Bab 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pagi itu, Mina berjalan untuk pulang ke rumah semula setelah membeli sedikit barang.

Tiba-tiba ada seorang lelaki menegurnya.

"Hai.. Selamat pagi!" Tegur lelaki itu.

"Selamat pagi." Mina membalas. Dia tidak mahu kelihatan sombong.

"Saya Jimin.." Lelaki itu memperkenalkan diri.

Mina senyum. Dia memberitahu namanya juga.

"Mina.."

"Ohh Mina.. Err.. Awak ni asal mana ya? Saya tak pernah tengok awak sebelum ni." Soalan yang sama juga keluar dari mulut lelaki itu seperti orang lain.

Memanglah tak pernah nampak. Aku tak pernah muncul sebelum ni dunia manusia.

"Hmm.. Saya dari bandar."

"Ohh.. Jadi awak baru pindah la." Soal Jimin lagi.

Mina mengangguk. Lelaki itu kelihatan baik saja. Mungkin niatnya hanya untuk menegur.

"Saya tinggal dekat hujung kampung ni."

"Rumah kosong tu?"

Mina mengangguk lagi.

Setahu aku rumah tu dah lama tak berpenghuni. Ah kan perempuan ni pindah masuk. Mestilah ada kan. Fikir Jimin.

"Awak tinggal sorang je ke?"

"Haah.." Mina mengiyakan saja. Tidak memberitahu tentang Myoui, kembarnya.

"Beraninya.." Jimin senyum. Tidak sangka seorang gadis boleh duduk berseorangan di rumah. Tak takut ke!

Kalaulah Jimin tahu yang kembar Mina itu demon sudah tentu Jimin yang ketakutan.

"Dah biasa.." Mina cuma senyum mendengar kata-kata Jimin. Dia tahu apa yang difikirkan Jimin. Mesti lelaki itu pelik kenapa dia tidak takut tinggal sendirian.

"Saya minta diri dulu.. Saya harus pulang sekarang." Pinta Mina.

"Ohh baiklah.. Kalau perlukan apa-apa bantuan panggillah saya. Saya tinggal tak jauh dari sini pun." Kata Jimin.

"Ohh.. Terima kasih." Setelah ucap Mina pun berlalu pergi dari situ.

Jimin masih memandang Mina dari jauh. Dalam diam dia terpaku sebenarnya melihat kecantikan Mina. Entah kenapa dia merasakan hatinya sudah terpaut pada gadis itu.

Apabila Mina masuk saja ke dalam rumah, dia menjengah ke bilik Myoui. Sekarang kan masih waktu siang. Myoui akan tidur pada waktu itu sehinggalah matahari terbenam.

Mina membuka pintu kamar Myoui. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Myoui tiada di dalam kamarnya.

"Myoui.." Panggil Mina. Namun Myoui tiada di situ. Hati Mina mula berasa berdebar tak tentu arah. Dia dapat merasakan sesuatu yang kurang baik.

Mina cuba untuk mengesan keberadaan Myoui melalui mata hatinya. Kebolehan yang sama antara Mina dan Myoui.

Mina memejamkan matanya. Setelah dibuka, matanya terbuntang.

Evil!!

Myoui dipukau dan dibawa pergi oleh evil.

Mina mendengus marah. Tak guna! Macam mana dia tahu aku dan Myoui di dunia ni.

Mina sudah tahu di mana Myoui berada. Evil telah menyamar menjadi demon dan Myoui disembunyikan di dunia demon.

Mina tidak menyangka begitu licik sekali permainan evil. Evil tidak memusnahkan Myoui sebaik berjumpa dengannya tetapi dia mempergunakan Myoui dengan memukau dia untuk mengikuti kehendaknya. Oleh kerana Myoui adalah demon, Evil lebih memilih Myoui untuk dibawa pergi berbanding dirinya.

Sekarang tugasnya adalah untuk mengembalikan Myoui di sini.

Next:)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro