26 : Misi Akma

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Lelaki itu tidak berkelip memandang.

Akma memetik jari di hadapan wajah Shahrul. Hairan Shahrul terkelu melihat dia masuk ke dalam kereta.

"Sorry, aku terkejut. Ingat ke ada ustazah sesat mana masuk kereta aku." Shahrul cepat-cepat mengalihkan pandangan. Dia masih terkesima dengan penampilan Akma yang bertudung labuh ini. Warna merah jambu pula tu, amatlah kontra dengan perwatakan brutal Akma.

"Aku rasa peliklah pakai tudung ni," adu Akma. Tali pinggang keledar dipakainya dengan juihan bibir.

"Aku pun pelik. Kau dapat mimpi apa sampai pakai macam ni?"

"Ada orang bagi tudung ni. Panas sebenarnya tapi aku tahan je." Jarinya menurunkan suhu pendingin hawa. Digibas-gibas tudung itu. Peluh merenik di ceruk leher Akma. Dia menghela nafas lega ditampar kesejukan kereta Shahrul.

"Macam mana la Nafisah boleh pakai hari-hari macam ni," geleng Akma.

"Akma, nak pergi mana?" soal Shahrul. Tangannya kedua-dua memegang stereng kereta. Aura gadis ini apabila memakai tudung labuh memang lain macam sampaikan Shahrul segan nak bersuara.

"Sebenarnya aku nak pergi Watson atau Guardian. Barang aku ada yang dah habis."

"Okaylah. Dah makan?"

"Dah. Tadi aku makan dengan Nafisah. Mak kau apa khabar?" Akma berpaling dengan jongketan kening.

Kereta Shahrul memasuki jalan raya kembali. "Alhamdulillah, mak aku ada dekat rumah. Dia dah ada selera nak makan nasi. Sebelum ni kan dia tak nak makan sebab terkejut yang kaki dia lumpuh. Penat juga aku pujuk dia. "

"Nanti aku datang rumah kau lagi ya?" Akma melebarkan senyuman. Pertama kali dia datang ke rumah Shahrul untuk melawat ibunya.

"Segan la..." Shahrul menggumam. Rumahnya dah lah kecil sahaja. Barang pula banyak di kiri kanan dinding. Mahu di sorok mana muka sendiri pun tak tahu.

"Aku je pun. Nanti aku tolong kau kemas rumah kalau kau penat balik kerja."

"Tak payah, Akma," larang Shahrul.

"Ish, biarlah."

"Akma, jangan buat aku segan macam ni. Kau tu perempuan, aku ni lelaki. Tak eloklah kau datang rumah aku sesuka hati. Kadang-kadang khabar tak ada, tiba-tiba kau terpacak depan pintu rumah aku," luah Shahrul. Dia memegang pelipis sendiri.

"Kau tak suka ya aku datang?" Akma terkeli-kelip memandang. Hatinya merundum sedih.

"Bukan. Aku hargai semua budi kau tapi kau tak boleh terlalu rapat dengan aku sampai rumah aku pun kau nak kemas."

"Biarlah. Suka hati aku lah," geram Akma. Kakinya di bawah menghentak lantai kereta.

"Akma, aku cuma segan. Tolonglah faham."

"Kenapa nak segan? Kita dah berkawan lama dah. Mak ayah aku pun kenal kau." Akma masih ingin mempertikai. Dia merasakan dirinya sedang ditolak tepi padahal jelas-jelas usahanya untuk membantu rakan sendiri.

"Segan sebab aku ni lelaki. Kalau aku perempuan, aku tak kisah kalau kau datang rumah aku sesuka hati." Shahrul sudah penat hendak memahamkan Akma ini. Cakap seribu kali pun dia tidak faham gamaknya.

"Jadi? Kenapa?" Nada Akma berubah. Matanya menjeling tidak puas hati. "Kau dah tak nak kawan dengan aku?"

"Sebab aku ada perasaan dekat kau. Dah, cukup." Inilah yang terjadi apabila persahabatan baik antara lelaki dan perempuan terjalin. Shahrul memejamkan mata sendiri.

Akma yang mahu membalas termati kata.

"Pe- perasaan apa?"

"Perasaan melebihi seorang kawan baik. Aku tetap lelaki, Akma. Walaupun suara aku macam perempuan." Mata Shahrul memandang hadapan. Dia tak mahu menjawab apa-apa lagi, takut nanti ditertawakan Akma yang tidak pernah nak anggap segalanya serius.

Gadis bertudung labuh itu menurunkan pandangan. Dia tidak tahu pun Shahrul akan memendam rasa padanya.

"Lupakan je lah apa yang aku cakap," ujar Shahrul. Suasana di dalam kereta itu berubah kekok. Akma masih bingung dengan perasaan hati Shahrul.

Bibirnya mengoyak senyuman. Shahrul membuka tali pinggang keledarnya. "Dah, jom. Kita dah sampai."

Kereta Myvi kelabu itu tersadai di ruangan parkir luar pusat membeli belah.

Akma menapak keluar. Mulutnya terkunci. Dia sedar yang Shahrul ialah seorang lelaki. Matanya sahaja yang menganggap lelaki itu rakan perempuannya. Shahrul banyak berubah sejak berhenti kolej.

Ekor mata Akma melihat Shahrul dari sisi. Terlihat lelaki yang berbeza setelah luahan hati tadi. Lelaki yang selalu memenuhi kehendaknya sejak tahun satu. Lelaki yang dia tidak suka orang lain lekehkan.

Mereka berjalan seiringan

"Shahrul." Panggilan pun sudah berubah. Akma tidak lagi memanggil nama Sherry.

"Ya?"

"Aku nak melawat mak kau lagi boleh?"

"Boleh, cuma beritahu dahulu kalau nak datang. Barulah aku boleh hidup dengan tenang," balas Shahrul. Kelam kelibut hidupnya apabila Akma main sergah sahaja ke rumahnya.

Akma tertawa halus. "Okay. Kau tengah diet lagi ke?"

"Mana ada. Aku cuma amalkan gaya hidup yang sihat," nafi Shahrul cepat-cepat. Sudah hampir seminggu dia tidak menjamu nasi. Yang diambil hanyalah empengan oat untuk mengalas perut sebelum ke tempat kerja.

"Ya? Berapa berat kau?"

"Mana boleh, rahsia."

"Gediklah kau nak rahsia-rahsia. 80kg?"

"Tak nak jawab." Bila dia perolehi berat badan ideal, baru boleh khabarkan kepada Akma.

Tangan yang hendak mencubit pinggang lelaki itu ditarik Akma. Dia tidak boleh buat begini. Shahrul itu seorang lelaki dia pula perempuan.

"Jom masuk Watson."

Bibir Akma tersenyum nipis. "Jom."

"Kau nak beli apa?"

"Clay mask aku dah habislah. Skrub muka pun tinggal nyawa-nyawa ikan," jawab Akma. Mereka melangkah ke bahagian penjagaan wajah.

Kening Shahrul berkerut. Bakul besi diambilnya tadi dan kekallah dia berdiri di belakang Akma.

"Kau tak nak beli barang ke?" soal Akma.

"Aku ada dah dekat rumah."

"Kau pakai apa?" Tangan Akma penuh dengan botol skrub.

"Pakai Safi."

"Biar aku teka. Kau guna sabun mandi kan untuk cuci muka?" Akma berdiri tegak dan memencilkan mata.

"Sabun juga, jenama Safi lagi."

"Dan kau guna sabun yang sama untuk syampu rambut, kan?" tebak Akma.

Shahrul tersenyum senget. Dia tidak tahu pun berdosa jika gunakan sabun mandi untuk buat segalanya. Bukan itu sahaja, keretanya pun dibasuh dengan sabun yang sama.

"Kau ni... Cubalah jaga muka, jaga rambut dan jaga badan. Sia-sia je kilang buat pelbagai jenis sabun kalau kau guna satu botol untuk semua keperluan hidup kau," bebel Akma. Pantang betul dengan orang begini. Dia menapak selangkah ke bahagian pencuci wajah lelaki.

" 3 in 1... Salah ke?"

" Salah," geram Akma. Matanya meneliti wajah Shahrul seketika. " Bila kau bangun tidur, muka kau macam mana? Berminyak tak?"

"Berminyak la juga."

"Pernah kulit menggelupas?"

"Tak."

Tangan Akma lincah menyambar beberapa produk berjenama. Kandungan yang tertera di belakang botol diteliti terlebih dahulu. Tiada alkohol dan yang seangkatan, maka ini sesuai untuk kulit wajah seperti Shahrul yang mempunyai jerawat pasir.

"Akma, apa ni?" Shahrul terkejut Akma meletakkan pencuci muka lelaki.

"Untuk kau. Kau ni kena ajar sikit, baru pandai. Bukannya guna sabun mandi nak cuci muka," perli Akma. Dia berjalan bercekak pinggang ke rak yang lain pula.

"Apa benda perempuan ni." Shahrul menggeleng lemah. Dia terpaksa mengikut Akma apabila dipanggil.

Sebekas clay mask diletakkan ke dalam bakul, begitu juga dengan krim rawatan. Akma masih tidak berpuas hati selagi dia tidak dapat mencukupkan langkah penjagaan wajah buat Shahrul.

Satah cermin di sebelah dipandang Shahrul. Dia berkerut melihat wajah sendiri. Nak kata cerah, memang tidaklah. Yang ada cuma bekas parut jerawat dan chicken pox. Rambutnya disisir dengan jemari tangan.

"Shahrul, sinilah. Kita pilih syampu pula."

"Akma, aku ni tak bawa banyak duit," jujur Shahrul.

"Hari jadi kau dah nak dekat, kan?"

"Hm," angguk Shahrul.

"Anggaplah ni hadiah dari aku," sengih gadis itu. Dia sedang duduk bercangkung di hadapan deretan botol syampu.

***

Tudung dilemparkan ke bantal. Akma meniarap kepenatan. Belakang badannya yang lenguh ditumbuk-tumbuk.

"Lamanya awak keluar," tegur Nafisah.

"Itulah, tak sangka dah nak Maghrib."

"Awak pergi mana dengan Shahrul? Sakan ya."

"Pergi Watson je. Pilih-pilih barang. Tiba-tiba sampai tiga jam dekat situ sahaja. Pening." Tubuh ditolak terlentang pula. Dia merehatkan lengan di atas dahi. Penuh sebeg kertas yang besar untuk Shahrul sahaja. Akma telah mengugut lelaki itu andai dia tidak mahu memakai barang pembeliaan berkenaan.

Nafisah tertawa halus."Awak memang rapat ya dengan dia?"

"Hm... Macam tu lah." Pipinya digaru lalu dia perlahan-lahan menegakkan tulang belakang. Akma mencapai satu beg kertas di atas lantai.

"Tapi lepas ni jangan keluar sampai senja tau," pesan Nafisah.

"Okay awaknya. Akma ada belikan sesuatu untuk Nafisah." Dia melompat ke sebelah Nafisah pula. Satu beg kertas kecil dihulurkan pada kakak iparnya.

"Rasa tak kena pula kalau keluar lama-lama tak beli sesuatu untuk kau," sengih Akma. Tangan Nafisah ditarik bagi menyambut hadiahnya.

"Akma, saya okay je lah." Nafisah tersenyum. Nampaknya ada sebekas losyen aromaterapi daripada Body Shop.
Hidung gadis itu mencium bau yang menenangkan.

"Suka? Nanti tak adalah kau loya sangat. Kau kan suka pakai losyen," ujar Akma. Tangannya terpasak pada katil sambil kaki yang terjuntai dihayunkan depan dan belakang.

"Suka sangat, Akma. Terima kasih."

"Pakai tau," pesan Akma. Notifikasi dari telefonny membuatkan dia kembali ke katil sendiri.

Amir Farhan

Akma, petang Khamis ni ada usrah. Datanglah.

Ha? Usrah apa? Naqibah
aku takde cakap apa-apa pun.

Usrah bawah kepimpinan
pelajar. Bukan yang dalam
silibus kolej.

Hurm, tengoklah
aku lapang ke tak.

Mungkin nanti Akma lagi
kuat untuk pakai tudung
pemberian saya tu. Akma nampak
cantik sangat siang tadi. Semoga istiqomah ya :)
Amir gembira sangat kalau
Akma dapat datang dan buat
kawan baru di sini. Nanti tak adalah Akma rasa sunyi sangat.

"Suka hati je kata aku sunyi. Aku ada Nafisah, okay," bisik hati Akma. Vermilionnya ternaik dengan sendiri. Matanya merenung siling seketika.

Blink

Satu lagi mesej daripada jejaka berkopiah itu.

Amir Farhan

Akma fikirkanlah. Amir
okay je kalau Akma tak datang.
Cuma sedih sikitlah.

Mata Akma teralih ke arah Nafisah.

" Akma, kita solat maghrib dekat surau nak tak?" tegur Nafisah.

"Boleh je."

Terkelip-kelip mata Akma melihat jam. Sudah hampir 7 malam rupanya. Telefon pintar diletak ke tepi.

Bergegaslah dia menerjah ke dalam bilik air hingga lupa untuk mengambil bakul toiletries terlebih dahulu.

***
votexkomen
***

sebenarnya lelaki macam Amir ni wujud je. Dia nampak alim-alim kucing, padahal ilmu di dada tak lengkap pun. Ibarat tin kosong. Jadi jaga-jaga! Buaya berkopiah itu wujud.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro