Bab 18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Keluar sahaja daripada teksi, aku terus berlari-lari anak ke pintu utama syarikat ayah Farish tersebut. Betul seperti apa yang Farish kata, dia memang menunggu aku di muka pintu. Nampaknya, lelaki itu berpegang pada kata.

Bila lihat saja kelibat aku yang sudah terkocoh-kocoh merapati nya, Farish tersengih lalu menggelengkan kepala. Aku pula sudah tersengih sumbing kerana rasa serba salah. Aku dah lewat 15 minit.

"You're late, my pretty." ujar sambil menuding-nuding ke arah jamnya.

"Sorrylah. Tadi, ada problem sikit. Dah lama ke kau tunggu ni, aih.. segan pula aku tiba-tiba." ajukku sudah mengurut tengkuk. Serba salah sebenarnya.

Aku ni sudahlah layan Farish teramatlah kejamnya. Tiba-tiba dia pula baik hati nak tolong aku. Hmm.. siapa tak segan weiyh? Rasa nak sorok aje muka ni.

Mataku mengerling membelek Farish. Tampan pula dia hari ini. Dengan mengenakan sut kelabu dan seluar slack kelabu, terserlah kewibawaannya di situ. Nampak segak pula. Tak macam selalu, selenga.

"Ayah kau tak marah ke kalau lambat ni? Aku risaulah." rungutku sudah berdebar semacam.

Aku mengekori langkah Farish menuju ke lif. Bangunannya memang nampak eksklusif. Baru menjejakkan kaki ke groundfloor, aku sudah terpana. Mana tidaknya, mata aku dihiasi dengan reka bentuk moden dan mahal.

"Kau jangan risau, aku dah beritahu ayah aku awal-awal yang kau ni kawan istimewa aku jadi dia tak kisah sangat." ujarnya lalu tersengih memandang aku.

Terkedu aku dibuatnya. Tak semena-mena lengan Farish aku cubit. Dia terus mengaduh sakit kerana penangan aku itu.

"Kenapa kau cakap macam itu? Bila masa pula kita ni kawan istimewa? Ada aku cakap nak jadi kawan istimewa kau ke? Ada?" tebikku dengan nada geram.

Farish tersenyum sumbing. "Aku akan cuba jadikan kau sebagai kawan istimewa aku. Ingat tu, pretty." janjinya diselangi dengan kerdipan menggatalnya itu.

Aku sekadar mencebik. Haih, kalau tak disebabkan budi.. dah lama aku belasah mamat selenga ni. Nasib baiklah dia tolong aku dapatkan kerja, kalau tak jangan harap aku nak bersemuka dengan si sengal ni.

Kami menaiki lif menuju ke tingkat tiga. Tiba saja di tingkat tersebut, aku disajikan dengan kesibukan para pekerja yang ke hulu ke hilir dengan wajah serius. Mak aih, pagi-pagi lagi dah start busy.

Farish membawa aku ke pejabat ayahnya yang terletak tidak jauh dari tempat para pekerja. Sempat aku rapikan rambut aku dan juga pakaian aku. Maklumlah, orang yang aku jumpa ni bukannya calang-calang. Orang berpangkat Tan Sri pula itu. Hmm...

Bila diminta untuk masuk, Farish bukakan pintu lalu menjemput aku untuk masuk ke pejabat. Masuk saja, aku lihat Tan Sri Darius menyambut kehadiranku. Sebingkis senyuman dia hadiahkan pada aku. Mesra sangat.

"Jadi, inilah kawan istimewa yang Rish nak bawa jumpa papa itu?" soal Tan Sri Darius sempat mengerling ke arah aku. Aku pula sudah tertunduk-tunduk hormat memandangnya.

Farish menyelukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam kocek seluar slacknya. Bibirnya menguntum senyum.

"Yes, she. Boleh tak papa terima Lara bekerja kat sini since you also want some staff right?" cadang Farish.

Tan Sri Darius sudah menilik aku atas bawah. Dia menggaru-garu dagunya. Pandangannya itu buat aku rasa tak selesa namun aku gagahkan juga diriku untuk tetap tenang.

"Of courselah boleh, but.."
"But why,pa?"dahi Farish sudah berkerut.

"Can you give me some more minute? I want to discuss with her for a while."pinta Tan Sri Darius memandang wajah bersih Farish.

Farish sudah mengetap bibir. Matanya beralih kepada aku lalu bibirnya menguntum senyum nipis.

"Lara, boleh ke kalau aku tinggal kan kau sekejap? Ada benda yang papa aku nak bincang dengan kau." ujarnya.

Sebuah anggukan aku berikan sebagai jawapan. "Tak apa." balasku pendek.

Setelah mendapat jawapan daripada aku, Farish terus meninggalkan kami berdua. Kini, hanya tinggal aku dan Tan Sri Darius. Sedari tadi, dia asyik membelek aku atas bawah. Suasana hening antara kami. Hanya bunyi pendingin hawa saja yang melatari.

"Kau serious nak kerja sini?" terkejut juga aku bila Tan Sri bahaskan aku sebagai 'kau' namun aku bertindak tenang.

Sebuah anggukan aku berikan. "Ya, Tan Sri."

"Kau nak jadi apa?"

Soalannya kali ini sudah berbaur pelik. Terus aku angkat wajahku memandang wajah Tan Sri Darius.

"Saya tak kisah kalau Tan Sri nak bagi kerja apa pun. Asalkan saya bekerja." balasku dengan intonasi hormat.

Kali ini aku dengar tawa sinis Tan Sri Darius berhamburan. Tergamam aku dibuatnya. Dia terus melabuhkan punggungnya di atas sofa lalu memandang aku dengan pandangan sinis.

"Kalau aku bagi jawatan cleaner syarikat, kau sanggup?"

Terkedu aku bila soalan itu ditanyakan pada aku. Wajah tua itu aku pandang dengan persoalan. Apakah? Kenapa sinis sangat soalannya kali ini?

Bila aku tak memberi respons pada jawapannya, Tan Sri Darius berdekqh ketawa. Dia suka tengok aku termangu macam orang bodoh.

"Kau layak jadi cleaner syarikat aje. Aku nak bagi kau kesedaran, siapa kau dan siapa Farish. Faham?" gertaknya kasar.

Aku gelengkan kepala. Sedikit sebanyak apa yang dihamburkan Tan Sri buatkan hati aku terguris. Sampai begitu sekali dia mengherdik status aku sebagai orang biasa? Bagus sangat title Tan Sri yang dia pegang itu?

"Kenapa Tan Sri cakap macam itu? Saya tak faham."

"Kau guna-gunakan anak aku ke apa sampai dia boleh tergila-gila kan kau sampai macam itu sekali? Tak habis-habis nama kau yang dia sebut. Punyalah banyak perempuan dia boleh dapat, kenapa engkau juga yang dia pilih?" herdiknya sudah membengis.

Tergamam aku dengar ayatnya yang satu itu. Air mataku sudah mulai bertakung di tubir mata. Rasa sedih dan marahku bercampur baur.

"Saya tak pernah buat guna-guna pada Farish. Tan Sri ingat saya suka sangat ke anak Tan Sri itu? Kalau boleh, saya pun nak minta dia jauh dari hidup saya!" jelasku sudah mengesat air yang mengalir membasahi pipiku.

Tan Sri Darius tersengih sumbing. "Berlagak betul budak ni. Jadi kau nak cakap anak aku itu yang terkejar-kejarkan kau? Kau fikir kau tu siapa? Anak menteri, Anak dato'? Pfft.. latar belakang keturunan kau pun.."

"Kalau Tan Sri taknak terima saya bekerja, saya okey tapi jangan nak kutuk keluarga saya. Siapa pula Tan Sri nak menghina keluarga saya?!" celahku geram. Tak guna punya orang tua.

Mengagungkan sangat pangkat yang dia miliki itu. Apa ada pada title Tan Sri itu? Kalau mati, bukan boleh dibincangkan dalam akhirat pun!

"Terima kasihlah buang duit saya datang sini." ucapku terus meninggalkan pejabat Tan Sri Darius.

Buka sahaja pintu, aku lihat Farish sudah menunggu di luar. Air mataku yang sudah berbirai turun, aku kesat kasar. Langsung wajah Farish aku tak pandang.

Beberapa kali Farish memanggil nama aku namun langsung aku tak pedulikan.

Buat masa sekarang, bagi aku masa untuk lepaskan semua kegeraman aku pada Tan Sri berlagak itu.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro