BAB 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Cerita yang Ryle sampaikan sungguh buat ketawa Afzal berdekah. Sudah banyak macam fans yang dia jumpa. Bukan setakat fans fanatik sampai sanggup curi masuk rumah Ryle, ada juga yang sampai sanggup follow Ryle sampai depan rumah nendanya. Tapi, kali ini boleh tahan juga.

Fans yang acah-acah benci, tapi tak mengaku dia peminat tegar. Pfft.. saja nak buat drama benci bilang cinta ke apa fans yang seorang ni?

"Then, apa kau buat lepas itu?" soal Afzal masih belum selesai menghabiskan sisa tawanya yang sejak tadi pasang tak surut-surut.

Ryle yang ketika itu memandang televisyen terus beralih pandangan memandang Afzal. Senyum sinisnya terukir. Yurp, dia masih tak dapat lupakan kejadian pecah perut itu. Dia pun ketawa juga bila ingat senula.

Tak sangka ada spesies rare macam itu. Kalau minat, katalah minat. Untuk adik konon.. pfftt.. Jelas sangat tipunya kat situ.

Tersangatlah penipu. Kenapa? Nama Ryle memang megah di Malaysia. Semenjak dia membintangi sebuah drama terus namanya naik. Dari situ tak henti-henti dia terima tawaran sebagai pelakon telemovie, tawaran sebagai model jenama Malaysia pun dia dapat dan tawaran sebagai pelakon filem juga tak terlepas.

Jadi, boleh nampakkan namanya tersangatlah terkenal di seluruh pelusuk Malaysia tak terkecuali Sabah dan Sarawak juga? Maka, bila nama dah terkenal.. bohong lah kalau fansnya tak ramai. Kerana terlalu ramai fansclub, tak menang tangan Ryle mahu handle fansclub nya itu.

Bukan setakat bakat lakonannya saja yang dipuji malah wajah tampannya juga aset penting dalam menarik lebih ramai lagi fans untuk menyukainya. Hidungnya mancung, alis bulu matanya juga sedikit lebat, yang pasti mata bundarnya menjadi kegilaan ramai para gadis dan juga wanita di luar sana.

Semua yang ada pada wajahnya tak ubah persis wajah papa nya. Memandangkan papanya itu ada sedikit campuran, jadi Ryle mewarisi kecantikan campuran dari dua negara yang berbeza. Maka, tak hairanlah kalau dia ada mixing chinease sikit.

"Poster yang dia kata untuk 'adik' dia itu, terus aku tandatangan. Pfft.. kau nak tahu apa aku tulis atas itu?" soal Ryle mahu buat teka teki murahan.

Afzal yang sudah tersengih nampak gigi terus menanti. Kepalanya diangkat tanda apa. Makin meleret senyuman Ryle.

"Aku tulis yang kakak dia itu ada hutang air kat aku. Hahaha.. biar sedar diri sikit minah itu yang dia tak boleh bawa main dengan Ryle." kata-kata Ryle mengundang tawa kecil Afzal.

Filem 'BrotherHood' yang bertayang di kaca tv langsung tak menarik perhatiannya. Entah kenapa, topik minah sengal yang sedang dibahas kan Ryle lebih menarik perhatian Afzal.

Mana taknya, minah sengal ni memang satu dalam seribu. Selama Afzal jadi pengurus Ryle, dia hanya dengar fasal fans yang terlalu meminati Ryle, fans bagi hadiah pada Ryle dan macam-macam lagi yang sawit kononnya tapi tak sangka hari ini, dia boleh dengar fans buat hal pada Ryle. Boleh jadi gossip Melodi ni.

"Mesti dia tak suka kau kan?" soal Afzal sudah mulai buat andaian.

Ryle menarik sengih senget. Matanya terus beralih ke televisyen. Snack twisties yang terhidang atas meja dicapainya lalu disuap ke dalam mulut sebagai alas perut bila menonton filem.

"Perempuan macam itu jenis stok-stok suka ikut drama. Mula-mula benci lama-lama suka. Kau kena faham. Ada jenis minah yang kuat drama." lantang suara Ryle memerli si empunya jantina.

"Haha.. Jadi, kau nak cakap nanti dia sukakan kau lah? Kalau dia benci macam mana? Kau tak takut hilang fans?" soal Afzal ingin tahu.

"Pfft.. kalau seorang pergi, benda itu takkan menjejaskan apa-apa. Masih ramai lagi fans aku yang setia." ujar Ryle dalam nada sedikit riak.

Afzal di sebelah sudah angguk kepala. Betul juga apa yang Ryle katakan. Seorang memang takkan mencacat celakan fans Ryle yang mencecah ratusan ribu orang. Hilang seorang, hari esok pasti ada yang akan ganti tempat.

Suasana hening antara mereka berdua. Namun, semula Afzal pandang Ryle. Bila filem itu sentuh fasal syarikat, Afzal terus tertarik untuk bincang satu topik.

"Kau kata kau akan pegang syarikat arwah papa kau kan? Bila itu?" soal Afzal dalam nada serius.

Tergamam Ryle dibuatnya bila topik syarikat itu dibahaskan. Terus pandangannya dialihkan memandang ke arah Afzal. Topik serius ni.

"Tahun depan." ujar Ryle dengan nada spontan.

"Habis itu, kerja kau yang sekarang ni?" soal Afzal lagi. Nadanya sudah sedikit risau.

Ryle diam seketika sebelum akhir nya satu keluhan dia lepaskan. "Aku kena lepaskan job aku ni sebab jadi CEO syarikat bukannya benda yang kau boleh break tiap minggu. Nak tak nak, tahun depan aku kena fokus pada syarikat papa aku." ujar Ryle seperti cuba menyelindungkan rasa sebaknya itu.

"Then aku? Kalau kau dah tak jadi pelakon lagi, confirm aku pun tak ada job." nada hampa Afzal sudah mulai menyapa halwa telinga Ryle.

Sengihan Ryle makin melebar. "Kau jangan risau. Lepas aku diangkat jadi CEO, aku akan pastikan waktu itu kau jadi PA aku pula." Ryle sudah menabur janji manis.

"Nice. Ini baru member dunia akhirat. " ujar Afzal sudah menarik bahu Ryle dekat dengannya.

Ryle terus menepis. Sumpah geli member lelaki acah-acah gay dengannya. Lainlah kalau Kuza yang buat, memang dia takkan bagi tangan gadis itu lepas dari memeluk nya.
...
Aku sudah gigit bibir. Entah macam manalah aku nak cakap dengan Encik Nordin ni. Sambil membersih kan meja, aku sempat mengerling ke arah encik Nordin yang sedang bermesra sakan dengan salah seorang pelanggan tetap cafe ini.

Apa yang bagusnya Encik Nordin ni. Dia memang pandai buat pelanggan jatuh hati pada cafe yang dipegang nya. Setiap kali ada pelanggan cafe yang datang, dia pasti akan ajak bersembang. Mungkin sebab itulah pelanggannya takkan pernah tak kurang bilangannya. Ada aje yang akan datang menjenguk.

"Woi, apsal kau ni? Dok tenung- tenung Encik Nordin itu kenapa? Suka ke apa, hah?!" terjah Julia yang aku langsung tak perasan kelibat nya mendekati.

Nasib baik aku bukannya jenis kejut melatah kalau tak mau naya aku melalut kat depan pelanggan. Segala mak nenek yang wujud pasti akan berterabur keluar dari mulut aku.

"Uih, gila kau! Memang taklah nak suka. Dah ada anak tiga itu." balasku sambil memukul lengannya.

Julia sudah tersengih. Kain buruk yang dipegang diselit dicelah poket  seluarnya. Lalu matanya memandang ke arah Encik Nordin.

"Then? Kenapa kau asyik tertengok- tengok dia? Kalau tak suka, mesti nak something kan?" Julia buat tebakan lagi.

Aku mengeluh perlahan. "Aku nak minta cuti minggu ni sebab ibu aku suruh balik. Aku dah cakap dengan dia yang aku tak boleh tapi kau fahamlah macam mana kan.. so, aku tengah berbelah bahagi sekarang ni." ujarku sudah buat muka serba tak kena.

Julia sekadar menganggukkan kepala. "Kau cakap aje, mesti Encik Nordin faham. Percayalah." Julia sudah mulai suntik semangat.

"Masalahnya, minggu lepas aku dah minta cuti. Kalau minggu ni,aku minta cuti lagi.. nanti apa pula dia kata." aku menyuarakan the real problem.

"Kau tak payah risau. Encik Nordin itu faham pekerja. Try. Confirm dapat." tutur Julia sudah menyentuh kemeja hitam yang aku pakai.

Aku sekadar mengangguk kecil. Walaupun Julia kata begitu, aku masih rasa macam benda yang aku buat ini mungkin mengundang bala. Baru dua minggu bekerja, sudah minta macam-macam.

"Ha, apa membawang kat situ? Buat kerja, buat kerja!!!" entah sejak bila, agaknya Encik Nordin perasan kehadiran kami.

Aku dan Julia terus gelabah. Julia sudah lipas kudung meninggalkan aku manakala aku pula terkial-kial menyiapkan tugasanku yang tak ke sudah.

Bayangan seseorang mendekati ku aku sudah dapat rasakan. Ya, aku tahu itu adalah encik Nordin. Haih, mesti nak membebel, tebakku.

"Kau membawang apa dengan si Julia itu?" soalnya dalam nada mendatar tapi terselit tegas.

Aku yang ketika itu sedang membersihkan meja terus mengalih kan pandangan ke arah Encik Nordin. Sebuah gelengan aku berikan.

"Tak adalah bos. Julia minta saya bersihkan meja lain pula." bohongku sudah buat muka penuh innocent.

Encik Nordin ketap bibir. Dia sudah berpeluk tubuh. Berura-ura dia mahu pergi, sempat dia mengerling ke arah aku dan juga Julia yang ketika itu sudah berdiri di kaunter.

"Buat kerja. Aku bayar gaji korang bukannya untuk curi tulang." ujar nya sudah mahu pergi.

Namun, entah dari mana keberanian aku datang.. namanya aku seru. Serentak Encik Nordin memusingkan kepalanya ke belakang. Wajah aku dipandangnya.

"Apa dia?" soalnya.

"Saya nak minta cuti, boleh tak?" soalan berbalas soalan.

Dan, kali ini soalan aku disambut dengan kerutan dahinya. Haih, nampak macam tak bagi aje.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro