19 : Berhenti Kolej

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pesanan Whats App tidak pun dibalas Akma sejak semalam.

Shahrul banyak termenung. Sarat di hati entah mahu diceritakan pada siapa. Benar-benar mengharap agar Akma, satu-satunya kawan ada di sisinya saat dia menangis sebegini.

Tangan naik menyeka air mata. Dia tak punyai sokongan moral untuk terus menguatkan hari-harinya. Mungkin Shahrul harus melupakan sahaja cita-cita demi menjadi seorang pensyarah jika keadaannya begini. Lelaki itu bingkas berdiri.

Sebuah katil yang menempatkan tubuh yang dia cintai menjadi tujuan pada pagi itu. Hanya dia yang tinggal sebagai ahli keluarga buat Puan Hasmah. Ber'bin'kan Abdullah, entah siapa ayah kandungnya.

Ibunya kata, memang silap diri sendiri yang kemaruk dengan cinta hingga sanggup menggadaikan maruah seorang wanita. Meskipun begitu, tindakan mengugurkan kandungan adalah perkara yang jauh sekali untuk terlintas. Membesarkan seorang anak lelaki tanpa saudara mara di sisi memang sesuatu yang mencabar namun bukanlah mustahil. Buktinya, Shahrul elok sahaja membesar malah sering menerima anugerah dekan di kolej. Sejak sekolah rendah lagi pencapaiannya dalam akademik menggembirakan sang ibu. Tubuh Shahrul sihat tanpa sebarang penyakit, itu sudah cukup untuk membuatkan Puan Hasmah bersyukur.

Shahrul berlabuh di kerusi berdekatan. Duit pinjaman belajarnya telah digunakan untuk membiayai kos pendahuluan perubatan ibunya.

Tangan Puan Hasmah diraih lalu diletak bersentuhan dengan pipi. "Mak, bangunlah," lelaki itu tersenyum nipis. Dikucup kekura tangan yang berpenat lelah membesarkannya itu.

Puan Hasmah terlantar dalam keadaan stabil setelah melepasi fasa pembedahan pada hari semalam. Dia terlibat dengan kemalangan jalan raya hingga banyak tulang yang patah dan retak. Paling mudah untuk terlihat ialah kedua belah kakinya yang berbalut. Dalam jangka masa yang panjang, bonda Shahrul tak mampu untuk berjalan. Beberapa peringkat pembedahan harus dijalankan setiap bulan mungkin. Barulah saraf dan urat kakinya dapat berfungsi kepada sedia kala.

Shahrul tidak mempunyai duit untuk itu.

Nafas dalam ditarik. "Tak apalah. Abang tak payah sambung belajar. Abang nak jaga mak dekat rumah," ujarnya.

Berkali-kali Shahrul memikirkan keputusan yang bakal diambil. Mahu teruskan belajar atau menjaga ibunya yang telah lumpuh separuh badan di rumah?

Layakkah dia untuk meninggalkan cinta hati demi mengejar cita-cita. Mestilah dia tak akan mengabaikan ibunya. Sudahlah dia tidak mempunyai adik beradik mahupun saudara mara, pada siapa harus diharapkan jika bukan diri sendiri.

Kepalanya diturunkan berbaring di sebelah bahu Puan Hasmah. Tangisannya tidak berbunyi. Tangan kekal berpegangan dengan wanita berusia itu.

Dunia terasa sempit seketika.

Wajah ibunya kekal dalam pandangan. Tiada suami pun wanita itu masih mampu untuk untuk teguh berdiri di saat keluarga membuang diri.

"Abang sayang mak," bisik Shahrul. Cita-citanya tidak ke mana jua. Kebahagian Puan Hasmah adalah satu keutamaan diri. Kelopak mata diturunkan rapat. Rasa lapar tidak menjengah lelaki itu.

Biar semua memerlinya sebagai anak haram, dia sudah lali. Kalau memang pun dia anak haram, itu satu hakikat yang tak mampu diubah. Hanya satu yang bisa dibaiki iaitu dirinya yang sekarang ini untuk menjadi seorang anak soleh.

Kadang-kadang hati ini telah kebal daripada melayan ejekan anak-anak mentah. Dipanggil pondan kerana sikapnya yang lembut dan suka berkawan dengan perempuan sejak di bangku sekolah. Suara yang sebegini pula tak tahulah bila hendak menjadi garau.

Shahrul berasa selamat di sisi ibunya. Bibir berlabuh pada bahu wanita itu.

Dia telah pun memikirkan hari yang sesuai untuk kembali ke hostel dan mengambil semua barangnya. Hendak khabarkan kepada Akma, Akma sedang sibuk berkhemah. Mungkin Akma tidak mempunyai talian di hutan sana. Mesej Whats App pun satu tick sahaja.

"Akma, cepatlah balik. Aku perlukan kau," bisik hati Shahrul Ridzwan.

***

Wajah Akma yang sedang tidur kepenatan ditatap Amir. Dia tersenyum sendiri. Akma memang cantik walaupun sewaktu tidur di dalam baju sweatshirt comotnya. Cahaya mentari hampir memancar ke segenap ruang hutan. Lingkaran hitam jelas pada bawah mata Amir kerana tidak tidur langsung semalaman. Dia kekal berjaga demi keselamatan gadis itu.

Amir bingkas berdiri tatkala mendengar panggilan namanya. Itu pasti mereka yang lain bersama-sama Tuan Adham. Sahutan dibalas Amir. Hatinya memanjatkan kesyukuran.

"Akma, bangun. Bantuan dah sampai," bilang Amir. Tangan diangkat melambai ke arah mereka semua.

Wajah dikesat dengan lengan baju. Akma mencelikkan mata. Dia mahu menggerakkan kaki kiri, menyegatlah rasa sakit. Buku lalinya kelihatan agak teruk membengkak. Akma terkejut beruk. Buruknya rupa kaki sendiri yang comot sana sini. Memang kaki ayam sungguh.

Selang beberapa meter terdapat trek laluan hutan yang telah ditanda tali. Rupanya mereka sudah tidak jauh dengan tapak perkhemahan sebenar. Cuma kegelapan malam menghalang mereka bagi menyedari itu.

Akma memeriksa seluruh tubuhnya yang masih elok bersarung baju. Nafas lega dihela. Ekor mata melihat wajah Amir yang kepenatan. Amir langsung tidak menyentuhnya semalam. Mujurlah.

"Akma," suara Badrul menerjah telinga. Terkebil-kebil Akma mahu menyahut. Air matanya berguguran. Dia mula menangis apabila Badrul menurunkan badan dan memeluknya seperti Akma yang berusia tiga tahun.

Tuan Adham menggeleng lemah. Sudah dibilang jangan masuk hutan, Akma berdegil juga. Selipar entah hilang ke mana, buku lali habis membengkak.

"Akma okay?" bisik Badrul. Dia mengusap wajah gadis itu lembut. Bibir pucatnya tersenyum nipis.

Akma mengangguk dengan linangan air mata. Tidak berkelip dia melihat dahi Badrul yang tersemat luka. Disentuh dahi lelaki itu. "Kenapa ni?" soal Akma polos.

"Dah, jom balik." Badrul berpaling membelakangi Akma. Badan diturunkan agar Akma dapat menaiki belakangnya. Tubuh kecil gadis itu digendong Badrul yang masih lemah selepas bergelut dengan arus sungai semalam. Kaki Akma dipegang kejap, langkah dibuka Badrul mengikuti Tuan Adham.

Badrul berkeras mahu menjejaki Akma di hutan. Dia tahu Akma akan didatangi trauma jika ada lelaki yang tidak dikenali mengelilinginya. Disebabkan itulah Badrul ada di sini, di samping Akma. Dia tak mahu meninggalkan gadis itu berseorangan lagi.

"Bad, kau dah okay?" tegur Amir. Langkah mereka dibimbing oleh Tuan Adham di trek denai. Beberapa petugas yang lain ada bersama-sama mereka. Para peserta perkhemahan sedang melakukan aktiviti seperti yang tertera dalam tentatif. Kehilangan Amir dan Akma telah disenyapkan untuk tidak menimbulkan kekecohan.

"Okay sikit," sengih Badrul. Lehernya sedang dipeluk Akma. Untuk mengangkat gadis yang kurang daripada 40kg ini tidak pun menjadi beban buat Badrul. Akma menyandarkan kepalanya pada bahu Badrul.

"Kau buat aku risau," balas Amir. "Kenapa kau masuk sungai semalam?"

"Entahlah, Mir. Aku pun tengah pening lagi sekarang ni. Nanti balik hostel aku cerita." Biarlah Badrul saja yang tahu kejadian semalam. Dia mengucap panjang melihat yang dikejari itu bukanlah Akma.

"Badan kau panas," bisik Akma. Matanya menekur jalan.

Badrul cuba untuk melihat wajah gadis itu. "Semalam aku jatuh sungai. Air dia sejuk."

"Turunkan Akma," pinta Akma. "Akma boleh jalan sendiri."

"Tak nak," geleng Badrul. "Biar aku yang bawa kau. Aku dah janji nak jaga kau walau apa pun yang berlaku. Aku tak nak tinggalkan kau lagi."

Gadis itu terdiam. Badrul tidak bersalah atas apa yang telah berlaku. Andai Badrul ada pada hari itu, pasti Badrul akan bermatian pertahankannya. Apa yang berlaku tak mampu diubah, takdir sudah menentukan.

"Amin, kau sayang aku?" soal Akma perlahan. Dia tak mahu Amir mendengar perbualan mereka.

"Sayang."

"Tapi kau dah ada Nafisah... Mesti kau sayang dia, kan? Mesti kau akan abaikan aku nanti."

Berjalan sambil berbual amat sukar. Nafas Badrul telah pun termengah, badannya masih belum sembuh sepenuhnya. Laluan hutan bukanlah landai untuk dia bersenang lenang sambil menggendong Akma ini.

Akma masih dengan perasaan takut untuk kehilangan. Akma dan fikiran buruknya tak dapat dipisahkan. Apa yang difikirkan hanyalah kemungkinan buruk. Kepercayan Akma payah untuk diraih.

" Akma, awak tu adik saya. Nafisah tetap tak boleh gantikan tempat awak. Janganlah rasa tersisih," balas Badrul lembut.

Wajah gadis itu memerah malu dibahasakan awak saya.

"Akma tetap Akma. Jangan risau, ya? Aku tetap sayangkan kau sampai bila-bila. Kalau ada orang yang buli kau, beritahu je aku. Kalau kau rasa nak menangis, bahu aku ada. Kalau kau rasa sunyi, aku akan datang." Ayat itu membuatkan Akma mengangguk kecil. Kepala kembali bersandar pada bahu abangnya.

"Terima kasih," bisik Akma. Walaupun dia tidak mempunyai abang dan kakak, kehadiran Badrul sudah cukup untuk memenuhi hidupnya. Ada hikmah mengapa lelaki itu menjadi saudara susuannya. Ditambah pula dengan Nafisah yang lembut itu. Hidupnya hampir sempurna. Dia saja yang buta dan terlalu mengikut nafsu.

Air matanya menitis di baju Badrul. Dia tak mahu menyalahkan takdir lagi.

Badrul menurunkan Akma di khemah rawatan. Lelaki itu turut masuk dan berlabuh di katil bersebelahan. Air kosong diteguk dua kali bagi membasahi tekaknya yang perit. Amir sudah meminta diri untuk membilas diri di bilik air.

"Amin, kenapa dengan dahi kau?" soal Akma.

Badrul terdetik untuk menyentuh dahi sendiri. "Aku terhantuk semalam masa kena hanyut dalam sungai. Nasib baik Tuan Adham sempat tarik badan aku. Kalau tak... Entahlah."

Lengannya juga ada sedikit calar.

"Kenapa kau masuk dalam sungai?" Seorang petugas merawat kaki Akma yang membengkak itu.

"Sebab aku nampak kau jatuh." Kakinya menolak sesama sendiri bagi menanggalkan kasut sukan. Jam tangan dan segala barang ada di atas katil itu. Semalam dia berehat di sini selepas diselamatkan oleh Tuan Adham.

"Kalau betul pun aku jatuh, kau tak payahlah terjun. Kau tak pandai berenang, tindakan kau tu akan membunuh diri sendiri," geram Akma.

Badrul mengangkat kakinya lalu berbaring. Lengan sendiri dijadikan batal. Dia melihat Akma lama.  "Bila melibatkan dengan orang yang kita sayang, perasaan melebihi akal. Aku cuma nak kau selamat."

Akma memejamkan sebelah mata menahan sakit. Kakinya dibalut rapi dengan bandage.

"Kau pula kenapa masuk dalam hutan?"

"Sebab nak cari kau..."

Badrul tersenyum kecil. "Terima kasih. Cuma, jangan buat macam tu. Bahaya."

"Biarlah aku nak selamatkan orang yang aku sayang juga." Matanya berkaca-kaca. Badrul tetap lelaki yang sama walau masa telah berganjak.

***
votexkomen
***

Akma dah dapat terima kenyataan 😭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro