3: Tutup Aurat dan Neraka

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sehelai sweatshirt berlengan panjang disarungkan pada tubuh. Di tengah-tengah terdapat corak kartun Mickey Mouse yang comel berjoget. Headphone wireless pada kepala mengizinkan dia untuk mendengar lagu sepanjang bersiap selepas mandi pagi. Segala baju busuknya dimasukkan ke dalam bakul pakaian untuk ke dobi sebentar lagi. Baju anak-anak pula dikumpulkan dalam beg khas terselindung dari pandangan mata.

"Akma," panggil Nafisah.

Panggilan itu tak didengari dengan jelas. Gadis itu bingkas berdiri dan mendekati rakannya.

Akma terkelip-kelip apabila gadis bertudung 24 jam itu berdiri menghadapnya. Muzik dimatikan sambil keningnya terjongket kedua-dua belah.

" Awak free tak hari ni?" Segaris senyuman dihadiahkan Nafisah. Ada satu hasrat yang nak disampaikan dalam hati.

"Aku nak pergi mendobi dengan kawan sekejap lagi. Petang kot baru balik."

"Lama ke dobi? Saya nak ajak awak pergi surau sekejap lagi. Pukul 11 pagi. Ada ceramah pasal solat," terang Nafisah.

"Aku balik petanglah. Sorry." Bakul baju kotor diletakkan ke atas katil. Cadarnya ditanggalkan pula untuk dibasuh setelah seminggu digunakan. Alang-alang nak basuh, baik basuh satu bilik. Barulah tak rugi sabun.

"Okay..." Nafisah diam sahaja dan kembali pada meja belajar.

Tak cukup dengan itu, Akma mengangkat kerusi ke tepi dinding lalu dia berdiri di atasnya. Langsir biliknya dicabut kesemua sekali.

Perbuatan itu hanya diperhatikan Nafisah. "Awak memang suka membasuh ke?" Cuba mencari kimia dalam perhubungan mereka yang berkenal tak sampai seminggu. Akma sibuk dengan kawan-kawan sendiri, Nafisah pula sibuk dengan hal peribadi. Sukar untuk mereka bersua muka melainkan malam hari nanti.

"Tak juga. Cuma ada sawang labah-labah semalam dekat langsir ni. Macam dah lama je tak basuh." Mata Akma tidak beralih ke arah Nafisah tika bercakap. Dengan mudah, langsir itu dimasukkan ke dalam bakul baju kotor juga. Sebahagian tidak muat untuk disumbat, lalu Akma mengambil shopping bag nya.

" Kau tak balik ya semalam?" soal Akma buat gadis itu. Katil Nafisah kosong sahaja. Subuh tadi barulah gadis itu pulang secara senyap-senyap.

"A ah. Saya tidur dekat lain. Kenapa? Awak takut ke tidur sorang-sorang?"

"Takdelah. Aku cuma pelik kau takde. Manalah tahu keluar dengan lelaki sampai lewat malam sampai esoknya baru balik." Sekali lagi pantulan wajah dilihat. Bedak baby johnson disapu pada pipi, takut nanti apabila mata hari terpacak atas kepala habis muka berminyak macam boleh goreng telur pula. Botol bedak itu dimasukkan ke dalam beg sandangnya.

Nafisah hanya tertawa halus dengan usikan Akma. "Awak nak keluar dengan siapa ni?"

"Sherry."

"Sharifah?"

"Eh, bukan. Shahrul," geleng Akma. Sebelah bahunya menyandang beg. Bakul pakaian diheret hingga ke muka pintu seorang diri.

"Lelaki?" Nafisah sedikit terkejut.

"Ya. Tapi dia jenis lembut-lembut macam tu la. Sebab tu aku kawan dengan dia. Nanti ada masa aku kenalkan kau dekat dia, okay?" Hood pada kepalanya dinaikkan ke atas. Akma sekadar memakai anak tudung yang menyorokkan anak rambutnya daripada tersembul keluar.

"Mana tudung awak?"

"Perlu ke?" balas Akma. "Macam ni pun okay apa?" Matanya menilik diri sendiri atas dan bawah. Seluar jeans slim fit, baju sweatshirt yang besar dan anak tudung.

"Kalau awak bergerak, nampak leher tu." Mata Nafisah tak lepas melihat wajah rakannya.

"Nanti pandai-pandai la aku cover. Aku nak pergi dobi je pun." Bakul pakaian diangkat sepemeluk lalu selipar jepun di luar disarungkan.

Akma cepat-cepat melepaskan diri daripada rakan sebiliknya. Dia mencebik sendiri dan berlalu ke lift.

"Ada je nak tegur," omelnya. Satu langkah membawa dirinya ke dalam lift. Butang paling bawah sekali ditekan.

"Bukannya aku pakai seksi sampai tunjuk sana sini. Aku pakai selebet macam ni je pun. Mujur kalau ada lelaki nak pandang."

Sepanjang berjalan ke susur gajah di pintu keluar hostel puteri, sepanjang itulah mulut kecil itu membebel sendiri.

Shahrul yang melihat kawannya dari jauh hanya menongkat dagu.

Pintu kereta dihempas oleh gadis berkenaan setelah masuk ke dalam. Terkejut Shahrul dibuatnya.

"Tutup la elok-elok," tegur Shahrul.

"Sorry. Aku tak perasan sebab tengah fikirkan sesuatu." Selamba sahaja dia menghempas pintu kereta Shahrul kemudian menjual maafnya. Tali pinggang keledar ditarik dan dikunci.

"Fikir apa?"

Pacuan beroda empat itu mula bergerak ke arah jalan utama. Jika dikira hempasan hari ini, minggu ini sahaja Akma telah menghempas pintu keretanya sebanyak tujuh kali dengan alasan tidak sengaja. Lama-lama arwahlah pintu di sebelah ini.

"Nafisah tu tegur aku. Dia tanya mana tudung aku." Bibir Akma automatik memuncung. Tangannya menyilang ke dada.

"A ah, kan? Mana tudung kau? Habis semua kau kutip nak basuh?"

"Tudung aku ada je. Aku pakai macam ni pun okay apa? Aku bukannya nak mengorat mana-mana lelaki," balas Akma sambil menggulingkan biji mata.

"Haih," keluh lelaki itu. Susah juga nak berdebat dengan orang yang keras kepala. "Nafisah tu tegur sebab dia kisah pasal kau. Dengarlah nasihat dia. Setakat ni dia takde lagi suruh kau buat jahat, kan?"

"Memanglah takde."

"So, cuba terima perlahan-lahan."

Lama otak Akma mengkoordinasikan buah fikiran. Dia mengerling ke arah Shahrul. "Kau tak kisah pasal aku la ni? Sebab tu kau tak pernah tegur aku? Atau apa aku buat betul apa selama ni. Perempuan tu je nak acah-acah ustazah."

"Aku tengah kisah la ni. Sebab tu aku suruh kau dengar cakap dia. Lebih baik perempuan yang tegur berbanding lelaki," balas Shahrul. Simpang kanan diambil setelah lampu beralih hijau.

"Mana kau belajar?"

"Naqib aku cakap semalam. Katanya cuba kita nasihatkan sesama jantina dulu sebelum nak nasihat berlawanan jantina. Sebab bila benda tu berlaku selalunya cinta pula yang akan berputik."

Akma kalah. Dia nak melawan pun ada betulnya juga.

***

"Kau ni menyempat lagi nak basuh baju?" geleng Amir. Punggung dilabuhkan pada bangku kayu berdekatan mesin basuh yang diguna pakai oleh Badrul.

"Alang-alang tengah hujung minggu, kan?" balas Badrul. Pakaiannya telah siap dikeringkan. Mujur hari ini orang tidak ramai. Sehelai demi sehelai pakaian diperiksa lelaki itu bagi memastikan tiada yang lembab dengan pegangan tangan.

Amir meliarkan mata ke sekeliling. Boleh pula terserempak dengan naqib usrahnya selepas bersarapan di kedai mamak sebelah sana. Orang kata, kuat betul jodoh kalau asyik berjumpa ni.

"Bad, macam mana kelas kau minggu ni? Okay?"

"Alhamdulillah, okay je. Kau?"

"Okay je. Cuma awal-awal minggu lagi pensyarah dah bagi assignment."

"Okay lah tu. Baru kau tak berfoya-foya je kerja. Sibuk dengan perkara bermanfaat tu kan lebih daik daripada sibuk dengan perkara lagha."

Amir tertawa halus.

Disebabkan mereka tidak sekelaslah jarang nak bertemu. Namun, makan tengah hari masih tetap bersama. Itu yang kejadian tempoh hari terlerai tika Badrul tercari-carinya yang masih tidak keluar dari dewan.

Kening Amir bertaut apabila dia terlihat seakan baju tidur perempuan dari longgokan pakaian di dalam bakul baju Badrul. Lama Amir perhatikan baju itu.

"Bad, tu baju perem-"

Satu bakul pakaian yang besar diletakkan ke sebelah tempat duduk Amir hingga lelaki itu tersentak. Pertanyaannya terbantut dek gangguan itu. Ekor matanya seakan menangkap satu wajah. Dia mendongak sedikit atas.

"Kau?" Amir terkejut.

"Oh, kau pun mendobi ke?" jawab si gadis acuh tidak acuh. Hanya Amir yang terkejut nampaknya.

Amir mengetap bibir tak mahu menjawab. Pandangannya dialihkan ke lain. Malas nak mencari gaduh. Nanti dituduh gatal pula, kan dah kena ceramah percuma daripada Badrul Amin.

"Aku minta maaf pasal hari tu." Tak boleh, kemaafan diperlukan juga. Amir mengaku kalah dengan ego sendiri.

"Ha?" Akma terkelip-kelip memandang. "Kau cakap dengan aku ke?"

"Ya. Aku minta maaf," ulang Amir.

Kerlingan daripada Badrul membuatkan dia mahu menamatkan semua itu. Minta maaf sajalah.

"Tahu pun mengaku salah," gumam Akma. Dia masih berdiri terpacak berdekatan lelaki berkenaan. Beg pakaiannya dipegang erat.

"Kau memang tak pakai tudung ke dekat luar?"

Zappp

Akma tersenyum nipis. "Kau ada masalah kalau aku tak pakai tudung?"

"Aku tanya je. Sebab hari tu dalam kelas kau pakai tudung." Hari ini dengan sweatshirt dan jeans sahaja. Amir ini memang suka bercakap lepas. Sikap ramah membuatkan dia menegur seseorang yang padahal tidak pun mempunyai hubungan kawan dengannya.

Jika Shahrul yang bercakap sebegitu, Akma masih boleh terima. " Mulut kau ni memang tak reti nak jaga?" Gigi geraham telah bertemu di dalam mulut.

"Kau tu pakai tudung sekejap-sekejap, ingat masuk neraka sekejap-sekejap?" balas Amir.

Panas.

Minggu ini sahaja lelaki itu telah mencucuk api kemarahan Saidatul Akma dengan jayanya. Tahniah, Pak Ustaz.

"Maaf ya. Kawan saya memang macam ni," Badrul cepat-cepat mencelah. Beg pakaiannya dibawa sekali. Dia seakan berbisik pada Amir Farhan untuk menghentikan perbualan dan beransur pergi.

Satu tamparan hinggap di lengan Shahrul tidak semena-mena.

"Kau dah kenapa perempuan?" Shahrul mengusap lengannya yang keperitan. Baru saja jumpa tempat parkir kereta, itu yang lambat sedikit tiba. Tibanya pula menjadi tempat tamparan maut Akma menyinggah.

"Si Amir Farhan tu... Aku geram betul. Dia acah ustaz-ustaz, mulut tu pula macam longkang. Dia nak cakap aku masuk neraka? Macam tu? Ergh!"

"Biarlah dia. Jangan layan."

"Biar? Dia ingat dengan kopiah saja boleh masuk syurga kalau takde adab dengan manusia?" Berdesing kata-kata Amir di gegendang telinga Akma. "Judgemental punya alim-alim kucing."

"Dah lah... Aku malas nak dengar pasal dia." Shahrul menggosok rambut sendiri, serabut. Balik-balik nama Amir yang menyebabkan dia menadah bebelan Akma. Sesekali ingin juga lelaki itu menjadi perbualan. Bukannya orang luar.

***
vote x komen

***
mungkin boleh kot letak bawah komedi sikit haha. pengajaran yang santai. nanti masuk sad romance pula.
romance ft. islamic ft. comedy

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro