Bab 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Buah rambutan yang berguguran jatuh di halaman rumahku aku kutip. Walaupun bukan musim nya namun buah ni memang sedap kalau dapat dinikmati waktu tengah hari macam ini.

Selepas beberapa biji aku kutip, aku berikan pada ibu yang ketika itu duduk di atas buaian. Amboi, suka betul ibu dengan buah rambutan eiyh? Hahaha..

Selepas pertemuan aku dengan Farish, lelaki itu sudah tidak datang ke rumah lagi. Telefon pun tidak whatsapp pun tidak. Mungkin dia sudah bahawa aku dan dia ni memang tak layak nak bersama. Putera katak dengan orang biasa? Tak sesuai langsung.
Lagipun, memang sejak awal lagi aku langsung tak ada perasaan pada dia. Jadi, buat apa aku terus melayan dia.

"Baru ambil dah habis? Aih, ibu ni.." keluhku pura-pura.

Ibu tersenyum. "Apalah kamu ni. Cuba sekali sekala hiburkan hati ibu sikit. Kamu sendiri pun tahu kan macam mana sukanya ibu dengan buah rambutan n." ujar ibu yang sedang mengupas kulit buah rambutan. Mulutnya pula elok saja mengunyah buah tersebut. Penuh.

"Aih, ibu ni. Nak kena kutip balik lah ni?"

Ibu menganggukkan kepala. Sempat matanya meliar kearah bawah pokok rambutan. Masih banyak lagi buah rambutan bertaburan di lantai bumi.

"Banyak lagi itu. Kamu kutip semuanya." arah ibu yang sedang sibuk menikmati buah rambutan.

Aku gelengkan kepala. Ibu dengan buah rambutan ini ibarat berpisah tiada. Patutlah rajin arwah ayah aku nak membesarkan pokok rambutan depan rumah. Sayang betul ayah pada ibu. Dia taknak tengok ibu kempunan.

Dengan rela paksanya, aku pergi kutip buah tersebut. Satu persatu buah rambutan yang ada depan mata aku kutip. Ketika aku mencapai salah satu buah, tak semena- mena jari telunjukku luka dek kerana kaca yang terbenam dalam buah tersebut.

Pedih. Terus aku menghisap lukaku. Perasaan aku rasa tak sedap tiba-tiba. Kenapa ni? Apsal aku tiba-tiba teringat pada Yara pula ni?

"Ha, ha.. kenapa itu?" Puan Wahidah yang sedari tadi menyedari lenggokkumenegur.

Terus aku menoleh ke belakang dan aku lihat ibu. Bibirku menguntum senyum nipis lalu menggelengkan kepala.

"Tak ada apalah ibu. Luka sikit aje." aduku lalu membawa buah rambutan itu kepada ibu.

Ibu sekadar gelengkan kepala. " Kalau dah luka macam ni, mesti ada benda yang Lara fikirkan kan?"

Aku mengetap bibir. "Yara.." balas ku dalam nada perlahan.

"Hmm.. dah lama juga ibu tak dengar cerita fasal Yara. Macam mana khabar dia?" soal ibu ingin tahu.

"Dia kata.." belum sempat aku menghabiskan ayatku, tak semena-mena kami berdua terdengar bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah.

Aku dan ibu terus memandang ke arah kereta jenama Honda yang terparkir di hadapan buaian yang kami duduki. Dahiku sudah berkerut. Rasanya, aku pernah lihat kereta ini sebelum ni.

Ketika pintu kereta dibuka, aku lihat kelibat seorang wanita keluar dari perut kereta. Wanita itu memandang ke arah kami lalu melemparkan sebingkis senyuman.

Tergamam aku dibuatnya. Macam tak percaya. Datin Sri Maimon datang jumpa aku? Er.. tapi untuk apa?

Wanita itu mengatur langkah kemas merapati kami berdua. Dia bersalaman dengan ibu lalu mata nya beralih kepadaku.

"Kamu masih kenal lagi saya tak, Lara? Saya, ibu Yara." perkenal Datin Sri Maimon di hadapanku.

Aku menganggukkan kepala. " Kenapa Datin nak jumpa saya?" soalku sedikit hairan.

"Yara nak jumpa kamu." ujar Datin Sri Maimon. Aku lihat wajah sebak yang cuba diselindungkannya.

"Jumpa saya?"

Wanita itu menganggukkan kepala. "Boleh kamu bersiap sekarang? Saya akan bawa kamu jumpa Yara." soal Datin Sri Maimon.

"Boleh kan, puan?" soalnya pada ibu pula.

Tak semena-mena ibu menganggukkan kepala. Ibu mengurut perlahan bahuku. Dia meminta aku untuk turuti permintaan wanita itu.

Akhirnya aku akur. " Baiklah. Datin Sri tunggu sekejap. Saya akan bersiap dengan segera." ujarku.

Terus aku berlari ke dalam rumah. Aku berkemas diri dan menyiapkan barangku.
...
Masuk sahaja ke dalam rumah Yara, mataku buntang. Rumah Yara benar-benar besar. Sebuah rumah villa yang berwarna putih dengan kolam ikan terletak di samping rumah tersebut. Terpegun aku untuk seketika.

"Mari Yara, kita masuk."jemput Datin Sri Maimon.

Aku menganggukkan kepala. Perlahan-lahan aku menuruni kereta. Bibirku menguntum senyum lebar. Tak sabar rasanya aku mahu bersemuka dengan Yara.

Mesti Yara dah rindu sangat-sangat dengan aku sebab itu dia nak jumpa aku. Arghh!! Tak sabar betul aku nak bercerita panjang- panjang dengan dia.

Masuk sahaja ke dalam rumah, aku dihidangkan dengan gaya serba moden milik keluarga Yara. Semuanya serba mewah dengan keperincian yang sangat halus. Yara pernah cerita yang papanya memang gemarkan design klasik dengan nafas baru.

"Yara tu selalu buka cerita fasal Lara. Dia pun selalu cakap yang dia nak jumpa dengan kamu." tutur Datin Sri Maimon membuka tajuk.

Aku menguntum senyum nipis bila dengar bicara Datin Sri Maimon. Aku pun selalu berharap agar dapat bersama dengan dia semula. Bersama macam dulu-dulu.

"Saya berterima kasih dengan Yara, datin. Kalau tak disebabkan dia, mungkin kenangan sekolah menengah adalah yang paling terburuk dalam hidup saya." balasku.

"Yara tolong kamu ke?"

Aku memandang Datin Sri lalu aku anggukkan kepala perlahan.

"Yara tu baik sangat. Silap saya sebab buat tak peduli pada dia dulu. Saya fikir selama-lamanya saya akan berkawan dengan dia tapi..hmm.. sekarang ni saya cuma berharap Yara takkan pernah tinggalkan saya." ujarku perlahan.

Kali ini, Datin Sri Maimon tergamam. Tanpa aku sedar, dia mengeluh perlahan. Maaf Lara, untuk permintaan kamu yang satu itu mungkin takkan dapat dikabulkan oleh Yara.

Aku dan Datin Sri Maimon akhirnya berhenti di hadapan semua bilik. Pintunya tertutup rapat. Perlahan-lahan, Datin Sri membuka pintu.

Entah kenapa, jantungku berdebar mahu berjumpa Yara. Dengan langkah kemas, aku memasuki bilik tersebut.

Mataku terpaku pada sekujur tubuh yang sedang terbaring lesu di atas katil. Wajahnya pucat tak berdarah. Sungguh, aku tergamam. Gadis itu masih terlena di atas katil.

"Lara, inilah Yara.. sekarang ni.." ujar wanita itu menunjuk ke arah gadis itu.

Luluh hati aku melihat Yara. Berat saja langkah aku mendekati gadis itu. Dia yang masih lena aku pandang sebak.

Tak semena-mena air mataku mengalir. Yara..
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro