Bab 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mina membuka matanya, dia melihat sekeliling. Tubuh badannya begitu lemah. Terdapat balutan di dadanya yang telah dicakar oleh Myoui.

Dia sudah di dunia manusia? Bagaimana? Rumah itu begitu asing kepadanya. Itu bukan rumah dia tinggal. Habis itu rumah siapa?

"Awak dah bangun?" Jimin datang sambil membawakan segelas air.

Mina terkejut. Jimin? Macam mana boleh ada Jimin di sini.

Dia cuba untuk bangun namun tiba-tiba tubuhnya terasa sakit.

"Janganlah bangun. Awak perlu banyak berehat. Awak cedera parah.." Kata Jimin kepadanya.

Mina mengangguk. Dia kembali membaringkan badannya.

Mina berasa sakit seperti manusia kerana dia belum memulihkan dirinya menggunakan kuasa magis. Kalau tidak. Pasti luka-luka itu akan hilang dan dirinya tidak sakit lagi.

"Mesti awak tertanya tanya kan macam mana awak boleh ada d rumah saya ni. Tidurlah dulu Mina.. Nanti saya ceritakan pada awak apa yang berlaku. Jangan risau. Saya cuma nak bantu awak!" Jimin senyum lalu keluar dari dalam bilik Mina duduki itu.

Mina tersentuh dengan kebaikan Jimin. Dia cuba mengingat kembali apa yang terjadi.

Imbas kembali,

Mina tidak dapat menahan kesakitan akibat dicakar oleh Myoui. Lalu dia terpaksa menggunakan kuasanya. Myoui ditolak sehingga terkeluar dari perigi.

Mina harus pergi dari situ dulu, Myoui sangat berbahaya ketika itu.

Secepat mungkin Mina menyelam di dalam air perigi dan jump ke dunia manusia.

Sekelip mata Mina berada di sebuah sungai kampung yang dia menetap. Mina berjalan keluar dari sungai dan mengengsot ke tepian. Badannya penuh berlumuran darah. Dia terlalu penat dan dalam kesakitan. Akhirnya dia jatuh pengsan dan tidak menyedari apa-apa lagi.

Waktu itu pula, Jimin datang ke sungai untuk menangkap ikan.

"Kalau aku dapat ikan lepastu bakar. Peh sedap ni.." Fikir Jimin. Dia lantas ke sungai. Ketika itulah dia tidak menyangka yang dia ternampak seorang gadis yang terdampar di tepi sungai.

"Eh sapa tu!" Jimin bergegas pergi ke arah perempuan itu.

Jimin terkejut. Mina? Gadis itu cedera parah. Dada dan lehernya kelihatan kesan luka yang dalam serta darah yang banyak mengalir.

"Mina? Macam mana boleh cedera parah macam ni! Angkara siapakah?" Seusai dia berkata, Jimin tidak lagi berfikir panjang. Diangkat Mina dan dicempung gadis itu bawa balik ke rumahnya. Dia harus menyelamatkan Mina. Dia akan mengubati Mina sampai sembuh.

Mina. Gadis itu adalah gadis yang dicintainya dalam diam. Sejak kali pertama dia mengenal Mina. Hatinya sudah terpikat. Tidak ada gadis lain lagi singgah di hatinya.

Namun, apakah Jimin masih akan mencintai Mina jika mendapat tahu bahawa Mina bukan gadis biasa. Dia adalah gadis supernatural. Gadis dari dunia lain.

Next:)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro