Bab 16 : Funfair with You

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Yoongi-ah!"

Sampai saja di kawasan taman tema yang dijanjikan kau tadi, aku tercari-cari susuk tubuh kau. Lepas saja telinga aku menangkap suara kau, aku pantas mara ke hadapan.

Kau yang kelihatan comel berpakaian blouse serta skirt labuh itu tersenyum gembira. Malam ini, kau nampak lebih cantik dengan gaya rambut yang berlainan.

Selalunya kau bertocang, tak pun mengikat rambut seperti ekor kuda. Tetapi malam ini, kau membiarkan rambut panjang kau tanpa diikat. Bertambah comel apabila kau tambah penyepit bercorak kupu-kupu di bahagian tepi rambut.

Agaknya kau perasan yang aku tenung kau lama sangat sampaikan kau mula pelik.

"Kenapa awak tengok saya macam tu? Saya tak sesuai ya pakai baju ni? Nampak gemuk ya?" soal kau bertubi-tubi.

"Eh, mana ada. Aku cuma tak pernah nampak kau bergaya macam ni. Comel."

Pujian ikhlas daripada aku membuatkan kau ketawa kecil. Lega hati aku bila tengok kau senyum semula setelah dua hari kau bersedih dengan apa yang Junwoo lakukan pada kau tempoh hari.

"Jom, Yoongi! Kita main puas-puas! Hah, jom pergi sana!" tanpa sempat aku membalas, lenganku pantas kau tarik menuju ke arah satu gerai yang menjual pelbagai jenis anak patung beruang yang comel.

Aku sekadar menjadi tukang tengok kau yang sedang gigih berjuang untuk mendapatkan sebuah anak patung beruang tersebut. Banyak kali kau cuba masukkan gegelung pada sebatang besi, namun tidak berjaya.

"Dah lah, Yoongi. Jom. Malas betul. Asyik kalah je." kau membebel geram.

Satu per satu permainan yang ada di sini kau cuba. Aku hanya mengikut saja apa yang kau lakukan. Sambil-sambil tu, aku ketawa sebab tengok kau marah-marah.

Aku ajak kau naik roller coaster, namun kau menolak. Kata kau, gayat. Tapi bila aku ajak kau naik Ferris Wheel, kau mahu pula. Kata kau lagi, "Benda tu berpusing je. Tak bahaya pun. Bukan macam roller coaster."

Malam itu, aku seakan merasakan kembali perasaan gembira yang sudah lama menghilang. Gembira di kala mendiang appa masih ada di sisi.

Melihat kau ketawa, aku turut ketawa. Hilang segala masalah dan fikiran yang membebankan dalam minda aku walaupun hanya sementara.

Aku rasa, hampir seratus keping gambar kau ambil sewaktu kita berada di dalam Ferris Wheel itu. Mesti memori kamera kau penuh kan? Gambar candid, gambar kau, gambar aku dan gambar kita. Semuanya kau ambil.

Selepas itu, kau bawa pula aku ke tempat di mana gula-gula kapas dijual. Kau dengan terujanya memberitahu kepada peniaga itu bahawa kau mahu bentuk arnab.

Kau beli dua. Satu untuk kau, satu lagi untuk aku. Aku tak berapa gemar makanan manis ni, namun aku tetap menerimanya.

Sekeping gambar yang kau ambil semasa berada di Ferris Wheel tadi kau serahkan kepada aku. Kelihatan diriku sedang memandang tepat ke arah kamera dengan senyuman yang lebar.

"Jangan pernah hilangkan senyuman manis yang awak miliki, Yoongi. Walau apa pun yang terjadi, please be happy."

Itu pesanan kau.

Aku akan ingat untuk selama-lamanya.

─── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ───

- to be continue <3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro