Bab 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Petang itu memang petang yang sangat sesuai untuk melakukan aktiviti beriadah. Dengan angin sepoi-sepoi bahasanya, hmm.. kalau aku, aku akan pilih tidur daripada beriadah.

Tapi, nampaknya aku kena lupakan niat murni aku tu. Aku alihkan mataku memandang Yara yang sudah fokus menjawab soalan percubaan SPM. Gigih betul semangat dia aku tengok.

"Yara, lepas SPM ni kau nak masuk universiti mana?"soalku sudah mengetuk-ngetuk bontot pensil tekanku ke meja.

Tak semena-mena, Yara mengalihkan perhatiannya pada aku. Dia meletakkan pensilnya lalu menggeliat kelelahan. Yurp. Belajar memang memenatkan dan juga membosankan.

"Aku tak terfikir pun sampai ke situ lagi. Hmm.. kau? Kau tanya ni mesti ada lah tu yang kau nak kongsi kan?"tebak Yara mengukir senyum memandang aku.

Aku sekadar anggukkan kepala. " Aku nak sambung belajar setinggi yang mungkin. Kalau ada rezeki, aku nak jadi jurutera am. Sesuai dengan apa yang aku minat." ujarku mengalihkan pandangan ku ke tempat lain.

"Fizik ke maksud kau?"soal Yara sudah angkat kening.

Laju kepala aku angukkan. Yurp. Fizik. Aku tak faham, kenapa ramai sangat orang tak suka fizik? Bukan nak membangga diri tapi ehmm.. dalam kelas, aku always nombor 1 dalam subjek tu. Tak pernah tak A.

"Lagipun, memamg sejak kecil lagi aku suka engineering. Kaya pula itu. Kau, Yara?" kini aku mahu beralih pada gadis di depan ku pula.

Yara sekadar menyungging sengih. Sayu sahaja pandangannya kali ini.

"Aku tak ada cita-citalah. Rasanya tak sempat kot." balas Yara cuba untuk paksakan dirinya ketawa.

Dahiku sudah berkerut. "Apa maksud kau dengan tak sempat?"

Yara sekadar menggelengkan kepala. Aku dengar keluhan meniti pada birai bibirnya.

"Rasanya, persahabatan kita takkan bertahan lama, Lara." ujarnya memandangku dengan wajah bercampur baur.

Makin berkerut dahi aku dibuat nya. Aku memang pantang kalau orang suka bercakap berbelit ni. Huh!! Tadi kata fasal tak sempat dan sekarang kata persahabatan aku dan dia takkan bertahan lama?

"Kenapa kau cakap macam itu?" soalku masih mengulangi pertanyaanku yang tadi.

"Selepas aku tamat SPM, mama dan papa aku akan bawa aku ke Kuala Lumpur. Aku takkan kembali ke sini lagi. Faham tak, Lara? Kita takkan berjumpa dah lepas ni."beritahunya. Tubir mata Yara sudah bertakung air mata.

Aku terkedu mendengar apa yang dibicarakan oleh Yara. Hilang terus semangat aku nak study petang ni.

"Kau.. kau nak tinggalkan aku?" soalku masih inginkan kepastian.

Akhirnya, air mata Yara mengalir deras. Dia menggenggam tanganku erat lalu dia gelengkan kepala laju.

"Aku tak pernah nak tinggalkan kau tapi aku tak boleh nak buat ap dah. Kalau boleh, memang aku nak stay kawan kau sampai ke tua tapi Tuhan takdirkan yang lain. Maafkan aku, Lara.. Maafkan aku.." ucapnya dengan nada kesal.

Aku tak semena-mena menarik tanganku. Aku sungguh masih terkejut dengan berita yang Yara beritahu aku.

Selepas dia libatkan aku dalam persahabatannya ni, semudah itu dia tinggalkan aku? Dia fikirkan aku ni semudah tu ke untuk terima semuanya? Aku ni.. walaupun mulut jahat pun, aku masih ada hati dan perasaan. Kenapa dia sanggup buat aku macam ni?

Terus aku kemas barangku di atas meja lalu aku masukkan ke dalam beg. Wajah Yara yang sudah sebak langsung takku pandang. Entahlah, kalau pandang pun.. buat sakit hati aje.

"Kau nak pergi mana ni?" soal Yara sambil menyeka air matanya.

Aku mengetap bibir. Ekor mataku menjeling pada Yara. "Nak balik." balasku acuh tak acuh.

Terus aku galas beg sandangku lalu aku berlalu meninggalkan dia sendirian. Ah!!! Aku malas nak serabut kan kepala dengan benda tak penting.

Kalau Yara dah pilih jalan untuk tinggalkan aku, kenapa aku perlu pilih untuk terus kekal berkawan dengan dia? Aku mendengus geram. Banyak betul benda yang Yara sembunyikan daripada aku. Selepas kes orang yang dia cinta itu dan sekarang fasal nak berpindah pula?

Aku tak faham?! Perlu ke dia buat aku macam ni? BFF konon. Huh!!

Mata Yara melirik langkah Lara yang sudahpun jauh dari tempat nya. Sekali lagi, air matanya mengalir deras. Sebak dadanya hanya Tuhan saja yang tahu.

Kepalanya yang sudah sakit dipegangnya. Namun, Yara masih cuba untuk kuatkan dirinya sendiri. Dia masih terus menerus menangis.

Kemudian, hidungnya mulai berdarah. Yara seka guna lengan bajunya. Darah.. dia sapu sekali lagi namun hidungnya masih terus menerus berdarah. Kepalanya juga semakin berat. Dan, akhirnya Yara pengsan..

"Lara.. maafkan aku..." bisiknya perlahan lalu menutup mata.
...
Aku menyandarkan bahuku di muka pintu sambil cincin perak itu aku tilik dengan perasaan kosong. Cincin itu aku akan berikan pada Yara sempena hari jadinya tapi kejadian petang tadi, buat aku rasa nak campak aje terus cincin ni.

"Aku tak fahamlah dengan kau ni, Yara. Kenapa kau pilih aku sebagai kawan kau kalau akhirnya kau akan tinggalkan aku juga? BFF konon. BFF apa kalau macam tu? Tinggal macam itu aje." leter ku panjang lebar. Memandangkan itu bakal jadi cincin Yara, biar aku bebel direct kat cincin itu.

"Bebelkan apa itu, Lara?" teguran ibu dari arah belakang buatkan aku terkejut.

Nasib baik tak melatah. Kalau tak, malu padam aku dibuatnya kena bahan dengan ibu. Dahlah ibu jenis kuat bahan.

"Tak ada apa-apalah, bu."dalihku sambil membetulkan ikatan rambutku.

Ibu melabuhkan punggungnya di sebelahku. Muat aje ibu ni. Maklumlah, badan ibu comel aje tak macam aku ni.. gedabak. Ibu terus mengurut lutut kakiku.

"Ibu ni mungkin tua tapi ibu masih tak tuli tau. Ibu dengar Lara membebel sorang-sorang tadi. Cepat, cerita pada ibu." ujar ibu memandang wajahku.

Aku mengetap bibir. Hmm.. nak cerita ke tak eiyh? Nak cerita ke tak? Aku sudah berkira-kira sendiri.

Akhirnya, aku mengeluh berat. Tak apalah. Cerita aje.

"Pasal Yara, bu."

Kening ibu sudah terangkat. "Ha, kenapa dengan si Yara? Dia buat kamu ke?"

"Aish, ibu. Ke situ pula. Hmm.. Yara okey aje dengan Lara cuma.. tadi Yara bagitahu Lara yang lepas SPM ni dia nak pindah ke Kuala Lumpur. Dia nak ikut mama papa dia ke sana." beritahu ku.

Ibu sekadar mengangguk kecil. "Jadi, apa masalahnya kat situ?" haih, ibu masih tak faham ke? Aku akan kehilangan dia lah, jawabnya.

"Nanti dia tinggalkan Lara. Dia takkan balik ke sini lagi. Lara tak sukalah kalau dia buat macam itu. Dia cakap Lara ni kawan baik dia tapi dia tinggalkan Lara. Apa tu?" leterku sudah dalam nada geram.

Ibu mengeluh perlahan. Kepalaku tak semena-mena diusapnya perlahan.

"Lambat-laun, Yara akan tinggal kan juga kampung ni. Dia masih ada mak ayah untuk jaga dia. Kamu kena faham tu, Lara. Kalau kamu jadi Yara, kamu tak rasa sedih ke? Duduk jauh-jauh dengan ibubapa sendiri? Kamu sanggup duduk jauh dari ibu?" aish, aku sudah serba-serbi.

Kata-kata ibu itu ada benarnya juga. Yara itu masih ada keluarga, takkanlah semata-mata demi aku dia pilih tinggalkan mak ayah dia kan? Haih..

Terus aku gelengkan kepala. "Tak sanggup." jawabku sepatah.

"Kamu sebagai kawan dia yang paling rapat tak sepatutnya menghukum dia melulu. Lain kali, kamu fikir baik buruknya sebelum buat keputusan. Kasihan Yara, tak fasal-fasal dia kena tempiasnya." ujar ibu lalu mengurut lenganku.

Nafasku aku tarik dalam. Perasaan aku jadi serba salah. Haih, mesti Yara sedih sangat sekarang ni. Aku sepatutnya fikir fasal dia bukan terua menghukum dia.

Aih, Lara.. tak gunalah kau ni jadi kawan dia!
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro