BAB 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Poster yang baru aku beli petang tadi, aku belek semula. Jelas terpapar hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong milik si jejaka hangat kononnya di pasaran itu.  Sudahlah hidung kembang, aku kutuk dalam hati. Harap tersedar ya, pihak di sana!

Di bawah poster itu, jelas terconteng nya tandatangan di situ. Hisy, kalau nak conteng pun.. tak payahlah atas poster RM57 aku ni! Gertakku dalam hati. Huh!!! Sebal betul aku rasa ketika ini. Nak aje aku lempang mamat itu guna poster ini. Biar padan dengan penangan muka sendiri!

"Nampaknya cik adik tertinggal Ryle kat sini." ayat geli yang berjaya buat telingaku tersangatlah bernanah ketika ini.

Terus aku alihkan pandangan ku memandang si Ryle itu semula. Dengan rasa tak puas hati, aku terus meluru mendekati dia. Berkali-kali tanganku cuba menyambar poster yang ada dalam tangannya itu namun tak berhasil. Setiap kali aku mahu gapai, setiap kali itu jugalah dia mengelak!

Tak guna punya, muka fake!

"Bagilah balik!!!"gertakku dengan wajah sebal. Usahaku masih berterusan untuk dapatkan poster RM 57 itu.

Sudahlah pakcik kedai itu kata, itu adalah yang terakhir untuk bulan ini. Haih, Aysha pun nak hadiah itu dalam minggu ni. Kerana sayangkan adiknaku yang memang satu itu, terpaksa aku turutkan kehendaknya. Haih, untung siapa dapat aku sebagai kakak. Uhuks!

"Nope. Kau bayar duit aku balik." ujar nya masih berjaya meloloskan poster itu daripada jatuh ke dalam tangan ku.

Akhirnya aku mengalah. Aku matikan tindakan ku itu. Wajahnya aku pandang marah. Entah kenapa, aku rasa sekarang ini aku tersangatlah bodoh nya kerana telah berjaya dimainkan oleh seorang lelaki yang bergelar selebriti. Huh?!

Tak guna..

"Please, bagi semula poster itu. Dah lah itu yang terakhir." ujarku sudah terselit nada rayuan.

Kali ini Ryle tersenyum sinis. "Kau nak sangat poster ni kenapa? Betullah, kau ni peminat fanatik aku kan?" dia buat tebakan tak bermoral. Yurp, tak bermoral.

Bagi aku sebab kenapa aku perlu jadi peminat fanatik dia? Apa kelebihan dia? Pfft.. buang masa minat manusia tak menguntungkan aku ni.

"Sorry, okey. Tak ada masa nak minat artis-artis ni." bongkakku sudah berpeluk tubuh.

Tawa Ryle tak semena-mena meletus. Poster dalam tangannya ditayangkan pada aku. Mataku pula sudah meliar memandang poater tersebut. Kepalaku ralit memikirkan idea untuk dapatkan poster itu kembali.

"Then, this??" soalnya.

Aku ketap bibir. Akhirnya, muka menyampah aku tayangkan. Biar dia nampak aku ni sebenarnya haters abadi dia.

"Untuk adik saya." ujarku dalam nada acuh tak acuh.

Kali ini, Ryle menarik senyum. Sekali lagi, poster yang bergulung itu dibelek nya semula. Terus dia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Aku yang turut sama memandang tangan nya terus fokus pada apa yang dia mahu keluarkan.

Dahiku berkerut. Sebatang pen?

Aku alihkan mataku memandang wajahnya. "Heiyh, awak nak buat apa hah?!"

"Cuma hadiah kecil daripada aku." ujar Ryle lalu terus mencontengkan sesuatu atas kertas itu.

Cis, kalau poster ini guna duit dia.. tak apalah juga. Aku sudah mendengus geram. Ada tak pemadam pen yang berkesan untuk buang contengan itu tanpa mencacat cela kan poster yang sudah sedia buruk itu?

'Kakak awak hutang saya satu cappucino-latte. Please ingatkan dia selalu. Okay?

Love, Ryle ♡'

Biadab! Takkanlah benda kecil macam itu pun nak bagitahu. No way, kau reportlah macam mana pun. Aku takkan dengar. Dalam kes itu, dua-dua bersalah. Noktah.

Telefonku yang bergetar di atas pehaku terus mematikan lamunan ku. Segera aku angkat manakala poster yang aku pegang, aku sorok kan di bawah katil. Sesuailah dengan perangai..

"Kak Sara nak hadiah.." pinta Aysha di hujung talian setelah ucapan salamnya mendapat jawapan daripada aku.

Aku sudah ketap bibir. Haih, hadiah.. Isy, kalau tak ada contengan itu.. mungkin aku akan bagi Aysha poster itu tapi memandangkan poster itu dah diconteng.. erm, aku kena fikir dua kali.

"Er.. akak dah cuba cari kat semua kedai tapi poster itu tak ada. Nampak nya bukan rezeki adiklah kan?" dalih ku sudah buat muslihat.

Aku dengar keluh kecewa Aysha bila dengar jawapan aku itu. Aku sudah dapat bayang muka cemberutnya itu. Mesti dia sedih tak dapat limited edition poster itu. Tak payah sedih dik, bukan bagus pun mamat dalam poater itu, cebikku hanya dalam hati.

Kalau cakap depan nanti, Aysha bukannya berdiri di pihak aku pun. Pfft..

"Tak apalah kak. Aysha tak kisah pun. Erm.. kalau akak nal bagi benda lain pun tak apa. Adik tak kisah." ujar nya cuba memujuk hati sendiri.

Aku sudah tarik sengih. "Tabung nak tak?" soalku cuba buat perancangan.

"Asalkan ada gambar Ryle, Aysha setuju." jawab Aysha penuh simpul.

Aku asdah geleng kepala. Inilah namanya terlalu mengagungkan manusia. Luarannya dinilai sebagai suatu benda berharga tapi dalamnya, orang buat buta.
...
Langkah penuh lenggoknya diatur satu persatu mendekati wakaf yang dibina dengan kayu jati coklat gelap itu. Di tempat itu, kelihatan seorang wanita tua berusia di kerusi roda bersama dengan seorang pengasuh yang berumur lebih muda.

"Kirana.." sapa Kuza dalam nada mesra. Senyum nampak giginya ditayang.

Gadis yang berpakaian nurse itu juga turut sama melirik senyum. Hanya wanita yang terdampar punggung nya di kerusi roda itu sahaja yang buat muka tak suka.

"Cik Kuza, hmm.. bila sampai?" soal Kirana yang sudahpun meletakkan semangkuk bubur ayam ke atas meja kopi berdepan dengan kerusi roda milik Puan Sri Maimon.

Sempat, mata Kuza mengerling ke arah Puan Sri Maimon yang sedari tadi asyik mengelak dari memandangnya. Ya, sebab benci wanita itu sanggup tak endahkan kehadirannya.

"Baru tadi, Kirana. Awak buat apa ni?" soalnya sengaja ingin tahu walaupun hakikatnya, dia sudah tahu.

Senyuman Kirana melebar sedikit. "Saya suapkan Puan Sri makan tadi. Hmm, sekarang ni Puan Sri tak mahu makan." ujarnya menceritakan serba sedikit apa yang berlaku.

Kuza tayang bibirnya yang menguntum senyum. "Tak apa. Biar saya yang suapkan, Puan Sri. Awak buat kerja awak." arah Kuza dalam nada lembut.

Sebuah anggukan Kirana berikan. Menurut perintah, segera dia meninggalkan wakaf itu. Yang tinggal di situ, hanyalah Kuza dan juga Puan Sri Maimon. Wanita itu masih seperti tadi, mengelakkan pandangannya daripada memandang Kuza.

Bibir Kuza menguntum senyum manis. Beg tangan jenama Hermes yang dibawanya disadaikan di atas meja kopi bulat di hadapannya. Terus, tangannya mencapai bubur yang masih panas mangkuknya. Macam baru lepas masak. Wap-wap halus juga masih kelihatan.

Untuk seketika, dia kacau bubur tersebut lalu dicedokny sedikit sebelum bubur itu dibawanya ke mulut Puan Sri Maimon. Namun, Puan Sri Maimon tak berikan kerja-sama yang baik. Mulutnya masih ditutup rapat. Tak sudi mahu menerima suapan dari Kuza.

"Puan Sri, makanlah.." desak Kuza masih bernada lembut namun Puan Sri Maimon abaikan.

Wajahnya dikalih memandang tempat lain. Dia tak sudi menerima tangan Kuza. Huh, pembunuh!

Bila wanita itu tak berikan sebarang respons, Kuza mengukir senyum sinis. Peduli? Pfft.. perlukah dia peduli tentang makan minum wanita tua yang hanya tahu menyusahkan hidup orang lain?

"Makanlah.." desakan Kuza kali ini sudah bernada paksa. Sudu itu ditekan-tekan ke mulut Puan Sri Maimon, memaksa wanita itu untuk buka mulut.

Puan Sri Maimon cuba mengelak. Mulutnya ditutup serapat yang mungkin. Rasa sakit bila ditekan oleh sudi berjaya buatkan rengekan sakitnya kedengaran namun sedikit perlahan. Habis comot, kawasan mulutnya dengan lekitan bubur yang berlendir.

Kuza masih terus memaksa. Tanpa rasa belas, dia makin gamak buat begitu. Kejam. Yurp, tapi untungnya kekejaman itu tak disaksikan oleh sesiapa.

Dengan kekuatan yang masih bersisa, Puan Sri Maimon berjaya menepis sudu dan mangkuk berisi bubur itu menjauh darinya. Terus, bubur berselerak ke lantai bila mangkuk plastik itu mencecah lantai.

Tergamam Kuza dibuatnya. Rasa marah pun ada juga. Terus dia merenung tajam ke wajah tua milik Puan Sri Maimon.

"Isy, apa kau dah buat ni hah?!!" gertak Kuza. Lengan Puan Sri Maimon yang sudah menunjuk garis-garis halus itu ditamparnya kuat sekaligus membuatkan wanita itu merengek sakit untuk kesekian kali nya.

Kalau boleh, mahu saja Puan Sri Maimon menolak Kuza dan terajang gadis itu cukup-cukup namun apa kan daya? Tuhan sudah membatas kan segala derianya. Dia tak mampu buktikan kebenaran.

"Kau tahu tak yang kau ni selalu menyusahkan orang? Lagi-lagi bakal suami aku itu! Kenapa kau tak mati aje masa dalam kemalangan itu? Menyusahkan hidup!!" tanpa belas, ayat celaan itu dihamburnya.

Terpana Puan Sri Maimon mendengar ayat tak beradab yang keluar dari mulut gadis itu. Matanya tajam menikam wajah Kuza. Kurang ajar!

Senyuman Kuza meleret. Takut? Pfft.. buat apa nak takut dengan si bisu? Sudahlah bisu, cacat pula itu. Menyusahkan.

"Dengar sini baik-baik eiyh, Puan Sri. Ryle akan lamar saya untuk jadi isteri jadi macam nilah.. senang cerita, saya tak suka ada manusia untuk susahkan hidup saya." lembut namun bicaranya tersangatlah melukakan hati wanita berusia itu.

Puan Sri Maimon sudah mendengus. Entah kenapa, wajah iblis Kuza buat kan dia rasa mahu lempang pipi gadis itu bertubi. Harap muka saja cantik, perangai serupa neraka!

"Puan Sri mesti suka kan kalau dihantar ke rumah orang-orang tua?" ujar Kuza diselit tawanya yang jahat.
Tersentak Puan Sri Maimon dibuat nya. Tak mungkin, tak.. Ryle takkan tergamak buat dia macam itu!!!
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro