BAB 31

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bola bowling yang berwarna ungu dicapainya sebelum akhirnya dibawa ke arah gelanggang bowling. Mata nya diselaraskan dengan pin bowling yang cantik tersusun pada tempat nya. Sempat dia buat anggaran berapa banyak bowling yang dia akan jatuhkan.

Setelah itu, akhirnya bola tersebut dibaling menghala ke arah pin bowling tersebut. Tajam matanya melirik ke arah bola yang laju bergolek sebelum akhirnya..

"Nice, Ryle! Fullmark! Again!!" sorak Afzal sudah bertepuk tangan melihat rakannya itu berjaya menjatuhkan ke semua pin bowling yang ada atas track.

Ryle sudah menyungging sengih bangga. Setakat bowling ini ibarat celah kaki aje. Senang sangat. Lagipun, dia memang dari kalangan keluarga yang memang pandai bermain bowling. Jadi, ehemm.. no matter man.

"Kalah lah aku kalau macam ni. Habislah.." rungut Tahar, salah seorang member berlima yang datang untuk ikut serta bermain bowling.

Ryle diam tidak membalas. Dengan penuh riaknya, dia mengatur langkah kembali ke tempat duduknya semula. Sesekali dia membelek papan markah yang terpapar. Hmm.. not bad. Nampaknya dia mendahului.

"Ingat, bro. Siapa kalah malam ini, belanja perut siapa yang menang. I just remember it to you, bro!" celah Zuki sengaja mahu pancing rasa kecut Tahar.

Tak semena-mena tawanya berhamburan apabila mendapat jelingan maut daripada Tahar. Mereka yang lain juga turut sama ketawa apabila melihat jelingan 'manja' yang Tahar berikan. Aumm!!

"Aku tak sangkalah sekarang kita dapat luangkan masa. Semenjak semua busy ni, tak dapat nak lepak ramai-ramai macam dulu-dulu." tiba-tiba Afzal luah rasa sebaknya yang acah itu. Entah kenapa tiba-tiba mamat itu boleh berubah sentimental macam itu.

"Bro, semua tak adalah busy macam kau. Time ajak lepak, banyak betul busy kau itu."celah Mushraf sengaja membetulkan statement yang Afzal buat.

Yang lain galak ketawakan Afzal. Terus, Afzal tarik sengih senget. Cover malu.

"Alah, aku busy pun sebab nak jaga member korang yang seorang ni. Dia busy, aku pun busylah. Kalau dia tak busy, aku pun tak busy." ujar Afzal sudah menarik Ryle dalam pelukan nya.

Terus Ryle meleraikan pelukan Afzal. Geli bhai kena peluk dengan member lelaki ini. Kalau dipeluk kawan perempuan itu, boleh fikir dua tiga kali jugalah. Peluk perempuan dapat nikmat, peluk lelaki.. pfft, tak fasal-fasal keluar akhbar artis tempatan seorang gay. Mau parah Ryle tanggung malu.

Kadang media dan paparazzi ni pun ada sengalnya juga.

"Kau macam mana Ryle? Apa projek terbaru kau sekarang?" soal Jabar sebelum air cola diteguknya perlahan bagi menghilangkan dahaga di tekaknya.

Ryle mengukir senyum tipis. "Drama, drama, drama.  adalah dua tiga selit dalam program realiti show." ringkas sahaja Ryle menjelaskan aktiviti sehari-harinya.

"Untunglah, muka kacak dapat jual. Tayang sikit, beribu orang nak. Muka macam aku ni, pfft.. haram." sempat si Zuki sindir diri sendiri.

Yang lain sudah galak ketawakan si Zuki. Geli-gelaman dengar luahan perasaan seorang lelaki ini. Siapa kata hati lelaki itu kental hah?! Lelaki pun boleh senti- juga kadang masa, kaum hawa aje yang tak tahu.

"Rilekslah brother. Kau dah buka gym kan sekarang, confirm ramai beratur. Al-maklumlah, perempuan zaman sekarang suka yang badan sado. Habang-habang." sengaja Tahar menyelit.

Tahar tersengih kerang. Sukalah itu, dipuji sado. Maklumlah otot badan nya itu memang jadi idaman. Dari kering lidi sampailah sasa begitu. Bertambah followernya di instagram.

"Aku dengar cerita kau ada rancangan bercuti dengan astro. Bila itu?" soal Mushraf sudah beralih topik.

Ryle sekadar menganggukkan kepala. "Minggu depan. Tiga hari dua malam macam biasa." ujar Ryle serba sedikit.

"Kau dah tahu ke siapa orang itu? Lelaki ke perempuan?" soal Jabar pula ingin tahu. Dia ni jenis miang sikit. Pantang dengar nama perempuan, berbulu aje mata.

"Afzal bagitahu aku, dia perempuan. Entahlah. Aku pun tak tahu sangat. Apa-apa kau tanyalah si Afzal. Dia yang jaga semua jadual aku waktu itu." jawab Ryle spontan sebelum dia meneguk air cola yang dibelinya di vanding machine.

"Perempuan ke, bro?" serta-merta Jabar beralih pada Afzal yang sekarang sudah leka bermain dengan telefon pintarnya.

Afzal menganggukkan kepala. "Itu apa yang pihak producer bagitahu akulah. Detail fasal fans itu aku tak dapat lagi. Diorang kata minggu depan baru dapat tahu. Hmm.. tapi, confirm perempuan." beritahu Afzal serba sedikit.

Yang lain sudah menganggukkan kepala tanda faham. Tak semena-mena Tahar menyengih macam orang tak waras. Yurp, oeang tak waras.

"Habis kalau si Kuza itu tahu. Mau berapi dia tengok bakal tunang dia 'date' pergi Sydney. Dah macam honeymoon." ujar Tahar diselangi tawanya. Pfft.. lawak hambar aje, gelak aje yang lebih.

"Haah weiyh, Kuza macam mana? Dia tak bantah ke?" dalam kurang cerdik si Tahar ni, kata-katanya itu selalu mengundang tanda tanya yang lain.

Ryle menarik nafas dalam. Kembali dia pandang papan markah yang terbentang. Sekarang ni tiba giliran Tahar pula untuk bermain bowling. Nampaknya markah dia dengan Tahar memang jauh beza. Markah Tahar 50 di belakang. Sedih..

"Dia cakap dia okey aje. Lagipun, kitorang berdua memang deal taknak libatkan hal peribadi dengan hal kerja. So, dia tak kisah.." jawab Ryle.

"Pfft.. dia tak takut ke bakal shuben dia tersuka dengan fans sendiri? Kalau perempuan itu cantik macam mana? Kau tak terliur?" duga Tahar ingin tahu.

Ryle tarik sengih. "Lelaki kan bro? Tipulah kalau tak terliur tapi.. erm, aku cuba kuatkan iman untuk jaga hati bakal isteri. Kau pun kena belajar tabah juga bro.." ujar Ryle memandang ke arah Tahar.

Terpinga Tahar dibuatnya. Langsung tak mengerti apa yang Ryle cuba sampaikan. "Tabah untuk apa, bro?"

"Tabah untuk kalah."
...
"Sara, Sara, Sara!!!" melalak Mina menyergah masuk ke dalam bilik aku.

Aku yang baru sahaja mahu terlelap untuk tidur terus merungut geram. Siapa yang tak geram bila ada hamba Allah yang ganggu lenanya?!! Beritahu aku, manusia mana aje yang tak marah kalau macam itu?!

Langsung aku tak pedulikan Mina. Sedaya upaya aku mahu sambung tidurku semula. Namun pekikan Mina itu benar-benar membunuh ketenangan aku untuk menyambung tidur.

Bukan setakat menjerit aje malah Mina turut sama melompat ke atas tubuhku yang dibaluti selimut. Sesak tubuh aku dibuatnya.

Kalau ringan tak apalah juga, ini.. berat berkilo. Huh!! Sabar ajelah..

"Apa dia?!"gumamku dalam nada sedikit membentak.

Mataku sudah aku kecilkan untuk memandangnya. Sabar ajelah, Sara.

"Kau dah check tak? Apa status pencalonan kau? Berjaya ke tak?!" bertubi-tubi soalan yang dihambur kan Mina kepadaku.

Dahiku sudah berkerut tak faham. "Status apa kau cakap ni? Aku tak faham."

"Status pencalonan kau sebagai peminat bertuah itu. Kau dapat tak? Kau dah check?" soal Mina lagi.

Aku sudah buat muka jengkel. Ingat benda pentinglah tadi. Pfft.. kacau betullah minah ni. Hmm, ingat aku kisah sangatlah.

Tidak menjawab, terus aku kembali baringkan tubuh aku semula. Spontan, mata aku tutup kembali lalu bantal pelukku aku peluk erat. Erm, tidur adalah lebih baik buat sekarang ni.

Mina sudah merengek manja. Lenganku ditariknya sambil memaksa aku untuk bangun semula. Lama juga dia tarik-tarik aku sehingga akhirnya aku bangun dari baringku. Wajahnya aku pandang geram. Isy!

"Hmm, aku tak check lagi."jawabku masih tayang muka mengantuk.

"Check sekarang."arah Mina mendesak.

Aku mencebik. Baru sahaja aku mahu baringkan tubuhku semula, Mina terus menghalang perbuatan aku. Sanggup dia halang aku tidur semata-mata nak tahu aku dapat ke tak. Desperate nya, minah ni.

"Checklah cepat."paksa Mina masih tak putus asa.

"Taknak. Percayalah. Aku pun confirm tak dapat juga. Kita kan satu rumah?" ujarku sengaja bagi alasan yang langsung tak ada kaitannya.

Namun bukan Mina lah namanya kalau tak mendesak. Berkali-kali dia mendesak aku, sehinggalah akhir nya aku mengalah.

Dengan rasa mengantuk plus geramnya, aku terus capai telefon pintarku. Wajah Mina yang penuh mengharap itu aku pandang dengan rasa sebal. Terus, aku belek telefon pintarku semula.

Dahiku tak semena-mena berkerut. Terdapat satu pesanan yang dihantar pada aku sejam yang lepas. Yang pasti bukannya mesej ringkas daripada UMobile yang suka ingat kan aku untuk tambahnilai semula.
Kali ini, mataku pandang wajah Mina dengan rasa serba-serbi.

Perlahan-lahan pesanan itu aku buka lalu mesej yang tak lebih dari 100 perkataan itu aku baca. Tergamam aku dibuatnya. Apalagi ni?!!!!

"Kenapa Sara?"Mina sudah mulai bertanya apabila melihat riak wajah aku yang sudah berubah cuak.

Aku yang masih tergamam perlahan-lahan angkat wajah memandang Mina. "Aku dapat."
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro