27: Dia Kan Kawan?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Eh, Han. Nak ke mana?" sapa Amir. Dia bingkas berdiri daripada berbaring di atas sofa. "Aku dengar kau dah nikah dengan makwe kau. Betul ke?"

Han mematikan langkah. Di bahunya ada beg sandang. Kelihatan Amir sedang bersantai sahaja di bilik televisyen aras itu sedangkan Badrul telah memesan pada ahli-ahli usrah untuk ke surau malam itu.

"Ya, aku dah nikah dengan Mila," jawab Han bersahaja.

"Kenapa ya? Seingat aku... Kau bukan jenis macam ni. Kau jenis yang suka enjoy dengan kehidupan bujang kau."

"Salah ke? Biarlah aku nak kahwin."

Amir melangkah lebih rapat hingga ke muka pintu. Sebelah tangannya bersandar pada bingkai. Dia berkerut memandang Han ini.

"Serius la? Atau kau dah... Terlanjur dengan dia?" Amir sengaja membulatkan mata. Tak hairan juga jika perkara itu terjadi kerana memang Han mempunyai gaya hidup bebas sejak masuk ke dalam kolej ini.

"Jadi? Kau ada masalah?" soal Han tidak kisah. Dia terlanjur atau apa sekali pun, itu tiada kena mengena dengan Amir Farhan.

Urusannya dan Mila telah dipermudahkan. Dua hari yang lalu dia mengangkat ijab dan kabul di masjid negeri. Majlis persandingan sahaja yang belum dirancang kerana mahu memberi ruang untuk Mila berehat. Kedua orang tua Mila bersetuju untuk menikahkan anak perempuan mereka dengan Han. Han juga adalah anak kenalan mereka, jadi itu tidak ada masalah. Mila pula memang mahu Han bertanggungjawab atas peristiwa malam itu.

"Tak ada. Saja nak tanya sebab kau kan satu usrah dengan aku, dinaqibkan si Badrul tu."

"Aku nak tanya kau satu benda. Apa kau hasut budak-budak lain sampai dorang pandang hina dekat Badrul?" Han menyoal.

"Aku tak hasut. Aku pesan sebelum terlambat." Amir menjongketkan bahu.

"Dengar sini, kau buat bukan-bukan dekat Badrul... Siap kau." Leher baju Melayu Amir ditarik Han berserta ancaman.

Kebelakangan ini Badrul banyak bersendiri kerana rakan-rakannya telah memalaukan lelaki itu. Han tidak tahu sangat perihal Badrul, dia bukanlah mengambil bidang yang sama dengan Badrul. Yang berada dalam pengajian yang sama ialah Amir Farhan ini.

"Lepaslah," marah Amir. Dia menepis tangan Han. Lelaki di hadapannya itu jauh lebih tinggi berbanding diri sendiri yang bermuka Melayu ini. Han sepertinya berdarah kacukan lain.

"Kau tak tahu ke? Badrul tu setiap malam berkhalwat dan berzina dengan perempuan dalam hotel?" soal Amir.

"Ya, memang aku tak tahu sebab aku sibuk pergi surau dengan dia. Takde pula aku nampak dia menggatal dengan perempuan macam kau."

"Aku pula yang kena? Haih, bukan salah aku kalau perempuan yang beratur nak aku. Ni mesti Badrul yang ajar kau terlanjur dengan Mila, kan?" Begitu berat tuduhan yang dilemparkannya.

Han tersenyum mendengar kata-kata daripada lelaki yang tak lekang dengan kopiah. Benarlah kopiah bukan penguji keimanan.

"Itu yang kahwin gelojoh sangat. Mila mengandung anak haram, kan? Aku dah agak dah akan jadi macam ni. Setiap malam kau asyik keluar dengan Mila tu. Elok sangat, sepadan. Seorang kaki kelab malam, si dara pula berlagak jadi instafamous sampai tayang rambut macam takde maruah. Silap hari bulan perut membukit ke depan. Kau ni beria nak kahwin sangat kenapa? Baca Al-Quran pun malas," sambung Amir.

" Maaflah, aku tak bersembang dengan kaki tunggang agama macam kau. Apa sahaja yang kau cakap pasal Badrul, aku takkan percaya melainkan Badrul sendiri yang beritahu aku." Tangan disilangkan ke dada. Kagumnya dia dengan Amir Farhan. Depan perempuan, pijak semut pun tak mati. Bila tunjuk belang, kawan yang susah senang bersama pun sanggup tikam.

" Gunalah otak kau, Han. Mana ada orang nak mengaku kalau dah buat dosa. Dah lah, pergi balik bilik. Tak payah turun surau," geleng Amir. Bahu Han ditepuknya beberapa kali.  "Pergi balik bilik video call dengan isteri kau. Tanya dia dah buat pregnancy test ke belum. Kahwin baru tiga hari, entah-entah dalam perut dah mengandung tiga bulan."

Pergelangan tangan Amir dicengkam Han tidak semena-mena. Dibakar-bakar hati Han dengan kata-kata sampah Amir. Manusia seperti Amir ini, selagi tak diajar selagi itu tidak akan senyap. Mata Han yang berwarna perang itu menjeling tajam.

Amir mula mengerang kesakitan apabila Han memulas lengannya. "Kau mengata isteri aku ya tadi? Dia tak ada maruah? Mengandung anak haram?"

Jari kelingking Amir dikilasnya ke belakang dengan kuat. "Dengar sini, kau boleh mengata aku. Tapi jangan kau nak hina Mila."

Dan semakin kuat apabila nama Mila disebut. Rayuan Amir diabaikannya. "Lagi satu, jangan nak hina Badrul. Dia lagi tinggi ilmu dari kau yang sembang kencang ni. Kalau nak jadi alim, bukan setakat pakai kopiah je. Tapi rajinkanlah diri tu nak jejak kaki ke masjid."

Puas hati lelaki tinggi lampai itu melihat Amir berkaca mata. Dia melepaskan Amir dengan sebuah senyuman sinis. "Harap kau belajar sesuatu hari ni."

Perbuatan Han hampir membuatkan Amir meraung tidak henti. Jari kelingkingnya berasa amat sakit. Dia terduduk di muka pintu sambil memejamkan mata.

"Lagi empat jari tangan kanan kau, aku simpan esok lusa. Nama Mila lagi yang kau sebut, aku akan patahkan lagi empat tu." Han tertawa sahaja dan beransur pergi.

Amir meneguk liur. Nafasnya berombak laju. Dia cuba menggerakkan jari kelingkingnya yang hampir dipatahkan. Seinchi pun Amir tak mampu gerakkan. Apabila disentuh kelingking itu, rasa sakit menyengat-nyengat. Barangkali kelingkingnya telah patah.

"Jaga kau, Badrul," bengang Amir.

***

"Abang tidur lambat ya minggu ni?" soal Nafisah lembut. Senyumannya nipis membentuk. Wajah Badrul tampak lesu tika melangkah masuk ke dalam bilik hotel bajet.

"Ya, sayang. Abang sakit kepala la."

Gadis itu terduduk di birai katil. Beg sandangnya diletakkan ke tepi. Ruang kosong di atas katil ditepuk Nafisah. "Abang baringlah. Biar saya picit kepala abang."

Badrul mengangguk akur. Dengan Nafisah sahaja dia mampu untuk menghilangkan kegusaran hati. Lelaki itu merangkak ke atas katil lalu berbaring di atas riba sang isteri yang masih bertudung litup.

"Okay tak final year project abang?" Rambut Badrul diraupnya ke belakang.

"Abang pening fikir projek abang ni. Nak buat proposal pun susah," adu Badrul. Wajahnya mendongak memandang buah hati.

"Tak apa. Nanti abang jumpa doktor, minta bimbing abang. Projek tu kan lambat lagi, abang ada banyak masa untuk siapkan."

"Ya, memanglah lambat. Tapi abang tak suka buat kerja terburu. Kalau boleh nak semua siap ikut timeline abang." Belaian gadis itu menghilangkan segala lelah. Pelipisnya dipicit sekadar tetapi kena pada tempat yang berdenyut.

"Abang janganlah tidur lambat lagi," pesan Nafisah.

"Ya." Kelopak mata mula diturunkan. "Awak, abang rasa kawan-kawan abang dah tahu yang abang dah kahwin."

"Kenapa abang kata macam tu?" Ruas dahi suaminya diusap. Jari runcingnya masih memicit melegakan bebanan Badrul.

"Sebab... Semua pandang serong dekat abang."

"Tapi kalau dorang tahu abang dah kahwin, kenapa nak pandang serong? Saya rasa ada benda tak kena."

"Abang tak tahu la sayang." Badrul malas memikirkan soal rakan-rakannya. Dia boleh saja hidup bersendiri tanpa mereka. Han masih ada bersamanya.

"Akma kata dia ada dengar mulut-mulut cakap pasang abang. Dia kata abang kantoi pergi hotel setiap hujung minggu dengan perempuan berniqab." Nafisah tersenyum nipis. Kasihan Badrul yang kena tempiasnya.

"Abang rasa kita patut siarkan tentang hubungan kita. Sekurang-kurangnya biarlah rakan sekelas tahu yang abang dan Nafisah dah lama berkahwin. Abang tak nak nanti bila perut Nafisah dah ke depan, ada pula yang mengata isteri abang." Mata dicelikkan. Badrul agak kusut dengan tuduhan tak bermotif itu.

" Biasiswa abang?"

"Abang tak boleh nak buat apa. Nantilah abang berunding dengan pihak mereka. Asalkan orang lain tahu yang abang bukan buat benda terkutuk. Abang tak rasa rahsia hubungan kita ni akan kekal selamat." Badrul menghela nafas berat. Lambat laun, pernikahannya akan diketahui juga. Tak mahulah segalanya bertambah buruk.

" Semoga Allah permudahkan urusan abang. Doa banyak-banyak, jangan peningkan fikiran. Kalau masih ada rezeki untuk abang peroleh biasiswa tu, mesti ada bahagiannya yang Allah jaga."

Balasan Nafisah sedikit sebanyak melegakan hati lelaki itu. Dia tersenyum kecil. Kepalanya masih dipicit Nafisah hingga membuatkan Badrul hampir lena.

Badrul terkelip-kelip memandang.

" Awak okay belajar?" soal Badrul.

" Okay. Alhamdulillah, semuanya okay. Abang, Akma suka sangat belikan saya macam-macam. Saya seganlah."

Badrul tertawa halus. "Dia memang macam tu. Kalau dia sayangkan seseorang, paling mudah nak nampak ialah cara dia belanjakan duit buat kita. Dengan orang lain, Akma ni kedekut sikit nak keluarkan duit. Awak tahu tak dia beri berapa ribu dekat Shahrul untuk perbelanjaan perubatan mak Shahrul? "

" Berapa? "

" RM10 ribu."

Mata Nafisah membulat terkejut. Sungguh besar nilai itu padanya.

"Abang ada juga teka yang dia sayang Shahrul tu. Tapi dia pun masih terumbang-ambing dalam pelajaran, jadi abang malaslah nak usik dia sangat," sambung Badrul. Akma cuba merahsiakan apa pun pasti diketahui dengan mudah.

"Akma tu nampak je ganas, dia ada hati juga ya dekat Shahrul?"

"Eh, mestilah. Abang siap ajak Shahrul tu minum dengan abang dekat kedai mamak. Saja nak tengok orang yang Akma sayang tu."

"Dia elok ke orangnya?"

"Nampak macam... Baik je. Cuma nanti abang bimbing dia." Badrul tersenyum sahaja. Shahrul itu budak baik cuma perlu ada orang yang menunjukkan jalan yang betul dan salah. Anak muda zaman sekarang ramai yang tidak terdedah dengan ilmu agama. Rasanya Shahrul sejenis yang akan menerima dengan hati yang terbuka.

"Baguslah. Saya risaukan Akma. Ada hari tu saya nampak Amir usha dia tak henti."

Berkerutlah kening Badrul. "Dia kacau Akma?"

"Saya tak tahu. Mungkin abang patut tanya Akma sendiri. Amir tu kan dah bertunang dengan budak luar. Tak eloklah kalau dia buat perangai buaya lagi." Nafisah sendiri kenal benar perangai Amir.

Sejujurnya, Amir mudah terjatuh hati dengan gadis bertudung labuh. Hinggakan Nafisah pernah diusik Amir tika Badrul belum menjadi suaminya. Tetapi kerana tidak dilayan, Amir berpindah kepada gadis lain. Sampailah pertunangan dengan gadis bernama Atikah diadakan bulan lalu.

"Amir tu keras kepala juga. Abang pening nak jaga dia seorang. Kadang-kadang dia dengar kata, tapi ada masa dia melawan dan pertahankan pendirian diri yang salah. Nantilah abang cakap dengan dia."

"Abang jangan bergaduh pula dengan dia." Bantal berhampiran dicapai Nafisah. Kepala Badrul dialasnya dengan bantal kerana mahu berbaring di sebelah lelaki itu.

"Ish, tak adalah sampai macam tu. Amir tu kan kawan rapat abang?"

Baru sahaja Nafisah mahu mencabut tudung, Badrul bingkas bangun.

"Kenapa, abang?" soal Nafisah.

"Ada orang ketuk pintu," khabar Badrul. Kakinya melangkah ke muka pintu. Sebelum melebarkan bukaan, sempat dia mengintai melalui satu lubang di pintu.

"Ya?" Badrul menapak keluar lalu mengatup pintu kembali. Tak mahu ada yang terlihat isterinya.

"Kami dari jabatan agama Islam, ada terima satu aduan."

***
votexkomen
***

Buku ni dah cecah 2k reads! Walaupun tak ramai baca tapi takpelah. Terima kasih yg sudi baca. Macam mana dengan cerita penghijrahan ni?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro