BAB 49

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Angin malam yang menyapa kulit lengannya dibiarkan begitu sahaja. Yurp, sekali sekala.. menikmati alam dan merasai kesejukan semulajadi lagi bagus daripada menikmati masa rehat di bawah air-cond. Kepala pun jadi tenang.

Sambil matanya liar memandang suasana bandar yang masih bertebaran cahaya bandar yang tidak jauh dari kawasan perumahannya, fikirannya masih lagi mengolah sesuatu untuk difikirkan. Kejadian tengahhari tadi masih tak lekang menerpa fikirannya.

"Huzryle Khayril" Ryle sedikit tergamam bila mulut Aysara berjaya menyebut nama penuhnya. Bibirnya menguntum senyum sinis.

Huh, apalagi agaknya perempuan ni mahukan lagi? Masih tak nak mengaku bersalah atas apa yang dibuat ke?! Masih nak buktikan dia adalah mangsa keadaan?! Pfft..

"What?" Ryle bagi peluang. Keningnya diangkat, mahu tahu bicara gadis itu selanjutnya.

Pandangan Ryle melirik ke arah tangan Aysara yang sudah memegang perutnya. Kali ini, dahi Ryle berkerut. Apsal perempuan itu pegang perut pula? Sakit perut ke apa?! Ryle buat andaian.

"Saya pregnant anak awak.." terketar-ketar Aysara mahu menyebut ayat keramat itu.

Kali ini, riak wajah Ryle berubah kelat. Kaku tubuhnya bila dengar berita tak disangka-sangkanya itu.. pregnant?!

Wajahnya diraup kasar. Selepas sahaja dengar apa yang Aysara mahu sampaikan, tiba-tiba sahaja Ryle berlalu masuk ke dalam kereta. Kereta Audinya dipecut meninggal kan Aysara sendirian di tepi jalan. Huh!! Gentleman?

Akhirnya, satu keluhan berat meniti keluar dari mulut Ryle. Terus, pandangannya jadi tak fokus apabila teringatkan perkara itu semula. Anak?! Dengan perempuan itu..??! Huh, no way no more..

Ryle ketap bibir. Kejadian semasa di hotel Sydney itu masih segar dalam ingatannya. Bagaimana tergodanya dia bila lihat Aysara malam itu, bagaimana bibirnya berjaya menerpa lembut bibir gadis itu dan juga bagaimana hanyutnya dia malam itu. Hmm.. semua itu Ryle masih ingat dengan jelas.

Tapi.. takkanlah baru sekali buat, dah sangkut?

Terus Ryle menggosok kepalanya. Huh!! Makin serabut kepala Ryle dibuat nya. Kalau betullah itu anak dia, macam mana?! Patut ke dia terima atau abaikan. Mungkin... anak dalam perut Aysara itu, anak lelaki lain?!

"Haih, betul ke Aysara jenis macam itu, Ryle?" soalnya pada diri sendiri.

Yurp, Ryle pun ragu untuk buat tuduhan begitu. Muka kanak-kanak ribena Aysara itu memang jelas menggambarkan dia takkan berani nak buat benda terkutuk itu dengan lelaki lain. Hmm.. Ryle diam sekali lagi.

Jadi, kalau betul dia tak pernah tidur dengan mana-mana lelaki.. maka anak itu adalah anak aku?! Ryle sudah garu dagu. Memang sudah terang lagi bersuluh yang dia tidur dengan Aysara malam itu. Kalau nak nafikan pun, tak boleh.. Akhirnya, satu keluhan berat Ryle lepaskan.

Pelik pula rasanya kalau ada anak ni. Lagipun, Ryle memang sukakan budak. Selama ini, dia cuma mampu dukung anak orang aje. Selalu juga, Ryle terbayang dapat dukung anak sendiri kalau dia berkahwin dengan Kuza nanti. Hmm.. tapi tak sangka, dia terlanjur dengan perempuan lain pula. Perempuan yang secara tak sengaja jadi isterinya itu.

Hmm.. Kalau betul anak dalam perut Aysara itu anak dia, Ryle tak tahulah nak feeling apa. Suka? Teruja? atau.. marah?!

Ryle mendengus lemah.

"Mestilah aku kena gembira kan? Anak aku.. hmm, cuma mak dia aje.."tiba-tiba Ryle teringatkan fasal Aysara.

Terus Ryle gelengkan kepala. "Kau tak payah nak kisah sangat fasal Aysara.. yang penting, budak itu." keluh Ryle sendirian.

Kerana tidak mahu terus menerus dibayangi oleh fikiran, Ryle terus mengatur langkah keluar dari bilik untuk menghilangkan dahaga di tekak. Selalunya, berita gembira ini buat tekak jadi haus. Ke, Ryle seorang aje yang rasa?

Hmm.. whatever.

Selesai sahaja menuruni tangga, Ryle terus melangkah ke dapur. Ketika dia melintasi bilik Puan Sri Maimon, langkahnya mati. Cahaya terang benderang yang menerangi bilik wanita itu buatkan Ryle terkedu untuk seketika.

Siapa pula yang buka lampu ni?, getus hatinya perlahan.

Tidak mahu dibayangi teka-teki yang takkan dapat jawapan, Ryle terus menolak dedaun pintu perlahan. Risau juga dia kalau pencuri masuk ke apa..

Zaman sekarang ni adalah zaman di mana jenayah berleluasa. Semata-mata inginkan kehidupan yang senang, orang sanggup mencuri ,merompak dan membunuh untuk dapatkan wang dengan jalan mudah. Sampaikan orang sekeliling, anggap itu adalah perkara biasa yang hanya ditambah untuk merencah dada akhbar .

Hampir tersentak Ryle dibuatnya apabila melihat Puan Sri Maimon yang bersarung telekung yang ketika itu duduk di atas kerusi rodanya sedang cuba untuk mengangkat takbir. Telekung hanya disarung di kepala saja dan bukannya dipakai. Wajah Puan Sri Maimon pun tak nampak. Selekeh dalam bahasa mudahnya.

Terbit rasa kagum dalam jiwa Ryle apabila melihat nendanya begitu. Jelaslah betapa kuatnya semangat nendanya untuk sembuh.

Perlahan-lahan, Ryle aturkan langkah mendekati nendanya apabila dia lihat nendanya sudahpun memberi salam. Senyumannya masih tersemat di birai bibirnya. Selesai saja memberi salam, Puan Sri Maimon terus menoleh ke arah Ryle.
Bibirnya jungkit senyum.

"Nenda ke yang buka lampu?" soal Ryle cuba memastikan.

Puan Sri Maimon melebarkan sedikit senyumannya. "Yyy....Yaa.."

Ryle melabuhkan punggungnya di birai katil. Kerusi roda yang diduduki nendanya ditarik mendekatinya. Puan Sri Maimon sekadar membiar kan perilaku Ryle itu.

"Nenda pun naik atas kerusi roda juga ke?" soal Ryle lagi.

Wanita itu mengangguk perlahan. "Yyy.. Yaa... sa.. yang.., nen..nda."

Ryle tergamam tatkala dengar bicara nendanya itu. Senyumannya terukir namun terselit sedikit sebak. Terus tangan Ryle menggenggam erat tangan Puan Sri Maimon lalu dikucupnya lembut.

"Ryle harap nenda cepat sembuh. Ryle nak nenda sihat macam dulu. Ryle sayangkan nenda.." luah Ryle apa yang terbuku dalam hati.

Senyuman Puan Sri Maimon meleret. Yurp, dia tersentuh dengan perhatian yang Ryle berikan padanya ketika ini. Cucu kesayangannya.. satu-satunya cucu yang dia ada sekarang ni.
...
"Kau jumpa Ryle?!"bukan main terkejut lagi gamaknya Mina bila aku ceritakan kejadian tengahhari tadi padanya.

Mahu tak mahu terpaksa aku angguk kan kepala. Kalau dah mulut itu lancang sangat nak bercerita, aku kenalah jawab soalan yang akan dikemukan. Tanggung risiko lah senang cerita.

"Then, kau bagitahu tak Ryle fasal anak kau ni?" soal Mina yang sudah laju duduk di hadapanku. Wajah penuh minatnya tadi ditayang.

Kelakar juga bila aku fikir balik fasal si Mina ni. Tadi semasa bekerja, bukan main lagi dia merungut. Penat lah, nak rehatlah.. nak itulah, nak ini lah. Hmm.. tak faham betul aku macam mana Encik Ilham boleh sangkut dengan perempuan jenis Mina ni. Haih?! Sedih..

Aku anggukkan kepala. "Aku beritahu dia fasal anak ni."ujarku bila teringatkan kejadian yang genting itu. Takut juga aku bila ingatkan balik fasal hal itu.

Tak sangka yang aku boleh seberani itu untuk beritahu Ryle.

"Then, apa jadi lepas itu?"

"Dia tak cakap apa-apa dan dia pergi." jelasku ringkas. Yurp, ringkas tetapi padat.

Dahi Mina sudah berkerut. Dagunya diurut lembut. Lagaknya seakan-akan saintis yang sebenarnya tak tahu apa yang difikirnya ketika itu. Tak function.

"Kenapa dia tak cakap apa-apa pula? Selalunya, time itulah dia kena keluar kan ayat yang macam.. 'Erm, anak aku? Bukan ke..'"belum sempat Mina habiskan ayat dramanya itu.

Spontan, kepalanya aku tunjal. Haih, susah betullah kalau ada kawan yang kuat drama ni. Semua benda ikut ayat skrip! Hmm..sabar ajelah.
Terus Mina mengurut dahinya. Pandangan geram dibuang kepada aku.

"Sakitlah. Hmm.. apa salah aku?" gertaknya geram.

Aku buat muka jengkel. "Kau itu lah. Tak habis-habis dengan drama. Cuba matang sikit. Benda yang kita cakap ni, benda serius tau tak?!" balasku. Dia fikir dia seorang aje yang geram? Akupun geram juga tau!

Mina buat muka itik. "Alah, aku gurau aje. Hmm.. Ryle kan pelakon. Kot- kot dia cakap macam itu ke, mana lah kita tahu kan?"

Aku sekadar mencebik. Terus aku diam memikirkan sesuatu. Aku pun pelik juga. Dia diam dan dia pergi tapi aku boleh nampak riak terkejutnya itu bila dapat tahu aku mengandungkan anak dia.

Pandanganku dihalakan pada Mina. "Kau rasa.. Ryle marah tak, aku mengandung?" soalku sudah was-was.

"Apsal dia pula yang nak kena marah? Sepatutnya, kaulah yang  marah dia sebab buat kau mengandung.. dah mengandungkan orang, tak reti nak bertanggung-jawab. Lelaki.." Mina pula yang terbawa emosi.

Aku di hadapannya tarik sengih. Pelik juga dengan hormon Mina ni. Tiba-tiba pula dia yang over~~..

Dalam diam, aku mengiakan bicara Mina yang satu itu. Pfftt.. kenapa nak kisah fasal dia marah ke tak? Kalau dia taknak terima.. aku ada untuk jaga anak ni.

"Tapi kan, Sara.. bila fikir-fikir balik kan. Kau memang bernasib baik. Kau tahukan siapa sebenarnya Ryle itu?" soal Mina dengan muka nak start membawangnya. Serupa sangat dengan Jemah.

Dahiku berkerut lalu kepalaku aku geleng. "Pelakon?"

Mina berdecit. Tak puas hati dengan jawapan sengal aku itu. "Memang lah dia itu pelakon. Hmm.. maksud aku, dia.. anak siapa. Kau tahu tak fasal laki kau itu?"

Aku sekadar gelengkan kepala. Terus aku menunggu bicara Mina yang seterusnya.

"Dia anak kepada Tan Sri. Aku lupa nama ayah dia.. erm, tapi ayah dia adalah peneraju syarikat paling berjaya dalam Malaysia ni. Luar negara pun, nama ayah dia pernah naik. Hebat tak hebat keturunan Ryle itu. Confirm.. anak kau akan ikut baka Ryle." sempat Mina kait kan anak aku dengan Ryle.

Aku hanya mampu kagum dalam diam. Tak sangka Ryle hadir dari latar belakang yang sangat dihormati. Makin tak keruan aku dibuatnya. Hmm.. memang taklah dia nak mengaku anak yang ada dalam rahim aku ni anak dia. Aku ni pula belajar takat diploma aje, ambil part time pelayan cafe. Pfft.. jauh betul beza.

"Jadi, kenapa aku kena tahu pula?!" soalku hairan. Tak penting pun aky rasa..  Ya ke?

Mina tarik sengih penuh muslihat. Kedua-dua tangannya sudah disapu bak ibu cinderella yang penuh helah. Tak sedap hati pula aku tengok mukanya itu. Mukanya sekarang ini lebih jahat daripada biasa.

"Kalau aku jadi kaulah, aku gunalah anak itu caras duit dia." spontan idea sengal Mina keluar.

Terus aku tolak dahi Mina. Dasar...!!! Perempuan kaki kikis!!
...
p/s》

Hye and assalamualaikum guys. First of all thanks sebab sudi baca cerita sis ni. Sis tersangatlah terharu sebab ada yang luangkan masa berguna itu baca story sis yang membuang masa ni😂😂.. Thanks sangat-sangat. Readers pun meningkat. Harapnya story ni dapat bagi nilai murni kepada anda (erk.. ada ke?) hahah..

Btw, sis nak cakap something ni. Seperti ada yang tahu dan ada yang tak tahu, sis sekarang ni dalam minggu final exam for first year. Selasa ni sis ada exam dan sis harap kalau sis ada tak update itu means sis sibuk belajar (klu tak belajar, sis tido) jadi sis harap ada yang faham. Kalau boleh memang nak habis kan awal dan proceed buat cerita baru pula.

Sis tak kisah sebenarnya berapa viewer yang baca sebab pada awalnya sis buat story untuk bacaan sendiri-sendiri. Baca sendiri, komen sendiri, vote sendiri.. haha!! Tapi, memandang kan ada yang baca, jadi sis buat apa yang sesuai. Hmm.. hari ini, Insya Allah sis akan update sampai chap 50. Tapi.. tak tahulah chap 50 itu bila.

Lepas ni ke, petang ni ke, malam ni ke.. I don't know. Hmm.. stay tuned!😁

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro