Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Myoui bersendirian di dalam kamar. Kamarnya yang gelap dan tidak diterangi cahaya. Pintu kamarnya dikunci. Saat dia sedang marah, dia lebih senang dalam keadaan begitu. Myoui cuba untuk mengawal emosinya.

Di dunia ghaib, apabila Myoui marah mungkin dia boleh bertempik sehingga pokok tumbang dan daunnya gugur namun di dunia manusia ini, dia cuba untuk tidak berbuat begitu kerana buruk akibatnya nanti.

Kemudian, Myoui berbicara sendirian.

"Kenapa aku lahir sebagai demon. Tidak bolehkah aku mirip manusia seperti dia!" Dia yang dimaksudkan oleh Myoui adalah Mina.

Tiba-tiba terdengar satu suara yang membalas bicara Myoui.

"Kau boleh jadi seperti dia.." Satu bisikan halus itu kedengaran di halwa telinga Myoui.

Myoui memandang di sekelilingnya. Tidak ada sesiapa di situ melainkan dirinya.

Myoui memejamkan matanya. Cuba untuk mengesan sesuatu. 

Myoui membuka mata. Tidak muncul di depan matanya, tapi dia tahu dimanakah makhluk yang bersuara halus tadi.

Atas siling.

Myoui mendongak ke atas siling biliknya. Ternyata benar. Satu makhluk yang bermata hitam, berwajah pucat, bibirnya hitam tetapi bertaring menyeringai ke arahnya. Makhluk itu lebih kurang dengannya. Namun rupa makhluk itu lebih hodoh dari wajahnya.

Myoui memandang serius sambil memandang ke arah makhluk itu.

"Siapa kau? Apa kau nak dari aku?" Tanya Myoui dengan keras.

Makhluk itu ketawa, dia segera lompat dari siling dan berada di depan Myoui.

Myoui sedikitpun tidak takut dengan wajah itu. Dia kan demon. Perasaan takut itu tak pernah wujud. Kalau manusia biasa mungkin sudah menjerit histeria berhadapan dengan makhluk sehodoh itu.

Makhluk itu mendekatkan wajahnya ke arah Myoui.

"Aku juga demon.. Aku datang dari dunia demon. Tujuan aku ke sini untuk bawa kau ke sana.." Kata makhluk yang mengaku dirinya juga demon.

Benarkah makhluk di hadapannya itu adalah demon jugak. Myoui cuba untuk mengesan menggunakan firasat hatinya namun gagal. Mengapa dia tidak dapat mengesan sama ada makhluk ini benar atau tidak.

"Bagaimana aku boleh percaya yang kau jugak demon?"

Makhluk itu ketawa lagi.

"Kalau aku bukan demon, aku takkan cari kau di sini." Kata mahkluk itu. Nampaknya dia cuba memperdayakan Myoui.

"Tapi boleh jadi kau adalah evil yang menyamar sebagai demon." Myoui cuba untuk tidak tertipu dengan makhluk di hadapannya itu.

Setiap kali dia bercakap sesuatu, makhluk itu pasti akan ketawa.

"Kau bodoh! Evil datang nak memusnahkan kau berdua. Bukan untuk membantu kau.. Aku datang sini untuk membantu kau!"

"Kau bilang nak jadi seperti dia kan.. Ikut aku ke dunia demon. Aku akan jadikan kau seperti kembar kau itu." Makhluk itu membaling satu kuasa ke arah dinding bilik Myoui dan terpapar menunjukkan dunia demon di mana makhluk itu tinggal.

Myoui seakan-akan terpukau saat melihat dinding yang menunjukkan dunia demon itu. Myoui berjalan melangkah ke arah dinding itu lalu menembus masuk ke dalam lalu dirinya hilang tidak ada lagi di dalam kamarnya.

Next:)





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro