Bab 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mina duduk mengelamun di pinggir tasik yang berada di dunia ghaib. Dia dikelilingi oleh pari-pari kecil yang comel. Dia gembira dapat hidup di dunia itu lagi. Namun hatinya sayu mengingatkan Jimin. Benarkah lelaki itu mencintainya?

Myoui yang ternampak Mina pantas mendekatinya lalu duduk di sisi Mina.

"Kau termenung apa?" Tanya Myoui. Dia tahu isi hati Mina. Namun sengaja dia menduga kembarnya itu dengan pertanyaannya.

Mina menoleh melihat Myoui. Dia senyum. Terharu akhirnya dengan semua yang terjadi Myoui kembali seperti biasa.

"Tak ada apa-apa, aku cuma teringatkan ibu dan ayah." Kata Mina.

"Tipu lah kau. Kau ingat aku tak tahu ke kau tengah fikirkan lelaki yang tinggal di dunia manusia tu."

Mata Mina membulat mendengar bicara Myoui.

"Macam mana kau tahu ni?"

"Kau ingat kau je ke yang boleh baca pemikiran dan isi hati orang. Aku pun boleh la." Ujar Myoui lalu ketawa.

Mina pun ikut ketawa sekali. Lupa pulak. Tentulah Myoui pun boleh tahu tentang isi hatinya. Kelebihan mereka ada yang sama, ada yang berbeza. Tapi apabila digabungkan menjadi kekuatan yang luar biasa. Dahsyat!

"Iya la.. Aku mengaku! Tapi apa boleh buat, aku dengan dia tak mungkin dapat bersama. Berbeza dunia.." Kata Mina lagi. Sedih pula dia menuturkan ayat itu.

"Kenapa pulak tak.. Ibu dan ayah pun berbeza dunia tapi mereka tetap bersama. Ibu adalah demon manakala ayah pula manusia.." Balas Myoui.

Mina ketawa lagi.

"Kau nak aku lahirkan keturunan hibrid ke nanti bila bersama dengan dia? Cukuplah kita berdua saja. Aku taknak terjadi begitu kepada keturunan aku pula." Mina menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Tak Mina.. Kau salah! Kau takkan lahirkan keturunan hibrid macam kita. Kau bukan macam aku. Aku demon tapi kau.. Kau seperti manusia Mina. Kau boleh bersama dia. Kalau kau tinggal di dunia manusia sekalipun kau takkan terjadi apa-apa melainkan hanya mengawal kuasa magis kau saja." Jelas Myoui.

Myoui mahu melihat kebahagiaan terpancar pada wajah Mina. Dia tahu Mina juga mempunyai perasaan terhadap Jimin.

Mina terkedu. Betul juga cakap Myoui itu. Tapi saudara kembarnya itu lebih penting kepadanya. Dia tidak mempunyai sesiapa lagi selain Myoui.

"Tapi kau macam mana Myoui?" Soalnya.

"Kau dah banyak berkorban untuk selamatkan aku Mina.. Kau berhak bahagia. Aku turut bahagia kalau kau pun bahagia."

Mina terharu. Hatinya berasa senang.

"Terima kasih Myoui!!" Ucap Mina.

"Iyalah.."

"Tapi betul ke ibu dan ayah jumpa kau dalam mimpi haritu?" Kata Myoui.

Mina mengangguk kecil.

"Untunglah kau.. Aku juga nak jumpa mereka." Myoui bersuara lirih.

Mina memegang tangan Myoui.

"Ibu dan ayah pasti akan menemui kau jugak nanti. Jangan risau ya."

Myoui mengusap perlahan tangan kembarnya itu. Dia mengangguk dan senyum.

Mina membalas senyuman itu. Mereka berdua duduk di pinhgir tasik yang indah sambil bermain dengan pari-pari.

Next:)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro