Bab 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Myoui.. Jangan dekat!" Mina memberikan amaran.

Myoui tidak mempedulikan kata-kata Mina. Dia tetap berjalan mendekati Mina.

"Kenapa?"

"Kau takut? Kau takut aku bunuh kau kan.. Hahahaha." Myoui ketawa lagi.

"Myoui! Aku Mina.. Kembar kau! Kau tak ingat ke!" Mina cuba mengingatkan Myoui.

Myoui yang masih ketawa berhenti tatkala mendengar penyataan Mina. Wajahnya menjadi lebih bengis. Dia mendengus kuat.

"Apa kau cakapkan ni! Aku tak mengerti. Yang aku tahu tugas aku datang ke dunia ini untuk membunuh kau!"

"Tidak Myoui! Jangan lakukannya. Jika kau membunuh aku, evil akan merampas semua kuasa kita."

"Arghh.. Aku tak percaya! Evil adalah tuan aku, dia yang telah membantu aku. Aku turuti semua arahan dia!!" Myoui berkeras.

Mina mengetap bibir. Dia buntu bagaimana untuk menjelaskan kepada Myoui. Myoui betul-betul dipengaruhi secara keseluruhannya oleh evil.

"Sekarang masanya untuk kau mati!" Myoui mulai bertindak. Kukunya yang panjang dihalakan ke arah Mina. Dia ingin mencakar muka Mina itu.

Mina mengelak dengan pantas. Dia menggunakan kudrat tenaganya sendiri tanpa bantuan kuasa magis.

Namun, Mina tidak sekuat itu untuk menghalang amukan Myoui. Myoui bertindak menggunakan kuasa magisnya, dia mengeluarkan puting beliung dan memerangkap Mina di dalamnya.

Mina cuba meloloskan diri daripada perangkap itu. Namun tidak berhasil. Myoui menguncinya dengan kuat.

Myoui tersenyum sinis. Setelah itu dia membalingkan Mina yang telah terperangkap itu ke atas tanah.

Mina tersembam jatuh. Mulutnya berdarah. Badannya terasa amat sakit kali. Terasa badannya sudah patah riuk.

Apabila melihat Mina yang sudah terbaring di tanah itu. Myoui mengambil kesempatan untuk menghampiri Mina.

"Mina!!" Kedengaran suara seseorang membuatkan Myoui berpaling. Erghh!

Jimin terkejut. Ada hantu di depannya! Jimin ketakutan. Namun apabila melihat Mina yang kesakitan di tanah memberanikan dirinya untuk menolong gadis itu.

Jimin segera berlari menuju ke arah Mina.

"Jimin! Awak buat apa kat sini!  Balik Jimin! Balik!!" Mina menyergah. Dia terpaksa memarahi Jimin agar Jimin tidak menjadi mangsa Myoui.

"Tapi saya kena tolong awak." Kata Jimin. Dia cuba memangku Mina.

"Tak Jimin.. Pergi! Awak dalam bahaya!!" Jerkah Mina lagi.

Jimin terkedu dengan jerkahan Mina. Namun bagaimana pun dia tidak akan sesekali meninggalkan gadis yang dicintainya ini. Itu tekadnya.

Mata Myoui tidak lepas melihat ke arah Jimin. Dia terbau darah segar. Darah manusia itu! Darah Jimin.

Secara tiba-tiba Myoui menyerang Jimin. Dicekik leher
dan diangkat tubuh Jimin naik ke atas.

"Myoui!! Jangan apa-apakan dia!!" Mina bangkit jua apabila Myoui menyerang Jimin.

Suara Mina tidak dipedulikan Myoui. Dia hauskan darah Jimin.

Mina terpaksa mengeluarkan kuasa magisnya dan membaling bola api ke muka Myoui.

"Arghhhh!!!!" Myoui menjerit kesakitan. Dilepaskan Jimin ke tanah lalu menghilangkan diri dari situ.

Setelah Myoui hilang. Mina segera pergi melihat Jimin. Jimin pengsan. Mujur tiada kecederaan parah berlaku kepada lelaki itu.

"Maafkan saya Jimin.. Kerana sudah libatkan awak dalam hal ini!" Mina berasa bersalah terhadap Jimin.

Next:)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro