Bab 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Masuk sahaja aku dalam kelas, aku sudah dengar riuh rendah dalam kelas. Belum sempat aku mahu melabuhkan punggung, sekumpulan pelajar perempuan sudah merapati aku.

Aku terus berkerut hairan. Apahal pula minah-minah ni? Tak pernah-pernah nak mendekat ke meja aku pagi-pagi ini. Demam ke apa?

"Lara.." seru Jeha melabuhkan punggung di sebelahku.

Aku mengetap bibir. Pelik juga aku tengok kerusi sebelah aku kosong. Yara tak datang lagi ke? Yalah, selalunya Yara akan datang awal daripada aku.

Dalam list budak-budak lambat itu, always ada nama aku tapi memandangkan aku ni kawan baik dia, aku rasuah Yara supaya padam nama aku. Tak apa, rasuah kecil aje pun. Belanja makan sikit-sikit aje.

"Apahal?" soalku dengan wajah acuh tak acuh.

Aku ni dahlah jenis malas nak bergaul dengan orang. Lagi-lagi dengan kumpulan gosip si Jeha ni. Alergi aje aku dengan diorang ni. Topik gosip yang sedang menghangat luar dalam sekolah semua diorang tahu. Entah macam mana, diorang tahu pun aku malas nak tahu.

"Ih, garangnya kau ni lah. Hmm.. kau perasan something tak?" soal Jeha buat muka jengkelnya itu.

"Apa?"soalku sepatah.

Jeha memukul-mukul kerusi yang dia duduki. "Ni, kawan baik kau tak datang. Kau tak perasan ke?" soalnya.

"Aku tak butalah. Tak payah beritahu pun, aku boleh nampak." balasku acuh tak acuh.

"Kau tahu tak apa yang jadi pada Yara semalam?" kini giliran si Ponny pula ambil part. Dia ni memang fasih fasal gosip mosip ni.

Aku sudah berkerut dahi. "Apsal? Kenapa dengan semalam?"

"Kau tak tahu? Bukan ke semalam kau dengan dia belajar sama-sama?" celah si Jeha pula siap tampar-tampar manja bahu aku.

"Memanglah semalam aku belajar dengan dia tapi aku balik awal. Ada hal." di hujung ayatku, aku perlahankan sedikit suara aku. Bersalah sebenarnya.

Jeha dan kawan-kawannya sekadar menggelengkan kepala. Makin gelisah aku tengok reaksi diorang yang memang minta kaki itu. Kenapa dengan Yara?

"Cepatlah bagitahu aku. Kenapa dengan Yara semalam?"

"Semalam ada budak jumpa dia pengsan dekat kantin sekolah. Hidung dia berdarah, wajah dia pucat. Eihh.. seramlah juga."  jelas  Jeha sambil buat muka geli gedik nya itu.

Buntang mata aku bila dengar cerita Jeha. Ya Allah? Kenapa dengan Yara? Takkanlah sebab aku dia jadi macam itu? Aku sudah mulai risau. Perasaan aku jadi serba salah.

"Aku dengar cerita budak yang jumpa Yara tu nak bawa pergi hospital tapi nenek Yara tu tak bagi. Hmm.. ada keanehan di situ." sampuk si Hanim, geng kaki gosip juga.

"Siapa beritahu korang semua ni?" aku masih mahu kesahihan cerita itu.

"Satu sekolah gempar fasal berita itu. Aku pelik. Kenapa kau tak tahu sedangkan kau dengan dia kawan baik." perli Jeha dengan muka jengkelnya itu.

Aku mengetap bibir. Tak semena-mena tubir mataku berair. Ya Allah, janganlah kau apa-apakan Yara. Dia kawan aku. Kawan aku selama-lamanya. Sebak dadaku dibuatnya.
....
Tamat saja sesi persekolahan, tanpa berlengah. Aku terus mengayuh basikal menuju ke rumah nenda Yara. Air mataku masih terus menerus mengalir. Sungguh, aku risau kalau ada apa-apa terjadi pada Yara.

Setibanya di hadapan rumah nenda Yara, aku terus memarkirkan basikalku. Berlari- lari aku menuju ke pintu rumah banglo setingkat nenda Yara tersebut.

"Assalamualaikum" ucapku sambil mengetuk pintu perlahan.

Beberapa seketika kemudian, Nek Mah, nenda kepada Yara membuka pintu. Salamku disambut lalu bibirnya menguntum senyum memandang aku.

"Eh, Lara. Masuklah." jemput Nek Mah.

Dengan langkah kemas, aku memasuki rumah wanita itu. Dahiku sudah berkerut resah.

"Nenda, macam mana keadaan Yara? Dia okey aje ke? Kat mana dia sekarang?" soalku bertubi. Risau punya fasal.

Nek Mah sekadar melirik senyum nipis. Bahu kananku diurutnya perlahan. "Jangan risau. Yara cuma demam panas aje. Doktor kata dia okey. Hmm.. dia ada kat bilik dia." balas wanita itu dengan nada lembut.

"Lara nak tengok dia, boleh tak?" pintaku.

Tak semena-mena Nek Mah menganggukkan kepala. Segera aku bergegas menuju ke bilik Yara yang terletak berdekatan ruang makan.

Perlahan-lahan pintu biliknya aku kuak kecil. Aku lihat Yara sedang pejam mata. Kelihatan wajahnya sangat pucat. Keluhan berat aku lepaskan. Dengan langkah kemas, aku menuju ke birai katilnya.

Aku lihat beberapa tablet ubat bersepah di atas lacinya. Terus aku kemas lalu aku masukkan ke dalam lacinya. Malaslah nak tengok ubat apa. Kemudian, wajah Yara aku pandang dengan pandangan sangat kesal.

Kawan jenis apalah aku ni? Terlalu ikutkan sangat hati itu sampai jadi macam ni. Sepatut nya, aku tak tinggalkan Yara seorang semalam. Mesti dia sedih sangat bila aku buat dia macam itu. Keluhku kesal.

"La.. Ra.." seru Yara tersekat.

Terus aku alihkan mataku memandang Yara. Dia menggenggam lenganku. Bibirnya yang pucat dicubanya untuk senyum. Perit sahaja riak wajahnya itu.

"Aku tahu mesti kau akan datang untuk jumpa aku."ujarnya dalam nada teruja.

Kata-katanya itu buat aku rasa sebak. Air mataku menitis. Namun cepat-cepat aku kesat. Hmm.. aku taknak nampak lemah depan Yara. Nanti dia sedih pula kalau tengok aku menangis.

"Ya. Aku datang ni. Hmm.. macam mana, kau dah sihat tak?" soalku dalam nada acuh tak acuh. Nampak aje macam tak peduli, tapi sebenarnya aku peduli. Sangat-sangat peduli..

Yara mengukir senyum nampak gigi. "Aku memang selalu sihat pun. Cakap dengan aku, bila masa aku nampak sakit, hah?" Yara sudah mula buat loyanya.

Aku tersengih dengar dia cakap macam itu. Acah ajelah, kawan aku ni. "Jangan berlagak kuatlah, Yara. Kalau sakit, sakit ajelah. Ish.."dengusku pura.

Mendengarkan perlianku itu, Yara tertawa kecil. Selepas itu dia pandang aku. Tanganku dia genggam erat.

"Maaf fasal semalam. Mesti kau masib marahkan aku tentang berita itu kan? Maafkan aku, weiyh." ucapnya dalam nada kesal.

Aku mengeluh kecil. Bahunya aku tepuk perlahan. "Tak adalah. Aku tak marah pun. Aku faham. Aku yang sepatutnya minta maaf pada kau. Terlalu sangat ikutkan perasaan tanpa fikirkan apa yang kau rasa." ujarku.

"Tapi, memang aku yang salah dalam hal ni. Kita kawan baik tapi aku tinggalkan kau. Mianhee.." ucapnya dalam nada bersalah.

Aku mengetap bibir. "Senang cerita, kita dua-dua salah. Tak ada siapa yang betul. Deal?" putusku buat pakatan.

Yara menarik sengih. Terus dia menganggukkan kepalanya perlahan. Setuju dengan pendapat yang aku utarakan itu.

Aku bangun dari katil. Selimutnya aku tarik menutupi paras dada Yara.

"Kau rehatlah dulu, esok kau nak sekolah kan?"soalku.

"Dah tidur lah tadi."

"Tidur ajelah. Jangan banyak cakap."bidasku memaksanya untuk tidur.

Yara tertawa kecil. "Yalah, Yalah.." patuhnya lalu melelapkan mata.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro