Bab 55

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Selesai membantu Aqhif memasukkan beg pakaian ke dalam bonet kereta, aku terus mengatur langkah kemas ke arah Tengku Qilah dan Zafriq. Jelas kelihatan riak wajah sedih pada air muka budak kecil itu. Kesian sebab dia tak dapat ikut aku dan Aqhif pulang ke kampung halaman ku.

"Janganlah buat muka sedih macam itu, buruk tau akak Lara tengok." perli ku cuba menghiburkan Zafriq.

Pipi chubby nya aku cuit. Bila dia tak senyum, automatik pipinya jatuh. Macam pau.

"Alah, Zaf nak ikut! Zaf nak ikut!!" dia masih merengek. Kaki kanan dan kirinya dihentak berkali-kali.

"Tak boleh. Esokkan Zaf nak kena sekolah. Nanti kalau Zaf cuti panjang, baru akak Lara bawa Zaf pergi balik kampung. Okey?" pujuk Tengku Qilah cuba meredakan rengekan Zafriq.

Namun, budak lelaki itu tak makan kata. Mukanya masih masam bila kehendaknya tak dituruti. Aku pula yang mengeluh bila tengok Zafriq buat muka sedih macam itu. Dia.. aku dah anggap macam adik aku. Bila adik sedih, akak pun akan rasa sedihnya juga.

"Zaf boleh aje cuti. Lagipun bulan ni, Zaf tak cuti lagi. Zaf nak ikut akak Lara balik kampung. Zaf tak kira, Zaf nak ikut juga!" dia sudah berkeras dengan keputusannya.

Aku sekadar gelengkan kepala. Zafriq ni kadang perangai dia okey, perangai dia tak okey. Bila okey, dia nampak comel tapi bila tak okey, dia nampak lagi comel tapi menggeram kan. Rasa nak gigit.

Mataku melirik ke arah kelibat Aqhif yang ketika itu datang merapati kami bertiga. Dahinya berkerut memandang aku. Kemudian, pandangannya jatuh pada Zafriq yang masih berpeluk tubuh dengan muka duckface comelnya itu.

"Kenapa ni?" soal Aqhif.

"Zaf nak ikut kita balik kampung, bang. Lara nak aje bawa Zaf balik tapi masalahnya esok dia sekolah." balasku memandang Aqhif.

Aqhif sudah mengeluh kecil. Bibirnya diketap. Terus dia menunduk di hadapan Zafriq.

"Zaf nak ikut abang balik kampung kak Lara ke?" soal Aqhif dengan suara lembut.

Mata Zafriq merenung Aqhif. Sebuah anggukan kecil Zafriq berikan sebagai jawapan.

"Nak." jawabnya sepatah.

Bibir Aqhif menguntum senyum. "Zaf  nak dengar cerita tak? Fasal kampung kak Lara."

Aku sudah berkertu dahi. Kenapa pula dengan kampung aku? Zafriq juga beri respons ingin tahu. Dahinya sudah berkerut seribu.

"Cerita apa?"

"Semalam kak Lara ada cerita kat abang yang kampung dia ada.. hihihi!! Ada cik popo.. Dia terbang lepas itu dia lompat..kalau dia penat, dia rolling. Seram tau. Kak Lara sendiri yang cerita pada abang. Abang takut kalau abang bawa Zaf, abang takut cik popo tu ngap Zaf. Zaf nak ke?" erk?! Baru tadi aku tertanya-tanya. Kurang asam, dia buka cerita hantu pagi-pagi macam ni?

Pfft.. aku lihat muka Zafriq sudah pucat semacam. Ya Allah, lurusnya lah otak budak-budak ni. Takkanlah dia percaya kot fasal pocong rolling itu? Aku yang tak berapa nak cerdik ni pun tahu beza cerita tipu dengan cerita benar.

Tengku Qilah pula tersenyum bila lihat wajah Zafriq yang tak berkutik. Tangan kecil Zafriq memaut bajunya. Nampaknya, cerita Aqhif berjaya memancing ketakutan anak bongsunya itu. Cara kejam tapi selamat.

"Jadi, Zaf nak ikut tak?"soal Aqhif sudah melebarkan sengihannya. Bukannya dia tak tahu yang Zafriq memang kecut kalau sebut cik Popo.
Laju sahaja anak kecil itu menggelengkan kepala. "Zaf nak pergi sekolah lah esok. Zaf tak nak ikut!"

Aku tersenyum bila dengar Zafriq kata begitu. Umpan yang kejam tapi berhasil. Bijak juga otak si Aqhif ni bab memperdajalkan adik sendiri.

"Hati-hati tau, pandu kereta itu jangan laju sangat." nasihat Tengku Qilah  sambil bahu kecil zafriq dipeluknya.

Aqhif menganggukkan kepala. Selesai mencium tangan Tengku Qilah dan memeluk tubuh genit Zafriq, aku terus menuruti langkah Aqhif ke kereta Audinya.

Perlahan-lahan kereta yang dipandu Aqhif meninggalkan perkarangan rumah villa Tengku Qilah. Untuk kesekian kalinya, aku melambaikan tangan sebagai salam selamat tinggal.

"Kenapa abang tipu Zaf sampai macam itu sekali. Kesian dia tau." ujarku apabila merasakan kereta yang dipandu Aqhif makin jauh dari rumah.

Aqhif meleret sengih. "Abang tak pernah ajar Zafriq itu jadi budak manja. Kadang abang kena jadi kejam supaya dapat didik Zafriq itu jadi orang yang lebih baik. Abang taknak bila kita ikutkan sangat kehendak dia, dia akan naik kepala."

Kata-kata Aqhif buatkan aku termangu sendiri. Apa yang dia katakan itu semuanya betul belaka. Hmm.. nampaknya Aqhif memang seorang lelaki yang berwibawa.

Bibirku menguntum senyum nipis. Perutku yang sedikit buncit aku belai lembut. Aku bangga kerana aku mengandungkan anak lelaki itu..
...
Setibanya di perkarangan rumah, aku lihat kelibat abang Paroq menyambut kepulangan kami. Belum sempat Aqhif matikan enjin kereta, aku sudah terburu-buru buka pintu untuk dapatkan abang Paroq. Rindu.

"Hmm.. lama abang tunggu. Ingat tangguh lagi." rajuk abang Paroq sambil buat muka.

Aku yang berdiri di hadapannya sekadar menyungging sengih. Alah, merajuk pula dah orang tua ni. Aku paaang kang.

"Alah, lambat sikit aje pun. Gedik betullah abang ni."aku sudah memerlinya.

Abang Paroq buat muka. Ekor matanya terus beralih pada Aqhif yang datang merapati kami berdua. Sebingkis senyuman selamat datang dia hadiahkan pada Aqhif.

"Baru dapat nampak muka adik ipar sendiri. Lama kita tak jumpa, Aqhif." ujar abang Paroq sambil bersalaman dengan Aqhif. Aqhif tersenyum pendek.

Walaupun umur Aqhif lagi tua daripada abang Paroq tapi dari sudut pandangan jujur aku ni, abang Paroq nampak lebih tua sikit. Mungkin sebab kulit dia gelap sangat kot. Pfftt..

"Busy sejak dua menjak ni. Ini pun dapat cuti sekejap aje. Tak dapat nak cuti lama." ujar Aqhif dengan nada mesra.

Abang Paroq menganggukkan kepala. Ekor mata abang Paroq beralih kepada aku. Hmm.. nampak nya ada benda yang dia nak bahan aku ni. Huh..

"Macam mana jaga Lara? Susah tak? Manja tak?" hah! Kan dah agak. Mesti dia nak menyakat aku.

Tersengih Aqhif bila dengar soalan yang dihamburkan abang Paroq pada aku. Sempat dia menjeling ke arah aku.

"Boleh tahan jugalah. Manja dia itu pun lain macam. Nasib baik saya boleh layan." argh!! Lol, Aqhif pun melayan juga perangai abang Paroq?!

Aku yang berdiri di sebelah Aqhif terus menendang kaki Abang Patoq. Terkinja-kinja lelaki itu mengaduh sakit. Padan muka! Siapa suruh cari fasal.

"Uih, garangnya Lara."sempat suara Aqhif menyapa halwa telingaku.

Erk... aku ketap bibir. Haih, tak fasal-fasal aku tunjuk perangai aku yang sebenar pada Aqhif. Naik merah pipi aku dibuatnya.

Aqhif mentertawakan aku bila lihat pipi aku sudah menebal merah. Abang Paroq tumpang sekaki ketawakan aku.

"Depan abang aje dia macam ni, depan Aqhif, abang tak tahulah." sempat abang Paroq menyakatku.

Terus aku mencerlung wajah abang Paroq. Isy, tak cukup dengan kaki, dia nak merasa buku lima aku pula ke?

Aqhif tersenyum nipis. Wajahku dipandangnya dengan seribu satu makna.

"Depan saya, dia jadi manja." ujar Aqhif dengan nada lembut.

Buntang mata aku bila dengar Aqhif katakan begitu. Wajah bersih Aqhif aku pandang. Mata kami berdua tak semena-mena bertaut..

Aqhif..
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro