Bab 17 : Where Are You?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tiga hari selepas kita menghabiskan masa bersama di funfair pada malam itu, aku mula jarang bertemu dengan kau. Kira-kira hampir seminggu.

Dalam hati, aku tertanya-tanya juga. Kemana engkau pergi? Rasa rindu itu mestilah ada sebab kau kawan aku. Kawan yang sentiasa ada untuk aku.

Aku tunggu di sekolah, kau tiada.

Aku tunggu di gelanggang bola keranjang, kau turut tiada di situ.

Bukannya aku tak hantar mesej. Sudah banyak aku lakukan. Tetapi mesejku tidak berbalas. Aku cuba call. Apa yang aku dapat ialah suara operator di corong telefon.

Ingin saja aku pergi ke rumah kau untuk bertanya khabar. Tapi aku malu. Kalau nak dibandingkan aku dengan kau, aku ini cuma anak orang susah. Kau pula anak orang kaya.

Nanti mesti kau malu kalau aku jejakkan kaki ke rumah kau semata-mata nak luangkan seminit dua untuk aku berbual dengan kau.

Aku ada tanya rakan sekelas kau.

Katanya, "Daeun tak sihat."

Aku cuba fikir positif. Mungkin kau demam.

Namun aku tetap risau. Sudah tujuh hari kau tidak hadir ke sekolah. Teruk kah demam yang kau alami?

Telefon yang setia di tangan itu aku buka. Aku cuba sekali lagi untuk menghantar mesej kepada kau.

Daeun, kau sihat?
Aku rindu kau.
Kalau kau masih anggap
aku kawan, tolong balas
mesej ni.

Sent!

Kemudian, objek berbentuk segi empat tepat itu aku letak ke tepi. Menunggu dan berharap agar mesejku dibalas.

Sepuluh minit kemudian, telefon aku berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Aku segera membukanya. Hati aku mula rasa lega kerana akhirnya kau balas jua.

Maafkan saya, Yoongi.
Saya tak sihat.
Saya pun rindukan awak
juga.

Senyuman muka terukir di bibir merahku. Aku dah tak perlu risau yang berlebih-lebihan lagi. Aku mahu membalas mesejnya, tiba-tiba ada panggilan masuk.

Ianya daripada kau!

Aku pantas menekan ikon gagang telefon berwarna hijau. Telefon aku rapatkan ke telinga.

"Yoongi, saya minta maaf sangat sebab tak reply semua mesej awak. Saya betul-betul tak larat. Hari ni baru rasa sihat sikit. Saya rasa bersalah sangat sebab tak beritahu apa-apa pada awak."

Aku menggeleng kecil. "Tak apa. Kau call aku ni pun aku dah bersyukur. Rest well. Aku nak kau teman aku main basketball. Tunggu kau sihat nanti, okay?"

Terdengar dia ketawa walaupun perlahan. Tawanya seakan lemah.

"Yoongi... Saya nak cakap something, boleh? Awak dengar betul-betul tau."

Kepala aku mengangguk laju.

"Ya. Apa dia?"

"Saya sayang awak. Sangat-sangat. Awak satu-satunya kawan paling baik yang saya pernah ada selama saya hidup. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya yang banyak kekurangan ni. Tempat awak dalam hati saya takkan terganti sampai bila-bila. Awak kawan saya sampai syurga."

Habis saja dia menuturkan kata-katanya, aku terdengar esakan kecil di corong telefon.

"Daeun? Kau okay?"

"Ermm, Yoongi. Saya tutup dulu. Ada hal sikit nak kena buat. See you again. Bye."

"Daeun, kejap --!"

Tutt Tutt

Aku lihat skrin telefon. Panggilan sudah pun ditamatkan. Ternganga sekejap aku di situ. Macam tu je kau end call?

Aku baru nak cakap. Namun tak sempat.

Haih.

Tak apa lah, Daeun. Aku tunggu kau.

─── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ───

- to be continue <3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro