CHAPTER 1 : Obsession

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Everyone can be friend, but friend can't be everyone.


MIRGHAN terfikir bagaimana gadis gelandangan itu kenal dengan abangnya. Atau Alex yang lain? Dia kurang pasti. Yang pasti, wajah yang sama dengan dia hanya abangnya dan ‘Mirghan’.

Hari ini, dia keluar kembali. Mungkin dunia ingin menunjukkan di mana abangnya berada hari ni, dia pun tidak tahu. Asalkan ada usahanya juga untuk mencari abangnya.

Dia yakin yang gadis yang bernama Bella itu ada kena mengena dengan abangnya. Dia perlu cari gadis itu semula.

Lama dia melangkah. Mahu cari Bella, semestinya dia tak akan jumpa. Walaupun belum satu Itali lagi dia berjalan, tapi penatnya, usah dikata. Agak mustahil ingin mencari gadis bernama Bella itu semula di dalam Itali yang ramai penghuni ini.

Tidak kira lagi yang ramai bernama Bella di sini. Kalau cari gadis bernama Bella di Korea, barulah kurang susahnya. Nama yang jarang didengar di Korea.

“Lepaskan I!”

Terdengar pergelutan antara seorang gadis dan beberapa orang lelaki di situ. Itu... Gadis semalam!


JAM tangan yang terlilit di pergelangan tangan berlaga ke dinding. Tidak dikira mahal ataupun tidak, apa yang dia mahukan harus dia kecapi.

Bella meronta kuat apabila belakang tubuhnya makin rapat dengan dinding sehingga tiada sisa. Tangannya walaupun terdapat lubang-lubang peluang untuk melepaskan diri, tidak mampu juga untuk dia kerana tubuhnya yang semakin lemah.

“Le... lepaskan I!”

Wajahnya cuba digerakkan ke kanan dan ke kiri beberapa kali agar bibir basah Daniel tidak menyentuh kulitnya. Tangan Bella dilepaskan lalu pipinya ditekan menggunakan sebelah tangan. Tangan Bella yang memukulnya dibawa ke atas. Tubuh Bella kembali di himpit dengan kudratnya yang kuat.

“I won’t.”

Gemersik saja lafaz itu di pinggir bibir Bella. Bella menggeleng kecil apabila bibir basah Daniel singgah di pinggir bibir Bella. Wajahnya cuba ditarik dari bibir basah yang merayap ke pipi dan hidung.

“Lepaskan I Daniel! I jijik dengan you!”

Tubuh Bella ditolak kuat ke lantai. Bersimpuh dia di atas lantai sambil wajahnya disorok balik rambutnya yang panjang. Daniel membuka satu persatu butang kemejanya sambil kaki melangkah perlahan ke arah Bella.

Bella menggeleng lalu sedikit demi sedikit punggungnya diseret menjauhi kaki yang mula rapat dengannya. Daniel mencabut bajunya dari tubuh lalu dibaling ke arah Bella yang duduk di lantai.

Takut Bella ingin memandang ke arah jejaka yang hanya menyarungkan seluar Jean panjang. Jelas getaran pada tubuh gadis itu. Mata Daniel tidak lepas dari memandang gadis pujaannya. Semenjak gadis itu berada di sini, hatinya tidak keruan.

Hidupnya tidak boleh senang jika tidak berhadapan dengan gadis ini seharian. Gadis ini yang dia dambakan.

“Daniel, You lepaskan I please.”

Daniel melangkah rapat ke arah Bella. Lalu dia mencangkung di hadapan Bella. Kaki Bella yang bersimpuh kini dirapatkan ke dada. Dipeluk kakinya seperti memeluk bantal. Terdengar esakan gadis itu bagai muzik di telinganya. Sangat lemah lembut orangnya. Daniel menayang senyuman mautnya yang tidak pernah satu perempuan sekalipun yang waras selepas memandangnya.

“Bella, nama kau cantik sangat.”

Paha gadis itu yang terdedah dibelai perlahan. Tubuh gadis itu beku. Terkejut dengan perlakuan Daniel. Takut. Kakinya dipeluk semakin erat. Jantungnya bagai nak luruh ketika ini. Dia sudah tiada tempat untuk bergantung. Orang yang dia percaya sebelum ini juga ada muslihat di sebalik semua ini.

Bella memberanikan diri. Kaki kirinya cuba menendang tubuh kekar di hadapannya, tetapi hampa. Lelaki itu lagi tangkas menangkap kaki bunting padi itu lalu menyentap mendekatinya.

“Not so fast!”

Bella menjerit apabila tubuhnya sudah melayang lalu perutnya terhentak bahu keras lelaki itu. Bella terjerit apabila tubuhnya dilempar ke atas katil empuk di hotel itu. Tidak pernah dia dilayan kasar seperti itu. Walaupun dia pelayan di kelab malam, tetapi dia tidak pernah membuat hubungan intim selain dengan suaminya.

Daniel mulakan langkah bahayanya. Tali pinggang dibuka di hadapan Bella. Bella menggeleng laju tidak mahu. Dalam khusyuk dia melayan perasaan, tidak sedar dia apabila Daniel sudah naik ke katil dan laju membaringkan tubuhnya.

Semakin kuat jeritannya apabila bajunya pula cuba dirobek oleh lelaki durjana. Tangan halus Bella memeluk tubuhnya yang terdedah. Wajahnya yang putih menjadi merah menahan rasa.

“Aku tahu kau suka. Tak payah nak tutup sangatlah!”

“Lepaskan I!”

Tangan kasar Daniel membelai wajah itu sambil tersenyum manis. Jelas bergetar bibir kecil itu menahan perasaan takutnya. Hanya dirinya saja yang tahu betapa seksa dia menahan nafsunya saat ini.

“Nama kau cantik sama dengan muka kau. Kau nak tahu? Kau ni full package. Cantik... baik... lemah lembut... sopan... sexy...”

Tangannya masih membelai pipi merah tanpa secalit bedak itu. Kecantikan gadis itu natural. Cantiknya asli. Itu yang membuatkan dia sentiasa gila bayang. Lirikan mata, senyumannya yang manis. Tapi semua tu, gadis itu tunjuk pada orang lain, bukan pada dia. Semua yang berada pada gadis itu membuatkan dia tidak keruan. Dia akui dia obses dengan gadis ini.

Jelas juga dada Bella berombak deras akibat penat menahan rasa takutnya. Air mata Bella tidak berhenti dari menitis dan membasahi pipinya. Seka sebanyak mana sekalipun, tetap akan keluar juga.

Tok! Tok! Tok!

Ketukan itu menghilangkan angannya tadi. Wajahnya diraup perlahan. Dalam masa membelek wajah manis milik Bella, ada pula yang mengetuk pintu. Daniel mengeluh. Dia bangun dari terus duduk di atas perut gadis dambaannya itu.

Sempat bibirnya menyinggah ke kepala lutut Bella sambil matanya tidak lepas memandang bibir Bella yang menggigil ketakutan dengan tindakan beraninya.

Haih... sayang nak dilepaskan dari melihat bibir Bella yang merah jambu itu. Bella bangun dari pembaringannya. Tubuhnya yang hanya tersarung anak baju itu dipeluk erat. Skirt yang tersarung digenggam kuat. Takut.

Daniel menunjukkan jari ke bibir menyuruh gadis itu diam sementara dia sedang melayan orang di pintu. Kakinya melangkah perlahan ke arah pintu dan membetulkan penampilan diri. Daniel membuka sedikit ruang untuk dia melihat siapa di luar.

“Kau cari apa?”

“Room service, sir.”

Berkerut dahi Daniel apabila melihat ‘lelaki’ yang mengenakan cap dan penutup wajah untuk melindung wajahnya dan yang semakin dia pelik, dia kini bukan berada di hotel, tetapi bilik khas untuk ‘merasa’ pelacur.

‘Lelaki’ itu mengangkat wajah dan mata birunya menatap tajam ke arah Daniel. Terus pintu itu ditendang kuat sehingga tubuh Daniel turut terpelanting. Bella terkejut lalu melihat sahabatnya meluru ke arahnya.

“Anna!”

“Eii... boleh tak kau jangan panggil aku dengan nama tu?”

Tubuh rebah Daniel perlahan bangkit. Terasa ada cecair hangat di hidungnya. Diseka perlahan. Mata hitam pekat itu menanam dendam. Gigi yang sudah berdarah juga jelas dilihat diketap geram.

“Jom keluar dari sini.”

Mirghan membuka jaket kulitnya dan dihampar pada tubuh Bella. Gadis itu dan Bella laju keluar dari biliknya.

“Bodoh!”

Wajahnya diraup kasar.

“Anna...”

Nama itu bermain di mindanya. Hujung bibirnya terjongket senyuman tajam.

“Anna...” Nama itu saja yang dititip ke dua ulas bibirnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro