Part 45

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Surprised!"

Aku hampir jatuh rebah saat melihat pemandangan di depanku saat ini. Ia bukan sekadar pemandangan tapi turut menjawab persoalan aku ke mana suami aku bawa kali ini.

Jepun! Jepun weh! Ya Allah! Terujanya! Aku dulu selalu berangan nak jejak kaki ke sini bersama dengan orang yang tersayang. Tak sangka akhirnya impian aku jadi kenyataan. Alhamdulillah.

" Ke..kenapa abang sanggup bawa Iqa sampai ke sini?"

Ni baru dekat airport Jepun. Tak pergi bilik penginapan lagi. Lagi teruja apa?

" Sebab abang nak isteri abang ni tak kecewa dengan honeymoon perkahwinan ni. Fisrt time pula tu. Lagipun Jepun adalah tempat pertama abang terfikir selepas melihat wajah sayang. Tak tahu la kenapa."

Aku tersengih lebar. Tak sabarnya nak pergi ronda dekat Jepun.

" Jom! Tak sabar nak tengok dunia Jepun."

Cepat-cepat aku tarik lengan Syamel agar keluar daripada kawasan airport tu. Tapi cepat-cepat juga lengan aku ditarik ke arah satu kereta yang pemandunnya sudah lama menunggu kami maybe. Muka macam orang Melayu.

" Hai bro! sorry buat kau tunggu lama."

Aku terlopong. Betul lah. Melayu! Wah! Dia tinggal sini ke?

" No hal. Tak lewat pun. On time." Jawabnya lantas melihat ke arahku.

" Perkenalkan. This is my wife. Afiqah. Sayang ini kawan baik abang, Irfan. Dia dah lama stay sini sebab dia uruskan syarikat papanya dekat sini. Dah berapa tahun kau duduk sini?"

Irfan tersengih lantas menunjukkan jarinya sebanyak 2. So that's mean dua tahun. Wah!

" Selain Daniel, si Irfan la kawan baik abang. By the way, isteri kau tak ikut sekali ke?"

" Nope. Dia busy sediakan makanan untuk korang berdua la. Sampai aku pun diabaikan. Sedih!"

Terlepas tawa aku dan Syamel. Comelnya. Mesti isterinya beruntung dapat lelaki macma Irfan ni.

" Tetamu istimewa la katakan."

" Yela sangat. Eh jom la. Nanti tunggu lama pula isteri aku tu."

Mereka berdua cepat saja masukkan beg ke dalam bonet kereta. Aku diarahkan masuk dulu ke dalam kereta. Barulah mereka masuk. Aku tak puas lagi memerhati sekeliling. Tapi kita berada di mana erk? Jepun ni kan besar.

" Abang. Kita ada dekat mana?"

Dia tersenyum dan mengerling Irfan yang berada di hadapannya.

" Kita ada di Tokyo. Salah satu tempat menarik untuk dilawati. Nanti lepas rehat korang bolehlah jelajah dunia Tokyo ni puas-puas. Berapa hari kau dekat sini Mel?"

" Jumaat ni aku balik Malaysia dah. Lagipun isteri aku ni kena buat persediaan untuk masuk belajar semula."

" Oh lupa. Isteri kau masih study."

Aku buat tak endah je perbualan dorang. Apa yang lebih menarik perhatian aku saat ini adalah bunga-bunga sakura disepanjang jalan yang dilalui ni. sekarang memang musim bunga sakura ke?

" Memang musim bunga sakura erk sekarang?" Soalku tanpa segan silu. Teruja punya fasal.

" Yap. Beruntung korang datang bulan ni. sebab memang musim bunga sakura."

Aku tersenyum panjang. Seronok tengok pemandangan bunga sakura. Sekarang jam aku menunjukkan pukul 6 pagi. Tapi kalau dekat Jepun masa diawalkan sejam. So that's mean dekat Jepun sekarang pukul 5 pagi. Kan? Patutlah lenggang je jalan.

" Kita balik dan berehat dulu. Dah ada tenaga baru kita keluar ronda bandar Tokyo ni."

Aku kerling ke arah Syamel yang sudah memejamkan matanya itu. Letih la tu. Dalam flight tadi tak nak tidur. Nak teman aku la konon yang tak boleh nak tidur ni. Kan dah letih.

" Erk. Irfan. Saya nak tanya sikit boleh?"

" Sure. What?"

" Agak-agak tambang dari Malaysia ke sini mahal tak?"

Tiba-tiba soalan tu terpacul dari mulut aku. Yala. Aku rasa macam bebankan dia pula bawa aku ke sini. Semata-mata nak honeymoon.

" Haha. Chill Afiqah. Suami awak ni bukan jenis yang berkira dengan duit. Lagipun suami awak ni lebih daripada mampu untuk sara awak. Don't worry. Yang saya tahu dia Cuma nak bahagiakan orang yang dia sayang. I know you trust him right?"

Aku tersenyum tipis sebelum memandang semula ke luar tingkap. Yes. I trust him. So much. Dan aku terkejut saat tanganku digenggam. Tapi tak pula aku menoleh. Aku tahu mesti dia pura-pura tidur.

Terima kasih abang. I love you.

**

" Sayang? Bangun. Kita sarapan dulu."

Aku menggeliat kecil dan membuka mata. Terpampang wajah Syamel di sisiku. Aku bangun duduk sambil meraup wajah. Dah pukul berapa erk sekarang?

" Sayang pergi mandi dulu. Abang tunggu dekat bawah."

Tak sempat aku nak bertanya dia dah keluar dulu daripada bilik. Akhirnya aku hanya menurut arahannya untuk bersihkan diri. Sebaik sahaja selesai segarkan diri. Aku sarungkan tudung dan keluar daripada bilik untuk turun ke bawah.

Kelihatan dari atas kelibat Syamel tengah duduk sambil membaca surat khabar. Aku ada juga cari kelibat Irfan dan isterinya but tak ada. Aku baru tahu mereka berdua ni baru kahwin dua bulan lepas. Pengantin baru la juga tu kan?

" Abang. Mana yang lain?"

Aku duduk di sisi Syamel. Mataku meliar sekeliling.

" Mereka berdua keluar kejap. Jom makan."

Aku mengekori dia sehingga ke meja makan. Tengok. Rumah pun memang rumah Jepun. Duduk cara Jepun. Haha. Tapi aku bersila je. Buat sakit kaki duduk melutut lama-lama.

" Lepas ni kita keluar tau?" Ajak Syamel.

" Iqa ikut je abang nak bawa Iqa ke mana. Lagipun excited ni nak pusing bandar Tokyo."

Dia tertawa kecil. Aku makan secepat yang mungkin. Yang pasti sampai habis la. Dan cepat-cepat juga aku basuh pinggan dan cawan. Then aku melangkah ke arah ruang tamu. Sambil menunggu suami habis makan aku duduk rileks. Bukan selalu nak macam ni.

" Sayang."

Aku mendongak dan bangun berdiri.

" Dah ke? Jom lah."

" Amboi. Excitednya?"

" Of course. Jom la."

Lengannya aku tarik sehingga ke arah pintu. Serentak itu juga tuan rumah dah balik. Sengih-sengih je aku tengok ke arah mereka.

" Dah nak pergi ke Mel?" irfan menyoal.

" Haah. Isteri aku ni dah tak menyempat. Teruja la katakan."

Aku sengih lagi. Dah betul.

" Haha. Biasala tu. Hati-hati. Ni kunci kereta. Ada dekat garaj belakang."

" Okay beres. Jom sayang."

Biar betul bawa kereta mewah macam ni. Aku pun tak tahu kereta jenama apa tapi rupa dia macam kereta Audi. Pergh.

" Sayang? Masuk. Tunggu apa lagi?"

Boleh lagi kau mengelamun Iqa. Aku masuk dan duduk diam-diam. Tapi mata ni tak lari daripada memerhati setiap sudut kereta yang aku naiki ni. pergh. Memang mewah sangat. Entah berapa puluh ribu harga sebuah kereta ni.

" Sayang dah ready?"

" Ready untuk?"

Aku meliarkan pandangan ke luar tingkap. Tak puas tengok buka sakura tepi-tepi jalan ni. Pagi tadi gelap so tak nampak sangat. Sekarang baru nampak. Dah cerah kan?

" Travel with me?"

Aku tertawa kecil.

" Of course ready!"

" And ready for tonight ye sayang."

Erk. Aku terus terdiam. Hampeh punya lelaki. Sabar je la.

**

Mulutku hampir nak ternganga bila berada di satu tempat yang aku sendiri tak tahu nama. Hanya orang sebelah aku ni je tahu. Sebab dia bukan baru datang tapi berkali-kali datang. Cuma katanya sebelum ni datang tak sempat nak jelajah semua. Kali ni dia nak pastikan dia akan jelajah semuanya dengan aku. Terharu juga. Haha.

" Kita sekarang ni berada di Central Tokyo. Dan tempat ni namanya Akihabara. Salah satu tempat shopping. Macam dekat KL la. Yang SOGO, Sunway tu. Kalau dekat belakang sana ada pasar ikan yang terbesar dekat Central Tokyo ni. Tapi saja abang tak bawa ke sana sebab kita bukan nak beli ikan. Jom. Abang bawa pusing sini dulu. Sayang larat tak?"

Aku tersengih dan merangkul lengan Syamel.

" Kalau tak larat abang ada. Hehe. Tapi InsyaAllah Iqa kuat."

Tak fasal-fasal hidungku dicuitnya perlahan. Aku ni mengada je kan? Hehe. Dan kami pun melangkah.

" Kat sini sebenarnya banyak jual macam barang-barang anime dan electronic. Abang tak mahir sangat dekat sini sebab abang just lalu je. Sayang tengok je la."

Aku hanya terangguk-angguk mendengar penerangannya. Bagus juga ada suami yang suka travel ni. Terang segala tempat yang aku tak tahu. Haha.

Dah puas menjelajah sini, dia bawa aku ke satu tempat lain pula yang diberi nama Koishikawa Korakuen. Tempat ni merupakan sebuah taman yang tertua dan yang paling best dekat Jepun. Sebab penuh dengan landscape yang begitu memukau hati para pelancong. Kat sini ada tasik, ada banyak bunga sakura. Memang view dekat sini cantik la. Kalau nak tenangkan minda boleh datang sini. Nak dating lagi la. Haha.

Hama Rikyu. Kami ke sini pula. Hama Rikyu ni lebih kurang macam Koishikawa Korakuen tapi Hama Rikyu ni merupakan taman landscape yang terbesar di Central Tokyo. Dan ia juga terletak di persisiran bandar. Kalau nak jalan dari bandar tu lebih kurang 15 minit sampailah. Ada tasik dan dekat sini bukan bunga sakura yang tumbuh dekat pokok tapi plum blossoms dan cherry blossom. Tapi ikut musim. Tak selalu ada.

Seterusnya dia bawa aku ke Imperial Palace East Gardens. Ini macam sejarah dalam istana kot. Tak apa. Meh dengar penerangan sang suami. Cuma dia cakap dalam BI. Tadah je la telinga. Haha.

" The Imperial Palace East Gardens are a part of the inner palace area and are open to the public. They are the former site of Edo Castle's innermost circles of defense, the honmaru ("main circle") and ninomaru ("secondary circle"). None of the main buildings remain today, but the moats, walls, entrance gates and several guardhouses still exist. Edo Castle was the residence of the Tokugawa shogun who ruled Japan from 1603 to 1867. Emperor Meiji also resided there from 1868 to 1888 before moving to the newly constructed Imperial Palace."

Aku angguk faham. Faham juga.

" Lagi?"

Kini kami berdiri depan castle tower. Ada kisah di sebaliknya.

"A wide lawn and the remaining foundation of the former castle tower can be found on top of the hill, where the castle's innermost buildings once stood. The castle tower was completed in 1638 as the tallest castle tower in Japan's history. But only a few years later in 1657, it was destroyed by citywide fires and has not been rebuilt since." Tekun sekali dia menerangkan padaku walaupun dalam bahasa Inggeris.

Aku terangguk faham. Suka tengok dia bercerita. Semuanya fakta menarik. Kemudian kaki kami melangkah pula ke arah sebuah jambatan kecil di mana di bawahnya ada sebuah tasik dan dikelilingi pokok-pokok yang dedaunnya berwarna warni. Apa orang kata? Macam daun musim luruh tu. Ha tu la. Haha.

" Ni namanya Ninomaru Japanese garden. Cantik kan?"

" Cantik sangat."

Dia tersenyum dan memaut bahuku erat.

" Travel abang kali ni lebih bermakna dengan adanya sayang. Thanks sayang."

Aku pun membalas senyumannya dan dahiku dikucup perlahan.

" Thanks juga sebab sudi bawa isteri abang ni ke sini. Suka sangat."

" anything for you. Dah jom. Larat lagi tak ni?"

" Larat! Jom!"

Terima kasih Ya Allah kau hadirkan dia dalam hidupku. Kaki kami kembali melangkah. Dia bawa aku menjelajah habis satu Central Tokyo ni aku rasa. Sampai lenguh kaki aku dibuatnya. Antaranya adalah Imperial Palace, Ginza, Nihonbansi, Yasukuni Shrine, Tsukishima dan Kanda. Dia kata ada tiga lagi tempat yang belum kami pergi. Iaitu Tokyo Dome city , Yurakucho dan Marunouchi. Sebab masa makin mencemburui, so dia bercadang hanya untuk ke Marunouchi. Yang Tokyo Dome city dan satu lagi tu katanya pergi esok. Aku hanya menurut sebab aku pun penat. Macam nak patah kaki aku berjalan walaupun datang ke sini naik kereta. Haha.

Bila sampai je aku jadi kagum. Besar dan tinggi bangunan pencakar langit dekat sini. Suami aku kata tempat ni di antara Imperial Palace dan Train station. Dan tempat ni tempat untuk orang berpangkat bisnes menjalankan bisnesnya. Dan ada kedai di dalam bangunan tersebut. Lebih kurang macam KLCC la kot. itu la yang aku faham.

Dengan lampu-lampu yang berkilauan. Cantik weh bila datang malam-malam. Aku kerling ke arah Syamel yang kelihatan letih itu. Kami berdua duduk di tepi sambil melihat sekeliling.

" Menyesal tak datang sini?" Soalnya lantas menoleh ke arahku.

" Wajiblah tak. Best sangat bang. Banyak lagi ke bang tempat menarik?"

" Banyak. Sangat banyak. Sebab tu abang cop seminggu untuk kita dua honeymoon. Harap-harap cukuplah erk?"

Aku tersenyum. Macam manalah nanti bila dia pergi ke Amerika. Haih. Teringat fasal tu buat aku sedih pula. Spoil mood betul aku ni.

" Abang."

" Yap?"

" Abang tetap akan pergi sana ke?"

Dia terdiam sejenak. Tak lama lepas tu dia tarik aku ke dalam pelukannya. Aku hanya membiarkan. Sebab aku memang perlukan sokongan dia saat ini.

" Abang janji abang takkan duduk lama-lama dekat sana. Abang akan habiskan kerja abang secepat mungkin. Abang pun tak sanggup nak berjauhan dengan sayang. Sayang cinta hati abang selamanya."

Ubun-ubunku dikucupnya dengan penuh syahdu. Aku tersenyum dalam diam. Barulah terasa kuat. Tak la lemah macam tadi. Pergilah rasa kesedihan! Spoil je mood aku.

" Okay. Jom balik. Letih." Ajakku lantas leraikan pelukan. Jam pun dah menujukkan pukul 9 malam. Mujur dah solat jamaq dekat masjid berdekatan tadi. Alhamdulillah tak susah nak cari masjid berdekatan sini.

" Jom."

**

Aku belek diriku depan cermin dalam bilik air. Terteguk air liur saat melihat diriku yang kelihatan seksi ni. Mana tak seksi bila aku pakai baju tidur yang hanya separas lutut. Dan bertali halus. Kain satin dan berwarna merah lembut pula tu. Seksi habis weh! Aku pun gila. Pergi beli tadi dah kenapa?

Yala. Dalam nak sampai tadi, kami berhenti kejap untuk beli air minuman. Dan hanya Syamel pergi beli. Aku duduk je dalam kereta. Tapi kebetulan mataku menangkap satu kedai yang menjual pakaian tidur untuk kaum perempuan. Dalam hati teringin jugalah nak ada baju macam tu. Nak goda suami. Haha. Sebab tu cepat-cepat aku keluar dan capai ja apa yang aku nampak. And akhirnya sekarang ni la resultnya.

Aku menggelengkan kepalaku berkali-kali. Tak nak la. Tukar la. Buat malu je. Entah-entah dia dah tidur. Sebab letih berjalan tadi. Nak goda la sangat. Pleaselah Iqa.

" Tapi.."

Kenapa mata aku masih segar. Tadi bukan main letih sangat. Aku jadi teragak-agak sama ada nak terus pakai dan keluar macam ni or tukar balik. Gila terlebih seksi ni. Memang dia akan ngap aku malam ni. Bersedia ke kau Iqa? Nak jadi hak dia sepenuhnya?

insya-Allah. Aku sedia. Lagipun aku tak sanggup nak berjauhan dengan dia untuk masa setahun. Huhu. Dengan keberanian yang ada, aku melangkah keluar juga daripada bilik air. Aku melihat sekeliling terutama katil. Dia tak ada. Bagus.

Cepat-cepat aku masuk dalam selimut dan baring atas katil. Selimut aku tarik sehingga ke paras bahu. Aku siap mengiring ke arah bertentangan. Tak nak dia nampak lagi. Huhu. Takut pula. Tapi ini yang kau nak kan Iqa?

" Sayang. Dah nak tidur ke?"

Aku pejam mataku erat bila dia turut baring sebelah aku. Cuma tak masuk dalam selimut je. Kalau tak kantoi. Okay Iqa. Go!

" Belum."

Aku mengiring semula ke arahnya. Tepat dia memandang ke arahku bersama senyuman manisnya itu. Aku kerling jam. Baru pukul 11 malam. Dan mata kami berdua masih segar.

" Kenapa tak tidur lagi? Tadi bukan main letih lagi."

Dia masih tak perasan akan pakaian aku. Dia setia merenung ke dalam mataku. Aku tersenyum dan dengan senyuman yang penuh menggoda aku bangun duduk. Selimut tadi aku tolak ke bawah. Dan terserlah tubuh aku yang cukup seksi ni. And seperti yang aku jangka. Dia nampak sangat terkejut.

" Sa..sayang?"

Aku gigit bibir. Rambutku yang panjang aku ikat tinggi-tinggi sampai leher jinjangku kelihatan. Dia nampak makin terkejut dan tak semena-mena tangannya menarik aku agar lebih rapat ke arahnya.

" Abang. Abang tahu kan Iqa terlalu cintakan abang?"

Dia hanya mengangguk. Aku tersenyum dan aku mula membuka butang-butang baju tidurnya sampai ke butang terakhir. Dadaku jangan cakap. Dah gila bergetar. Aku sentuh lembut dadanya yang terdedah itu. Perlahan-lahan juga bajunya aku tolak ke bawah sampai terdedah bahagian atas tubuhnya.

" And I want you to know that I really love you. So much."

Dia yang nampak terkaku tadi mula menarik senyuman menggodanya. Tangannya sudah mula merayap ke belakang tubuhku. Mengusap perlahan belakangku. Aku pula merangkul lehernya erat.

" And I also want you to know that I also love you. Deep love and miss you so much even you in front of me." Luahnya dengan penuh romantis sampai aku tak mampu nak berkata apa-apa lagi. Hanya mata bertentang mata.

" Jangan pernah lupa janji abang tu."

Dia tarik senyuman manis dan menggelengkan kepalanya.

" Of course not."

Aku rapatkan wajahku sampai hidung kami bersentuhan. Desahan nafas kedua-dua kami makin kuat. Naluri kami semakin tak dapat dihalang.

" Then, I'm yours tonight."

Serentak itu tubuhku ditolak perlahan sampai aku terbaring.

" Yes. You're mine my dear."

**

Aku buka mata saat terasa ada sentuhan pada dahiku. Ternyata Syamel. Dia tersenyum sambil menguis lembut pipiku. Bila teringat hal semalam membuatkan aku jadi malu. Oh My! Apa benda yang merasuk aku semalam? Huargh! Malu!

" Sayang."

Aku tengok pandangan mata dia.

" Thanks for the last night. I'm happy."

Tak fasal-fasal bibirku dikucupnya pantas. Aku gigit bibir. Dia ni melampau la. Huargh! Malu!

" Pandai goda abang kan?"

Aku tersengih kerang busuk. Pandai ke? Hehe. Untuk suami juga.

" This make me love you more and more."

Aku kerling jam. Awalnya terjaga. Baru pukul 5 pagi. Letih tak terasa dah tapi mengantuk still lagi la. Tu la. Nak sangat goda laki kau. Kan dah tak cukup tidur. Tapi tak menyesal pun. Haha.

" Iqa nak tidur kejap. Nanti subuh gerak erk?"

Cepat-cepat aku mengiring ke kiri bertentangan dengannya. Selimut aku tarik sampai ke paras bahu. Tak nak tunjukkan tubuhku yang seksi ni. Malu. Tapi lain pula aku rasa bila dia peluk aku dari belakang. Pinggang aku dah dirangkulnya erat. Aku kecut. Not once again.

" Tapi abang dah tak mengantuk ni sayang. So how?"

Aku menggeliat kegelian bila bahuku dikucupnya berkali-kali.

" Then abang pergi la buat apa yang patut. Iqa mengantuk la bang."

Dia nampaknya tak termakan dengan kata-kataku bila leher aku pula jadi mangsa. Alahai laki aku ni. Bila time miang tu datang mulalah.

" Abang...."

" One more. Please..."

Tak sempat aku nak menghalang, selimut ditarik sampai kami berdua masuk ke dalam selimut. Terkebil-kebil aku tengok dia.

" Jahat la abang ni. gatal!"

" Haha. Gatal dengan isteri abang juga."

Dan tak fasal-fasal sekali lagi aku jadi mangsanya. Tak mampu nak menolak sebab dia suami yang dicintai. Huhu.

**

Kali ni aku betul-betul dah tak mengantuk. Melihat dia di sisi yang sudah terlena tu membuatkan aku menghembuskan nafas lega. Aku turun daripada katil dengan perlahan-lahan. Bajuku yang seksi ni aku cover sehabis baik. Nak lari masuk dalam bilik air. Dah Subuh. Nanti terlepas pula Subuh.

Aku mengurut dadaku lega. Sebab dah masuk ke dalam bilik air. Terlepas. Haha. Hampir 10 minit aku membersihkan diri. Aku keluar daripada bilik air dan memakai baju. Nampaknya dia masih tak sedar. Haih dia ni.

Aku cepat-cepat pakai telekung dan hamparkan sejadah untuk menunaikan solat Subuh. Bila dah selesai aku toleh belakang. Masih tak sedar lagi. Mengantuk sangat la tu. Cepat-cepat aku lipat telekung dan sejadah ke tempat asal lantas berlalu ke arah katil. Aku duduk di sebelahnya. Bahunya aku goncang.

" Abang. Bangun. Dah Subuh."

Dia hanya menggeliat tapi mata tu tak buka pun.

" Abang!"

" Ye. Abang bangun."

Dia bangun duduk dengan mata terpejam. Aku tersenyum. Pipinya aku tampar perlahan supaya dia sedar.

" Tu la. Tadi nak sangat kan? Kan dah mengantuk. Dah pergi solat. Cepat. Ha jangan lupa mandi wajib dulu."

Tubuhnya aku tolak sehingga ke bilik air. Nasib baik dia tak banyak kerenah. Aku tengok pula ke arah katil. Alamak. Ada setompok darah dekat situ. Tapi aku gembira kerana aku dapat buktikan yang aku masih suci. Aku buka cadar katil dan letakkan dalam raga baju. Aku tukarkan cadar baru. Mujur dalam bilik ni semua ada. Kejap lagi cadar tu kena basuh takkan nak suruh isteri Irfan pula. Buat malu je.

Bila Syamel dah keluar, aku masuk dan bersihkan cadar. Dah selesai aku keluar semula dan dapati Syamel dah segak berkemeja dengan seluar jean. Dia tersenyum melihat aku. Yang pasti senyumannya begitu mekar sekali. Bahagia agaknya.

" Meh. Abang tolong sidaikan. Berat tu." Dia tawarkan pertolongan.

Aku hanya menurut sebab aku pun dah tak ada tenaga.

" Terima kasih sayang. Abang takkan lupakan hal semalam dan pagi tadi. You're mine."

Aku tebalkan muka dan tolak tubuhnya keluar. Dia tertawa. Aku malu tau tak?

" Abang tak tipu!"

" Ye! I'm yours! Dah pergi."

Aku tersenyum jua akhirnya selepas dia turun ke bawah. Aku baru nak menapak keluar, aku ternampak ada secebis kertas atas meja solek. Aku capai dan terus bibirku menarik senyuman manis.

You're so beautiful and I can't life without you my dear. Thanks for the last night. I'm promise I'm yours. Forever. I love you sweetheart.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro