BAB 34

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bangun sahaja pagi, Aqhif terus menguis-nguis bebola matanya. Cahaya pagi yang menerobos masuk melalui jendela hotel menganggu penglihatannya. Serta-merta Aqhif memusingkan tubuhnya membelakangi jendela.

Tergamam Aqhif dibuatnya. Saat dia memusingkan tubuhnya. Jarak antara wajahnya dengan wajah Lara tersangat rapat. Gadis itu masih terlena di sebelahnya. Sebuah dengkuran halus kedengaran menyapa gegendang telinga Aqhif.

Tak semena-mena Aqhif meleret sengih. Ya Allah, hodoh betul muka Lara pagi itu. Dengan ternganganya. Terserlah betul kenikmatannya itu. Beberapa kali kaki Lara mahu memanjat tubuh Aqhif, namun setiap kali itulah Aqhif menepis.

Akhirnya, Lara memilih untuk memeluk bantal. Dia meneruskan tidurnya yang terganggu tadi.

Wajah bersih Lara ditatapnya lama. Dari rambut, bertemu mata dan akhirnya turun ke bibir. Aqhif pandang dengan sengihan pendek. Tak dapat dinafikan, Lara juga memiliki wajah yang manis untuk dipandang.

Tapi..

Sayangnya, dia masih belum dapat menerima hakikat bahawa gadis di hadapannya itu adalah isterinya. Ya, mana mungkin dia dapat menerima seorang gadis semudah itu.

Selepas kehilangan Yara, jiwa Aqhif jadi kosong. Tak betah dia hidup berlama di dunia ini. Namun, wasiat yang Yara tinggalkan makin buatkan Aqhif jadi runsing.

Kenapa Yara wasiatkan semua itu? Kenapa gadis itu meminta dia untuk menikahi teman baiknya sendiri? Adakah fikir gadis itu aku akan bahagia? Adakah fikir gadis itu aku akan melupakan dia?

Aqhif mengeluh perlahan. Tiada sesiapa dapat gantikan tempat Yara dalam hatinya. Walaupun dia sudah menjadi suami kepada Lara Batrishah namun tak bermakna cintanya akan semudah itu bersemi pada gadis itu.

Walaupun semalam dia mencuba untuk belajar sayangkan Lara namun dia tak boleh. Belajar mencintai Lara maknanya dia juga belajar untuk melupakan Yara. Aqhif mengeluh berat.

"Erm.. nak tu.." rengek Lara dalam nada manja. Dahinya sudah berkerut-kerut. Mengigau.

Dahi Aqhif berkerut lalu bibirnya sudah tersenyum nipis. "Nak apa?"

"Errmmm... nak itu.. nak.. hmm.." tergantung.

Lara terus berhenti merengek. Dia kembali diam. Dengkuran halusnya bersambung semula.

Birai rambut Lara disapunya perlahan. Juntaian rambut yang menutup sebahagian wajah Lara diselitkan ke celah telinga gadis itu. Barulah jelas wajah gadis itu dilihatnya kini.

Pipi Lara dibelainya lembut. Terus Aqhif mematikan tindakan nya. Apakah? Terus dia menarik tangannya semula.

Kau tak cintakan dia tapi kau nak nikmati dia? Aqhif.. jangan cakap perangai lama kau dah datang balik?!

Ya, Aqhif dulu liar. Dia.. hanyut dengan dunianya sendiri. Siapalah tak kenal dia dulu. Seorang lelaki yang sibuk menghabiskan masa midnight nya ke parti-parti liar. Perempuan sana sini dipegangnya, dikucup nya. Tiada batas halal haram baginya namun selepas kehadiran Yara.

Gadis itu merubah segalanya. Dia belajar untuk setia. Kerana Yara sudah tahu kisah silamnya itu, namun gadis itu masih menerimanya dan meminta Aqhif untuk belajar mengubah diri sendiri. Kerana Yara, dia tekad untuk berubah. Rasanya sudah tiga tahun, dia tidak menjejakkan kaki ke tempat sebegitu.

"Ib-ibu... uhuks!!! ibu..!!!" rengekan Lara mematikan lamunan Aqhif.

Dia lihat gadis itu menangis air mata. Tergamam Aqhif dibuatnya. Terus, dia menepuk perlahan belakang Lara. Dia cuba untuk menenangkan gadis di hadapan nya itu.

Kasihan.

Selepas kehilangan kawan baik, gadis itu terpaksa menanggung sebak atas kehilangan ibunya pula. Dua kehilangan dalam masa yang singkat.

Aqhif masih menepuk belakang Lara. Gadis itu lena untuk seketika. Tangannya tak semena-mena memeluk pinggang Aqhif lemah. Walaupun terkejut juga namun Aqhif biarkan saja. Tak apa, isteri sendiri aje pun.

Dahi Lara tiba-tiba menyembam mengena tepat bibir Aqhif. Kali ini Aqhif kaku. Dia.. terkucup dahi gadis itu? Errr...

"Akak Lara!!!"

Aku terus terjaga daripada tidurku bila dengar namaku diseru. Dengar dari suara pun tahu, ini mesti Zafriq.

Hampir terlopong aku dibuatnya bila tangan Aqhif memeluk badanku. Erk.. wajahnya aku pandang.

Dia masih lagi tertidur.
...
"Tengok siapa datang tu?! Kawan kita yang dah jadi laki oranglah!" laung Fuad apabila melihat kelibat Aqhif menghampiri.

Aqhif tersengih sumbing. Terus dia labuhkan punggung bersebelah Zaidi. Alang-alang kawannya sudah ajak lepak, dia mhu tumpang sekaki jugalah. Sekali-sekala bercuti.

"Amacam malam pertama?" lancang betul mulut si Fuad ini. Terus Aqhif menolak kepala Fuad.

Orang sekeliling sudah pandang semacam dengan mereka berlima. Malam pertama? Fuad sudah buat gaya mohon ampun pada Aqhif. Terlepas.

"Kau, soalan itu cantik sikit eiyh? Kita kat public sekarang ni. Haih." keluh Aqhif setelah merasakan keadaan kembali redha.

"So, how's your life now.. is it better?" soal Jerul sambil meneguk jus asam sitrik. Jaga badanlah katakan.

Aqhif sekadar menyungging sengih. Dia pun sendiri tak tahu nak cakap apa. Seronok ke? Sebab dia rasa biasa-biasa saja.

"Kalau dah sengih itu, seronoklah itu. Maklumlah, dah rasa."seloroh Fuad yang tak habis-habis membahaskan benda yang sama.

Syafwan menjengilkan matanya pada  Fuad. Namun, Fuad buat biasa saja. Tak bersalah pun.

"Kau fikir kahwin itu, cuma untuk benda itu ke? Kuninglah otak kau ni." jerkah Syafwan.

Yalah, dalam kalangan mereka berlima. Si Syafwan ajelah yang bajet acah-acah alim.Maklumlah, dah bertunang dengan ustazah Sekolah Agama lah katakan.

Fuad angkat kening pandang Syafwan. "Bukan itu ke niatnya? Kalau tak kahwin macam mana nak dapat dengan cara halal kan?" jawab Fuad. Betul kan?

Zaidi sekadar menepuk dahi. Dalam kalangan mereka berlima, si Fuad lah otaknya paling liar sedikit. Yang lain semuanya dah taubat tapi si Fuad saja yang masih liar mengunjungi parti-parti tersebut.

"Kira kau dah selesaikan wasiat itu ke, Qhif? Baguslah.. sekurang- kurangnya kau dapat ubat sikit hati kau tu dari terus teringat kan Yara kan?" celah Zaidi mengubah tajuk.

Aqhif sekadar menyungging sengih. "Entahlah. Bagi aku, apa yang aku buat ni bukan benda yang betul." ujar Aqhif perlahan.

Dahi mereka berempat sudah berkerut seribu. Tajam saja matanya mencerlung pada Aqhif. Baru semalam kahwin, hari ini dah start ada problem. Apa kena lah?

"Maksud kau?"giliran Pokan pula bertanya.

Aqhif mengeluh perlahan. "Aku tak cintakan dia, tapi aku paksa diri aku untuk terima dia.Hmm.." keluh Aqhif perlahan.

"Apsal kau cakap macam itu pula? Aku tengok Lara itu pun cantik juga. Manis pula itu. Comel."celah Syafwan cuba untuk mengingati wajah Lara semula.

"Bukan masalah cantik tak cantik tapi.. aku rasa aku masih tak sedia lagilah nak buka hati aku untuk perempuan lain." keluh Aqhif berat.

"Pulak dah?" balas Zaidi.
...




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro