BAB 32

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Cik, cik tak boleh buat macam ni. Cik sendiri yang daftar nama dan cik juga dah setuju dengan syarat yang kami tetapkan." ujar Syukri dalam talian.

Ryle di hadapan lelaki itu sudah angkat kening. Nescafe panas yang terhidang depan matanya langsung tak menarik seleranya ketika. Sekarang ni, dia mahu tahu apa yang terjadi pada rancangan bercuti ke Sydney nya itu.

Selepas dua hari pengumuman siapa peminat bertuah itu, Ryle ingat takkan ada masalah namun nampak nya sangkaannya meleset seratus peratus. Pihak produser rancangan tersebut beritahunya bahawa 'peminat' tersebut mahu menarik diri daripada menyertai program tersebut.

Pelik juga Ryle mendengarnya. Belum pernah lagi dalam seumur hidupnya, peminat mahu menarik diri daripadanya. Kebanyakannya lebih rela tinggalkan kerja mereka yang penting semata-mata mahu melihat Ryle depan mata. Kali ini, kesnya memang rare semacam.

"Okey, saya akan tunggu cik." putus Syukri sebelum menamatkan talian.

Satu keluhan lemah dia lepaskan sebelum akhirnya matanya meratap ke arah Ryle yang turut sama menanti jawapan. Wajah Syukri yang nampak sedikit kusut cukup menggambarkan apa yang sebenarnya sedang berlaku.

"So, macam mana? Dia still nak tolak ke?" soal Ryle. Nescafe panas yang sedari tadi mencabar seleranya dihirup perlahan sambil matanya tak lepas daripada menatap Syukri.

"Dia still tolak." balas Syukri lemah.

Ryle sekadar menganggukkan kepala. Ruang pejabat Syukri ditilik nya sebentar. Yurp, seorang staf yang penting dalam pembikinan program memang layak mendapat kan sebuah ruang pejabat yang sedikit tertutup untuk meneruskan perbincangan sulit.

"Ini first time ada peminat taknak keluar dengan aku. Sebelum ini, fans okay aje dengan aku. Tak adalah kalut macam minah ni." sempat Ryle memerli gadis yang 'bertuah' itu.

Hanya tinggal lagi 4 hari, episod itu akan direkodkan dan tiba-tiba gadis itu mahu menarik diri. Siapa aje yang tak bengang. Kalau memang dah dari awal taknak ikut program, kenapa perlu susahkan diri daftar nama untuk pencalonan? Ryle pun kadang tak faham.

"Minah ni cakap kawan dia yang masukkan nama dia dalam pencalonan ni. Dia tak tahu apa-apa then dia biar aje. Maybe dia fikir, dia takkan dapat." Syukri membuat andaian.

Ryle menarik sengih. "So, kau nak kata minah ni bukannya peminat aku lah? Hmm.. then, kenapa taknak ganti dengan orang lain?" soal Ryle ingin tahu.

"Kalau boleh, memang aku nak ganti pun tapi masalahnya semua tiket dengan hotel kitorang dah tempah dan semua dokumen juga dah isi nama dia. Kau fahamlah pihak atasan taknak benda leceh-leceh ni. Kalau tak rugilah, syarikat kitorang. Nak kena buat semula. Empat hari mana cukup nak cover semua benda." jelas Syukri panjang lebar.

Memandangkan Ryle sekadar orang seni yang hanya terlibat dalam lakonan semata-mata jadi dia pun tak berapa fasih sangat kerja orang penerbitan ni. Sebuah anggukan saja yang mampu Ryle berikan sebagai tanda yang kononnya dia faham. Nescafe yang tinggal separuh dihirupnya semula.

Syukri sudah mengerling Ryle. Senyum sengetnya terbit. "Tapi.. minah ni boleh tahan lawa juga lah, Ryle. Asal Perak. Kau dah tengok dokumen yang aku pass kat Afzal itu? Dalam itu, ada gambar dia." beritahu Syukri sudah mulai menarik senyum gatal.

Ryle tayang wajah tak minat. "Afzal tak pass pun benda itu kat aku. Kau fahamlah Afzal itu, dia itu last minute punya orang." ujar Ryle sempat memerli rakan seperjuangannya itu.

"Haah weiyh, apsal kau tak.." belum sempat Syukri mahu membalas, tak semena-mena sebuah ketukan dari luar menyinggah.

Ryle juga turut sama mengalihkan pandangannya ke arah pintu apabila ketukan kali kedua diberikan. Terus Ryle meminta orang tersebut untuk masuk.

"Encik Syukri, Cik Sara dah sampai." ujar pengurus peribadinya dengan santun.

"Jemput dia masuk." pelawa Syukri.

Sebuah anggukan, gadis itu berikan. Terus, dia membukakan pintu untuk gadis di belakangnya itu. Sempat mata Ryle mengerling ke arah gadis itu sebelum akhirnya, dia tergamam.

T-tak mungkinlah?!!

Buntang matanya apabila melihat kelibat gadis itu muncul di hadapan nya buat kesekian kalinya. Kenapa perlu ada pertemuan yang seterus nya antara mereka?

Gadis di hadapannya turut sama tergamam. Huh?!
...
Sebuah minuman hangat dihidang kan di hadapan aku. Bau haruman teh panas itu sedikit sebanyak mencabar seleraku pada petang itu. Namun, semuanya mati bila kini aku berada di bawah satu bilik yang sama dengan lelaki yang memang aku taknak jumpa untuk seumur hidup aku.

"Jemputlah minum." pelawa Syukri dengan nada lembut.

Aku di hadapannya sekadar menolak pelawaannya itu. Memang tekak aku sedang kontang sekarang. Cuma, mungkin ke aku dapat menghirup air dengan tenang kalau sekarang aku sedang duduk bersebelahan dengan Ryle?

Sejak aku masuk tadi, kedua-dua kami sama-sama terkejut. Aku tak sangka yang dia akan ada dalam pejabat Syukri ini. Aku fikir pertemuan itu hanya melibatkan aku dan Syukri namun nampak gayanya, aku silap. 

Entah apalah maksud di sebalik pertemuan untuk kesekian kalinya ini?

Suasana hening itu sedikit sebanyak melemaskan aku. Syukri pula sedari tadi asyik membelek aku membuat kan aku pula rasa tidak senang. Ryle di sebelah masih mendiamkan diri. Rasanya, dia tak pandang aku langsung kot?

"So, encik kata nak bincang fasal program itu kan? Jadi, apa keputusan encik. Permintaan saya itu diterima ke?" soalku tidak mahu melengah.

Makin lama aku terkepit dalam suasana ni, makin susah aku untuk bernafas agaknya. Seorang muka tak puas, seorang lagi tayang muka acah playboynya yang tak adalah bagus mana. Pfft..

"Saya minta maaf cik Sara tapi permintaan cik itu ditolak. Pihak kami akan tetap teruskan cik sebagai peminat bertuah itu. Nak tak nak cik kena ikut prosedur yang telah kami tetapkan." jelas Syukri sambil senyum menggodanya dilayangkan pada aku.

Mahu saja aku tarik muka menyampah namun memandang kan sekarang ni aku ada dalam pejabatnya, kena jaga sikit air muka itu. Kalau dia buat lebih, aku pun bagi lebih kat dia.

"Kalau saya taknak ikut?" aku sudah bersoal.

Syukri meleret senyum. Wajah aku dipandangnya dengan berani. Tiba-tiba sahaja dia mahu dekatkan wajahnya denganku. Pantas, aku mengundur kan kepala ku ke belakang.

"Cik Sara yang akan menanggung kerugian. Semuanya ada dalam terma dan syarat yang kami telah tetapkan dalam boramg pencalonan itu. Memandangkan cik Sara dah 'bersetuju' jadi pihak kami terpaksa ambil tindakan kalau cik Sara tarik diri." nadanya sudah sedikit mengugut.

Aku sudah tergamam. Watdehek? Apakah? Kenapa perlu macam ini pula? Semua ini bukannya datang daripada aku tapi semua sebab si Mina itu yang memandai daftarkan nama aku. Huh!!! Bila masalah ini jadi, aku yang kena tanggung seorang. Cis!!!

"Lagipun, takkanlah cik Sara taknak keluar dengan Ryle. Semua benda ditaja. Cik cuma berjalan dan keluar makan angin dengan Ryle aje. Cik taknak ke?" kini Syukri sudah pasang umpan.

Siapa aje yang taknak kalau dapat keluar makan angin kat luar negara. Sydney pula itu!! Cuma.. kenapa dengan dia juga? Kalau pakej bercuti seorang diri tak boleh ke tak pun asing kan aje kami berdua. Biar dia dengan rancangan tv dia itu dan aku dengan rancangan aku sendiri. Hmm?

"Kan, Ryle?" soal Syukri memandang ke arah Ryle yang sedari tadi mendiamkan diri saja.

Aku pula sedaya upaya mengelak kan diri daripada memandang lelaki iti. Cari nahas aku kalau terpandang kan dia. Dia sendiri pun pernah cakap dengan aku yang dia pun tak nak tengok muka aku kan? Tapi, takdir menentukan kitorang untuk berjumpa, so??

"Hmm.. pergi ajelah. Apa susah." spontan jawapan dingin Ryle itu menyapa halwa telinga ku.

"Saya tak biasa keluar dengan lelaki." balasku dingin. Wajahnya langsung tak dipandang. Tak hingin!!

"Kalau macam itu tariklah diri. Tanggunglah rugi itu sorang-sorang." dingin sahaja dia membuat ugutan.

Aku dalam hati sudah mencebik. Jelas wajah menyampah bermain di air muka ku. Syukri yang mendengar perbualan kami berdua sudah angkat kening.

"Korang ni macam kenal aje? Pernah jumpa ke sebelum ini?" soal Syukri mahu tahu.

"Tak!"spontan aku dan Ryle menjawab serentak. Ergh!!! Kenapa nak ikut orang sangat dia ni?!
...



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro