Bab 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Myoui dan Mina jump di bawah tanah yang menempatkan evil di situ. Mereka berdua saling menoleh dan mengangguk. Hari ini mereka akan mengalahkan evil.

"Evil!!!" Myoui memekik memanggil makhluk jahat itu.

"Keluar kau dari gua ni sekarang!!!"

Suara ketawa yang kedengaran di dalam gua memecahkan hening suasana sunyi di situ.

Ketawa itu begitu membingitkan telinga. Huh!

Dengan tidak semena-mena, entah dari mana angin kuat yang muncul menolak tubuh badan Myoui dan Mina sehingga terhuyung-hayang lalu jatuh terhempas ke tanah.

Tak guna evil. Dia sudah memulakan serangan dulu sebelum mereka berdua bertindak. Mereka ingin membalas kembali tetapi kelibat evil tidak kelihatan di mana-mana.

Myoui dan Mina bangun bergandingan. Mereka harus berhati-hati dengan permainan licik evil. Mesti makhluk itu sedang merencanakan sesuatu.

Secara tiba-tiba leher Mina ditarik dan dicekik. Evil! Dia menarik Mina dan menjauhkan Mina dari Myoui.

Myoui tergamam.

"Mina!!"

"Lepaskan kembar aku!!!" Myoui berasa marah. Dia terus membaling kuasa magis kepada evil. Evil dengan pantas mengelak serangan itu.

Mina cuba meloloskan diri dari cengkaman evil namun tidak berhasil kerana cengkamannya terlalu kuat.

Evil melepaskan tawanya lagi. Dia berasa seolah-olah sedang berlawan dengan gadis-gadis lembik.

"Lemah!! Beginikah cara kalian akan menumpaskan aku!"

Myoui tidak duduk diam. Dia berasa sangat marah dengan perlakuan evil itu. Dia membuka semua kuasa-kuasanya agar menyerang evil. Evil terpaksa melepaskan Mina apabila Myoui bertindak ganas dan membalas serangan Myoui.

Mina jatuh terbatuk-batuk akibat lehernya dicekik. Gila si setan ni! Kuat betul dia cekik aku.

Apabila melihat Myoui yang sudah bertarung dengan evil. Dia cepat-cepat bangun untuk bertarung jua.

Evil membuka kuasa pancaran matahari yang boleh membakar Myoui. Dia tahu kelemahan gadis itu adalah cahaya matahari. Evil tersenyum senget. Dilontarkan kuasa itu namun tidak berjaya apabila Mina menepis dan menarik Myoui dengannya.

Ketika itulah, mereka berdua bergabung dan mengeluarkan percikan api biru dan merah.

Percikan api biru milik Mina manakala percikan api merah milik Myoui.

Evil tercengang, nampaknya si gadis kembar itu sudah mendapatkan kuasa magis mutlak yang akan menentangnya.

Evil cuba untuk menghilangkan diri dari situ tapi tidak berjaya apabila Myoui dan Mina melontarkan percikan api tersebut ke arah evil sambil berkata.

"Selamat tinggal evil!! Terhapuslah kau wahai kuasa jahat untuk selama-lamanya." Dengan itu evil pun terkena kuasa magis mutlak itu.

Evil meraung dan terpekik melolong sebelum hancur menjadi debu-debu kecil lalu terbawa angin dan hilang sekelip mata.

"Kita dah menang! Kita dah berjaya tumpaskan evil!!" Mina bersorak keriangan.

Myoui juga turut tersenyum. Mereka berpeluk gembira. Akhirnya mereka berdua bebas dari gangguan kuasa jahat itu dan akan hidup di dunia asal-usul mereka kembali.

Next:)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro