Bab 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mina tidak jadi hendak tidur. Dia bangun perlahan-lahan. Lukanya yang dibalut dengan kain oleh Jimin dicampaknya. Mina cuba menggunakan kuasa magis.

Mina duduk bersila dan memejamkan matanya. Cahaya biru menyelubungi diriya. Nampaknya dia sedang menghilangkan luka-luka di tubuh badannya dan memulihkan tenaga.

Tidak lama kemudian, Jimin masuk ke dalam bilik semula untuk menjenguk Mina. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat seperti itu.

Apa yang dia buat tu? Fikir Jimin. Hendak ditegur atau tidak gadis itu.

"Mina.." Jimin menegur.

Mina terkejut. Dia segera membuka matanya. Jimin!

Jimin menghampiri Mina. Hairan apabila melihat luka di dada Mina dan lehernya sudah hilang. Mina kelihatan pulih seperti sediakala. Bagaimanakah gadis itu melakukannya?

"Erk.. Macam mana luka awak semua boleh hilang?" Soal Jimin.

Mina berfikir sebentar. Apakah yang harus dia cakapkan. Jimin tidak boleh tahu tentang ini.

"Saya nak balik!" Mina mengendahkan pertanyaan Jimin. Dia lekas bangun untuk beredar dari situ.

"Tapi awak.." Jimin tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila Mina berbicara.

"Jimin.. Terima kasih sebab dah selamatkan saya. Saya dah tau semuanya. Macam mana saya boleh sembuh. Tak perlulah awak tahu. Saya harus pergi.. Maaf dan terima kasih sekali lagi atas bantuan awak. Saya hargainya.." Usai berkata begitu, Mina terus keluar tanpa memandang Jimin lagi.

Jimin sangat baik dengannya. Namun dia tidak mahu Jimin mengetahui perkara yang sebenar. Bimbang buruk padahnya nanti!

"Maafkan aku Jimin!" Mina bersuara dalam hati.

Jimin hanya memandang sayu. Dia tidak kisah jika Mina tidak mahu menceritakan padanya apa sebenarnya yang berlaku. Namun soal isi hatinya itu, bagaimana dia harus memberitahu Mina.

Mina masuk ke dalam rumahnya. Entah berapa lama dia tidak pulang ke situ. Saat itu dia terfikirkan Myoui.

"Myoui.." Diseru nama Myoui. Namun nama Myoui tidak muncul seperti selalu.

Bagaimanakah cara untuk dia menyelamatkan Myoui. Myoui sudah bertukar menjadi demon yang memburu mangsa. Sekarang Myoui dipengaruhi oleh evil sehinggakan Myoui sanggup untuk membunuh dia, kembarnya sendiri.

Kedengaran bunyi kuat di atas bumbung mematikan lamunan Mina. Hati Mina merasakan sesuatu, adakah Myoui sudah pulang ke rumah.

Mina berjalan keluar dari rumahnya. Ketika itu hari sudah malam. Ternyata benar. Myoui duduk di atas bumbung sambil menhadap langit.

"Myoui.." Panggil Mina. Namun Myoui tidak menoleh. Masih saja melihat langit malam.

Tiba-tiba Mina berasa tidak sedap hati. Dia tahu Myoui masih di bawah pengaruh evil. Mungkin Myoui mahu memerangkapnya.

Mina lekas mahu masuk ke rumah semula. Myoui menoleh dengan wajah bengis. Dia segera melompat turun ke tanah dari atas bumbung lalu meniupkan angin menutup pintu rumah dan berkunci dengan sendirinya.

Mina tergamam. Dia tidak sempat masuk ke dalam. Mina menoleh ke arah Myoui.

Pandangan Myoui begitu sinis tidak seperti selalunya. Myoui memang betul-betul ingin membunuhnya!

Myoui ketawa dengan kuat. Tawa seekor puntianak yang berada di hadapan Mina sekarang ini.

Next:)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro