Bab 54

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bunyi cicipan burung yang mendayu menjagakan aku daripada tidur lenaku. Cahaya mentari yang menerobos masuk mengikut jendela yang terbuka sedikit sebanyak mengaburi penglihatanku.

Baru sahaja aku mahu mencelikkan mataku, aku sudah disajikan dengan pemandangan yang agak membuatkan jantungku berdebar. Wajah Aqhif sangat dengan wajahku dan tangannya juga menjalar memeluk pinggangku.

Terpana aku dibuatnya. Telan liur aku bila berada dalam situasi sebegitu. Nafas hangatnya menyapa ubun kulitku. Bibirnya juga sangat dekat dengan bibirku. Urgh!!

Apa ni? Semalam aku beria-ia sangat menggoda Aqhif tapi kenapa bila dah tidur berdua dengan jarak tak capai sejengkal ini, terus aku jadi kalut. Haih, fail. Aku ni betul-betul fail jadi isteri yang menggoda dan seksi untuk Tengku Aqhif.

Baru sahaja aku mahu mengalihkan tangan Aqhif dari pinggangku, aku rasakan makin kuat cengkaman lelaki itu pada pinggang aku. Terpana aku dibuatnya. Segera aku alihkan pandanganku pada wajahnya. Aku lihat leretan senyum di bibir lelaki itu.

"Cepatnya bangun?" ujarnya dengan mata yang masih tertutup.

Naik meremang bulu roma aku dibuatnya bila dengar suara Aqhif memecah keheningan antara kami berdua.

"A-Abang taknak ba-bangun ke?" soalku terketar-ketar.

Perlahan-lahan Aqhif buka matanya. Pandangan mata aku dan Aqhif bertaut. Nafas panasnya menyapa batang hidungku. Bibir merahnya menguntum senyum menggoda.

"Kau dah goda aku malam tadi, kau rasa senang macam itu aku lepaskan kau?" kata-kata Aqhif buatkan aku tergamam.

"A-abang Aqhif?!"

Sungguh aku tak menyangka Aqhif boleh kata sedemikian rupa. Selama ini aku kenal Aqhif adalah lelaki yang sangat dingin dan langsung tak melayan aku tapi pagi ini.. dia nampak macam lain. Dia dingin dan dinginnya itu nampak nakal. Jauh beza dengan apa yang aku nampak pada dia sebelum ini.

"Kau nak kenal siapa aku sebelum ni?" soal Aqhif masih tak melarikan pandangannya daripada aku.

Soalannya itu langsung tak dapat jawapan daripada aku. Aku masih kaku dalam pelukan lelaki itu.

"Yara, ubah aku jadi lelaki yang lebih baik tapi kau.. goda aku jadi lelaki yang kau tak pernah nampak. Tapi, aku berubah ni.. bila depan kau. Hanya depan kau, aku jadi diri aku. Aqhif yang dulu, yang liar dan yang nakal. Dengar itu, Lara Batrishah?!" ujar Aqhif mencerlung tajam anak mataku.

Tergamam aku bila mendengar butir bicara Aqhif. Aku tak semena-mena menundukkan pandanganku dari memandangnya. Air mataku tak semena-mena berbirai jatuh.

"Kenapa saya jadi penyebab awak berubah? Apa lagi silap saya kali ini?" soalku dalam nada serba serbi.

Aqhif meleret senyum nipis. "Hanya depan kau, aku jadi siapa aku. Aku taknak ada rahsia antara aku dan kau. Kau isteri aku dan aku nak kau terima siapa aku. Siapa aku yang sebenar." ujar Aqhif.

Matanya aku pandang dengan dahi berkerut. Terus jari jemari Aqhif menyapu air mataku yang bersisa di tubir mata.

"Kali ini, kau ajar aku macam mana untuk buat aku cintakan kau." bisik Aqhif perlahan.

Perlahan-lahan, Aqhif dekatkan bibirnya ke bibirku. Bibir kami bersentuhan lama sebelum kemudiannya Aqhif menarik semula kucupan itu. Dahiku dan pipiku pula dikucupnya lembut. Aku sekadar membiarkan dia buat begitu.

"Saya tak pandai ajar orang cintakan saya, abang Aqhif." balasku merenung anak mata hazelnya.

Aqhif tersenyum panjang. Dia menarik tubuhku merapati tubuhnya. Rambutku yang berjurai diciumnya lembut. Tangan Aqhif perlahan mencapai tali baju tidurku.

"Kalau macam itu, ajar aku kenali siapa kau." bisiknya dalam nada menggoda.

Aku ketap bibir. Namun tak lama lepas itu, bibirku menguntum senyum.

"Saya Lara Batrishah, isteri kepada Tengku Aqhif Hasyim..." balasku sambil tanganku membelai ubun kepala Aqhif.

Bibir Aqhif menguntum senyum. "Then, try push me to love yours, my dear."ujar Aqhif.

Bibirku meleret senyum. Itulah tugas aku sekarang, menarik Tengku Aqhif untuk cintakan aku. Mengukir nama aku dalam hatinya.

Checklist. Menggoda suamiku, Tengku Alif Hasyim. Completed.
...
Aku membelek tubuhku di hadapan cermin. Jelas kelihatan babybump pada perutku. Bila aku kira-kira balik, sudah dua bulan juga usia kandungan ku tapi.. sampai sekarang aku masih langsung tak menitipkan berita kehamilan aku pada Aqhif.

Telefon pintarku yang bergetar terus aku belek. Dua pesanan whatsapp daripada abang Paroq.

'Lara masih tak beritahu Aqhif ke? Dah dua hari abang tunggu ni..'-abang Paroq.
'Abang Loner abadi kat sini..'-abang Paroq.

Haih.. kasihan juga dengan si loner sorang ni. Hmm.. mahu tak mahu aku kena pulang juga ke kampung. Aku pun sebenarnya rindu nak bergurau sakan dengan Abang Paroq. Rindu nak main sepak terajang dengan dia tapi..

Patut ke aku ajak Aqhif balik sama? Semalam aje dia cuti dua hari lepas itu, dia sambung kerja semula. Takkan lah aku nak suruh dia cuti semula kan?

'Aqhif kerja, bang. Macam mana?'-kirim.

'Haih, Lara tak beritahu dia ke nak balik? Abang ni dah terasa menunggu kepulangan anak pula kat sini'-abang Paroq.

'Nanti, Lara cuba bincang dengan Aqhif. Yang pasti, dalam masa terdekat ni, Lara akan balik dengan Aqhif.'-kirim.

'Okeylah, kalau Lara dah cakap macam itu.'-abang Paroq.

Hmm.. kalau biarkan abang Paroq terus single macam ni, kasihan pula aku. Mahu tak mahu, lelaki seperti abang Paroq pasti berkeinginan mahu memiliki keluarga sendiri. Tipulah kalau tak ada kan.

Tapi, aku sendiri tak faham dengan citarasa abang Paroq. Aku rasa banyak aje perempuan cantik yang nak jadi isteri dia tapi disebabkan lelaki loner tu kuat sangat memilih, semua perempuan cantik ke tak cantik ke, dia reject.

Dari Miss Perfect Kampung Ayer Cetek sampailah ke Miss Beauty Kampung Dayang Senandung aku cuba kenalkan pada Abang Paroq tapi semua dia tak berkenan. Ending, aku biarkan si kuat pemilih itu jadi loner forever ever. Salah dia juga, semua perempuan serba tak kena.

"Termenungkan apa itu?" sapa suara garau memecahkan kesunyian hening yang sedari tadi membelengu bilik tidur.

Aku terus mengalihkan pandangan pada Aqhif yang berkemeja putih berseluar slack. Terkejut juga aku melihat kehadiran dia. Bukan sepatut nya dia kerja ke sekarang ni?

"Abang balik ke ni?" soalku hairan.

Aqhif meleret senyum nipis. Dia melabuhkan punggungnya di sebelahku. Tangannya melingkar memeluk leherku.

"Balik sekejap aje lepas itu keluar pergi kerja semula lepas itu." ujar Aqhif.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Tak semena-mena kepalaku, aku sandarkan pada dada bidang Aqhif. Lelaki itu sekadar membiarkan tindakan aku itu.

"Abang, bila lagi abang boleh cuti?" soalku.

Dahi Aqhif berkerut. "Kenapa Lara tanya?"

"Abang cakap dulu dan lepas itu baru Lara cerita."

"Hmm.. lusa abang cuti tiga hari. So, now tell me why you asking me that question?" mata Aqhif memandang aku seperti dahagakan jawapan.

Aku mengetap bibir. "Erm.. apa kata masa abang cuti itu, kita balik kampung? Lara rindukan abang Paroqlah, abang." manjaku cuba meraih simpati Aqhif.

Aqhif diam untuk seketika sebelum akhirnya bibir Aqhif meleret sengih.

"Boleh juga kalau macam itu. Abang pun memang try nak cari tempat untuk tenangkan fikiran sekarang ni." ujar Aqhif.

Terus bibirku tersenyum lebar. "Jadi, abang jadi ikut balik?!" bukan main teruja lagi aku.

Aqhif menganggukkan kepala. " Yurp. Lusa kita balik.Okey?"

"Okey!!!"
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro