Bab 18 : I Lost You

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pagi itu, aku bangun dan lakukan rutin harian seperti biasa memandangkan hari ini waktu cuti.

Mandi, sarapan dan memerapkan diri di dalam bilik. Hari ini terasa lain. Entah lah mengapa aku rasa tidak sedap hati. Seperti ada benda yang bakal berlaku.

Aku bangkit dari katil lalu membuka laci untuk mengambil buku nota. Kemudian, pandanganku terpaku pada sekeping gambar polaroid.

Gambar tersebut aku ambil lalu laci itu aku tutup. Ianya gambar aku dan engkau. Melihat wajah kau yang tersenyum gembira, aku rasa tenang.

Aku mengambil keputusan untuk meletakkan gambar itu di belakang telefon bimbitku. Disebabkan casing phone aku tidak berwarna, jadi mudahlah untuk aku melihat gambar ini.

Bunyi deringan telefon bimbit aku membuatkan bahu aku terhinjut. Sedikit terkejut. Aku lihat skrin.

Daeun 🐡

Kenapa ikan buntal?

Sebab aku rasa comel. Macam dia.

Tanpa membuang masa, aku cepat-cepat angkat.

"Helo, Daeun! Kau dah sihat ke?"

Hah kau, punya lah teruja sampaikan tak bagi salam, tak bagi apa.

Tetapi, suara yang menjawab panggilan itu membuatkan aku mengerutkan kening kerana hairan.

"Kamu Min Yoongi, ya? Kawan rapat Daeun?"

Suara seorang wanita. Tidak dikenali. Mungkin itu eomma Daeun.

"Ya saya. Ini siapa?"

"Ini eomma Daeun. Yoongi, Daeun..."

Aku diam. Menanti jawapan daripada wanita tersebut.

"Daeun dah tiada."

─── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ───

Bagaikan orang yang kehilangan waras, aku terus menyerbu masuk ke dalam sebuah tempat yang eomma Daeun maklumkan tadi.

"Daeun! Mana kau?" aku jerit memanggil nama engkau.

Kaki aku terasa lemah. Aku melangkah perlahan masuk ke dalam. Saat aku tiba di situ, semua manusia yang berpakaian hitam terus memandang ke arahku.

Tak lama kemudian, ada seorang wanita yang usianya dalam lingkungan akhir 40-an datang mendekati diriku.

"Daeun..." panggilku tanpa suara. Aku bertentang mata dengan wanita yang bergelar eomma kepada Daeun.

Puan Kim cuba tersenyum namun akhirnya dia menangis di hadapan aku. Tanpa bicara, tubuhku ditarik ke dalam pelukannya.

Aku... macam tak percaya.

Semua ni ibarat mimpi.

"Mak cik... Betul ke ni?" tanya aku perlahan. Suara aku bagaikan hilang. Wajahku sudah basah dengan air mata.

Puan Kim berhenti memelukku. Dia mengesat air mata yang mengalir pada wajahnya. Dia anggukkan kepala.

"Daeun... dia dah pergi. Tinggalkan mak cik, tinggalkan kamu." Puan Kim menjawab. Matanya sudah sembab. Mungkin terlalu lama dia menangis.

"T-Tapi kenapa..?"

Puan Kim diam sejenak. Keluhan lembut terbit di bibirnya.

"Daeun kelar tangannya sendiri. Kalau mak cik cepat, pasti dia dapat diselamatkan."

Daeun? Kelar tangan sendiri?

Kepala aku bagaikan berpinar sekali lagi saat mendengar apa yang Puan Kim beritahu kepadaku.

"Yoongi, pergilah. Ucap selamat tinggal untuk Daeun buat kali yang terakhir. Mak cik pasti, dia sedang menanti kedatangan kamu."

Puan Kim menolak tubuhku lembut ke arah sebuah tempat yang menempatkan keranda yang dipenuhi dengan bunga berwarna putih. Aku bergerak ke sana.

Aku terlihat gambar Daeun yang sedang ceria tersenyum di tengah-tengah ruang itu sekali lagi membuat aku menangis tanpa suara.

Aku jatuh terduduk.

Aku meraung sekuat hati. Tak peduli pandangan orang di sekeliling.

"Kenapa, Daeun? Kenapa kau bunuh diri?"

Hati aku sakit setiap kali melihat senyuman kau di situ.

"Kenapa kau buat aku macam ni, Daeun? Kenapa?!"

Bahagian belakang tubuhku ditepuk lembut oleh seseorang. Tangan dan kaki aku menggigil. Aku menggigit bibir sampai terluka. Namun ianya taklah sesakit seperti hati aku.

"Kenapa Daeun buat macam ni?"

Aku sempat tuturkan soalan terakhir itu sebelum aku rebah pada pangkuan Puan Kim.

─── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ───

- to be continue <3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro