Part 46

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Terlopong aku tengok apa yang berada depan mataku sekarang. Ternganga juga mulut aku ni tapi aku cepat-cepat tutup. Buat malu je weh. Haha.

" Ini namanya Tokyo Deme City. Sini macam-macam ada. Shopping complex. Spa. Park. Taman tema. Semua ada. So sayang nak masuk yang mana dulu?"

Aku sengih. Sekarang ni satu je yang menarik perhatian aku semenjak sampai tadi. Ferris wheels. Aku nak naik yang tu je. Tak nak yang lain dah. So, aku tunjukkan pada Syamel apa yang aku nak. Dia yang melihat Cuma tersenyum. Mesti dia fikir aku memboringkan, kan? Yala. Permainan macam budak-budak. Tapi aku tak kisah. Tu je aku berani. Haha.

" Okay jom."

Tangan aku ditarik ke arah Ferris Wheels. Selepas Syamel cakap pada penjaga tu kata nak naik. Dia terus persilakan kami berdua masuk. Aku pun masuk sambil imbangkan badan. Takut jatuh. Bila dah stabil baru aku duduk. Aku cepat-cepat keluarkan phone dan ambil gambar pemandangan dari dalam. Teruja gila aku tengok.

" You looked so cute my dear."

Aku kerling ke arah Syamel yang duduk berdepan dengan aku itu. Aku Cuma buat tak endah. Aku sambung ambil gambar bila benda yang aku naik ni dah bergerak. Tak kurang juga aku selfie sendiri. Haha. Siap aku tarik suami aku suruh masuk sekali. Mujur dia tak banyak kerenah. Kena faham hati remaja macam aku ni. Haha.

Sampai saja di atas. Betul-betul tengah kami berada. Ferris Wheels ni tiba-tiba berhenti. Kecut terus perut aku. Dah la tinggi. Aku tengok SYamel yang tenang daripada tadi itu. Siap tersenyum lagi. Aku pula yang over takut. Dah betul. Sebab tinggi gila kot. Bukan macam dekat Malaysia. Kalau dekat Malaysia tu rendah je. Tak hairan.

" Abang. Berapa lama dia nak berhenti?" Soalku sambil takut-takut tengok bawah. Tak nafikan pemandangan di bawah cantik.

" Kenapa? Sayang takut?"

Aku mencebik. Nak sindir la tu. Malas nak layan.

" Meh. Abang kurangkan rasa takut sayang tu."

Tiba-tiba dia datang duduk sebelah aku. Bahuku dipautnya erat. Okay. Terasa dilindungi. Hehe.

" Jangan takut sayang. Walauapapun yang terjadi sayang sentiasa ada di sisi abang."

" Tapi bulan depan abang tak ada. Setahun." Spontan aku menjawab tanpa melihat ke arahnya. Again! Why you repeat about this Iqa! Argh!

Suasana sepi seketika. Aku memang tak la nak tengok dia. Mesti aku dah jatuhkan semangat dia. Aku gigit bibir. Rasa bersalah pula. Dengan rasa bersalah aku toleh ke arah dia. Dan serentak itu jantungku terus berdebar bila dia memandangku dengan pandangan redup.

" I'm so sorry. Abang tahu abang tak patut tinggalkan sayang sebegitu lama. But, I'm promise that I won't leave you forever. You always in my heart."

Kedua-dua tanganku diletakkan di dadanya tanda dia tidak main-main. Aku Cuma mampu tersenyum tawar. InsyaAllah aku cuba kuat.

" Okay. I'm try."

Cepat-cepat aku usir rasa sedih aku ni pergi dengan tarik sengihan panjang.

" Thanks sayang."

" Most welcome."

Aku kembali memandang ke hadapan. Ambil balik aura positif yang hilang tadi. Dan aku juga dapat rasakan pautannya makin erat. Aku Cuma tersenyum.

" Abang terfikir sesuatu la."

" what?"

" Kenapa dulu sayang benci sangat dekat abang?"

Aku tersengih kerang busuk. Tak tahu ke buat-buat tak tahu?

" Takkanlah abang tak tahu. Tipu la. Fikir sendiri. Tak nak cakap."

Dia tertawa kecil. Hidungku dicuit perlahan. Sengaja la tu.

" Sebab abang jahat? Sebab abang nakal? Dan sebab abang gatal?"

Aku terus tergelak dengan tekaan dia tu. Tapi tawaku terus mati saat sisi bibirku dikucupnya pantas. Terus aku jeling maut dekat dia. Dia boleh buat muka selamba. Jahat! Tak sempat aku nak balas, benda ni dah mula bergerak semula. Nasib baik. Akhirnya aku Cuma cubit perut dia sampai dia menjerit kecil. Aku pula hanya sengih jahat.

" Padan muka. Werk!"

" Nakal isteri abang ni."

" Nakal lagi suami Iqa."

**

Sampai saja di tempat strategik dan di bawah rimbunan pokok sakura ni, aku tak tunggu lama. Terus aku duduk sambil sandar dekat batang pokok belakang aku. Gila letih. Sakit kaki weh! Bayangkan, dari pagi sampai dah nak pukul 6 petang habis Syamel bawa aku jelajah Nothern Tokyo ni. Dan sekarang aku ada dekat tempat terakhir untuk hari ni iaitu Ueno Park daripada 17 tempat. Kau rasa? Boleh patah kaki aku ni. Mujur taman ni cantik. Ramai orang dan sesuai untuk berkelah.

Dan ada je orang dating. Siap tidur lagi. Dan tiada orang yang peduli pun. Ada yang bawa anak-anak. Aku Cuma tersenyum melihat mereka.

" Sayang."

Dia datang duduk dan terus baring atas paha aku. Terkejut aku dengan tindakannya tapi tak pula aku menolak. Hanya biarkan. Matanya merenung ke wajahku. Tangannya pula mengusap perlahan jari jemariku yang masih merah kerana inai.

" Dari dulu lagi memang impian abang nak datang sini dan duduk macam ni dengan isteri abang. Tercapai juga impian abang. Hehe."

Aku tersenyum. Jauhnya dia berangan. Tapi jadi kenyataan. Okay la tu.

" Sorry la buat sayang letih. Tapi sayang nak jelajah sangat. Rushing juga tadi tu."

Aku sengih lagi. Memang rushing. Apa yang tak penting aku abaikan je. Asalkan dah tahu dan kenal tempat tu. Haha.

" Bestla Tokyo ni. Nanti kita datang lagi dengan anak kita. Mesti best." Ujarku spontan.

" Anak?"

" Yala. Honeymoon dengan anak pula. Haha."

Dah kenapa pula dia tengok aku macam tu. Pandangan menggoda betul. Dah la hensem. Huhu. Salah ke apa aku cakap tadi? Fasal anak je pun.

" Abang?"

" Syuhh. Abang just nak tengok wajah ni lama-lama. Nanti abang mesti rindu."

Akhirnya aku memilih untuk diam. Tidak mengalihkan sikit pun pandangan aku daripada pandangan matanya. Memang terasa segan tapi renungannya menenangkan aku. Macam manalah kalau kami berjauhan nanti.

" Abang. Lenguh." Ngaduku bila paha aku mula terasa kebas.

" Ye ke? Sorry sorry."

Dia pun bangun duduk dan tak fasal-fasal dia tarik pula tubuhku agar baring atas pahanya. Dengan tak rela aku baring atas pahanya. Bagus juga. Letih tadi tak hilang lagi. Dapat baring sekejap pun bagus.

" Agak-agak ada tak orang buat impian macam ni. Dating dengan suami dekat tempat macam ni dan dapat kissing daripada orang yang tercinta plus luahan rasa hati sang suami. Agak-agak ada tak?"

Aku menyoal sambil tersengih. Tak tengok pun wajah Syamel. Sebab dulu aku pernah berangan macam tu. Pengaruh novel weh. Haha. Saja nak uji Syamel. Kalau dapat memang best.

" Mesti la ada. Kenapa tak ada pula?"

" Yeke? Mesti pengaruh drama korea ni."

Nak tergelak pula. Kau dulu pun berangan macam ni. Ceh.

" Nak abang jadikan benda tu jadi kenyataan tak?"

Erk. Okay. Aku dah mula rasa berdebar. Pandangan dia dah lain macam.

" Abang?"

" I love you. Datanglah mana perempuan pun abang tetap pilih sayang. Cuma sayang ada di dalam hati abang ni. Thanks because wait for me for the long time. I love you."

Dia tundukkan wajahnya. Makin lama makin dekat sampai bibirnya hampir mengena bibirku. Aku pasrah dan pejam mata.

Kring!

Tapi bunyi itu membuatkan aku membuka mata. Dan dia pun terkejut. Sebab tu dia tegakkan badan kembali. Aku pula cover tengok ke arah lain dan buat-buat tak tahu. Terima kasih telefon. Sebab kau dia tak jadi nak kiss. Haha.

" Helo?"

Rasanya tak sampai 10 saat dia dah matikan talian. Aku tengok dia dengan kerutan di dahi.

" Kejapnya? Siapa call?"

" Irfan. Dia kata malam ni jangan lupa balik makan. Sebab isteri dia masak."

Aku Cuma terangguk. Bagus juga. Jimat sikit duit.

" So, where are we?"

Bibirnya dah menarik senyuman nakal. Sudah. Ingatkan dah habis tadi. Nak sambung lagi?

" Shall we?"

Aku nak bangun duduk tapi dia lebih cepat bertindak dengan memegang kedua-dua bahuku erat. Sengaja la tu. Terus dia tundukkan wajahnya agar rapat dengan wajahku.

" Abang. Jom balik."

Terus aku tolak dadanya ke belakang sampai aku berjaya duduk. Yes! Berjaya! Hahaha. Baik aku bangun cepat. Kalau tidak kena tangkap lagi.

" Sayang!"

Tiba-tiba tanganku direntap daripada belakang dan sekarang aku tersandar dekat batang pokok. Kedua-dua tangan dia dah mengunci pergerakanku. Terkedu aku dengan tindakan dia. Dia menarik senyuman sinis.

" You can't run anymore."

Aku tengok sekeliling. Ramai dah pulang. Macam mana aku nak lari ni? Aku dongak ke atas. Dapat satu idea. Hehe.

" Abang! Apa tu?!"

Dia dengan tanda tanya mendongak ke langit. Aku pun apa lagi dengan sengihan jahat tunduk ke bawah dan lari ikut bawah. Berjaya! Bila dia kembali tengok ke arah aku dia jadi geram. Aku tertawa kecil.

" Yeay! Menang lagi!"

" Sayang!"

" Lari!"

" I won't let you go!"

**

Other's POV

Dia terjaga daripada tidur saat jam menunjukkan pukul 10 malam. Dia menoleh ke kirinya. Kelibat suaminya tak ada. Tak silapnya tadi suaminya tidur di sisinya. Dia bangun duduk sambil melihat sekeliling. Mana Syamel?

Dia kemaskan baju dan rambut. Kemudian dia sarungkan tudung untuk keluar daripada bilik. Nasib malam ni Irfan dan isterinya tiada. Katanya mereka pergi ke satu tempat dan akan balik esok. Tapi dia tetap berwaspada. Mana tahu tiba-tiba Irfan balik.

Suasana di luar bilik gelap. Cuma ada cahaya dekat dapur. Dahinya jelas berkerut saat melihat ada cahaya daripada dapur. Perlahan-lahan dia turun ke bawah. Rasa takut ada. Mana tahu ada pencuri ke. Dah lah Syamel hilang entah ke mana.

Iqa jalan perlahan-lahan ke arah dapur. Matanya terpaku melihat ada sebuah meja yang ada lilin. Ada makanan la semestinya. Tapi tiada penghuni. Dan tiba-tiba juga matanya ditutup dengan tangan seseorang. Iqa menarik senyuman kecil. Mesti suaminya.

" Abang."

Syamel tersenyum. Dia jatuhkan tangan dan pantas saja memeluk Iqa daripada belakang. Tapi sebelum itu dia menarik keluar tudung yang dipakai Iqa. Risau ada Irfan la tu. Iqa pula tidak membantah. Hanya diam tanpa bersuara.

" This is surprise for you." Ujar Syamel lantas menarik tangan Iqa agar duduk di tempat yang disediakan.

Iqa menurut tanpa banyak kata. Jujur dia katakan dia terharu mendapat kejutan sebegini. Abang.

" Tanda cinta abang buat sayang. Amacam? Romantik tak abang?"

Iqa tertawa kecil. Baru dia perasan yang Syamel hanya berseluar panjang tidak berbaju. Malu pula dia terasa. Dia pula mujur pakai baju tidur. Tu pun macam budak-budak. Corak kartun mickey mouse. Muahaha.

" Thanks abang. Boleh Iqa makan? Lapar." Iqa sengih.

" Sure my dear. Jom makan."

Mereka berdua menikmati makan malam yang romantik itu dengan rasa bahagia. Terselit juga gurau senda antara mereka. Sampai mereka dah selesai makan.

" Kenyang?" Soal Syamel.

" Kenyang sangat. Thanks abang."

" Most welcome. Ready for next surprise?"

Iqa tersentak. Ada surprise lagi? Banyaknya?

" Surprise apa pula ni bang?"

Syamel tersenyum nakal. Dia mendekati Iqa. Kedua-dua tangan Iqa ditarik agar keluar daripada kawasan dapur. Iqa hanya menurut dengan tanda tanya. Sampai je ke tangga, Syamel terus mencempung tubuh Iqa dan akibatnya Iqa terjerit kecil. Mujur dia sempat paut leher Syamel.

" Abang! Terkejut tau tak?!" Marah Iqa tapi Syamel hanya sengih.

" Kejap ye tuan puteri. Surprise nak sampai dah."

Syamel membawa Iqa masuk ke dalam bilik. Pintu bilik ditutup menggunakan sikunya. Selepas itu dia dudukkan Iqa di birai katil. Dia melangkah pula ke meja solek. Ambil Iphonennya dan membuka satu lagu.

Iqa yang melihat hanya termangu. Apa yang suaminya nak buat? Pasang lagu pula tu.

" Show time."

" What?"

Syamel menarik lengan Iqa agar berdiri. Then, sebelah tangan lagi merangkul pinggang Iqa. Iqa yang melihat dah faham apa yang Syamel ingin buat. Menari.

" Iqa tak pandai menarila bang." Jujur Iqa. Dia setia tengok kaki. Takut terpijak kaki Syamel.

Syamel tersenyum. Dagu Iqa ditolak sehingga Iqa bertentang mata dengannya.

" Just look into my eyes. Trust me. Okay dear?"

Iqa akur. Dan mereka terbuai bersama dengan lagu yang menemani suasana malam mereka.

What day is it? And in what month?
This clock never seemed so alive
I can't keep up and I can't back down
I've been losing so much time

'Cause it's you and me and all of the people with nothing to do, nothing to lose
And it's you and me and all of the people
And I don't know why I can't keep my eyes off of you

All of the things that I want to say just aren't coming out right
I'm tripping on words
You got my head spinning
I don't know where to go from here

'Cause it's you and me and all of the people with nothing to do, nothing to prove
And it's you and me and all of the people
And I don't know why I can't keep my eyes off of you

Something about you now
I can't quite figure out
Everything she does is beautiful
Everything she does is right

'Cause it's you and me and all of the people with nothing to do, nothing to lose
And it's you and me and all of the people
And I don't know why I can't keep my eyes off of you

And me and all of the people with nothing to do and nothing to prove
And it's you and me and all of the people
And I don't know why I can't keep my eyes off of you

What day is it?
And in what month?
This clock never seemed so alive

Habis je lagu, tarian mereka pun terhenti. Syamel tersenyum manis saat sedar pipi Iqa sudah merah. Dia tahu isterinya malu. Sedangkan dia pun dah bergetar hebat. Tahan debaran yang kian memuncak.

" Day by the day, I always love you." Bisik Syamel dengan nada romantik.

Iqa tertunduk. Dia malu. Sangat malu.

" You know why you're so special to me?"

Iqa hanya menggelengkan kepalanya. Perlahan-lahan juga dia letakkan kepalanya pada dada bidang Syamel. Tangannya lembut menyentuh dada Syamel. Dia dapat rasakan debaran Syamel yang tidak stabil tu. Terbit senyuman kecil pada bibirnya.

" Because you know how to make me happy. How to make me smile and how to make me strong. Thanks my love."

Tubuh Iqa dipeluk erat. Iqa memejamkan matanya. Terasa nikmat berada dalam pelukan Syamel. Syamel tunduk melihat Iqa. Iqa sudah memejamkan matanya. Syamel tersenyum lagi.

" Thanks because be my wife. Be my sunshine and be my love forever my dear."

" Arh!"

Terkejut Iqa apabila tubuhnya sekali lagi dicempung. Tak tunggu lagi dada Syamel ditumbuknya berkalia-kali. Benci! Suka buat orang terkejut. Syamel hanya tertawa kecil dan dia bawa tubuh itu baring di atas katil. Bersebelahan dia dan dalam dakapannya.

" Abang."

" Hmm?"

" Boleh tak kalau Iqa nak balik rumah mama bila Iqa cuti nanti?"

" Mestilah boleh. Memang tu yang abang nak. Jangan keluar seorang diri. Jangan keluar tanpa pengetahuan abang. Faham?"

Iqa tersengih. Macam tahu-tahu je. Tapi dia sedar dia dah jadi isteri orang so dia tak boleh bawa diri seorang diri tanpa izin lagi.

" Okay boss. Dah. Nak tidur. Esok nak jalan lagi kan?"

Iqa mula memejam mata. Dia tidur berbantalkan lengan Syamel. Syamel tunduk mengucup dahi Iqa dan turut berbaring. Tubuh itu dipeluknya erat.

" I love you. Good night sweetheart."

End Other's POV

**

Aku tersedar bila terdengar orang berbual. Aku tengok jam. Lamanya aku tidur lepas subuh tadi. Dah pukul 9. Letih sangat ni. Syamel pun mesti ada dekat bawah. Cepat-cepat aku bangun dan bersihkan diri. Selepas itu aku pun bersiap dan melilitkan shawl. Bila dah puas hati barulah aku keluar.

Tapi tak sempat aku nak turunkan kaki aku ke anak tangga, telingaku terlebih dahulu menangkap butir perbualan mereka berdua. Antara Irfan dan Syamel. Terus terbantut niatku nak melangkah. Aku undur semula diriku ke belakang. Bagi tiada sesiapa perasan.

" Kau belum beritahu dia ke?"

" Beritahu apa?"

" Kenapa kau menghilang dulu."

" Aku tak ready lagi weh. Lagipun benda dah berlalu. Aku pun dah bahagia. Aku tak nak dia tahu derita yang aku alami atau dia mesti sedih. Aku tak nak tengok dia sedih bro."

" Aku faham tapi sampai bila? Jangan sampai dia dapat tahu daripada mulut orang lain. Lagipun bukan salah kau menghilang daripada dia. Kau ada sebab. Sebabnya kau lupa ingatan."

Aku tersentak. Ya Allah. Takkanlah?

" Aku tak kisah apa dah sekarang ni Irfan. Yang penting dia tak tanya. Aku pun malas nak cerita. Tiba satu masa nanti mesti dia akan tahu juga. Dari mulut aku sendiri."

" Suka hati kau la. Tapi jangan simpan rahsia kau tu lama-lama sangat."

Aku kembali lari masuk ke dalam bilik dengan perasaan berkecamuk. Apa maksud dia? Lupa ingatan? Sebelum ni ada accident ke? Sampai lupa ingatan. Sebab tu ke dia menghilang? Sebab tu ke dia tak cari aku? Ya Allah! Ternyata selama ni aku dah salah sangka?

Terduduk aku dibirai katil. Hampir saja air mata nak mengalir ke pipi. Tak. Tak boleh. Aku kena kuat. Cepat saja aku tarik senyuman kecil dan dengan tekad aku keluar daripada bilik. Aku turun daripada tangga tanpa menghiraukan mereka berdua. Bila kaki aku dah menjejak kaki ke luar pintu barulah aku terdengar suara Syamel.

" Sayang? Nak ke mana tu?"

" Nak ambil angin dekat luar kejap. Nanti Iqa balik."

Tanpa menoleh aku cepat saja berlalu keluar daripada situ. Tak sikit pun aku hiraukan panggilan dia. Makin cepat aku jalan makin cepat juga air mataku mengalir. Aku seka tapi tak ada guna.

Aku jalan tanpa arah tujuan sampai aku jumpa satu taman yang penuh dengan kanak-kanak. Aku menuju ke situ dan cari satu pokok yang penuh dengan bunga sakura. Aku duduk di bawah pokok tersebut. Di situ juga aku lepaskan semua tangisanku.

" Abang jahat. Kenapa tak beritahu Iqa selama ni yang abang ada masalah? Kenapa? Abang buat Iqa bencikan abang dulu."

Aku ketap bibir kuat. Kenapa baru sekarang aku tahu? Kenapa? Tiba-tiba phone aku berbunyi. Syamel. Tapi tidak hiraukan. Biar je phone tu berbunyi sampai dia berhenti. Then aku off phone. Aku perlu bersendirian. Aku rasa diri aku tak berguna sekarang ni.

Aku sandarkan tubuhku ke batang pokok. Aku pejamkan mata. Lupakan kesedihan. Pergilah kesedihan. Kau kena sabar banyak. Dia terlalu cintakan kau sebab tu dia tak nak buat kau sedih. Kau kena kuat demi suami kau Iqa. Hurmm. Aku mengeluh kecil.

Aku buka mata bila terasa ada orang berdiri di depanku. Dan aku termangu saat Syamel berada betul-betul depan mata aku dengan nafasnya yang tercungap-cungap itu. Ya Allah. Macam mana dia tahu aku ada dekat sini?

" Sayang."

Aku cepat-cepat bangun dan seka air mataku. Sudah itu aku pusingkan badan untuk pergi. Tapi dia lebih cepat bertindak dengan menarik tubuhku ke dalam pelukannya. Aku cuba rungkaikan pelukan tapi tak berjaya.

" Tell me what's wrong dear? Why you run?"

" Lepas!"

Berkali-kali aku cuba rungkaikan pelukan dan tumbuk dadanya berkali-kali agar dia lepaskan aku. Tapi tak jalan. Aku mula rasa nak menangis kembali.

" Sayang. Hey. What's wrong? Tell me please."

Serentak itu aku menangis. Tumbukan aku pun terhenti. Akhirnya aku hanya biarkan dia peluk aku sambil menenangkan perasaan ku yang berkecamuk ni. Aku menangis sepuas-puasnya. Sampai basah baju depan dia.

Bila dah lega aku rungkaikan pelukan. Air mata cepat saja diseka. Dia masih memandangku dengan renungan tajam.

" Tell me why you being like this? You hear something?"

Aku tersenyum sinis. Aku dongak melihatnya.

" Apa yang abang rahsiakan daripada Iqa? Tell me!"

Dia nampak terkedu tapi tak lama bila dia menarik senyuman kecil. Wajahku diusapnya perlahan.

" Jadi sayang dah dengar la tadi kan?"

" Yes I'm! Now tell me please!"

" Kita balik dulu?"

" Tak nak! Cerita dekat sini sekarang. Kalau tak Iqa tak nak balik."

Aku kembali duduk sambil memeluk tubuh. Menanti butir bicara dia yang seterusnya. Tak sangka dia turut duduk depan aku. Kedua-dua bahuku diusapnya.

" What you want to know?"

" Everything."

" Yes. Abang menghilang sebab abang lupa ingatan. Puncanya accident. Kena langgar lari. Waktu tu baru balik daripada UK nak berjumpa dengan sayang. Tapi nasib abang tak berapa baik bila dilanggar. Dekat setahun abang berusaha pulihkan ingatan abang. Pulihkan semangat abang. Mujur ada family yang membantu. Tanpa mereka abang takkan jadi macam ni semula."

Aku terkedu. Hatiku dah terasa sebak. Rasa tak percaya dan rasa diri aku sangat kejam. Aku dah tuduh dia yang bukan-bukan.

" Ke..kenapa abang tak cakap? Kenapa Warda tak..."

" Sebab mereka tak nak buat sayang risau dan sedih. Sayang dah nak pergi belajar masa tu. Warda tak nak hancurkan hati sayang. Kalau Warda cakap mesti sayang cancel nak pergi belajar. Kan?"

Aku tunduk ke bawah. Betul tekaan dia. memang itu yang aku lakukan. Tapi hakikatnya tidak. Sebab aku tidak tahu menahu langsung fasal dia even sikit.

" Abang minta maaf sebab rahsiakan perkara ini sampai sekarang. Tengoklah. Sayang dah sedih sebab tu abang malas nak cakap."

" Iqa rasa tak guna. Iqa dah tuduh abang macam-macam dulu. Sampai Iqa bencikan abang. Iqa rasa Iqa patut dipukul. Pukul Iqa bang! Pukul Iqa!"

Aku dah gila. Aku tarik tangan Syamel dan menyuruhnya tampar aku. Tapi dia terus merentap tangannya dan menggelengkan kepalanya.

" Apa sayang mengarut ni? Sayang tak salah sama sekali. Jangan macam ni sayang."

Air mataku tak semena-mena kembali menitis.

" Abang. Maafkan Iqa. Iqa tak tahu abang sampai lupa ingatan. Accident. Iqa ingat abang dah lupakan Iqa. Dah tak cari Iqa. Maafkan Iqa bang."

Dia tarik aku semula ke dalam pelukannya.

" Syuhh. Tak nak cakap macam tu sayang. Sayang tak salah. Semua dah terjadi. Abang tak salahkan apa yang sayang fikirkan. Kalau abang pun, abang akan fikir benda yang sama. Abang yang sepatutnya minta maaf. Dah. Jangan nangis."

Tapi sayang. Tangisanku makin kuat adalah. Kenalah dia sabar tenangkan aku. Sedih sangat ni.

" Syuhh. Yang penting abang sayangkan sayang. I love you. That's enough."

Aku dongak sekilas dan kembali memeluknya.

" I love you to. Sorry."

Andai aku tahu dari dulu. Abang. Maafkan Iqa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro