BAB 50

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sepasang kaki langkahnya diatur satu persatu masuk ke dalam cafe. Gaya jalannya cukup menggambar kan siapakah dia di atas pentas peragaan. Dari gayanya juga, orang dapat nilai betapa bagusnya dia dalam dunia modelnya itu. Wajah tanpa perasaannya itu ditayang.

Mina yang menjaga di kaunter turut sama terpaku tatkala melihat gerangan model itu sudah melangkah penuh elegan ke arah nya. Yurp, bukan Mina tak kenal siapakah gerangan gadis itu.

Gadis yang sudah mengharumkan nama Malaysia di pentas peragaan, gadis yang sudah berjaya rebut hati Ryle.. pelakon paling menjadi dambaan ramai gadis. Mina cuba berlagak professional. Muka manis nya ditayang.

"Ya, cik Kuza? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal Mina bernada mesra.

Kuza menanggalkan kaca mata coklatnya. Terus kepalanya didongak memandang ke arah board menu yang terpampang di belakang Mina. Satu persatu menu dibeleknya lalu dia berdecit sinis.

"Ini aje ke menu yang cafe you mampu bagi? Nothing special about it." spontan cemuhan Kuza menyinggah.

Tergamam juga Mina dibuatnya. Mana taknya, selama dia menghadap kaunter. Belum pernah lagi dia dengar ada pelanggan yang menganjing menu cafe. Kebanyakan nya sangat menyukai menu makanan di sini walaupun yurp, Mina rasakan nothing special about it too.. Tapi, okeylah.

"Sorry kerana menu kami tak dapat puaskan selera cik Kuza. Kami akan cuba tambah sesuatu dalam menu kami." tutur Mina tidak mahu melalak tak tentu fasal.

Dalam prospek kerja, perlu ada profesionalism. Walaupun kerja itu cuma kerja di bawah telunjuk orang atasan sahaja.

Kuza sekadar mencebik. Sekali lagi matany membelek papan menu. Hot chocolate.. hot latte.. hot moccha.. bla, bla, bla.. Pandangannya dialih kan semula ke wajah Mina. Jelas pandangan angkuhnya bertayang.

"Apa menu menarik daripada cafe you ni?" soalnya dalam nada bersahaja.

Mina tarik senyum nipis.

"Hari ini, kami tawarkan pemanis mulut asal Jerman. Deldio Fradge, kek lembut dan dalamnya ada buah-buahan seperti acar. Disaluti sedikit coklat dan toppingnya adalah coklat gelap. Ramai yang puas hati lepas menikmati pemanis mulut ini. Bagi saya, cik Kuza patut cuba satu. Minuman saya cadangkan cik ambil hot chocolate with marshmellow on top.. sangat sesuai untuk dinikmati dalam set." jelas dan terang Mina membahaskan menu yang dicadang kan.

Kuza tarik sengih sumbing. Dalam diam,dia sedikit kagum dengan bicara Mina yang mahu mempromosikan kelebihan cafe tersebut. Not bad..

"Bagus.. I suka cara you promote benda ni. Even I don't apa yang specialnya pada menu yang you cakapkan itu but nice try.." pujinya sambil tarik senyum senget.

Pada masa yang sama, aku yang baru sahaja selesai berehat terus memasuki ruangan cafe semula melalui pintu dapur. Langkahku terus mati tatkala mata aku dan mata Kuza saling bertikaman. Tajam saja dia pandang aku.

"I nak order Deldio Fradge satu and air.. I nak orange juice. Sejuk okey?" pesannya pada Mina. Kembali mata nya dialihkan pada Mina.

Mina yang baru sahaja mahu bergerak ke dapur terus mati langkahnya apabil Kuza menyerunya buat kali kedua. Terpaksa, Kuza akur.

"I nak dia yang hantar makanan itu pada I.. I tak nak orang lain." ujar nya lalu menuding jari ke arah aku yang masih tak berganjak.

Terus mata Mina teralih ke arah aku. Dia sudah berkerut dahi. Namun memandangkan Kuza adalah seorang pelanggan, Mina terpaksa akur.

Aku sudah ketap bibir. Mataku masih melirik ke arah Kuza. Sebelum pergi, sempat dia berikan jelingan maut nya kepada aku. Huh?!
...
Dulang yang berisi jus oren dan menu makanan itu Mina serahkan kepada aku. Sempat mata Mina melirik ke arah Kuza yang sedari tadi leka bermain dengan telefon pintar nya. Kembali dialihkannya pandangan menghadap aku.

"Kau okey ke nak menghadap Kuza?" soal Mina sudah mulai ragu.

Aku yang sedang menyelitkan kain bersih dalam poket seluar ku, masih menayangkan muka selamba. Sempat juga aku menoleh ke arah Kuza. Pfft.. whatsapp dengan Ryle lah itu.

"Okey aje. Diakan pelanggan kita, sama macam pelanggan yang lain." ujarku spontan.

"Tapi, masalahnya dia bakal madu kau. Aku takut kau tak dapat kawal emosi lepas itu.. ha, aku tak nak cakap selebihnya. Kau tahulah kan?!" Mina sudah buat andaian sendiri.

Aku sekadar mencebik. "Huh, mengarutlah kau ni! Dia pun tak tahu siapa aku sebenarnya.. pfft, takkan ada benda jadi. Percayalah." aku cuba bertutur yakin.

Akhirnya Mina mengeluh. Mungkin sudah penat dengan positive vibe aku pada semua orang agaknya. Well, walaupun sebenarnya.. apa yang aku fikirkan sekarang ni dua kali lima saja dengan apa yang Mina fikirkan.

Tidak mahu berlengah, aku terus bawa dulang tersebut ke arah meja Kuza. Kuza yang masih leka bermain telefon pintarnya, aku dekati. Sempat juga aku membelek whatsapp Kuza. Erm, maksud aku.. terpandang.

And, yurp.. seperti apa yang aku fikir kan, dia sedang bermain whatsapp dengan Ryle.

'Sayang, I nak lunch..' -Kuza.

Itu aje yang aku nampak. Selebih nya, aku tak boleh nak tengok sebab Kuza dah tutup telefonnya dahulu sebelum dimasukkan ke dalam beg tangan nya. Aku hanya mengukir senyum nipis.

Sakit hati.. hmm, pelik?!

Kuza perhati sahaja aku menghidang kan makanan di atas meja nya. Wajah sinisnya ditayang. Namun, aku cuba buat tak peduli. Ketika aku berura-ura mahu menghidangkan cawan berisi jus oren itu ke atas meja, aku dengar decitan sinis Kuza.

"Tak sangka, Ilham boleh suka pekerja macam you ni. Tak adalah bagus sangat taste dia sebenar nya." ujarnya perlahan namun sempat menyapa halwa telingaku.

Dahiku sudah berkerut tak faham. "Maksud cik?"

Kuza tarik sengih. "Kau tak faham ke atau kau pura-pura tak faham sebenarnya? Pfft.. Ilham itu patut dapat lagi better daripada you." ujar nya sedikit sinis.

"Apa kaitannya encik Ilham dengan saya?" makin dalam soalan aku dibuatnya.

Kuza sudah kacip gigi. Terus tangan aku yang menggenggam gelas berisi jus oren itu dicapainya. Erat tangan ku dipegangnya.

"Tak ada kaitan? Huh.. perempuan macam kau ni patutnya tak dapat lelaki macam dialah, bodoh." gertak nya perlahan. Mukanya membengis.

Tak semena-mena, Kuza terus menarik tangan aku lalu jus oren itu spontan membasahi baju kemeja putih yang dipakainya. Aku tergamam. Cawan itu tak semena-mena terlepas dari tanganku dan jatuh ke lantai. Bunyi kuat hasil daripada pecahan itu berjaya buat kan suasana yang tadinya hingar-bingar terus hening.

"Apa yang kau dah buat ni, ha?!!!" gertak Kuza sudah membersihkan
baju kemejanya yang sudah kotor.

Mina mendekati aku. Dia yang sedari tadi perhatikan aku sudah mulai berdiri di sebelah aku, wajah Kuza dipandangnya marah.

"Kenapa cik nak tuduh Sara pula? Saya nampak cik sendiri yang tumpah kan air itu pada baju cik!" Mina sudah berdiri di pihak aku.

Ilham yang mendengar riuh rendah di luar pejabatnya sudah berkerut dahi. Lagi-lagi bila dengar suara lantang Mina berbicara. Terus dia melangkah ke luar dari pejabatnya dan matanya terus menangkap sosok tubuh yang amat dikenali nya.

"Kuza?" spontan nama itu disebut nya.

Tidak berlengah, Ilham terus berjalan ke arah Mina. Tak semena-mena pandangan Kuza teralih ke arah kelibat yang sangat dinanti-nanti kannya. Senyumnya meleret pendek sebelum wajahnya kembali serius.

"Apa yang terjadi ni, Mina?" soal Ilham sempat melirik ke arah baju Kuza dan juga serpihan kaca pecah di atas lantai.

Mina terus menoleh ke arah Ilham. "Encik Ilham, cik Kuza ini tuduh Sara sengaja nak siram dia dengan jus oren. Saya nampak sendiri dia yang paksa Sara buat semua itu!" Mina masih bertegas.

"Kau ada bukti ke yang aku buat semua itu? Yang lain nampak lah perempuan ni siram jus kat aku! Huh!!" bengisnya lantang.

"Tak, encik ilham. Saya tak buat. cik Kuza yang tarik tangan saya. Dia sengaja!" aku cuba menegakkan kebenaran.

Ilham sudah kacip gigi. Wajah Kuza dipandangnya. "Cik Kuza ada bukti ke yang pekerja saya sengaja aniaya cik?" soal Ilham dengan wajah serius.

Kuza tarik sengih. "Awak nak bukti apa lagi? Awak tak nampak ke baju saya yang jadi mangsa? Awak tahu tak ini salah satu koleksi baju mahal saya?! Apa motif saya nak rosakkan baju sendiri!!!" gertak Kuza berubah geram.

Aku tergamam. Terus aku pandang wajah Ilham. Aku merayu.. "Saya tak buat, encik Ilham. Sumpah! Saya sanggup angkat tangan kalau encik nak."

Suasana yang tadinya sepi sudah mulai bising dengan bisikan-bisikan pelanggan. Kebanyakannya tuduh aku sebagai pesalah dan itu makin menambah rasa resahku. Ilham sudah serba salah. Wajah aku dipandangnya sebelum dia akhir nya alihkan pandangan ke arah Kuza.

"Saya minta maaf bagi pihak pekerja. Mungkin dia tak sengaja tertumpah kan jus oren itu. Saya janji benda ini takkan berulang lagi." tutur Ilham akhirnya mengalah.

Aku terkedu. Encik Ilham pun tak percayakan aku?

"Encik Ilham, Sara tak bersalah. Cik Kuza yang buat Sara bukannya Sara yang buatkan cik Kuza!" Mina masih tak berputus asa.

Kuza tarik sengih sinis. Dia sudah berpeluk tubuh. Wajah Mina dipandangnya sejenak sebelum ekor matanya dialihkan pada Ilham.

"Pekerja you memang tak ada attitude. Still tegakkan benang yang basah.. hmm, I rasa I akan saman cafe you ni. Menu tak bagus, perangai pekerja pun nampak macam kalangan kelas ketiga." perli nya sinis sebelum berura-ura mahu pergi dari situ.

Tergamam Ilham dibuatnya. Terus Ilham mencapai tangan Kuza. Tak semena-mena langkah Kuza mati. Ekor matanya dialihkan ke arah tangannya yang sudah digenggam oleh Ilham.

Terus Ilham melepaskan tangannya semula bila melihat tindakannya itu. "Sorry, cik Kuza. Tolong jangan saman cafe ini. Tolong maafkan pekerja-pekerja saya. Kami janji benda itu takkan berlaku lagi." Ilham sudah merayu.

Aku ketap bibir. Aku bukan pesalah nya!

"Sorry aje you mampu bagi? You rasa cukup ke?"soalnya.

Ilham menarik nafas dalam. "Jadi, cik Kuza nak saya buat apa?" soalan berbalas soalan.

Senyuman sinis Kuza meleret. Terus ekor matanya dialihkan ke arah aku yang sudah resah di sebelah Mina.  "I nak you pecat dia sekarang juga!! You pilih.. sama ada pecat dia atau I saman." ugutnya sambil menuding ke arah aku.

Terkesima aku dibuatnya. Kejamnya, perempuan ni!
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro