Bab 56

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aqhif merapati Paroq yang ketika itu sedang leka membersihkan pemanggang burgernya di luar. Dia duduk di atas bangku yang berada berdekatan paip yang digunakan Paroq. Abang iparnya itu pula sedang leka membersihkan pemanggang tersebut.

Sesekali Aqhif menikmati langit malam. Bintang yang mencorak di langit memang sangat indah. Bila berada di kampung, baru dapat rasa keindahan langit malam. Jauh bezanya bila berada di bandar. Aqhif terlalu sibuk sampai tak ada masa menikmati ciptaan Tuhan yang sangat indah.

"Macam mana bisnes burger?Okey?" soal Aqhif cuba mencari topik untuk dibualkan dengan Paroq.

Bibir Paroq menguntum senyum. Wajah Aqhif dipandangnya untuk seketika. Pemanggang burger yang baru dibersihkannya di jemur di atas tanah supaya kering.

"Boleh tahan jugalah. Ada juga naik turun dia tapi alhamdullilah, dapat back up modal keluar lah." ujar Paroq mengambil tempat di sebelah Aqhif.

Tangannya yang basah disapu dengan kain lap. Sesekali dia periksa pemanggang burgernya itu untuk memastikan pemanggang tersebut betul-betul bersih. Kesihatan pelanggan perlulah diutamakan. Betul tak?

"Lara ada cerita yang kau nak tutup bisnes lepas ni. Then, nak try buka bisnes baru, betul ke?" soal Aqhif lebih mendalam.

Paroq mengukir senyum tipis. "Memang cadang nak buat bisnes baru tapi masih tak fikir lagi nak buka bisnes apa. Tapi, still dalam skop makanan kepada pelanggan." ujar lelaki itu.

Aqhif sekadar anggukkan kepala. Suasana antara mereka berdua kembali hening. Awkward juga sebenarnya. Dia dan Paroq jarang jumpa. Kali terakhir Aqhif bersua muka dengan Paroq adalah sewaktu majlis pernikahannya dengan Lara lepas itu mereka dah tak berjumpa. Sibuk dengan hal masing-masing.

Namun, Aqhif berterima kasih sebenarnya pada Paroq. Kerana lelaki itu bantu dia untuk lunaskan wasiat Yara. Paroq yang beri keizinan kepadanya untuk mengambil Lara sebagai isterinya. Jasa lelaki itu sangat besar untuk dibalasnya.

"Aku ada buka kafe ala-ala itali kat KL. Baru-baru ini, pengurus aku letak jawatan sebab dia kena fly pergi luar so ada kekosongan untuk jawatan pengurus. Kalau kau tak keberatan, aku nak kau jadi pengurus untuk kafe aku itu. Kau nak tak?" soal Aqhif mengerling ke arah Paroq.

Tergamam Paroq dibuatnya. Dahinya sudah berkerut seribu. "Kau serius ke nak ambil aku jadi pengurus cafe kau?"

"Aku serius. Banyak juga cerita fasal kau aku dengar dari mulut Lara. Nampaknya kau ada potensi untuk kembangkan bisnes sendiri. Kadang kita peru cuba juga benda baru. Betul kan?" balas Aqhif dengan senyum nipis.

Paroq yang pada mulanya agak tergamam terus melirik sengih. Bahu Aqhif ditepuknya perlahan lalu tangan Aqhif digenggamnya erat sebagai salam terima kasih.

"Thanks, bro. Thanks sebab sudi ambil aku bekerja bawah kau."ucap Paroq dalam nada teruja.

"That's small matter, bro. Apa guna jadi adik ipar, kalau abang ipar sendiri pun tak boleh nak bantu kan?" soal Aqhif.

Tertawa kecil Paroq dibuatnya. Nampaknya, si Aqhif ini jenis yang boleh dibuat kawan juga.

Awkward? Paroq sebenarnya terlebih rasa janggal dengan Aqhif. Kenapa? Sebab Aqhif adalah bekas tunang Yara, gadis yang dia cinta. Kisah percintaannya dengan Yara masih menjadi rahsia antara dia dan gadis itu. Tiada sesiapa yang tahu hubungan itu, walaupun Lara sekali pun.
...
Pagi-pagi lagi, aku sudah bangun untuk menyiapkan sarapan pagi buat kami bertiga. Memandangkan aku seorang saja perempuan dalam rumah ni, maka aku ambi alih tugas jadi mak kepada Aqhif dan abang Paroq.

"Lara masak apa itu?" teguran itu berjaya buatkan sesi memotong kek ikan aku jadi terganggu.

Terus aku menoleh ke belakang. Kelibat Aqhif yang masih dengan baju tidurnya aku pandang dengan sebingkis senyuman selamat pagi aku berikan.

"Mihun goreng aje. Abang nak request apa-apa tak?" soalku mengerling ke arah Aqhif untuk seketika.

Bibir lelaki itu menguntum senyum nipis. Terus tubuhnya merapati aku. "Ada apa-apa yang abang boleh tolong tak? Abang nak juga rasa total air tangan abang dengan air tangan Lara. Mesti lagi sedap." ujar Aqhif.

Tergamam aku bila dengar Aqhif kata begitu. Aih, pelik betullah si Aqhif ni. Bila berdua dengan aku, dia jadi nakal semacam tapi bila depan semua.. dia jadi yang lain daripada apa yang aku nampak sekarang.

Ini ke perangai Aqhif yang dulu. Perangai yang nakal dan tak pernah setia pada seorang perempuan pun? Huh, cair aku kalau tiap-tiap hari menghadap perangainya yang semacam macam ni. Kalau nakal tak apalah juga tapi nakal dia ni lain macam sikit. Nakal yang mengada sampai aku pun terpana juga bila melayan. Maklumlah, aku tak biasa layan lelaki perangai tak serupa bikin ni.

"Okey, kalau abang dah cakap macam itu. Lara minta abang cucikan bihun tu lepastu rendam dalam air panas. Boleh?" aku sudah mulai memberi arahan.

"Okey, madam." sahut Aqhif dengan tabik ala tenteranya. Dia terus melaksanakan tugas yang aku berikan tadi.

Aku yang melihat gelagat Aqhif itu terus ketawa. Kelakar lah Aqhif ni. Kadang kelakar, kadang serius. Comel betul.

Selesai aku memotong kek ikan, aku terus merendamkannya di dalam air. Usai mencuci pisau, aku berura-ura mengatur langkah keluar dari dapur. Tak semena-mena Aqhif memanggil aku bila langkahku makin jauh dari dapur.

Aku terus menoleh ke belakang. "Kenapa bang?"

"Lara nak pergi mana tu?"

"Lara nak bangunkan abang Paroq sekejap. Nanti Lara datang balik." ujarku.

Aqhif sekadar anggukkan kepala. Dia mengganti tugasku untuk seketika. Minyak masak dimasukkan ke dalam kuali lalu dia menumis bahan-bahan yang patut. Soal dapur aku serahkan saja pada suami aku itu, dia memang pro bab dapur semua ini.

Aku pula meneruskan langkahku menuju ke bilik Abang Paroq. Tiba saja di muka pintu, aku lihat pintu biliknya terbuka sedikit. Terus dahiku berkerut. Pelik. Selalunya abang Paroq suka kunci pintu.

"Abang, abang dah bangun ke?" lantang suaraku dari luar. Beberapa kali aku ketuk pintu yang terbuka sedikit itu.

Tiada sahutan dari dalam bilik. Makin berkerut dahiku dibuatnya. Abang Paroq tak ada dalam bilik ke? Kepalaku aku pusingkan ke jam dinding yang tergantung di ruang tamu. Jarum panjang baru menuding ke angka 7 pagi. Masih awal lagi kalau nak keluar.

Aku menjengukkan leherku ke dalam bilik. Hmm.. seperti apa yang aku tebak. Abang Paroq tiada dalam biliknya. Bibirku aku ketap. Ke mana pula abang aku pergi awal-awal pagi ni?

Mataku meliar memandang suasana bilik abang Paroq yang bersih itu. Memang abang Paroq jenis yang pengemas. Dia tak suka bersepah. Jauh bezanya dia dengan aku yang dulu. Jangan haraplah tangan cantik aku ni nak mengemas, pegang penyapu pun aku fikir dua tiga kali juga.

Tak semena-mena, mataku terpandangkan kotak merah yang terselit di bawah bantal. Keningku sudah berkerut. Entah benda apa yang merasuk, aku terus merapati kotak tersebut. Sesekali aku jeling ke luar bilik. Takut-takut kelibat Aqhif atau abang Paroq datang menerpa dari belakang. Nice, keadaan selamat.

Punggungku aku labuhkan di birai katil. Kotak yang terletak atas ribaku itu perlahan-lahan aku buka. Terdapat beberapa keping gambar dan surat terdapat dalam kotak itu.

Tergamam aku tatkala melihat gambar Yara sedang duduk di tepi tasik. Ke-kenapa ada gambar Yara dalam kotak abang Paroq ni? Apa kaitan abang Paroq dengan Yara?

Sehelai surat yang masih terlipat kemas di dalam kotak itu terus aku keluarkan. Tanpa menunggu masa yang lama, lipatan surat itu aku buka lalu isinya aku baca. Surat daripada Yara?!

'Assalamualaikum Abang,

Mungkin surat ini akan menjadi surat terakhir daripada Yara. Bila surat ini sampai ke tangan abang maknanya Yara juga sudah pergi ke tempat lain. Surat ini Yara titipkan untuk beritahu abang walaupun abang dah tinggalkan Yara dan kita saling berjauhan selama ini tapi.. hati Yara masih pada abang. Yara nak minta maaf atas beritahu pertunangan antara Yara dengan Aqhif kalau perkara itu buat abang terluka.. Maafkan Yara, semua itu bukan Yara yang minta..

Yara dah cuba banyak kali untuk cintakan Aqhif tapi setiap kali itulah hati dan fikiran Yara teringatkan abang. Salah ke kalau permintaan terakhir Yara adalah untuk bersama abang dan bukannya orang lain?

Nampaknya, Yara masih tak dapat nak bersama dengan abang. Yara harap lepas ni abang akan dapat perempuan yang lebih baik lagi. Buat burger yang paling sedap untuk perempuan itu tau, heart dia juga lebih tebal dari apa yang abang buat untuk Yara.. hahah.. hmm, I always in love with you, Farouq.'

Terketar aku memegang surat itu. Apa maksud semua ini? Jadi, sebelum ini Yara pernah ada hubungan dengan abang Paroq? Habis itu, Aqhif?

Bibirku aku ketap. Apa yang terjadi ini aku cuba cerna sehabis baik. Maknanya Yara cintakan abang Paroq, hanya abang Paroq ke?
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro