37 : Diuji kembali

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Abang betul-betul rasa dah sihat?" soal Nafisah. Branula pada kekura tangan Badrul ditanggal seorang jururawat.

Lelaki itu menggerakkan jemarinya beberapa kali. Kesan tusukan branula ditampal pula dengan kapas agar tiada darah yang mengalir.

"Dah," jawab Badrul. Tempat kosong di sebelah silaan kakinya ditepuk-tepuk apabila jururawat itu menyelesaikan tugas. Badrul mengharap Nafisah akan duduk di situ. Gadis itu berlabuh di sisi suaminya. Hanya mereka berdua di wad privasi bayaran Han itu.

"Terima kasih sebab jaga abang sepanjang minggu ni," ujar Badrul separa berbisik. Tangan isterinya diraih lalu dibawa ke bibir.

"Sama-sama." Simpulan senyuman dihadiahkan. Nafisah mendakap tubuh Badrul. Betapa gembiranya di saat doktor mengkhabarkan tahap kesihatan lelaki kesayangannya ini kembali pulih. Badrul sudah boleh balik berehat di hostel tanpa pemantauan doktor.

"Abang minta maaf sebab menyusahkan awak." Pipi Nafisah dikucup. Terus Nafisah tertawa halus. "Jangan buat macam ni dekat tempat awam. Tak elok."

Pelukan dileraikan gadis itu. Rambut Badrul yang tidak terurus disikat dengan jemari tangan. "Alhamdulillah, abang dah sihat," ujar Nafisah. Mata Badrul terikut sekali melihat perbuatan Nafisah padanya.

"Abang nak balik hostel ke ni? Atau nak balik rumah mama?" soal gadis itu.

"Hostel je kot. Nanti bila cuti panjang, kita balik rumah mama." Badrul sudah banyak ketinggalan pelajaran. Kepalanya direhatkan pada bahu Nafisah. Perut isterinya di sebalik baju itu diusap perlahan.

"Okay. Tapi kalau ada apa-apa dekat bilik, beritahu saya tau. Han pun ada. Jangan tahan sakit sorang-sorang lagi," pesan Nafisah.

"Iya. Mana-"

Belum sempat Badrul menghabiskan ayat, pintu bilik wad itu dikuak dari luar dengan kasar. Termuncullah sosok tubuh seorang gadis yang menutup daun pintu. Di tangannya terdapat plastik makanan daripada kafeteria di aras satu.

"Abang dah boleh keluar?" Akma segera mendapat lelaki yang bersila di atas katil itu. Wajah abang susuannya diteliti. Tangan sibuk ingin merasai suhu tubuh badan Badrul.

"Akma menangis ya semalam?" Kepala diangkatnya, Nafisah kekal di sebelah riba. Kesan sembap di mata Akma amat mengganggunya. Badrul menjongketkan kening menanti jawapan daripada bibir delima itu.

"Semalam... Akma..." Akma mula sayu. Nafas berat dilepaskan. Dia terduduk di kerusi apabila Badrul menyuruh.

"Semalam Akma buka Twitter. Ada lelaki post gambar Akma tak pakai tudung. Dekat Instagram pun ada. Akma sedih... Sebab semua tu salah Akma. Tsk- Akma bagi gambar Akma dekat Amir. Tsk.. " Mood cerianya berubah sendu. Dia terkebil-kebil memandang Badrul.

"Jangalah menangis. Nanti abang buat sesuatu, ya?" pujuk Badrul. Kepala Akma yang berbalut selendang ditarik ke dalam dakapan. Plastik makanan di tangan Akma diserahkan Badrul pada Nafisah.

"Akma bodoh," ujar Akma.

"Akma jangan buat dah ya?"

"Akma bagi gambar bertudung dekat Amir. Banyak... Tak tahu dia buat apa dengan gambar Akma. Akma takut," adu Akma. Dia menarik nafas dalam lalu menyembamkan wajah pada dada Badrul. Bodohnya dia termakan kata-kata manis Amir.

Sungguh dia tidak tahu lelaki boleh memuaskan nafsu hanya dengan melihat gambar bertudungnya. Dia tidak tahu pandangan lelaki bagaimana. Sekarang ini gambar dia pasti bersepah di mana-mana telefon lelaki dan dijadikan perbualan hangat.

"Semalam... Ramai orang komen dekat Twitter Akma. Dia cakap Akma ni takde maruah. Dorang maki macam-macam dekat Akma. Itu yang Akma menangis..." Akaun media sosialnya telah ditutup buat sementara waktu atas saranan Mila. Mila yang hadir untuk membela Akma pun diserang juga. Susah untuk melawan mulut dengan toxic people. Semua nak menghukum seolah-olah mereka maksum.

"Akma tak payah main media sosial buat masa ni. Akma jaga abang je, ya?" Belakang tubuh Akma diusap lembut.

"Abang, Akma berdosa ke?" soal Akma polos.

Badrul membalas dengan senyuman manis. "Akma sayang, kejahilan bukanlah satu keuzuran. Kalau kita tak tahu sesuatu hukum, tapi kita buat juga disebabkan kejahilan sendiri. Maka, tetap berdosa. Sebab tu lah kita kena belajar ilmu fardhu ain yang asas untuk orang awam seperti kita. Memang Akma berdosa sebab serahkan gambar pada Amir. Tapi soal gambar yang tersebar ni kita berserah pada Allah. Akma bertaubat, jangan ulangi lagi. Abang sayang Akma."

Pipi Akma diusapnya. Air mata gadis muda itu diseka dengan ibu jari.

Pandangan Akma jatuh menekur selepas mendengar jawapan Badrul."Tapi... Amir kata tak apa. Dia siap bagi ayat Al-Quran lagi."

Kedua-dua tangan Akma dipegang Badrul. "Dengar apa abang nak cakap. Perbuatan mentadabbur ayat Al-Quran sesuka hati tu tak boleh. Kalau Amir nak tadabbur juga, kena ikut urutan disiplin ilmu yang betul. Iaitu dengan berguru, berpandukan kitab, belajar tafsir dan akhir sekali tadabbur. Bila seseorang tadabbur ayat Al-Quran sesuka hati, boleh jadi nafsu yang memandu mereka. Kalau ilmu diketepikan, maka sesiapa pun boleh bercakap apa yang mereka suka. Ini yang bahaya.

Dalam dunia ni, ada kaum liberal. Dorang guna kitab apa? Al-Quran juga. Wahabi guna apa? Al-Quran juga. Tapi mereka menggunakan dengan salah. Tak semestinya apabila seseorang itu mengeluarkan ayat Al-Quran untuk menyokong hujah mereka, akan dikira betul. Kita perlu tengok dari mana mereka belajar. Siapa guru mereka? Boleh jadi mereka belajar daripada orang yang salah," terang Badrul satu per satu. Inilah yang sering menipu seorang muslim, mereka telah terkena fitnah tanpa sedar.

"Akma tak tahu..." balas Akma. Matanya berkaca-kaca. "Janganlah marah."

Badrul tertawa halus. "Mana ada marah. Abang sayang dekat adik abang ni. Nanti ikut cakap abang ya? Kalau nak pergi mana-mana minta izin abang dulu."

Akma dipeluk lelaki itu lama. Dagunya berehat di atas kepala Akma yang tersembam pada dadanya. Mungkin jika dahulu, Nafisah akan terasa. Sekarang ini dia sedar Badrul juga punyai seorang adik yang mempunyai hak kasih sayang.

" Akma jangan sedih da, ya? Nanti abang Amin buat sesuatu untuk tolong Akma pasal gambar tu," celah Nafisah. Dia bersandar pada bahu Badrul sambil mengintai wajah Akma.

"Hm. Sebab tu lah saya tanya abang saya. Abang, buatlah sesuatu. Macam tu ke?" Akma mengangkat wajahnya.

Pipi tembamnya ditarik Badrul hingga dia mengaduh kesakitan. Nafisah berkerut tidak mengerti loyar buruk Akma.

"Main-main lagi," kata Badrul. Otaknya cepat saja nak menangkap dialog iklan panadol itu.

***

PANGG

Tanpa apa-apa, dia dilewati dengan satu tamparan dari sang ayah. Pipi yang pijar dibiarkan berdenyut hebat. Wajah berlebam belum sempat pulih, ditambah pula dengan penangan panggilan anak derhaka.

"Kau conteng arang dekat muka aku," ujar lelaki tua itu. Dia tidak berasa untuk kasihankan keadaan anaknya yang berjahit kepala. Diikutkan hati, biar tangannya pula yang menambah perbuatan Fatah kelmarin.

Amir menekur lantai. Tiada sesiapa mahu percayakannya. Atikah mengandung bukan atas perbuatan Amir. Sudah terangkan sejujur mungkin pun, tetap dianggap dirinya berdosa. Amir sudah penat untuk pertahankan diri sendiri.

"Aku ajar kau dari kecil. Dah besar panjang macam ni kau rogol anak dara orang pula? Tak pernah ada dalam keturunan aku yang buat perangai buruk macam kau." Dada Haji Daud berombak hebat. Matanya terjegil keluar ke arah anak lelakinya.

Tengkingan amukan lelaki tua itu ditadah Amir. Tempat parkir kereta berhadapan hostel menjadi saksi yang mana mungkin sebentar lagi dia akan dibuang keluarga.

"Wallahi, Amir tak pernah apa-apa kan Atikah," balas Amir. Tangisannya tidak berguna buat membela diri. Kehadiran ibu bapanya bukanlah untuk memeriksa keadaan Amir yang teruk dibelasah Fatah.

"Kau cakap senanglah. Yang tanggung malu tu aku. Lepas kau buat macam ni, kau nak putus tunang pula?" soal Haji Daud.

"Tu bukan anak Amir. Bukan... Amir tak pernah tidur dengan mana-mana perempuan. Atikah tu yang meliar dengan jantan lain."

Amir sedar kebodohan sendiri. Dia cepat menilai seseorang dengan pakaian luaran. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Sayang sekali ilmu pengetahuannya cetek, dia tidak dapat membezakan yang kaca dan permata. Disapu sahaja mana-mana yang berkilauan.

Leher bajunya ditarik lelaki tua itu. "Aku nak kau bertanggungjawab."

"Tu bukan anak Amir. Kenapa ayah lagi percayakan Atikah? Amir ni yang kena firnah," ujar Amir. Dia tak mahu memperisterikan seorang gadis yang liar dengan jantan lain. Apatah lagi nak menanggung anak yang bukan anaknya sendiri!

"Kau pilih... Nak kahwin dengan Atikah atau aku tak mengaku kau anak aku." Pandangan helang sang ayah menikam tepat ke dalam anak mata Amir.

"Ayah, Atikah tu bukan budak baik. Amir baru tahu dia jenis yang macam mana. Takkanlah ayah nak bagi Amir kahwin dengan perempuan tak elok?" Amir memejamkan matanya.

"Kau elok sangat ke?"

Zappp

Bibirnya yang hendak membalas terketap rapat. Perbuatannya selama ni langsung tidak melayakkan dia untuk mendapatkan seorang bidadari syurga.

"Aku nak kau kahwin dengan dia secepat mungkin. Aku tak nak perut dia dah ke depan sampai orang lain mengata, baru kau nak kahwin. Kalau kau buat perangai, tahulah aku nak ajar nanti." Haji Daud berlalu meninggalkan anak bongsunya begitu sahaja. Tiada salam mahupun kucupan pada dahi. Hati tuanya sedang ditikam sembilu onar darah daging sendiri.

Pemergian Haji Daud diiringi ekor mata Amir. Ibunya kekal di dalam kereta dan dilarang keluar oleh ayahnya. Pacuan empat roda itu hilang dari pandangan bagai Amir tidak wujud di situ. Air matanya berlinang perlahan-lahan.

Langkah lemahnya membawa diri ke wakaf batu berhampiran gelanggang futsal. Dia terduduk di situ. Lengan yang berlebam dipijak Fatah dilihat. Rasa hanyir darah daripada tepi bibirnya sentiasa terasa.

"Ya Allah..." lirih lelaki itu. Dia meletakkan kopiah di sisi. Wajah diraup kasar.

Perbuatan Fatah dihalalkan ayahnya sendiri. Sakit yang ditanggung badan tiada tempat untuk diadukan. Bondanya memandang dengan penuh kecewa sebentar tadi.

"Itu yang kahwin gelojoh sangat. Mila mengandung anak haram, kan? Aku dah agak dah akan jadi macam ni. Setiap malam kau asyik keluar dengan Mila tu. Elok sangat, sepadan. Seorang kaki kelab malam, si dara pula berlagak jadi instafamous sampai tayang rambut macam takde maruah. Silap hari bulan perut membukit ke depan. Kau ni beria nak kahwin sangat kenapa? Baca Al-Quran pun malas."

Yang berkahwin tak sampai sebulan tetapi perut sudah membukit ke depan itu dia. Rahim tunangnya telah dinodai oleh lelaki lain atas kerelaan Atikah sendiri.

"Susahlah dah cakap benda betul pun tak nak percaya. Aku tak nak diri aku ni dibimbing orang tak betul macam dia. Takut silap hari bulan nanti... Dia ajar kita heret perempuan pergi hotel bajet. Elok-elok mak ayah hantar kolej suruh belajar, tak pasal-pasal terpesong jauh. Ada otak, kan? Fikirlah."

Kerana perasaan dengki, nama Badrul diburukkan di hadapan lain. Tiada tabayyun tika menyebarkan apa yang dilihat. Amir mula menangis teresak-esak.

Makin lama, diri sendiri makin terpesong jauh. Ikhtilat entah ke mana, AlQuran digunakan untuk fatwa nafsunya, paling buruk... Dia berzina dengan gambar Akma setiap malam. Memang tangan yang berlebam itu tidak pernah menyentuh perempuan sesuka hati. Namun, hati yang disangkakan mulia itu berzina hingga syahwat sendiri puas.

"Ya Allah... Maafkan aku." Getaran dada ditahan. Segalanya jadi berantakan. Bibirnya pedih dibilas air mata.

"Tolong aku untuk keluar dari masalah ni. Aku tak mampu, ya Allah."

Setiap perkataan yang keluar, itulah yang menjadi ujian buat dirinya.

***
votexkomen
***

kesian Amir. hm

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro