Bab 15 : Insiden Petang Itu

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku dan kau menghabiskan masa bersama pada waktu petang ini dek kerana kerja sekolah aku semuanya telah selesai. Daripada bosan menatap dinding di rumah, baik aku hirup udara segar.

Raket milik kau yang aku pegang itu aku belek lama. Raket berjenama. Kualitinya bagus. Bila main pun terasa seperti jaguh badminton.

Bangku yang berada di bawah sebuah pohoj yang rendang itu menjadi tempat aku melabuhkan punggung sementara menunggu kau sedang membeli air di kedai sebelah.

Cuaca pada petang itu tersangatlah baik. Tak terlalu panas. Ada angin lembut yang bertiup membuatkan petang itu agak nyaman.

"Yoongi, ini air awak. Disebabkan awak menang tadi, saya belanja awak roti keju!" kata kau dengan penuh gembira.

Aku tersenyum lalu mencapai bungkusan roti keju serta sebotol air mineral yang sejuk di tangan kau. Penutup botol itu dibuka lalu aku meneguknya rakus.

Kau yang sedang duduk di sebelah aku pandang. Punyalah nikmat kau menjamah roti keju tu.

"Kau ni, tadi kata nak kuruskan badan. Lepastu telan roti keju. Apa cerita?" soal aku membuatkan kau berhenti mengunyah.

"Saya lapar. Alaa, esok kita joging lah pulak. Gerenti kurus punya." kau selamba memberi alasan. Aku cuma gelengkan kepala sambil tersenyum nipis.

Sedang aku leka menghirup udara segar pada petang itu, tiba-tiba ada sekumpulan lelaki datang menghampiri kau. Mereka selamba badak tepuk bahu kau membuatkan kau terkejut beruk.

"Hey, apa ni tepuk-tepuk bahu orang? Tak nampak ke orang tengah makan?" kau yang hampir tercekik roti itu terus berdiri.

Siapa lagi kalau tidak bukan, Junwoo si penagih perhatian orang. Lelaki itu suka tayang senyuman buruk miliknya. Apa dia ingat, dia hensem ke senyum macam tu? Rasa nak sepak ada lah!

"Anak gajah dengan anak sampah. Hmm... padan sangat." Junwoo bersuara.

Aku buat-buat tidak peduli dengan kewujudan dirinya di situ. Kasihan, ibu bapa dia tak beri perhatian gamaknya.

"Aku nak ucap tahniah. Yela kan, korang hangat bercinta sekarang ni. Jadi sebagai hadiah, aku nak..."

Splash!

Membulat kedua mataku tatkala Junwoo menyimbah air yang dibawanya itu pada wajah kau. Lelaki sewel itu dan kawan-kawannya mula ketawa terbahak-bahak melihat muka kau sudah basah kuyup.

"Apa yang kau buat ni, selekeh?!" aku mula baran. Tubuhnya ku tolak kasar. Aku ingin memukulnya, namun kau pantas menarik tanganku.

Wajah kau aku pandang. Kau menggeleng.

"Nak tahu tak tu air apa? Kalau kau nak tahu, aku ambil air ni dekat longkang sana tu." kata Junwoo sambil menunjuk ke arah longkang yang tidak jauh dari mereka.

"Okay, ciao lu! Muah!" dengan sengihan jahat yang terukir di bibirnya, sekumpulan lelaki itu beredar.

Aku pantas mendapatkan kau yang sudah terduduk pada bangku. Aku terdiam sejenak saat tangisan halus kau mula kedengaran.

"Yoongi."

"Hina sangat ke saya ni... untuk berkawan dengan awak?"

Soalan yang kau lontarkan itu aku cepat-cepat balas dengan gelengan.

"Awak tak malu ke kawan dengan saya? Saya ni cuma Kim Daeun yang gemuk seperti anak gajah. Takkan awak tiada rasa malu?" tangisan kau semakin lebat.

"Tak, Daeun! Tak! Sikit pun aku tak ambil peduli tentang rupa paras kau. Aku tak pandang rupa, tapi aku pandang hati. Aku tahu, kau ikhlas kawan dengan aku. Hanya kau satu-satunya kawan aku, Daeun!"

Apa yang aku cakapkan itu, memang jujur dari hati aku. Aku tak pentingkan semua benda itu. Kalau ada rupa tapi perangai tak serupa orang, tak guna juga.

Tuala kecil yang kau guna untuk lap peluh semasa bermain badminton tadi aku capai. Perlahan-lahan aku kesat wajah kau sehingga kering.

"Percaya pada aku, Daeun. Aku ikhlas berkawan dengan kau."

─── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ───

- to be continue <3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro