-diam aku belek jugalah barang yang ada tu. Aku nak tengok harga sebenarnya. Baju dan kasut nampak branded. Tipu kalau kata murah. Sekali aku tengok kasut sport jenama Adidas ni. Melopong terus aku. Gila bapak mahal!

" Awak."

Aku mendongak ke arah Syamel yang sudah masuk semula ke dalam rumah. Warda berlalu ke dapur. Maybe nak jumpa dengan suaminya. Aku pula berpeluk tubuh sambil melihat ke arah Syamel.

" Why?"

" Jom?"

" Where?"

Tiba-tiba dia keluarkan satu buku pasport dan menghulurkan kepadaku. Aku tak sambut. Just tengok dengan kerutan di dahi. Tak faham.

" Holiday?"

Aku terlopong. What? Holiday?

" No! No! No! Nonsense!"

Terus aku ambil beg dan ingin berlalu ke luar daripada rumah milik orang tua Syamel. Cukuplah sehari aku bermalam dekat rumah dia. Tak untuk kali kedua.

" Iqa! Listen first! Please!"

Dia menghalang jalan aku. Dengan wajah kesian dia. Aku yang tengok hanya mendiamkan diri.

" Okay. Let me explain first."

Sekali lagi dia serahkan buku pasport berwarna merah padaku. Aku tak sambut juga.

" Just take and looked first. Please." Dia merayu lagi.

Mahu tak mahu aku ambil juga dan buka tengok. Yang pasti ini buku pasport dia. Bukan aku.

" Tengok tarikh."

Aku tengok seperti yang disuruh. Eh. Ni tarikh minggu depan. Dahi aku dah berkerut seribu. Mean?

" Kita pergi holiday plus honeymoon. Okay my dear? Clear?"

Aku tercengang. Ya Allah. Kejutan lagi? Terus air mata aku dah bertakung. Nak tunggu masa mengalir je. Dia suka buat surprise sangat ni kenapa?

" Iqa? Hey?"

Tak sengaja. Air mata dah mengalir ke pipi. Terharu! Aku tengok dia sudah kelam kabut. Maybe terkejut tengok aku nangis. Aku tertawa dalam tangisan.

" Iqa? Hey. Awak okay ke ni? Kenapa? Saya ada buat salah ke?"

Aku menggeleng dan kesat air mataku. Malu pula menangis depan dia.

" Mel."

" Ya? Why?"

" Thanks."

Dia terdiam. Tapi senyumannya dah lebar.

" Anything for you my love."

" Tapi banyak sangat surprise. Sampai saya tak mampu nak terima. Terutama fasal kahwin. Awak tahu tak banyak persiapan kena buat. Lagipun cuti saya dah nak habis. Dan saya takut kalau saya tak mampu nak jadi seorang isteri yang baik pada awak."

Syamel mendekat dan setia dengan senyuman manisnya itu.

" Satu je yang saya minta. Sentiasa ada di sisi saya. That's enough Iqa. I don't care about anything else."

Aku kipas muka aku dengan air mata yang masih bergenang. Tahan diri daripada mengalirkan air mata. Dia yang tengok dah jadi gelisah. Takut aku nangis lagi la tu. Haha.

" Syamel. Saya bersyukur sebab Allah kembalikan awak pada saya."

" Kalau dah jodoh tak ke mana awak."

Aku tersengih lantas toleh ke arah lain. Tak nak pandang dia. Malu.

" So, jom?"

" Where?"

" Cari barang kahwin kita la sayang."

Tak berlengah, bahunya aku tampar dan berlalu dari situ. Dari jauh kedengaran suara halus dia ketawa. Sabar je la Iqa.

**

" Arh!"

Aku tersenyum sinis saat mendengar keluhan kuat dia tu. Tapi bila aku jeling dia boleh tarik sengihan lebar sambil memandang ke arah tasik. Cara macam penat tapi riak muka dia tak nampak penat tapi bahagia.

" Iqa."

" Hmm."

" Awak tahu tak benda apa yang paling menggembirakan saya?"

" What?"

" You."

Terus aku toleh semula ke arah dia. Dengan riak wajah yang kurang meyakinkan.

" Yes. It's you. Sebab tu saya tak sanggup kehilangan awak."

Aku tarik senyuman kecil lantas memandang ke hadapan semula. Saya pun Syamel. Sebab tu sampai sekarang saya masih tak mampu nak lupakan awak. Maafkan saya.

" Macam-macam perkara yang kita lalui. Tak sangka akhirnya saya berjaya laluinya."

Tiba-tiba dia berdiri depan aku. Aku yang tengok dah terkedu. Tak tahu nak bagi reaksi dan cakap apa. Just diam je lebih baik.

" Afiqah Insyirah."

Dia keluarkan sesuatu dari poket seluanya dan menghulurkan padaku. Aku tunduk untuk tengok benda apa yang dia ingin berikan. Aku terkedu lagi saat cincin yang berada dalam genggamannya. Cincin yang sama bila seperti malam itu.

" Tanda hati saya pada awak. Take this and keep it."

Terketar-ketar tangan aku mengambil cincin dari tapak tangannya. Bila dah berada dalam genggaman aku, aku buat tawa kecil. Mengelakkan diri daripada mengalirkan air mata. Mimpi ke aku ni?

" Jangan pernah hilangkan cincin tu. Tau?"

Dia kembali berdiri di sisi aku. Aku masih setia tengok cincin tadi lantas mengerling ke arah Syamel. Aku tersenyum lantas sarungkan cincin tadi ke jari manis belah kanan. Cantik.

" Mel."

" Yap."

" Kenapa awak sanggup buat semua ni? Saya begitu bermakna ke untuk awak?"

" Mesti. Awak sangat penting dalam hidup saya."

Dia menoleh ke arah aku dengan pandangan redup. Aku tersenyum lagi even hambar.

" Saya bukan Nisa Mel."

" Stop it Iqa."

Terdengar keluhan kecil daripada bibirnya. Aku terdiam saat kedua-dua bahu aku disentuhnya. Tajam dia merenung ke arah aku.

" Kenapa awak selalu bandingkan diri awak dengan orang lain? Awak adalah awak. Saya suka awak sebab itu diri awak. Please Iqa. Jangan ungkit lagi fasal hal ini."

Aku tahu dia ikhlas menyanyangi aku. Dan untuk itu aku sangat bersyukur dan berterima kasih. Alhamdulillah.

" Kurang dari seminggu kita akan berkahwin. So, jangan fikir benda-benda sedih atau saya akan sekeh kepala awak."

Aku tergelak kecil. Kedua-dua tangan dia aku tolak kuat. Malas nak layan. Aku kembali melangkah ke arah kereta meninggalkan dia di belakang. Arh! Aku akan menikmati cuti aku ni dengan sebaik mungkin. Cuti aku berbaki lagi dua minggu. Lagi seminggu aku akan berkahwin. So masa berbaki lagi seminggu. Agaknya macam mana aku nak hadapi hari bersama dengan Syamel nanti? Arh! I can't imagine it!

" Iqa!"

Aku langsung tidak hiraukan panggilan dia. Malas. Aku nak balik cepat-cepat. Penat tadi uruskan fasal perkahwinan ni. Mujur aku dah pergi kursus kahwin sebelum ni. Tu pun Tiana yang ajak. Tahun lepas. Kalau tidak mesti kelam kabut. Mamat tu jangan cakap. Dah pergi lama dah. Hari ni settle fasal dokumen nikah. Esok? Maybe fitting baju? Entah!

" Iqa! Afiqah!"

Aku mencebik. Dah kenapa asyik panggil nama aku je ni? Orang lain duk tengok semacam je. Dah tu tiba-tiba ja telefon aku bunyi. Aku capai phone dari poket seluar. Bila tengok nama di skrin , dahiku berkerut seribu. Eh mamat ni. call pula dia. Mahu tak mahu aku jawab je la.

" Apa?"

" Pandang belakang. Sekarang."

Apa pula sekarang? Dengan malasnya aku toleh ke belakang. Dan aku tersentak saat ada ramai kanak-kanak sedang beratur betul-betul belakang aku. Ada la dalam 10 orang. Orang yang paling last of course mamat tu. Cuma, aku jadi terkelu. Tak tahu benda apa yang dia tengah buat sekarang ni.

" A..apa...yang sedang terjadi ni?" Soalku sambil memandang dia dari jauh.

Aku nampak dia tersenyum dan matikan talian. Aku simpan phone aku semula dan melihat budak yang berada depan aku saat ini.

" Kak. Akak cantik."

Ha? Aku jadi terpinga-pinga. Then budak perempuan tadi berlalu ke tepi. Dia tolak pula tubuh aku ke budak kedua. Semua budak perempuan weh. Aku hanya menurut tanpa tahu niat Syamel.

" Kak. Akak comel."

" Kak. Akak baik."

" Kak. Akak sporting."

" Kak. Akak happy go lucky."

" Kak. Akak garang."

Okay. Yang ni aku tergelak. Garang demi kebaikan tak apa.

" Kak. Akak pelik."

Aku tersenyum kecil. Pelik? Maybe.

" Kak. Akak penyayang."

" Kak. Akak setia."

" Kak. Akak dah jumpa prince."

Dan akhirnya aku berjaya berdiri semula depan prince yang dikatakan budak perempuan yang kesepuluh tadi. Aku tengok dia yang setia senyum dari tadi. Aku masih berdiam diri. Tunggu dia berkata.

" Nur Afiqah Insyirah."

Aku ketap bibir. Tiba-tiba dia melutut sambil memandang ke arahku. Bila aku nak suruh dia bangun dia menolak. Lastly aku hanya biarkan. Aku tengok sekeliling. Ternyata budak perempuan sepuluh orang tadi mengelilingi kami dalam bentuk bulatan.

" Saya Syamel Azfar."

Kedengaran bunyi muzik dari belakang. Aku terus toleh semula ke belakang. Dan aku rasa nak menangis terharu bila melihat Daniel tengah memetik gitar sambil mendekati kami. Aku tertawa dalam rasa sebak. Daniel!

" Iqa."

Aku toleh semula ke arah Syamel. Serius. Air mataku dah mengalir saat ini.

" Mel. Please. Jangan buat saya menangis." Pintaku perlahan.

" I'm sorry but I must do this."

Dia tunduk ke bawah. Alunan muzik dari petikan gitar Daniel masih kedengaran.

" Saya tahu. Apa yang saya cakap ni tak mampu tebus balik apa yang saya dah buat pada awak dulu. Banyak salah saya pada awak. Abaikan awak. Hilangkan diri tanpa khabar berita. Buat awak menangis. Buat awak terluka, kecewa dan buat awak bencikan saya."

Aku pandang atas. Tahan diri daripada terus mengalirkan air mata. Ya Allah. Syamel! Apa yang awak buat ni?

" No! semua tu dah berlalu Mel. Please. Jangan macam ni."

Dia menggelengkan kepalanya. Tapi masih tunduk ke bawah. Gara-gara tak tahan aku turut melutut depan dia. Dan dia nampak terkejut.

" Iqa.."

" Sekarang saya nak awak beritahu saya. Apa semua ni?"

" Iqa!"

Daniel memanggil selepas selesai mengalunkan sebuah muzik yang mendayu-dayu. Dia mendekati kami dan masuk dalam bulatan. Dia duduk sebelah Syamel yang kembali tunduk ke bawah. Daniel tarik senyuman kecil dan agak hambar.

" Sebenarnya dia nak cakap dekat kau yang dia sangat menyesal buat kau sedih. Dia nak tebus semula kesalahan kau. Dia nak kau gembira bila berada dengan dia. Maafkan dia."

Aku tertawa sinis.

" What? Hey! Kan saya dah cakap saya dah tak kisah dan dah lama maafkan awak Syamel. Kenapa awak perlu susahkan diri awak macam ni? Please. Kita lupakan perkara lama. Mulakan hidup yang baru." Aku pula yang memujuk dia.

Daniel bangun dan tersenyum ke arah aku.

" Aku hanya tolong kau setakat ini Mel. Good luck."

Selepas Daniel berlalu, barulah Syamel berani bertentang mata dengan aku.

" Saya takkan tinggalkan awak lagi. I'm promise!"

Aku tertawa lantas menyeka air mataku.

" Ye. I know it. So , done?"

Dia menggelengkan kepalanya.

" One more thing."

Dia bangun dan turut suruh aku bangun. Dia menuju ke arah salah seorang budak perempuan tadi. Then dia kembali tapi kali ni dia menyerahkan aku sekuntum bunga mawar merah. Aku sambut dengan senyuman kecil.

" Be my wife Afiqah Insyirah? Forever."

Kedua-dua bahunya aku tampar kuat. Sampai dia tertawa kecil.

" Jahat! Buat saya terkejut je tadi."

Dia masih ketawa. Aku dah tersenyum lebar.

" I do."

Dia memang penuh dengan surprise kan?

**

Bintang-bintang yang berkelipan aku lihat dengan penuh perasaan. Aku kerling ke sebelah. Tak semena-mena aku tertawa kecil. Ya Allah. Comotnya! Makan aiskrim mengalahkan budak-budak la mamat ni.

" Haih."

Aku keluarkan sapu tangan dan cuit bahunya yang asyik dengan ais krimnya itu. Memang kelakar. Bila dia menoleh aku terus lap mulut dia.

" Comot!"

Dia Cuma tersengih dan kembali memandang ke langit. Sekarang ni aku tengah bersandar tepi kereta bersama dengan Syamel sambil melihat pemandangan malam. Selepas kes petang tadi terus dia bawa aku pusing Kuala Lumpur. Dan ini destinasi terakhir malam ini.

" Awak percaya cinta sejati?" Aku menyoal tanpa melihat ke arahnya.

" Kenapa?"

" Dulu saya tak percaya. Sebab kes Daniel dulu. Then bila saya jumpa awak. Saya percaya. Sebab cinta sejati ni sukar untuk kita dapat."

" Saya percaya sebab awak."

Dahiku berkerut.

" Sebab saya? Kenapa pula?"

" Because you make me in love. Deep love."

Aku tertawa kecil. Walaupun kedengaran ringkas tapi kenapa macam kelakar. Cuma bila aku kerling ke arah dia. Nampak la dia tak bergurau. Sebab riak wajahnya serius. Ais krim tadi dia dah habiskan.

" You don't know how much I tried to be stronger until now. It's because of you Iqa. Sebab awak saya bangkit dan cari diri saya semula. And in the end I find my love back. Thanks Iqa."

Dia menoleh dengan senyuman manis. Aku Cuma terdiam sebab terkejut. Akhirnya aku hanya memandang ke arah langit tanpa bersuara.

" Iqa. I'm sorry."

" Why?"

Tiba-tiba dia datang berdiri depan aku. Kali ni dia tampak lebih serius. Tapi macho. Haha.

" Saya akan pergi ke Amerika bulan depan."

Aku tersentak. Amerika?

" Be..berapa lama? Untuk apa?"

Aku dah tak mampu melihat ke arah dia. Kenapa setiap kali time kami baru nak bahagia sekali lagi kena berpisah?

" Just one year. Because my work."

Aku tarik senyuman hambar. Haah. Dia kan kerja. Pengurus syarikat pelancongan pula tu. Mestila dia busy.

" Okay." Balasku senada tanpa sikit pun menoleh ke arah dia.

" Iqa.."

" Sebab tu awak nak kahwin cepat-cepat kan?"

Diam. Dia tak jawab tapi aku tahu dia tengah memandang ke arahku. Aku buat-buat ketawa lantas beranikan diri memandang ke arahnya.

" It's okay. You're responsibe right? Nevermind."

" Iqa. I love you."

Aku terkaku. Melihatkan riak dia yang tak main-main itulah membuatkan air mataku spontan mengalir ke pipi.

" I'm sorry. I cant avoid it."

Wajahnya diraup perlahan.

" It's okay."

Because I love you to Syamel. So please be careful. Take care.

" Iqa.."

" Saya nak balik. Jom."

Cepat-cepat aku masuk ke dalam kereta. Ala Iqa. Chill. Just one year kot.

" Are you okay?"

" Okay. Jom la gerak."

Aku maniskan muka dan senyuman ke arahnya. Tak nak dia sedih.

" Saya janji. Setahun je."

Aku tak menjawab malah fokus ke hadapan. Dia Cuma mengeluh dan teruskan pemanduan. Kenapa awak perlu beritahu saya Mel? Better awak tak perlu beritahu. Okay Iqa. Sabar. Dia pergi kerja bukannya apa pun. Haish.

Saya pun berjanji Mel. I will waiting for you.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro