Bab 35

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Rancangan Nona yang bertayang di kaca televisyen ditonton olehku. Bukannya selalu boleh tonton tv. Maklumlah, kalau dulu kat rumah.. aku boleh tengok tv bila ada siaran saja.

Manalah mampu nak membayar ASTRO atau apa namanya itu. Kalau ada tv pun dah cukup baik dah sebenarnya.

'Bagi pasangan yang baru saja berumah tangga, kemanisan hidup bersuami isteri itu pasti masih dirasai. Tidak kiralah sesibuk mana pun, pasti ada saja masa akan diluangkan untuk bersama...'

Ya kah? Betul ke baru jadi suami isteri itu hidup bahagia? Tapi.. kenapa aku tak dapat rasa semua itu? Pagi-pagi lagi, Aqhif sudah keluar rumah. Keluar tanpa beritahu aku dulu.

Jam dinding aku kerling. Sudah menuding ke angka 4 petang. Aku mengeluh perlahan. Takkanlah dia kerja kot? Baru semalam mama beritahu aku yang Aqhif diberi cuti selama tiga hari. Lusa baru dia akan sambung kerjanya semula.

Jadi, kalau bukan pergi kerja.. ke mana pula hilangnya si suami aku tu?

Sudahlah hari ini aku seorang dalam rumah. Ermm.. i mean is berdua. Zafriq sedang berada di biliknya untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Takkanlah aku nak kacau pula kan? Tengku Qilah pula kemungkinan akan balik lewat malam kerana katanya ada urusan penting di luar.

Hmm.. Jadi tinggallah aku sendirian di ruang tamu. Menonton televisyen dan bosan.. Tak sangka hidup berkahwin ni teramatlah bosan nya. Kahwin ke tak kahwin ke still sama rasanya, tak ada beza pun bagi aku.

Tapi..

Kenapa ramai yang cakap hidup berumahtangga ni seronok? Kat mana seronoknya itu? Aku masih tak faham. Ada juga segelintir yang kata hidup rumah tangga ni sukar, kat mana pula bahagian sukarnya itu? Aku tak dapat.

Single atau married pun status aku, its like a same thing. No different. Maybe the different is.. ada anak atau tak..

Terus aku terpempam. Anak? Eh, wait a minute.. Aku rasa aku pernah terdengar istilah malam pertama.. Sat, sat! Malam ni malam kedua jadi bermakna malam semalam.. malam pertama?

Aku menekup mulut. Kenapa aku tak perasan yang semalam sepatutnya malam aku jalankan tanggungjawab aku pada Aqhif?  Tapi.. dia.. dia pun macam tak kisah aje. Dia pun tak minta? Argh!! Lantaklah.. jangan fikir. Meremang pula bulu roma aku dibuatnya.

"Akak Lara!! Akak Lara!!"

Suara Zafriq memecah kesunyian. Terus mataku beralih pada Zafriq yang berlari anak menuruni anak tangga.

"Akak Lara, boleh ajar Zaf matematik tak? Zaf tak hafal sifir dua lagi."rengeknya sambil meletakkan buku latihannya di hadapanku.

Bibirku menguntum senyum. Akhirnya, ada juga benda yang nak dibuat. Aku terus turun duduk bersila di hadapan meja. Zafriq pula sudah berdiri di sebelahku sambil memegang pensil shakernya itu.

"Kenapa tak hafal lagi? Cikgu tak marah ke?" tegur ku sesekali membelek soalan yang mahu ditanyanya itu.

Zafriq menggelengkan kepala. "Cikgu tak marah pun tapi Zaf malu. Ramai kawan Zaf dah hafal sifir empat tapi Zaf cuma hafal sifir satu aje."keluhnya sedikit sedih.

Terus aku mengurut bahunya. Mata bulatnya memandang aku. Bibirku terus menguntum senyum memandangnya.

"Nanti akak ajar Zaf hafal sifir dua. Nak hafal sifir enam pun boleh, upgrade sikit daripada kawan-kawan Zaf."pujukku sudah berjanji.

Zafriq menguntum senyum. "Akak Lara memang baik. Abang Aqhif itu pula.. hmm.. selalu sibuk dengan kerja dia. Tak ada masa nak ajar Zaf belajar sifir. Mama pun.." keluhnya.

Makin kasihan pula aku lihat Zafriq merungut begitu. Yurp, kekayaan bukaannya pengukur mutlak kebahagiaan. Mungkin Zafriq dilimpahi harta yang bertimbun namun dia sangatlah sifar pada perhatian. Sepatutnya budak seumurannya perlu dimanja dan dibelai kasih sayang. Sedihnya.

Aku mengurut bahu Zafriq. "Tak apa. Sekarang, akak kan ada? Akak akan ajar Zaf sampailah Zaf boleh jadi pandai, sepandai-pandai nya.Okey?"soalku sudah mengangkat jari kelingking ku mahu mengikat janji.

Barulah nampak bibir mungil itu tersenyum panjang. Dia terus melingkar jari kelingkingnya tanda sudah mengikat janji. Terus pipinya aku cubit.

Maka, sesi belajar dan mengajar pun bermula. Tak susah pun sebenarnya nak ajar Zafriq ni sifir. Dia budak pandai. Yang paling aku tergamam itu, dia boleh speaking BI. Wau!!

Hebat juga keturunan Tengku Qilah ni. Si Aqhif itu pun aku rasa.. boleh speaking dari tiga bahasa sebenarnya. Yara pernah beritahu aku tentang Aqhif serba sedikit.

Katanya sebelum ni, Aqhif ni jenis suka mengembara ke luar negara dengan kawan-kawannya. Jadi, lelaki itu benar-benar fasih berbahasa lima bahasa. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris style British dan Amerika, Bahasa France, Bahasa Mandarin dan juga bahasa Jepun.

Erm.. bukan calang-calang si Aqhif itu rupanya.
...
Nombor telefon abang Paroq aku hubungi. Tak sampai beberapa detik, panggilan ku diangkat oleh lelaki itu. Sebuah salam pembuka bicara aku mulakan.

"Kenapa tiba-tiba call abang ni? Ada masalah ke?"soal abang Paroq dengan nada risau.

Pelik juga dia. Lara ni memang jenis jarang nak menghubungi dia. Dia pun malas nak calling-calling adiknya itu. Kalau calling, mesti endingnya bergaduh.

"Tak ada apalah, saja.. erm, abang buat apa itu?"soalku bersahaja.

Selesai menidurkan Zafriq, aku bergegas ke bilik untuk menghubungi abang Paroq. Bosan. Aqhif masih tak berkunjung pulang ke rumah. Jadi, untuk melepaskan bosan.. saja-sajalah call abang Paroq.

"Pelik. Tiba-tiba tanya fasal abang ni kenapa? Erm.. mana Aqhif? Aqhif tak ada ke kat situ?" soal Abang Paroq hairan.

Aku mengetap bibir lalu aku berdiam diri untuk sejenak. Kalau aku cerita fasal Aqhif pada abang Paroq mesti abang Paroq akan syak sesuatu.

"Erm.. ada aje tapi dia dah tidur. Takkanlah Lara nak ganggu dia pula kan?" bohongku dengan sengihan paksa.

"Lah ye ke? Hmm.. mesti dia penat sangat layan karenah adik abang ni. Manja sangat. Dah jadi bini orang itu, jangan manja minta kaki pula eiyh?" sakat abang Paroq meletus tawa mengusiknya.

Aku menggumam. Kurang asam. " Isy, abang ni. Suka hatilah orang nak manja pun kan? Hmm.. Lara manja lebih-lebih bila depan abang dengan depan arwah ibu aje."

"Habis itu, depan suami.. Lara manja macam mana?"

Erk.. manja macam mana? " Haha.. kalau untuk suami, khas untuk dia aje. Mana boleh beritahu sesiapa." lantangku. Kali ini, abang Paroq berdekah ketawa.

Aku sudah menyungging sengih. Malu? Tak malu pun sebab dengan abang sendiri aje kan? Dia pun faham mulut aku ni suka main lepas.

"Baguslah kalau macam itu. Kekalkan terua manja itu asalkan suami tu gembira. Hmm.. abang pun dah nak kemas-kemas ni. Abang off dulu eiyh." pinta Abang Paroq.

Walaupun keberatan, akhirnya aku tamatkan juga panggilan. Nampaknya, abang Paroq baru lepas habis buka kedai burgernya itu. Hmm..

Sunyi. Hanya bunyi air-cond saja yang kedengaran. Aku memeluk lututku di atas katil.

Perbualan tadi dengan abang Paroq masih bermain dalam kepalaku. Bermanja?

Awkward.. aku dan Aqhif sudahlah tak banyak bercakap. Dia pun nampak macam nak mengelak aje daripada aku. Macam mana nak bermanja kalau macam itu?
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro