BAB 52

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nota kecil yang diberi Mina aku pandang silih berganti dengan rumah besar yang berdiri megah di hadapanku ini. Buntang juga mata aku bila tengok suasana rumah mahal sebegitu. Patutlah gaji yang ditawarkan agak mahal, rupanya orang yang menawarkan gaji itu adalah orang kaya. Wou!!

Perlahan-lahan, aku aturkan langkah ku menuju ke dalam kawasan rumah tersebut. Sesekali mataku meliar melihat suasana rumah yang bagi aku tersangatlah mendamaikan. Rumah banglo itu dipenuhi dengan tumbuhan hijau yang mekar. Telinga aku juga berjaya menangkap bunyi pancuran air walaupun aku tak nampak ada kolam ikan di situ.

Tiba sahaja di hadapan rumah tersebut, pintunya yang berwarna putih aku ketuk bertalu. Ucapan salam ku aku hulur. Dua kali ketukan, pintu rumah dibuka dan aku lihat kelibat seorang gadis berpakaian nurse membuka pintu. Tergamam aku sejenak bila melihat gadis itu. Rasa macam pernah nampak tapi.. erm, aku lupa kat mana.

"Erm, cik ni cik Kirana ke?"soalku mahu memastikan.

Dia pandang aku atas bawah. Gaya nya juga seakan-akan seperti pernah melihat aku. Dua tiga kali juga dibeleknya. Dahinya sudah berkerut.

"Ya, saya cik Kirana. Awak orang yang semalam call saya itu ke? Cik Aysara?" soalan berbalas soalan.

Terus senyumanku menyinggah. Kepalaku aku anggukkan tanda mengiakan tebakannya yang satu itu.

"Saya Astilla Aysara. Betullah, saya yang call awak semalam."

Dia membalas senyumanku lembut seraya itu pintu rumah dibukanya luas sambil menjemput aku untuk masuk ke dalam rumah. Sesekali mataku menerawang melihat ruang tamu rumah tersebut. Sangat besar dan sangat mewah. Sempat juga mataku melirik ke arah gambar keluarga yang tergantung di atas TV LCD 6 inchi itu.

Gambar sebuah keluarga. Dua orang wanita dan juga seorang lelaki dewasa beserta seorang budak lelaki kecil. Nampak bahagia betul mereka dalam gambar.

"Cik Aysara pernah jaga orang tua ke sebelum ni?" soalnya cuba menghilangkan keheningan antara kami berdua.

Aku terus memandang ke arah Kirana semula. Sebuah gelengan aku berikan. "Saya belum pernah jaga lagi. Erm, tapi saya pernah ambil upah jaga budak." jelasku serba sedikit.

Gadis itu tarik senyum. "Hmm, cik Aysara jangan risau. Puan Sri Maimon ni tak susah sangat nak dijaga. Dia masih sihat mental dan emosi cuma itulah dia ada stroke, jadi kita kena uruskan pakai makan dia."ujar gadis itu serba sedikit.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Puan Sri.. hmm, patutlah rumah besar. Gelaran yang cukup hebat juga majikan aku kali ini. Silap sikit mesti kena, fikirku sendirian.

"Owh, sebenarnya saya tak sure awak kerja kat sini selama sebulan ataupun tak.. maybe lebih kot sebab saya memang urgent. Awak boleh kan?"soalnya memandang ke arah ku.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Lagi lama lagi bagus kot memandangkan aku pun nak duduk lebih lama lagi kat Kuala Lumpur ini. Kalau aku tak ada job, mungkin aku akan pulang ke kampung semula..

Akhirnya kami berdua tiba di taman belakang rumah tersebut. Tidak jauh dari taman, kelihat sebuah kolam renang yang airnya berwarna kebiruan. Hmm.. aku teruja sekejap bila tengok semua itu. Selalunya, aku dapat lihat semua itu dalam rancangan Nona aje. Tak sangka boleh tengok depan-depan macam ini!

Kirana membawa aku ke taman dan di sana terlihat sebuah gazebo putih. Suasana taman itu benar-benar memberi ketenangan yang amat. Hmm.. untung betul jadi orang kaya ini. Dengan duit, semua benda boleh dibina dan dibuat.

"Awak tunggu sini sekejap ya. Saya nak beritahu encik Ryle sekejap tentang kehadiran awak ni." ujarnya sebelum berlalu pergi meninggalkan aku.

Terkedu aku bila nama itu disebut nya. Encik Ryle? Mataku buntang. Ryle? Huzryle Khayril ke? Ke.. aku silap dengar?! Maybe, encik Hyle kot. Erm, positive sikit Sara.

Kelibat Kirana yang tadinya menghilang untuk seketika terus kembali di hadapanku. Senyuman nya terukir di birai bibir. Jelas kelihatan lesung pipit pada kedua-dua belah pipinya.

"Encik Ryle nak jumpa awak. Semoga berjaya." ucapnya lalu pergi meninggalkan aku.

Aku sudah telan liur. Yurp, aku dengar jelas nama yang disebutnya tadi. Dia sebut nama Ryle! Eh, Sara! Mungkin bukan Ryle itu kot, maybe Ryle lain! Bukan dia seorang aje ada nama Ryle. Jangan fikir sangat. Aku cuba untuk sedapkan hati sendiri.

Nafasku aku cuba aturkan dan perlahan-lahan langkahku aku susun memanjat tangga gazebo tersebut. Mataku melihat seseorang lelaki yang amat aku kenali. Tak semena-mena, perasaan aku jadi berkobar. Yurp, aku kenal siapa dia.

"Ryle?" seruku dalam terkejut.

Ryle yang ketika itu sedang menyuap bubur nasi ke mulut Puan Sri Maimon turut sama mengalihkan pandangannya ke arahku. Mata kami bertemu. Jelas riak wajah terkejut bermain di muka Ryle. Puan Sri Maimon juga tidak terkecuali memandang ke arah aku.

"K-kau?! Kau buat apa kat sini?!" soal Ryle masih jelas nada terkejut nya.

Aku ketap bibir. Pandanganku aku tundukkan ke bawah. Ya Allah, kenapa kau temukan aku dengan dia semula!!! Urgh, apa sebenarnya yang Engkau mahu tunjukkan?!

"S-saya minta kerja kat sini." terketar-ketar aku menuturkan bicaraku.

Ryle ketap bibir. "Kau minta jadi pengasuh nenda aku?" dia masih bersoal. Nadanya sudah keras.

Kali ini, aku diterpa rasa terkejut. Wajah Ryle aku pandang sebelum mataku dialihkan ke arah gerangan wanita tua yang berada di sebelah Ryle.

Dahiku berkerut tatkala terpandang kan wajah wanita itu. Yurp, wanita itu nampak familiar dalam kepala aku tapi aku lupa di mana kami pernah bertemu.

"Nenda awak?" soalku.

Ryle kacip gigi. "Yurp. Hmm.. aku rasa kau better keluar kot sebab aku taknak kau kerja dengan aku!! You better go or I will call the guard to take you out of hear!!" gertak Ryle sudah mengugut.

Aku terkilan dengan bicara Ryle. Terasa. Itu apa yang aku rasakan ketika ini. Sanggup dia halau aku?! Hmm.. buat tak kenal aku?! Pfft... Siapa kau untuk dia kenal, Aysara?! Kau itu ibarat perempuan simpanan dia, kau perlu sedar benda itu.

Wajah Ryle yang sedikit bengang itu aku pandang dalam. Perutku yang masih kempis aku urut perlahan. Ryle yang melihatkan perilaku ku itu sudah mulai kendur wajahnya namun dicubanya untuk menunjuk kan wajah garangnya pada aku. Sorry sayang, papa terpaksa.

"Tak apa. Saya akan keluar." ujarku dengan menarik senyum nipis.

Baru sahaja aku berura-ura mahu pergi, aku dengar laungan serak dari arah belakangku. Terus, aku menoleh ke arah wanita tua itu.

"Jaaaaa.. ng..annn.. pee..rr.rgi..!!" laung wanita itu. Sesekali tangan Ryle ditariknya lemah.

Dahi Ryle sudah berkerut. Wajah nendanya dipandang. "Kenapa nenda?" soalnya. Aku juga turut sama mematikan langkahku dan melihat ke arah wanita itu.

Dia geleng kepala sambil memandang ke arah aku. Wajah sedihnya bertayang.

"Jaaa...ng..ann.. pee...rr..gi!!" sorak nya buat kali kedua.

Aku terkedu.
...
"Saya nak letak surat berhenti kerja!" ujar Mina sambil menghulurkan surat tersebut ke arah Ilham yang ketika itu sedang duduk di meja pejabatnya.

Ilham yang ketika itu sedang sibuk menghadap laptop terus mengalih kan pandangannya ke arah Mina. Dahinya sudah berkerut bila melihat wajah serius Mina.

"Apa yang awak cakap tadi?" soal nya.

Mina ketap bibir. "Saya nak berhenti kerja, encik Ilham. Saya proceed nak cari kerja lain." ujar Mina dalam nada acuh tak acuh.

Ilham yang awalnya terkejut cuba untuk meredakan perasaannya. Wajah Mina yang seperti marahkan dia itu, dipandangnya. Yurp, sudah beberapa hari ini Mina asyik tunjuk muka tak puas hatinya itu.

"Kenapa awak nak berhenti?" soal Ilham cuba berlagak tenang. Kini mata sepenuhnya memandang ke arah Mina.

Anak mata Mina dialih memandang ke arah si empunya badan. Wajah tampan Ilham dipandangnya dengan rasa acuh tak acuh.

"Sebab saya taknak kerja dengan orang yang tak adil."

Ilham mengeluh perlahan. "Jadi, awak masih tak boleh move on dengan case Sara lagi ke? Awak nak protes dengan saya?!" soal Ilham ingin tahu.

Mina ketap bibir. "Yurp,saya masih tak puas hati fasal encik Ilham pecat Sara itu!!! Dia tak bersalah pun tapi encik pecat dia. Hmm.. mentang-mentanglah Cik Kuza itu orang hebat, jadi encik Ilham tendang orang bawahan macam kami ni sesuka hati. Hmm.. semiskin-miskin kami ni, kami masih ada hati dan perasaan tau, Encik Ilham!!" bebel Mina sudah panjang lebar.

Terasa jugalah Ilham bila mendengar bicara Mina itu. Bak orang parlimen sedang berdebat pula gayanya itu. Tanpa sedar, sengih sengetnya terukir.

"Bila masa saya tuduh Sara yang buat. Saya percaya Sara tak buat benda itu semua." spontan Ilham menghamburkan bicaranya.

Dahi Mina sudah berkerut dalam. "Kalau tak percaya, kenapa encik Ilham pecat Sara?!"

Kali ini keluhan lemah, Ilham lepas kan. "Saya terpaksa sebab saya kenal siapa Kuza itu. Dia memang degil dan keras kepala. Lagipun, saya takut kalau awak panjang kan masalah dengan dia waktu itu, awak pun akan kena dengan dia." kali ini kata-kata Ilham buatkan Mina terkedu.

"Maksud encik Ilham?"

Bibir Ilham melirik senyum nipis. Wajah bersih Mina dipandangnya. "Saya taknak Kuza libatkan orang yang saya sayang dalam hal ini." spontan bicara Ilham buatkan Mina kelu lidah.

Terasa bagai sesuatu tersekat di kerongkongnya sehingga buatkan dia tak mampu berbicara banyak. Yurp, dia cair bila dengar ada lelaki kata begitu padanya.

Nak-nak lagi, crush sendiri..
...



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro