Bab 21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari ini, Datin Sri Maimon meminta aku untuk bermalam di rumahnya. Katanya, itu semua atas permintaan Yara. Mahu tak mahu, Lara terpaksa ikutkan. Mungkin inilah jalan yang terbaik untuk dia menjadi sahabat yang Yara perlukan ketika ini.

"Sejak Yara didiagnosis menghidap kanser otak, saya terus hantar dia ke rumah nenek nya. Dia yang minta. Kalaulah kami dapat kesan ketumbuhan itu lebih awal, mungkin Yara masih berpeluang untuk hidup." ujar Datin Sri Maimon.

Wajahnya sedikit kesal. Dato' Sri Mokhtar yang duduk di sebelah nya hanya mampu mengurut bahu isterinya itu.

"Kamu dah lama kenal dengan Yara?" soal Dato' Sri Mokhtar memandang ke arahku.

Perlahan-lahan aku anggukkan kepala. "Sejak tingkatan empat lagi." balasku dalam nada lemah.

Entah kenapa, sejak melihat keadaan Yara. Aku rasa tubuhku seperti lemah semacam. Mood aku pun tak menentu. Seharian aku menangis. Untuk hari ini, aku masih tak dapat nak bersemuka dengan Yara, aku masih tak sedia.

Aku tak sanggup untuk tengok dia sakit begitu. Bila tengok dia macam itu, aku rasa aku seperti seorang yang tak berguna. Kalau lah aku sedar, mesti aku takkan rasa macam ini.

Patutlah selama ni, Yara selalu sakit-sakit. Pengsan, berdarah semua.. Arghh!! Kenapa lah aku ni lembab sangat untuk sedar semua itu?

"Jadi, sekarang Yara pada tahap berapa?" soalku diselangi rasa gementar.

Aku dengar keluhan berat meniti dari bibir Dato' Sri Mokhtar. Datin Sri Maimon pula sudah tersendu-sendan di bahu suaminya.

"Tahap empat."

Kali ini aku terpempam. Ta-tahap empat?

"Doktor peribadinya kata, keadaan Yara semakin lemah. Sebahagian daripada ingatannya juga sudah hilang. Tekanan darah dia juga semakin turun. Doktor tak dapat pastikan seberapa lama lagi Yara boleh bertahan." beritahu Dato' Sri Mokhtar.

Air mataku sudah mengalir jatuh. Deras. Rasa maluku sudah hilang. Apa yang aku fikirkan sekarang ini cuma Yara. Dia, kawan aku dan baru saja aku mahu berjumpa dengan dia, aku dapat berita bahawa aku akan kehilangannya? Sakit.

Aku meminta diri untuk pergi. Setelah itu, aku berlalu memanjat tangga satu persatu. Sepanjang langkah, air mataku tak berhenti mengalir.

Akhirnya, aku tiba di hadapan pintu bilik Yara. Air mata yang berbekas pada wajahku aku kesat. Aku tak mahu lihat Yara nampak aku menangis.

Perlahan-lahan, aku tolak dedaun pintu. Ketika itu aku lihat Yara sedang cuba menggapai gelas yang berada di atas laci mejanya. Terua aku bergerak ke arahnya lalu memberikan cawan itu kepada Yara.

"Lara!!!!!!" teruja betul Yara bila tengok aku ada di depannya. Tak semena-mena dia menarik aku lalu memeluk tubuhku.

"Ya Allah, rindunya aku nak jumpa kau. Akhirnya, dapat juga. Hmm.. kau rindu aku tak?" soalnya lalu melepaskan pelukan.

Entah aku patut rasa teruja ataupun sedih. Aku berjumpa dengan Yara dan di masa yang sama, aku akan kehilangan dia. Huh!!! Kenapa keadaan perlu rumit begini?

"Ke-kenapa kau buat muka sedih macam itu? Kau tak seronok ke jumpa aku?" soal Yara apabila menyedari perubahan wajahku yang sudah sebak semacam.

Air mataku yang tak dapat aku tahan akhirnya mengalir. Namun cepat-cepat aku seka. Aku fikir aku dapat bertabah bila depan Yara namun nampaknya aku silap. Aku masih tak boleh terima hakikat ini.

Yara yang melihat aku begitu tak semena-mena mengeluh kecil. " Kau dah tahu ke?"

Terus aku alihkan pandanganku pada Yara. "Kenapa kau sanggup sembunyikan semua ini daripada aku? Kenapa kau taknak beritahu aku?" gertakku dalam nada geram plus sedih.

"Aku taknak kau risau. Penyakit ni tak penting pun. Semua yang hidup pun akan mati juga kan? Betul tak?"

Aku mendengus. "Kau kata tak penting?! Penyakit kau ni boleh bawa maut tau tak? Kau kata aku ni kawan kau tapi.. huh, kenapa kau sembunyikan benda ni daripada aku?" ujarku namun kali ini nada suaraku perlahan.

Yara mengetap bibir. "Maafkan aku, Lara. Aku taknak tengok kau sedih." tuturnya.

Air mataku makin mengalir deras. Tak semena-mena aku memeluk tubuh Yara erat. Kata- katanya itu tak mampu untuk aku balas.

"Kenapalah kau selalu buat aku macam ni? Aku betul-betul taknak kehilangan kau.." lirih saja aku menuturkan kata.

Yara mengukir senyum pahit. Perlahan-lahan dia mengurut belakangku.

"Aku pun taknak tinggalkan kau.." ucapnya dalam nada perlahan.
...
Sampul surat yang berada dalam genggaman tangannya dipegang erat. Aqhif sedari tadi asyik membelek sampul surat itu. Surat yang diberikan Yara padanya pagi tadi.

"Abang Aqhif, ambil ni."pinta Yara sambil menyerahkan sepucuk surat kepada Aqhif.

Dahi Aqhif berkerut. Perlahan-lahan Aqhif mengambil surat tersebut daripada tangan Yara. Surat itu dibeleknya sejenak sebelum dia alihkan ekor matanya kepada Yara semula.

"Surat apa ni?" soal Aqhif.

Yara menguntum senyum nipis. " Buat masa ni, saya minta abang simpan dulu. Kalau dah tiba masa yang sesuai, abang bacalah." ujarnya perlahan.

"Bila masa yang sesuai itu?"

Makin nipis senyuman Yara kali ini. "Abang akan tahu juga nanti." balas gadis itu diselangi dengan nada yang sedikit sebak.

Aqhif mengeluh perlahan. Kenapalah perempuan ni suka sangat berbelit? Kenapa tak straight to the point? Akhirnya, Aqhif membaringkan tubuhnya di atas sofa.

"Abang!!! Jom makan, Zaf lapar.." rungut Zafriq berlari-lari anak mendapatkan Aqhif.

Aqhif sudah merengus. Aih, baru nak tenang sikit, adiknya itu sudah mengganggu! Huh, serabutlah. Aqhif pura-pura tak dengar. Dia masih melayan perasaan.

Zafriq yang sudah berada di sebelah Aqhif menggoyang-goyangkan tubuh abangnya itu berkali-kali. "Abang, jom makan!!"

"Ish, Zaf ni. Apa?" akhirnya Aqhif bangkit daripada baringnya. Wajah Zafriq dipandangnya bengis. Dia tak ada mood sekarang.

Adik lelakinya itu sudah memuncung. Perutnya yang comel gebu itu diurutnya perlahan. "Lapar." rungutnya dengan muka sedih.

Kalau diikutkan marahnya, sudah lama si Zafriq itu menangis dia kerjakan namun atas kasih seorang abang, akhirnya Aqhif mengeluh perlahan. Marah pun, dia masih sayangkan adiknya itu cuma si Zafriq itu aje yang manjanya terlebih.

"Nak makan apa?" soal Aqhif cuba melembutkan suaranya.

Zafriq tersenyum teruja. "Zaf nak makan chicken chop. Boleh tak Zaf nak abang masak?" pintanya sambil buat muka comel. Sajalah tu nak memujuk Aqhif menuruti kehendaknya.

Aqhif mengeluh kecil. "Okey, abang masakkan tapi janji dengan abang yang Zaf akan tolong sekali. Boleh?"

"Boleh!!!!!!" laung Zafriq gembira. Dia sudah buka langkah seribu ke dapur.

Aqhif yang melihat reaksi adik nya itu sekadar menggelengkan kepala. Geram pun ada, rasa nak gelak pun ada. Sedikit sebanyak Aqhif jadi terubat.
...







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro