P R O L O G U E : ANNA/MIRGHAN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Red flag in yourself was jealousy."

“HAI adik abang!”

Tubuh gadis lingkungan 10 tahun itu dipeluknya erat. Pelukan dari abangnya dibalas. Selama 10 tahun dia hidup, dengan lelaki itulah dia bermanja. Tidak mampu dia hidup jika tiada abangnya.

Walaupun lelaki itu pergi sekolahnya, tetap juga dia terasa kehilangan. Pelukan dileraikan. Wajah berseri adiknya itu dipandang dengan senyuman manis. Suka dia melihat wajah gadis itu ketika dia tersenyum dan bahagia. Terasa tempias bahagia yang dia rasakan pada gadis ini.

“Rindu abang ya?”

“Mestilah Allen rindu abang.”

“Abang pun rindu Allen.”

Terus bibirnya mengucup dahi luas milik adiknya itu. Tubuhnya ditegakkan lalu mencapai pemegang kerusi roda. Perlahan ditolak kerusi itu masuk ke dalam rumah.

Pada umur Allen 6 tahun, dia terlibat dalam kemalangan hingga dia lumpuh dan matanya menjadi rabun. Semasa dia dirawat di hospital, dia juga dijaga oleh abangnya.

“Abang! Abang! Abang!”

Serentak Alex dan Allen menolah ke arah gadis persis wajah Alex itu. Gadis itu termengah-mengah mencari udara.

Bahu abangnya disentuh, menampung separa tubuhnya sementara. Wajah Allen berubah melihat Anna yang menyentuh bahu abangnya itu.

Bibirnya digigit menahan anasir yang tiba-tiba datang mengetuk pintu perasaannya dan rasa itu bertandang di situ. Setiap kali kakaknya itu menghampiri, pasti ada rasa cemburu menghimpit.

Mana dia tidak cemburu? Dari hujung rambut hingga hujung jari kaki nampak kesempurnaannya. Wajahnya persis Mr Kim yang berdarah korea.

Mata pula ikut Mrs Nolan, warna biru cair. Mana tidak cemburu? Wajah yang sangat luar biasa. Jauh pula dengan dirinya. Kaki yang dah lumpuh, wajah yang pucat sampai perlu pakai lips gloss untuk tidak kelihatan pucat.

Dia seperti mayat hidup, tetapi dari pandangannya kakaknya itu bak bidadari yang jatuh dari langit. Sangat cantik, sehingga cemburu bersarang dalam diri. Cantik, baik, pandai... Cuma perangainya sedikit kasar.

“Tadikan... aku...”

Anna masih lagi mencari oksigen.
“Kenapa dengan kau ni? Kena kejar anjing ke?”

Allen menunduk melihat kakinya yang tidak boleh bergerak. Mendengar soalan abangnya yang seperti risau dengan keadaan Anna itu membuatkan perasaannya makin membuak.

Entah kenapa dia tidak mahu sesiapa pun rapat dengan abangnya itu. Dia perlukan banyak perhatian dari gadis yang termengah itu.

“Bukan, tadi Mirghan kacau aku dengan geng dia tu. Tu yang aku lari ni.”

“Ahahahahha, Mirghan minat kau kot.”

Mendengar gelak tawa itu umpama muzik di telinganya. Merdu sungguh. Tetapi, gelak tawa itu bukan untuknya, tetapi pada kakak keduanya.

Kim Anna. Terdengar keluhan berat dilepaskan. Tangannya sejuk menahan rasa yang dari tadi menumpang perasaannya. Cuba juga dia usir rasa yang bertandang. Tapi hampa belaka.

“Tak nak aku. Muka dia dahlah seram.”

“Jadi, muka kau seramlah? Hahahahaha! Sedar diri sikit, muka kau sama macam aku dan dia. Sampai ada orang kata kita ni adik beradik dengan dia.”

“Eh, siapa nak...”

“Abang...”

Perbualan mereka terhalang apabila panggilan manja Allen memotong percakapan Anna. Anna yang baru perasan kewujudan adik bongsunya itu terus tersengih untuk adiknya itu, tetapi tidak dibalas.

Perlahan bibirnya yang tersenyum tadi mengendur sambil tangannya naik menggaru leher.

“Kalau abang nak sembang lama lagi, takpalah. Biar Allen pergi dulu.”

“Eh takpa. Aku dengan abang dah habis bercerita. Aku naik atas dulu.”
Anna naik ke tingkat atas tanpa memandang ke arah belakang. Dia kenal benar adiknya itu. Boleh pula dia tidak perasan kehadiran adiknya di situ.

Allen memandang kakaknya yang hilang ditelan tembok rumahnya. Terasa bahunya disentuh lembut membuatkan dia memandang ke arah Alex. Alex tersenyum.

“Allen okey?”

“Abang... kenapa muka kita lain?”
Soalan dari adiknya mengundang kerutan di dahi. Matanya terkebil cuba mencerna soalan adiknya.

“Maksudnya?”

“Muka abang macam muka papa. Muka kakak pun macam muka papa. Ada la nampak muka korean. Tapi... muka Allen tak macam kau orang.”

Sungguh dia cemburu. Kakaknya walaupun perangai kasar dan seakan-akan wajah abangnya, dia tetap cemburu kerana kecantikan raut wajah kakaknya itu.

Alex yang mendengar hanya menggeleng lalu menolak kerusi roda itu ke arah sofa. Dia duduk di sofa lalu tangan adiknya itu digenggam.

“Muka Allen lagi cantik. Macam muka Omma. Muka Itali. Mata biru macam mama. Mata abang hazel. Ikut papa. Cantik lagi adik. Jadi, bersyukurlah yang adik ni serba sempurna di mata abang.”

Senyuman Allen kembali kendur apabila mendengar perkataan yang satu itu. ‘Sempurna’.

“Allen... Allen sempurna ke abang?”
Dibuang pandangannya ke riba. Ditepuk perlahan ribanya memberi makna kepada abangnya yang dia tidaklah sempurna kerana kakinya.
Alex juga memandang tangan kecil itu menepuk riba. Terasa sebak di hatinya cuba ditepis. Wajah mulus adiknya itu dibelai lembut.

“I hope...”
Rambut yang menutupi wajah Allen di sangkut ke cengkerang telinga.
“I hope one day, there will be people who sincerely choose you.”

SETIAP tahun, kaki mereka pasti menjejak ke tanah Itali . Di sinilah bermulanya detik pertemuan antara Nolan dan Kim.

Detik percintaan mereka bertunas lalu melarikan diri ke korea atas sebab yang masih kurang jelas. Sejujurnya,  Nolan tidak pernah menceritakannya kepada anak-anak.

Kayu yang masih kukuh dan cantik diraut itu menjadi mangsa tatapan. Nolan perlahan mengetuk pintu itu dengan debaran di dada.

Tidak lama kemudian, pintu itu terbuka dari dalam. Mata mereka bertatapan. Kelopak mata yang sudah kendur dimamah usia itu dipandang dengan sendu.

“Mak...”

“Kau balik? Masuk Nolan. Mari masuk semua.”

Tangan Nolan ditarik masuk ke dalam. Alex dan Anna berpandangan sebelum mereka serentak memandang dalam semula.

“Abang...”

Tangan kecil Alice menyentuh lembut tangan Alex yang berada di pemegang kerusi roda itu. Alex memandang Alice yang mendongak memandang wajahnya. Pipi adiknya itu dibelai lalu dia mendekati wajah adiknya itu.

Disinggahi ciuman di dahi luas itu. Anna yang melihat hanya tersenyum. Walaupun dia tahu abangnya itu selalu mengadu pada dia yang Alice merimaskan, tetapi dia tetap menjaga Alice walaupun dia berkata begitu.
Alice memang anak yang manja.

Tidak hairanlah kerana dia adalah anak bongsu dan anak yang paling sensitif jika ada orang yang bercakap tentang kesempurnaan. Dia tahu dia tidak sempurna.

“Jom masuk.”

“Okey, jom Anna.”

Anna mengangguk lalu menjinjit beg mereka masuk ke dalam rumah.
Malamnya, mereka berkumpul di ruang makan. Hanya bunyi lagaan sudu pada pinggan menghiasi ruang makan itu.

Anna memandang abangnya yang makan di sebelah adiknya. Nolan memandang ke arah Alex yang hanya memandang ke arah makanan.

“Anna.”

Anna tersentak. Dia memandang ke arah Nolan lalu menundukkan wajahnya. Berada di rumah ini sangatlah bosan baginya.
Selalunya dia akan merancang sesuatu dengan Alex untuk menghilangkan kebosanannya di sini. Tapi, semua senyap saja.

Membuatkan dia lagi bosan duduk di sini. Nenek pula pantang jika ada benda yang bising. Paranoid.
Kerusi ditolak ke belakang.

“Anna. Sit down and wait untill we’re finish.”

Anna terus bangun dari duduknya dan meninggalkan mereka di meja makan. Laju kakimya melangkah naik ke atas. Nolan menghembus nafas berat menandakan dia sedikit kecewa kepada anak keduanya itu.
Dia akui, dia bukanlah mak yang baik kerana dari dulu anak-anaknya itu rapat dengan papanya.

Sesudah mereka habis makan, Alex terus mendaki anak tangga tanpa memandang ke arah belakang.

Allen yang berada di ruang tamu hanya memandang kelibat abangnya itu tanpa senyuman di wajah mulus persis mamanya. Terasa cemburu mula menghimpit perasaannya lagi. Dia terpaksa tidur di bilik bawah bersama Nolan.

Terasa tubir matanya hangat. Puncak hidung yang mula terasa mencucuk itu membuatkan dia tertunduk. Terus besi di tayar kerusi rodanya itu ditolak masuk ke bilik. Hatinya sakit ditikam belati cemburu. Dadanya disentuh lalu mula melampias rasa sakitnya cemburu.

“Kenapa... kenapa kau cacat?”

Kaki ditepuk-tepuk melepaskan geram. Tepuklah sebanyak manapun, tetap tiada rasa. Kakinya hilang deria sentuh. Cubitlah, ketuklah, tetaklah dengan parang sekali pun, tetap begitu juga rasanya. Kosong.

Sekosong hatinya apabila melihat abangnya yang terus naik ke atas seolah-olah mengejar langkah seseorang.

Sudah tentu mengejar langkah kakak keduanya.

Sejujurnya dia cemburu dengan kesempurnaan kakaknya itu. Cemburu. Tidak boleh nampak kakaknya itu ingin sesuatu, pasti dia juga inginkannya kerana dia ingin menjadi seperti kakaknya. Akan tetapi, dia dan Anna itu jauh langit dan bumi. Kakaknya jauh lagi cantik dari dirinya.

Nolan menghampiri anaknya yang sedang memandang katil sambil kepala yang digeleng perlahan. Dari depan pintu tadi dia sudah mendengar soalan yang keluar dari dua ulas bibir kecil itu.

Nolan menyentuh bahu gadis itu perlahan. Allen mengesat air matanya yang jatuh di pipi tadi lalu memandang gerangan yang menyentuh bahunya tadi.

“Omma.”

“Tak suka duduk di rumah nenek ke?”

Allen senyap. Dia kurang suka duduk di rumah nenek kerana setiap kali dia tidur di sini, pasti dia perlu tidur di bilik bawah. Dia ingin naik ke atas seperti kakak dan abangnya.

“Omma...”

“Hmm?”

“Allen takda kawan.”

Sejujurnya itulah yang dia rasakan. Selepas saja dia lumpuh, terus dia tidak disekolahkan. Dia hanya duduk di rumah dan hanya bergantung harap pada kasih sayang abang.

“Allen nak tidur dengan abang. Dekat atas. Tak nak duduk bawah ni...”

Kepala gadis itu dibelai cuba menyalurkan kasih sayang melaluinya. Mata biru gadis itu dilihat dalam-dalam. Entah kenapa dia hanya nampak kehancuran pada mata itu. Hati gadis itu hancur. Jelas air mata yang jatuh itu tanda kekecewaannya.

“Allen cemburu Omma...”

“Allen...”

“Kenapa Allen macam ni mama? Allen rindu dengan kaki Allen yang dulu. Mata Allen yang jelas.”

Puncak hidung Nolan terasa dicucuk-cucuk. Jelas hidungnya sudah merah melihat anak gadisnya ini meratap akan kekurangan diri. Apa yang dia boleh lakukan?

Sudah takdir menyebelahinya seperti itu. Tubuh gadis itu dibawa dalam dakapan hangatnya lalu memindahkan tubuh kurus itu ke atas katil bersaiz besar itu.

Semakin dipeluk, semakin menjadi-jadi tangisan gadis itu. Anak bongsunya yang paling manja dengannya. Kejadian tragis yang berlaku dua tahun yang lalu hampir meragut nyawa gadis ini. Akan tetapi, nasib baik menyebelahi anak bongsunya ini tetapi bukan ayahnya. Ayahnya nahas di tempat kejadian.

Kejadian itu membuatkan dia lagi bertekad untuk menjaga anak-anaknya. Akan tetapi, bagaimana pula dia? Bolehkah dia melindungi keluarga ini tanpa suami di sisi?

Tubuh kecil dalam dakapannya sudah tidak mengeluarkan bunyi tangisannya lagi. Wajah yang bersih itu diintai. Kelopak mata yang tertutup rapat itu membuatkan Nolan tersenyum kecil. Dengkuran halus juga kedengaran. Terlalu penat melayan emosi.

Tubuh kecil itu dibaringkan di atas katil lalu diselimutkan perlahan. Kedua kelopak matanya disinggahi ciuman sekilas sebelum dia bangun dan menuju ke arah suis lampu dan matikannya.

Perlahan pintu ditutup.

Melihat anaknya, teringat dia akan kejadian tragis itu. Memori hitam itu selalu saja menjengah ketika dia berduka dan perlukan semangat. Pintu yang diraut cantik itu dipandang kosong. Tanpa sedar air matanya meluncur laju ke pipi. Walaupun sudah dua tahun berlalu, tetapi seperti baru saja suaminya meninggalkan dunia ini.

Rindu yang terpahat di hati itu tidak terbendung. Teringat kisah cinta dia dan suaminya suatu ketika dahulu. Penuh dengan cabaran. Sampailah satu masa Kim membawa dia lari dan kahwin sembunyi dari pengetahuan ‘orang-orang’ Itali  itu dan hidup bahagia di Korea.

Dia memejam mata rapat. Dia tidak kuat.

Kakinya perlahan diatur menuju ke pintu stor yang berada di bawah tangga. Dalam stor kecil itu ada satu pintu lagi di bahagian lantai. Nolan menarik tali yang terikat pada tombol pintu empat segi tepat itu.

Dibuka sebesar-besarnya dan di situ ada tangga kayu untuk ke bawah tanah. Setiap kali dia tidak mampu menahan rindu, di situlah tempat dia meluah rasa dan rindunya kerana di situlah dia simpan segalanya tentang Kim Juan, suaminya.

Pintu stor yang terbuka itu dilihat sekilas. Dia mengerut dahi melihat pintu itu ternganga tanpa ditutup. Dia melihat ke kanan dan kiri memerhatikan suasana.

Perlahan kepalanya terjengul ke dalam stor. Keningnya terangkat apabila memandang ke arah cahaya yang datangnya dari arah lantai itu. Perlahan dia menghampiri kawasan itu.

Matanya tidak habis meneroka kawasan itu. Dia duduk melutut lalu kepalanya perlahan dimasukkan ke dalam lubang empat segi itu.

Dia sedikit terbungkam apabila dia dapat melihat sosok tubuh wanita di situ. Dia kenal benar dengan sosok itu. Sosok mamanya. Dia bangun dari duduknya lalu keluar senyap-senyap.

“KAU nak bawa aku ke mana ni, bang?”

Pergelangan tangan yang dari tadi bertaut dengan tangan kasar Alex mula lenguh. Abangnya itu seperti mahu mencabut tangannya saja.

Sesampainya di satu pintu, tangan Anna dilepaskan. Keningnya bertaut melihat pintu stor yang berada di bawah tangga rumah ini. Keningnya masih tidak berhenti bertaut apabila abangnya melihat ke kanan dan kiri seperti pencuri yang sedang berwaspada.

Apabila keadaan terasa aman, pergelangan tangan Anna ditarik lagi masuk ke dalam stor lalu pintunya ditutup rapat.

Lepas saja sarapan pagi tadi, terus saja Alex naik ke atas tanpa menunggu sesiapa. Apabila Anna ingin masuk ke dalam biliknya, alangkah terkejutnya dia tiba-tiba abangnya menarik dia ke katil dan memberitahu dia yang dia ada sesuatu tempat ingin diberitahunya.
Kebetulan pula, Nolan dan Allen keluar mengambil angin luar manakala neneknya menguruskan kebunnya di belakang rumah.

“Kenapa kau bawa aku ke stor ni?”

“Shh... jom ikut aku.”

Anna hanya menurut walaupun di kepalanya itu dihimpit banyak persoalan.

“Woi, torchlight.”

Anna menghulurkan lampu suluh kepada abangnya. Alex terus menyuluhkannya ke lantai. Matanya disapa satu garis separuh empat segi dek ditindih barang-barang di situ.
Alex mengalihkan barang-barang itu dari menindih empat segi tepat itu. Tali yang terikat pada lubang itu ditarik ke atas.

Anna hanya terkebil di situ.
Ada pintu?

“Tempat apa ni?”

“Tempat ni la aku nampak omma masuk. Aku nampak gambar Appa kat dalam. Jomlah, nanti omma dengan Allen dah balik.”

Alex terus masuk ke lubang empat segi itu. Perlahan kakinya meraba dalam gelap cuba memastikan kakinya menjejak ke tangga.
Tidak lama kemudian, Anna pula masuk lalu turun ke bawah mengikut abangnya. Pintu ditutup perlahan. Suasana di situ gelap gelita seperti di luar rumah tidak bercahaya matahari.

Setelah kaki Anna menjejak lantai, Alex kembali menarik pergelangan gadis yang hampir serupa dengan wajahnya itu. Lampu suluhnya disuluh ke arah dinding di situ mencari punca cahaya.

“Aku cari suis lampu kejap.”

“Tempat macam ni ada suis lampu ke?”

“Kau apa tahu, aku nampak bilik ni terang gila tau. Mesti ada suis kat mana-mana.”

Anna memandang ke kanan dan kiri walaupun matanya tidak dapat distabilkan dalam keadaan gelap gelita itu. Beberapa minit cariannya berhasil. Terus tempat itu dilimpahi cahaya.

Mata mereka meneroka kawasan bilik itu. Gambar Kim Juan dan seorang lelaki bersaiz besar itu membuatkan kening mereka sedikit berkerut.

Keduanya membuat gaya yang sama iaitu menemukan tangan di hadapan. Jelas di atas tangan mereka mempunyai tatu yang sama.
Pada gambar yang lagi satu pula, ayahnya dengan seorang lelaki yang dalam lingkungan umur Appanya. Mata biru milik Anna menilik lagi.

Kali ini matanya terjatuh pada tatu yang berada di tangan Appanya. Corak lain dan kedudukan lain. Kalau tadi, tangan kanannya yang di atas tangan kiri, tetapi di dalam gambar yang lagi satu, tangan kiri di atas tangan kanan.

Siapa lelaki yang berada di sampingnya? Kedua-duanya segak mengenakan kot hitam. Berkumis nipis dan senyuman tajam. Pandangan Anna turun ke arah alatan tajam yang dilapik kain baldu biru. Pedang samurai yang berada kemas di bawah gambar itu dipandang bergilir dengan senjata api yang berada di situ.

“Siapa appa kita ni sebenarnya?”
“Ini gambar potret.”

Ibu jari Alex mengusap lembut bingkai potret itu. Matanya tertancap pada satu tulisan di bawah sebelah kanan gambar potret itu. Kening mereka hampir bertaut.

“Scura... Tigre.”

Alex merenung nama itu agak lama. Seperti dia pernah terdengar desas-desus Scura Tigre ini. Tapi memorinya cuba digali semula dari kotak ingatan.

Dia mengalih pandangan ke arah potret yang lagi satu. Tangan kanan appanya yang berada di atas tangan kiri.

“Drago... Rosso.”

Dang!

Anna dan Alex memandang ke arah pintu empat segi yang sudah terbuka luas itu.

“Keluar sekarang!”

“Oh my...”

Pantas mereka menoleh ke arah pintu empat segi itu. Wajah bengis Omma mereka memberi petanda tidak baik untuk mereka sebentar saja lagi.

“Naik! Aku kira sampai lima, kau orang tak keluar, siap kau aku kurung dalam bilik ni tak bagi makan tak bagi minum!”

Terus Alex dan Anna menuju ke arah tangga dan memanjatnya. Sesampai di luar stor, mereka menunduk menekur lantai. Tidak sanggup dia melihat wajah ommanya yang kian memerah itu. Tahulah mereka gelodak hati ommanya itu.

Allen yang berada di belakang ommanya hanya memandang. Rasa cemburu kian menghipit dirinya. Dalam waktu yang sama, dia juga lega apabila melihat mereka dimarahi omma. Mungkin selepas ini, ommanya akan menyuruh mereka tidak terlalu rapat.

“Siapa izinkan, kau orang masuk dalam bilik tu?” soal Nolan dengan suara perlahan cuba mengawal emosi yang sudah menggila dalam dirinya. Selama dia hidup, dia tidak pernah mengizinkan mahupun memberitahu anak-anaknya berkenaan bilik itu.
“Kau orang bisu ke? Tak boleh jawab soalan omma?”

“Abang yang ajak Anna masuk. Jangan marah Anna, marah aje abang.”

Allen mengemam bibir kuat. Cemburunya semakin menjadi-jadi. Matanya yang terarah pada Alex tadi terus memandang Anna yang membisu memandang ke bawah.

“Abang tak payahlah nak back up sangat. Allen tahu perangai Anna macam mana. Mesti dia yang ajak abang.”

Allen yang diam dari tadi terus membuka mulut dengan tebakannya. Anna yang dari tadi diam terus menoleh ke arah adiknya itu.

Keningnya hampir bersatu. Allen yang berwajah innocent itu dipandang tidak percaya. Adik yang dia anggap baik, lemah lembut dan manja itu mampu bersuara ketika genting ini.

“Abang tak back up, memang abang yang ajak dia.”

Lengan Alex direntap kuat oleh ommanya membuatkan Anna dan Allen tersentak. Lengan Alex di tarik kuat mengikuti arah kaki ommanya. Serentak Anna dan Allen berpaling ke arah ommanya yang seperti sudah disampuk.

“Abang!”

Anna terus berlari ke arah ommanya yang sudah menghumban Alex ke kawasan rumput di luar rumah.

“Pergi kau dari sini! Anak yang tak boleh diajar macam kau ni patut duduk dekat tepi jalan!”

Anna yang baru saja sampai di pintu tidak sempat mahu keluar, lengannya sudah dicengkam lalu ditarik masuk ke dalam rumah.

“Abang!”

Wajah Alex yang sudah dibasahi air mata itu dipandang untuk kali terakhir sebelum pintu ditutup dan dikunci.

Allen yang melihat kejadian ini juga menangis. Kerana yang ommanya buang itu bukanlah kakaknya, tetapi abangnya yang dia terlalu sayang.
Kekesalan yang dia rasai sekarang sangat mengusutkan jiwanya. Laju tangannya menggerakkan kerusi roda lalu menghampiri jendela.

Langsir diselak lalu matanya memandang ke arah luar dengan tangisan yang semakin kuat apabila dia ternampak abangnya yang sedang berdiri tegak di situ dengan wajah yang terlalu sedih.

Cermin tingkap itu dibelai perlahan.
Mulutnya terkumat-kamit menyebut ‘abang’.

Mata Alex terarah pada Allen lalu melambai perlahan. Allen menggeleng laju. Dia tidak mahu abangnya pergi. Dia tidak mahu kehilangan abangnya. Tapi ini semua kerana dia. Kerana dia Alex dihalau dari rumah. Terus Alex berlari menjauhi rumah itu.

“Abang!”

SUDAH dua hari selepas kejadian itu berlaku. Kelibat Alex masih tidak dapat dicari. Malam kejadian itu Nolan sudah risaukannya dan dia membuat laporan polis. Masih tidak dapat ditemui. Dia rasa menyesal kerana terlalu mengikut emosinya.

Anna pula asyik berkurung di bilik. Bukan di biliknya, tetapi di bilik Alex. Semenjak dari itulah dia memakai baju dan barang abangnya. Rindu, wajah abangnya yang sugul itu bermain di mata. Sudah seharian dia berkurung di bilik itu. Panggilan dari siapa-siapa tidak dijawab.

Allen pula sudah dua hari terbaring di katilnya. Selepas kejadian itu, dia demam panas. Ommanya tidak berhenti-henti meminta maaf pada Allen kerana menghalau abang kesayangan gadis kecil itu. Sampai kini masih lagi tiada berita gembira mahupun berita sedih. Aura rumah ini juga menjadi sangat lain.

Seminggu kemudian, Anna cuba mengubah moodnya pada hari ini. Perlahan kakinya melangkah keluar dari bilik lalu melihat sekeliling rumahnya. Cuba dia menahan rasa gelodak rindu itu. Dia melihat ke arah pintu yang separa terbuka itu. Perlahan kakinya mengatur langkah ke arah pintu itu.

“Allen nak minta maaf omma. Ini semua salah Allen. Allen yang cemburu buta. Allen fikir yang Anna la yang ajak abang. Tapi... abang rupanya yang ajak. Di... disebabkan cemburu inilah, sanggup Allen tuduh macam-macam dekat Anna supaya dia... dihalau.”

Menitis air matanya apabila dia mendengar penjelasan dari adiknya itu. Esakan adiknya yang kuat itu menambah pilunya.

Dia tidak menafikan yang dirinya ini memang nakal, tetapi dia tidak pernah lagi membuat orang tidak suka padanya. Adiknya yang berperilaku baik itu pun rupanya punyai hati yang sukar dia lafazkan.
Sangatlah dengki.

“Ini semua sebab kau rupanya.”

Allen dan Nolan menoleh ke arah Anna yang sudah menolak pintu seluas-luasnya.

“Aku fikir kau baik.”

Allen yang terbaring lemah itu memandang kakaknya dengan air mata yang jatuh ke pelipis. Wajah Anna yang tiada reaksi itu dipandang dengan air mata yang penuh di pelupuk matanya.

“Maafkan Allen...”

“Kau fikir dengan maaf kau boleh kembalikan abang kau ke? Dah la cacat!”

“Anna!”

Nolan yang duduk di birai katil terus berdiri.

“Memang aku cacat! Aku memang cacat! Aku berusaha nak jadi macam kau! Aku nak jadi serba sempurna macam kau... tapi aku tahu aku tak mampu... aku memang dah lumpuh. Lumpuh kekal. Muka tak cantik. Takda kawan... aku buat semua tu sebab aku nakkan perhatian dia. Aku benci diri aku!”

Anna diam menahan diri dari terus menghina adiknya. Dia pun tidak sangka yang mulutnya terlepas kata.

“Aku... aku minta maaf Anna. Aku... aku... aku nak abang...”

Anna mengerut dahi melihat keadaan adiknya yang dari tadi hanya baring saja di atas katil dan menggerakkan tangan kiri saja. Matanya juga tertutup sebelah.

Tapi satu mata terarah padanya. Bibir gadis itu juga senget-senget apabila bercakap dengannya tadi. Nolan yang berada di situ mengusap air mata anaknya itu.

“Adik kau sakit Anna. Dia tak boleh bangun sejak kelmarin.” Jelas Nolan tanpa memandang anak gadisnya yang berada di pintu.

“Doktor dia kata, dia dah lumpuh separuh badan lepas saja dia terjatuh di dapur sehari sebelum dia tidak boleh bangun.”

Anna terdiam.

“Aku nak abang... aku nak minta maaf dekat dia.”

Anna menunduk wajah lalu menyeka air mata yang sudah membanjiri pipinya. Wajah lemah adiknya itu dipandang lama. Punggungnya dilabuhkan di sisi gadis itu.

Melihat keadaan adiknya, semangatnya semakin jatuh. Abangnya yang telah hilang entah ke mana, bertindan pula dengan bala seterusnya, keadaan adiknya yang nazak.

“Aku dah tak sanggup hilang siapa-siapa lagi.”

Tangan adiknya yang lumpuh itu dikucup perlahan. Air matanya tumpah lagi.

“Mungkin, ini adalah kali terakhir kau rasa kehilangan.”

“Jangan nak merepek boleh tak?”

“Aku nak abang...”

Anna menangis disaksikan oleh ommanya. Nolan juga begitu. Semenjak kehilangan abangnya itu keluarga ini berubah.

Kehidupannya yang sebelum ini sudah sunyi, inikan pula kehilangan salah seorang... bertambahlah sunyinya.

“Aku... aku janji, aku akan cari abang. Aku janji.”

Allen diam. Mata kirinya memejam mata kuat manakala yang lagi sebelah biasa-biasa saja. Sungguh dia tidak kuat melihat Allen seperti ini.
Deringan telefon menyentak mereka. Nolan menjawab panggilan itu dengan wajah yang terkejut lalu menangis sekuatnya.

UMUR gadis berwajah eropah  itu tidak lama. Rumah nenek mereka itu semakin sunyi dek kehilangan anak sulung dan anak bongsunya.
Kini, Nolan dan Anna bersiap untuk pulang ke Korea. Bajunya ditinggalkan di rumah neneknya manakala baju abangnya dibawa masuk ke dalam beg bagasi.

Ini adalah kenangan hitamnya yang paling dia akan ingat. Serentak kehilangan dua orang yang dia selalu nampak dan sangat dia sayang kini sudah tiada.

Bilik itu dilihat buat kali terakhir sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu. Perlahan kakinya menuruni tangga.

Minggu lepas, semasa Allen masih hidup, mereka menerima panggilan dari polis bahawa mereka menjumpai jasad yang sudah berulat di tempat sampah berdekatan shopping mall.
Baju yang dipakai oleh jasad itu pula seperti baju terakhir Alex sebelum ini. Hanya seluarnya saja yang berlainan.

Selepas saja penemuan itu, Nolan hanya pasrah walaupun perit rasanya ingin menafikan takdir.
Mereka bertolak menaiki teksi untuk ke lapangan terbang. Suasana di dalam teksi sangatlah dingin. Suasana dingin dan beku.

Tiada si penghangat suasana. Anna memandang luar tingkap apabila teksi berhenti dek lampu merah. Mata Anna memandang budak-budak yang dalam lingkungan seusia dia dan lebih sedikit sedang mengetuk pintu-pintu kereta di situ.
Si peminta sedekah.

Matanya memandang beg abangnya yang berada di riba. Rindu.

Tok! Tok! Tok!

Cermin tingkap diketuk kuat membuatkan Anna menoleh ke arah budak itu. Wajahnya yang comot itu dipandang dengan dahi yang berkerut. Cermin tingkap itu diketuk lagi dan semakin kuat.

Mata Anna semakin membulat apabila melihat wajah cemas budak itu. Wajah itu seperti meminta pertolongan dan yang paling mengejutkan, wajah itu amat dia kenali. Pintu yang terkunci dari dalam itu cuba dibuka dari luar.

“Nak minta sedekah pun nak paksa-paksa.”

Ada dua pasang adik beradik perempuan dan lelaki menghampiri budak lelaki yang mengetuk pintu keretanya. Masih tidak tahu apa halnya. Budak lelaki itu bagai memekik ke arah kawannya supaya berundur kerana kereta sudah mahu keluar kandang. Tapi kawannya tetap juga mahu menarik perhatian Anna.
Lampu hijau sudah menyala.

“Anna!”

Anna terkedu apabila budak lelaki itu menyebut namanya.

“Abang?”

Kereta terus dipandu oleh Pak Cik Teksi. Budak berwajah persis abangnya itu cuba mengejar teksi itu.

“Anna!”

“Abang!”

Tubuh Anna dipeluk apabila anaknya itu mahu membuat kerja gila dengan membuka pintu ketika kereta masih berjalan.

“Abang!”

“Anna... cukup tu... abang kau dah takda...”

“Abang...”

MATA birunya memandang refleksi tubuhnya di cermin. Singlet putih yang tersarung di tubuhnya itu cuba dirapikan. Baju T-shirt lengan panjang ber-Hoodie menjadi pilihannya untuk disarungkan ke tubuh. Topeng muka berwarna hitam dipakainya.

Kakinya mula diatur ke dapur apabila bunyi ‘ting’ mengetuk gegendang telinganya. Roti bakar itu terus diambil lalu dia terus keluar rumah. Topeng yang berada di mulutnya diturunkan sedikit lalu sedikit demi sedikit dia makan sambil menikmati keindahan bandar di Itali .

Sedar tidak sedar, dia sudah menjejakkan kaki semula di tanah Itali . Impiannya terlalu tinggi di bumi Itali  ini. Entah kenapa selama bertahun-tahun dia hidup di bumi Korea, dia dapat merasakan yang abangnya masih lagi hidup.

Kejadian beberapa tahun yang lepas masih mekar di ingatannya. Wajah comot itu, suara yang memanggil namanya, kaki panjang yang mengejar teksi mereka itu dia kenal benar. Mustahil dia berhalusinasi sedangkan pak cik teksi juga mendengar ketukan yang kuat itu.

Kini umurnya sudah 20 tahun. Umur abangnya sudah 21 tahun.
Semasa dia bertekad ingin ke sini, ommanya melarang keras. Kejadian yang menimpa keluarganya itu membuatkan dia menjadi seorang yang paranoid. Akan tetapi, Anna berkeras tetap juga ingin pergi ke Itali  untuk mencari abangnya.

Dalam dia berjalan, kakinya terhenti apabila matanya tertancap pada gadis yang duduk bersimpuh di hadapan satu restoran lalu memandang orang yang sedang menikmati makanan. Anna perasan tangan gadis itu melekap ke perutnya. Sekeping roti bakar yang ada di tangannya dipandang.

“Miss?”

Perlahan gadis itu menoleh ke arah roti yang dihulur Anna. Matanya naik memandang wajah Anna. Alangkah terkejutnya dia apabila wajah itu yang menghiasi matanya sekarang ini. Seperti mimpi.

“Alex?”

“No, aku Mirghan.”

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro