Bab 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Suasana petang itu mulai berubah kekuningan. Menandakan waktu senja akan menjelma dalam beberapa ja lagi. Angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapa kulit benar-benar membuatkan dirinya berasa tenang. Bunyi cicipan burung juga bagaikan muzik alam yang sedikit sebanyak menghilangkan kesedihan dalam hatinya.

Yara menarik nafas dalam lalu menghembusnya perlahan. Ya, dia mahu menikmati semua ini selagi ada masa. Bibirnya yang pucat tak berdarah menguntum senyum nipis saat melihat beberapa ekor rama-rama menyinggah ke kebun yang dibina oleh mamanya sendiri.

Kalaulah dia dapat berjalan, pasti dia akan berlari untuk mengejar rama-rama di tamannya. Namun, sekarang keadaannya sudah berbeza. Yara tak berupaya. Ketika ini, dia hanya mampu terduduk lemah di atas kerusi rodanya. Penyakitnya yang buat kan dia hidup terbatas begini.

Seharian dia di rumah. Termenung sendiri memikirkan bilakah tarikh kematiannya akan menjelma. Dia mahu hidup lama namun Tuhan kehendakkan yang lain untuknya. Kalau itulah yang termaktub dalam Luh Mahfuznya, dia redha.

Tangan Yara setia menggenggam erat sebuah anak patung kecil berwarna putih yang sangat gebu. Tak pernah langsung terlepas anak patung itu dari tangannya. Pada perut anak patung itu, tercatit nama Paroq. Bibirnya tak semena-mena menguntum senyum.

Fikirannya tiba-tiba saja terimbaukan kenangan manis yang terjadi antara dia dan Paroq. Dia cintakan lelaki itu dan Paroq juga mencintainya setulus hati. Sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur, Paroq sempat berikan dia anak patung itu.

Katanya.."Maaf abang tak boleh ada di sisi Yara sekarang ni tapi abng titipkan anak patung ini supaya dapat jaga Yara bila ketiadaan abang."

Kata-kata yang sangat manis daripada seorang lelaki yang amat dicintainya. Yara membelek anak patung tersebut lalu air matanya bertakung.

Hubungan cintanya itu langsung tak direstui oleh keluarganya. Mereka pandangkan pada darjat bukan pada nilai cinta. Bagi mereka, berkahwin dengan orang biasa adalah sesuatu perkara yang sangat memalukan.

Kerana itulah, Paroq ambil keputusan untuk mengakhiri hubungan mereka. Lelaki itu tak mahu Yara jadi renggang dengan keluarganya semata-mata demi cinta. Bagi lelaki itu, dia sanggup korbankan cintanya semata-mata mahu melihat Yara kembali berbaik dengan keluarganya semula.

Sedang Yara leka termenung membelek anak patung mini tersebut, datang seseorang menyapa bahunya daripada belakang. Terkejut Yara dibuatnya. Terus dia mengurut dada.

Aqhif sudah tersengih apabila melihat tunangnya itu terkejut. Baginya Yara comel bila diusik begitu.

"Sayang, menungkan apa itu? Ingat abang ke?" sempat lagi lelaki itu mengusik.

Jambangan bunga ros merah yang dibawanya diletakkan di atas meja lalu matanya dialih memandang wajah pucat Yara.

Yara sekadar tersenyum. Anak patung mini yang dipegangnya tadi disorokkan di bawah selimut yang menutup kakinya.

"Ih, perasannya dia. Tolonglah jangan perasan." perli Yara dalam nada mengusik.

Aqhif sekadar tersenyum panjang. Tak semena-mena tangannya membelai ubun rambut Yara lalu diselitkan ke celah telinga gadis itu.

Yara sekadar membiarkan. Matanya masih ralit menikmati pemandangan indah di depan mata.

"Abang Aqhif, Yara nak tanya satu soalan boleh?" pinta Yara mengalihkan perhatiannya pada Aqhif untuk sejenak.

Sebuah anggukan kecil Aqhif berikan. "Nak tanya banyak pun tak apa. Abang tak kisah." balas Aqhif dalam nada mengusik.

Yara terhibur mendengar usikan Aqhif. Lelaki itu memang baik. Hampir setiap hari, lelaki itu akan datang melawatnya. Kadang, Aqhif juga akan bantu merawat Yara sekali.

"Kenapa abang Aqhif still nak ambil Yara sebagai isteri abang walaupun abang tahu yang umur Yara takkan panjang?" soalan Yara buatkan Aqhif tergamam.

"Kenapa Yara tanya macam itu?"

Yara tersenyum pendek memandang Aqhif. Hambar sahaja wajahnya. Sebak pula Aqhif melihatnya.

"Abang kan pernah beritahu Yara. Sejak pertemuan kita untuk kali pertama, abang dah mula cintakan Yara. Bagi abang, Yara lain dengan perempuan lain. Ini kali pertama hati abang ikhlas terima seorang perempuan dalam hidup abang." jelas Aqhif bersungguh. Dia mahu menunjukkan sedalam mana kasihnya pada gadis itu.

Sebelum ini, hidupnya hiruk pikuk. Dia bekas kaki perempuan dulu. Sana sini perempuan keliling pinggangnya. Setiap bulan, dia akan bertukar teman wanita namun sejak dia berjumpa Yara.. dia rasa aura gadis itu sangat lain.

Pulang saja ke rumah, wajah gadis itu yang selalu ada dalam kepalanya. Siang malam pagi petang sehingga akhirnya Aqhif bersetuju untuk mengambil Yara sebagai peneman hidupnya.

Selesai sahaja gadis itu menamatkan sekolah menengah, Aqhif terus melamar Yara untuk dijadikan isteri. Namun, Yara meletakkan syarat untuknya jika dia mahu teruskan perkahwinan ini. Gadis itu meletakkan syarat bahawa tempoh pertunangan mereka perlu genap 3 tahun. Katanya, mahu mengenal hati budi masing-masing.

Hanya sebulan sahaja lagi, tempoh 3 tahun itu akan genap dan dia akan terus menikahi gadis dicintainya itu.

"Tapi, umur Yara takkan panjang, abang. Yara takkan boleh hidup lama dengan abang. Yara tak boleh nak jaga abang..."sebak nada suara Yara. Air matanya luruh membasahi pipi.

Aqhif yang duduk di hadapan Yara sudah menggumam sedih. Sakit hatinya bila melihat Yara menangis. Kalau tak diikutkan ego jantannya, sudah lama air matanya berbirai turun.

"Abang tak kisahkan semua itu. Apa yang abang nak cuma.. abang nak Yara jadi milik abang. Abang tak kisah kalau Yara tak boleh jaga abang, biar abang yang akan jaga Yara. Itu janji abang.." luah lelaki itu sambil menggenggam kedua-dua belah tangan Yara.

Luluh hati Yara bila dengarkan janji Aqhif padanya. Kedua-dua belah matanya memandang anak mata lelaki itu. Mata mereka bertaut namun untuk sementara sebelum Yara alihkan matanya ke tempat lain.

Air mata Yara disekanya lembut lalu bibir Aqhif menguntum senyum nipis.

"Abang taknak Yara bahaskan semua ni lagi. Semua orang ada peluang untuk hidup bahagia, begitu juga dengan Yara. Abang sangat cintakan Yara." ujar Aqhif dengan nada bersungguh.

Yara menggumam kecil. Bibirnya diketap lembut lalu anak matanya dilarikan ke tempat lain.

'Maaf abang, tapi hati Yara masih bukan pada abang..'
...
Telefon pintarku yang sedari tadi asyik berbunyi buatkan solat Isyakku jadi tak khusyuk. Bila aku kira-kira balik dalam hati, nak dekat 20 kali jugalah telefon aku berbunyi.

Selesai sahaja memberi salam, aku terus bergegas ke katil lalu mencapai telefon pintarku. Telekung masih tersarung pada tubuhku.

Berkerut dahiku bila lihat nombor telefon daripada orang yang tak dikenali. Tak semena-mena aku angkat panggilannya itu.

"Hai, sayang.. buat apa itu?" tanpa salam semua terus panggil sayang. Eh, geli gelaman aku dibuatnya.

Aku sudah mendengus geram. Si Farish sengal rupanya! "Kalau tak ada benda nak cakap, better tak payah call. Banyak lagi benda aku nak buat dari melayan kau." kasar sahaja jawapan aku berikan pada dia.

"Contohnya?"

"Baca Al-Quran, berselawat, istighfar. Bertambah sikit pahala aku daripada melayan kau. Tambah dosa gering aje aku." pergh!! paling deep jawapan aku hamburkan pada lelaki itu.

Ya, Farish terdiam bila dengar jawapan perli aku itu. "Fine. Nak bermanja sikit pun tak boleh." gerutunya dengan suara budak-budaknya itu.

Aku sekadar mencebik. "Banyak kan perempuan yang kau boleh kutip? Kenapa dengan aku juga yang kau nak? Haih, tak faham aku dengan lelaki spesies kau ni. Buta ke apa?!" bidas ku.

"Itulah keistimewaan kau. Hanya lelaki macam aku aje yang akan nampak kecantikan luar dalam kau. Sepatutnya kau kena berbangga kerana kau dicintai lelaki jenis hotz macam aku ni, hah.." lelaki itu sudah membangga diri.

Aku yang mendengarnya sudah gatal telinga. Mula dah dengan ayat jiwanng tak berapa jiwang nya itu.

"Kalau kau nak merepek boleh, aku off okey. Tak penting."baru sahaja aku berura-ura mahu menutup panggilan.

Farish terus menyeru namaku berkali-kali. Dengan malasnya, aku tekapkan telefon ke telinga ku semula.

"Yalah, yalah. Hmm.. aku call kau ni sebab aku nak tolong kau." ujar Farish yang sudah bernada serius.

Dahiku tak semena-mena berkerut. "Tolong apa?"

"Masa aku berbincang dengan abang kau, dia ada cakap yang kau nakkan kerja. Apa kata kalau kau datang syarikat papa aku esok, rasanya dia ada kerja untuk kau." jelas lelaki itu.

Tergamam aku bila dengar apa yang Farish katakan tadi. Seriously? Ya Allah, tiba-tiba pula aku rasa dia macam angel dalam hidup aku.

"Seriously? Kau tak main-mainkan?" soalku masih mahu memastikan apa yang aku dengar itu betul dan bukannya gurauan.

"Yurp, esok kau datanglah ke syarikat papa aku. Datang pakai baju formal. Nak aku jemput ke?" soalnya.

Cepat-cepat aku gelengkan kepala. "Eh, tak apa. Aku boleh pergi sendiri. Okey, esok aku datang. Nak pergi pukul berapa ni?" aku sudah teruja. Nampaknya, aku bukan lagi seorang penganggur abadi.

"Dalam pukul 8 pagi, kau tunggu depan pintu utama, nanti aku bawa kau jumpa papa aku. Alamat nanti aku whatsapp." tambah Farish.

Senyumanku sudah melebar. " Terima kasih, Farish sebab tolong aku." ucapku ikhlas. Untuk kali pertamanya, aku jadi ramah untuk Farish.

"Terima kasih aje? Panggillah sayang ke , baby ke.."

Aku sudah tersengih geram. Erm.. nak minta kaki dia ni.

"Thanks, my dude man." haha, tak kejam sangat bila translate ke BI.

Aku dengar suara Farish ketawa. Suka betul dia. " Grrr.. manjanya." eh, bangang!
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro