BAB 51

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pintu bilik aku yang tertutup rapat tak semena-mena dibuka dari luar oleh gerangan seseorang. Aku yang tadinya sibuk melipat kain terus menoleh ke arah gerangan si empunya badan. Wajah kelat Mina itu aku pandang dengan senyuman tipis.

"Kau yakin ke?" soal Mina sudah datang mendekati aku yang sedang sibuk mengemas pakaian dan barang aku untuk pulang semula ke kampung halaman aku.

Sudah dua hari berlalu semenjak Encik Ilham berhentikan aku kerja. Sedih? Marah? Kecewa? Semuanya aku rasakan bergumpal dan sebati menjadi satu kata sahaja iaitu redha. Yurp, aku dah redha dengan apa yang menimpa hidup aku sekarang ini.

Pertama sekali, masalah dengan Firzan dan tak habis lepas itu berkahwin dengan Ryle. Tak cukup dengan itu, aku dikejutkan dengan berita kehamilan aku dan sekarang.. aku dipecat daripada kerja aku. Bila kira-kira semula, semuanya berlaku hanya dalam dua bulan aku berada di Kuala Lumpur. Sadis.

"Saya benar-benar minta maaf atas apa yang pekerja saya buat. Cik Kuza tolong maafkan dia. Keputusan untuk pecat dia itu agak tak profesional bagi saya." ujar Ilham cuba untuk memujuk Kuza dihadapannya.

Kuza sudah menggelengkan kepala. Tanpa perasaan bersalah, wajah aku dipandangnya. "Yang salah tetap kena hukum. I give you two choice, right? Fired her or I saman your business?" tegas Kuza masih dengan keputusan nya.

"Apa ni, cik Kuza?!! Kenapa Sara yang kena pecat sedangkan benda itu salah cik Kuza?!" Mina masih berdiri di pihak aku.

Terus dia berjalan menghampiri Ilham yang sudah mulai buntu. Lengan sasa Ilham yang berbalut digoyangnya beberapa kali. Kuza yang melihat kan itu sudah pandang menyampah. Hmm.. pleaselah.

"Bukan Sara yang salah. Cik Kuza yang bersalah dalam hal ini!!!" berkali- kali Mina ulang ayat yang sama.

Kuza sudah tayang muka bengisnya. " You ni kenapa?!!! Tuduh I yang buat?! Heiy, you nak I suruh Ilham pecat you juga ke, hah?! Tuduh I tanpa bukti!"Kuza sudah membentak geram.

Mina yang sudah menahan marah sedari tadi terus berdepan ke arah Kuza. Namun, pantas Ilham menarik lengan Kuza yang berlapik ke sisi nya semula. Dia tak mahu, keadaan makin tegang pula kalau Mina sudah start mulakan kecoh.

"Fine. I will choose one of your choice." ujar Ilham sedikit lemah.

Kuza sudah tarik sengih. Sempat mata nya melirik ke arah aku yang sudah buat muka cuak. Pandangan kami saling berganti.

"So, what's your choice? Fired her?" soal Kuza sudah mulai buat tebakan perli.

Ilham tidak menganggukkan kepala mahupun menggelengkan kepala. Terus tubuhnya dipusingkan ke arah aku lalu dengan wajah serba salah, matanya disuakan memandang ke arah ku.

"Sara, this is your last day. After this, I don't want to see you work at here again."spontan ayat itu menyapa halwa telingaku.

Tergamam aku bila dengar keputusan Ilham itu. Terus mataku melirik ke arah Ilham yang berjalan masuk ke dalam pejabatnya semula.

Kuza sudah menarik sengih kemenangan. "Now, I puas hati." ujar nya sebelum mengatur langkah keluar daripada cafe. Senyumannya melebar.

What I want I get back..

"Aku yakinlah. Lagipun buat apa aku duduk lama-lama kat Kuala Lumpur ni. Aku dah tak kerja lagi kat sini. Hmm... apa aku nak bayar kat kau kalau duit nak bayar sewa pun tak ada." ujarku masih ralit melipat kain dan masukkannya ke dalam beg pakaian.

"Kau taknak try cari kerja lain ke?" soal Mina.

Aku mengeluh perlahan. Wajah Mina aku pandang. Aku faham apa yang Mina rasa. Dia pun mesti taknak aku pergi tapi memandangkan sekarang ni, aku perlu pergi. Jadi, aku kena pergi untuk tenangkan hati dan fikiran.

Kepalaku aku gelengkan sebagai jawapan. "Tak apalah. Aku nak rehat sekejap. Apa yang jadi sekarang ni, aku kena cernakan baik-baik. Mungkin kalau rezeki aku ada kat sini, kita jumpa lagi.." balasku dengan senyum hambar.

Terus Mina memeluk tubuhku erat. Air tangisannya meleleh tatkala mendengar bicara aku itu. Gelagat nya itu juga sedikit sebanyak buatkan aku yang tadinya taknak nangis terus meleleh air mata. Hmm..

"Janganlah pergi.."Mina seakan merayu.

Aku ketap bibir rapat. Belakang badannya aku usap perlahan. Tanpa sedar, air mata yang tadi bertakung di birai mata sudahpun berjuraian turun membasahi pipi. "Maafkan aku, Mina.. aku kena pergi juga." aku masih berkeras untuk pergi.

"Mina, Sara!!! Aku ada..." belum sempat Julia mahu menghabiskan bicaranya. Dia lihat aku dan Mina saling berpelukan. Syahdu sahaja suasananya.

"Weiyh, Julia ada berita gembira nak..."sorakan Vivian pula makin mendatar bila melihatkan situasi yang sama.

Aku dan Mina terus meleraikan pelukan kami. Air mata yang basah membasahi pipi kami kesat. Segan pula tengok Vivian dan Julia nampak kami menangis. Hahaha.. kena sangat dah dengan gelaran makcik bawangnya itu.

"Omaigod.. Aku pun rasa nak nangis juga." Vivian sudah bersuara gedik.

Mina ketap bibir. Malu pula bila diusik begitu. Mata yang sudah lebam dikecilkannya agar tidak kelihatan efek nya.

"Hmm.. apa yang korang nakkan? Tiba-tiba masuk rumah aku!" gertak Mina sedikit geram.

Julia dan Vivian masing-masing mendapatkan kami berdua. Mereka sudah tarik senyum penuh muslihat. Sehelai kertas yang masih dilipat diberikan kepada aku oleh Vivian.

"Cuba kau tengok apa yang kitorang jumpa." ujar Vivian sudah menarik senyum teruja.

Wajah Vivian dan Julia aku pandang silih berganti sebelum akhirnya pandangan aku jatuh kepada Mina. Mina juga seakan tidak tahu pada perkara itu. Dia juga sudah merapat kan tubuhnya untuk mengetahui apa yang berlaku.

"Apa ni?" soalku yang sudah membuka lipatan surat itu.

Julia mendengus geram. "Baca dulu baru tanya."

Aku tarik sengih sumbing. Iklan? Perlahan-lahan aku baca dan teliti iklan tersebut. Mina di sebelahku juga turut sama membaca isi kandungan atas kertas itu sebelum senyumannya melebar.

Mina terus memandanh ke arah Julia dan Vivian. "Mana korang dapat iklan ini?"soal Mina dalam nada teruja.

Aku yang turut sama teruja terus alihkan memandang mereka. Bagus juga ada kawan yang susah senang bersama ni.

"Jiran aku bagi. Dia ingat aku tak ada kerja so dia pass benda itu kat aku seminggu yang lalu. Hmm.. better kau try." Vivian sudah memberi cadangan.

Mina juga turut sama menganggukk kan kepala. "Gaji dia pun boleh tahan. Mahal tau untuk gaji dia. Kalah gaji yang Encik Nordin tawar kan."Mina juga sudah cucuk jarum.

Aku ketap bibir. Beberapa kali Mina, Julia dan Vivian memujuk aku sehinggalah akhirnya aku melepas kan keluhan dalam.

"Fine. Aku terima kerja ni!" putusku sekaligus menimbulkan suasana riuh dalam rumah kami.

Mina, aku, Julia dan Vivian saling berpelukan sambil terjerit-jerit suka. And, yurp!! Aku suka bila dikelilingi oleh orang-orang yang sayangkan aku.
...
Kelibat Ryle yang sedang duduk menonton televisyen didekatinya. Gadis berpakaian nurse itu sudah mengukir senyum teruja. Nampak nya, sebulan bercuti sudah jatuh dalam tangannya.

"Encik Ryle, boleh saya nak cakap kan sesuatu pada encik?" soal gadis itu dengan sopan.

Ryle yang ketika itu sedang menonton rancangan televisyen terus menoleh ke arah pengasuh nendanya. Keningnya diangkat. "What?" soalnya mendatar.

Gadis itu tarik senyum. "Yang fasal cuti sebulan saya itu.. Erm, saya dah dapat pengganti saya untuk jangka masa itu. Erm, bila ya saya nak bawa dia datang jumpa encik Ryle?" soalan berbalas soalan. Sedari tadi senyumannya masih tak luntur.

Ryle berkerut dahi.Tumpuannya yang tadi seratus peratus pada filem terus hilang. Kini, wajah gadis itu dipandangnya.

"Kau dah jumpa?"
"Dah, encik Ryle."

Sebuah anggukan Ryle berikan. Terus pandangannya dialihkan ke arah televisyen yang masih terpasang. "Esok aku free waktu petang. Jadi, kau boleh suruh orang itu datang tepat pukul 3 petang." arah Ryle mendatar.

Gadis itu menganggukkan kepala. "Baiklah, encik Ryle. Nanti saya beritahu dia. Hmm.. saya minta diri dulu." ucap gadis itu sebelum berlalu pergi meninggalkan Ryle sendiri.

Ryle mengeluh perlahan. Harapnya, orang yang pengasuh nya cari itu, baguslah. Yang penting, nenda suka.
...
p/s》

Hye guys. Sorry sebab saya terlajak update satu bab terlebih. Haha.. saya nak belajar tapi tak dapat belajar. Hm.. masalah student. Biasalah. Sudahlah subjek core (stress sis bila fikir balik).. okey, stop kat situ.

Hmm.. esok sis tak update kot. Ini fakta bukan auta. Jadi, harap bersabar. Kalau boleh, sis memang nak update tapi memandangkan itu masa depan sis so sis kena berkorban masa. Haha.. harap bab ni cukup untuk cover esok. Bye!!

Stay tuned😁

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro