BAB 59

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku menguak kelelahan apabila aku rasakan cahaya mentari mulai menerobos masuk melalui celah jendela ku. Perlahan-lahan aku buka mataku. Seperti apa yang aku tebak, cahaya pagi sudah mulai menyinari menandakan hari lain sudah tiba. Kerana masih lagi leka di atas katil, aku terus pusingkan tubuhku membelakangi jendela.

Bantal guling yang berada jauh di hadapanku, aku tarik lalu aku peluk erat. Sewaktu awal masuk dalam bilik ini, tidur bawah air-cond memang rasa tak selesa tapi bila sudah lama, benda itu jadi terbiasa. Sekarang.. baru aku tahu kenapa orang lebih suka tidur bawah air-cond berbanding bawah kipas. Sejuk dan selesa. Yang penting, sejuk.

Mataku yang mahu sahaja terkatup tak semena-mena terbuka kecil apabila mataku terpandangkan sesuatu di atas laci meja ku. Mataku aku gagahkan melihat benda itu dengan lebih jelas. Terus dahiku berkerut. Susu?!

Rasa mengantuk yang tadinya menyelubungi kepala mulai hilang dan kini diganti dengan rasa pelik. Terus aku bangun dari baringku sambil mataku masih tak lepas daripada memandang cawan yang masih penuh dengan susu itu.

"Siapa pula yang tersalah letak susu ni?" soalku sendirian.

Kiri kananku aku pandang namun langsung tidak kelihatan kelibat seseorang menjengah. Perlahan-lahan tanganku mencapai gelas tersebut dan dengan berhati-hati aku angkat. Nota kecil yang terselit di bawah tapak gelas itu juga turut aku capai.

Baca sahaja nota itu, senyuman ku terukir. Pfft.. kenapa lah dia ni? Tiba-tiba baik hati buatkan susu ini untuk aku?

'Aku nak kau minum benda alah ni. Ini susu yang promoter kata baik untuk baby dalam perut. Lepas dah minum itu, basuh cawan sendiri.'-Ryle.

Tersengih aku bila baca notanya itu buat kali kedua. Walaupun nota itu bunyinya macam tak ikhlas tapi entah kenapa aku rasa terharu dengan layanan Ryle yang satu ini. Caring? Tapi emo..

Perutku yang sedikit buncit aku belai. Tak sangka sudah dua bulan lebih usia kandunganku sekarang ini.  Senyumanku terukir bila mengenang kan layanan Ryle pada aku.

Aku ingat dia taknak anak ini. Ya lah, siapa aje yang nakkan anak dengan perempuan macam aku ni. Ryle itu datang dari keluarga kaya raya, aku pula orang kampung yang kerja kuli aje di Kuala Lumpur ini. Perkahwinan kami pula perkahwinan yang langsung tak mendapat restu dari kedua-dua belah pihak. Keluarga Ryle tak tahu fasal aku dan keluarga aku juga tak tahu siapa Ryle pada aku.

"Baby, ibu minta maaf sebab kamu terpaksa hidup macam ini. Ibu tahu kamu mesti nak membesar dengan ayah kamu kan? Hmm.. tak apalah, sekurang-kurangnya kamu boleh gembira sekarang ini sebab ayah kamu jaga kamu. Bertuahnya kamu, sayang." bisikku perlahan.

Susu itu aku hirup sedikit demi sedikit sehinggalah habis. Setelah selesai sahaja menghabis kan susu tersebut, aku terus melangkah ke bilik air pula. Masa untuk kemas diri!!
...
Satu persatu langkah aku turuni dengan berhati-hati. Cawan bekas susu itu aku bawa dalam tangan kananku. Turun sahaja ke ruang tamu, aku lihat ruang itu kosong tak berpenghuni.

Terus aku susun kakiku ke arah dapur pula. Makin mendekat, aku lihat kelibat dua orang manusia yang sangat aku kenali. Ryle yang perasan akan kehadiran aku sekadar mengerling aku sepintas lalu sebelum tangannya masih lagi rajin menyuakan roti putih ke dalam mulut Puan Sri Maimon.

Tergamam aku dibuatnya. Entah kenapa, rasa bersalahku menyerbu. Haih, sepatutnya aku bangun dan buatkan sarapan tapi tiba-tiba pula hari ini aku terlajak tidur. Terus aku menghampiri Ryle yang sudah buat muka dingin.

"Sorry encik Ryle sebab saya terbangun lambat. S-saya akan masakkan sarapan sekarang juga." ujarku sudah mulai diserbu rasa bersalah.

Ryle hanya mengerling aku. Sempat matanya memandang ke arah cawan kosong yang aku pegang sebelum deheman kecilnya, dia berikan.

"Tak apalah. Aku dengan nenda pun dah kenyang makan benda ni. Lain kali, kalau tidur itu belajar bangun tidur awal. Kali ini, aku maafkan kau.. lepas ni jangan buat lagi." tegas nya dalam nada yang tidak marah. Biasa-biasa aje.

Aku mengeluh perlahan. Hurm.. Ya Allah, aku rasa tersangatlah bersalah sekarang ini. Kasihan pula tengok Ryle dengan Puan Sri Maimon makan roti kosong dengan te'o. Haih, lepas ni kau kena set jam Aysara!!! Kena set jam!

Terus aku berjalan masuk ke dapur. Wajahku sedikit bungkam. Aku ni sudahlah jarang buat masalah dengan orang. Buat masalah pun bila berdepan dengan orang yang aku benci aje.

Erm.. wait?! Ryle pun termasuk juga dalam kalangan orang yang aku benci tapi memandangkan dia dah buat baik dengan aku, takkanlah selamanya aku nak benci dia kan?! Hmm.. membenci orang lain tak baik untuk kesihatan ibu mengandung. Aku ingatkan diri sendiri.

Cawan Anmum yang masih berada dalam tanganku aku bawa ke singki. Air paip aku pasang lalu sesi mencuci secawan gelas pun berlaku. Selesai sahaja membilas gelas tersebut dengan air, aku terus letakkan di tempatnya semula.

Baru sahaja aku berura-ura mahu menutup air singki, tak semena-mena kelibat Ryle muncul untuk meletakkan cawan dan pinggan kotor yang digunanya sebentar tadi.

Wajah Ryle aku pandang sejenak sebelum aku alihkan semula ke bawah. Baru sahaja aku mahu mencapai pinggan nya yang berada dalam singki, Ryle terus menepis tanganku.

"Tak payah. Biar aku basuh benda alah ni. Kau pergilah jaga nenda." ujarnya mendatar.

Aku sudah tergamam. Sekali lagi, wajah Ryle menyapa pandanganku. Wajahnya serius sahaja membasuh pinggan. Gaya nak mengelak dari pandang aku pun ada juga.

Satu keluhan Ryle lepaskan apabila mendapati aku masih tercegat di sebelahnya. Akhirnya, wajah aku dipandangnya.

"Apsal kau tercegat lagi kat sini? Aku suruh kau jaga nenda kan tadi?!" gertaknya sedikit geram.

Aku ketap bibir. Mata aku cuba cari anak mata hazelnya lalu bibirku menguntum senyum nipis. "Terima kasih sebab buatkan susu semalam untuk saya." ucapku tulus.

Kali ini, Ryle sudah terdiam. Terus dia alihkan pandangannya ke arah pinggan dan cawan yang mahu dibilasnya. Deheman kecil dia berikan.

"Aku buatkan susu itu untuk budak itu. Kau jangan salah faham.."ujar nya acuh tak acuh.

Aku tarik senyum nipis. Entah dari mana aku dapat keberanian, air paip yang masih terpasang aku tutup lalu terus tangan kanan Ryle yang masih sibuk membersihkan cawan aku capai.

Terkedu Ryle melihatkan tindakan berani aku itu. Buntang matanya apabila tangan aku menggenggam erat tangan Ryle. Dia tak menepis malah pandangan hairan dia berikan pada aku.

"Apsal kau pegang tangan aku ni? Buang tebiat ke apa?!" ayat kasar dia berikan.

Aku langsung tak mengendahkan kata-katanya. Terus aku bawa tangannya menyentuh perutku yang masih berlapik. Tangan basahnya itu aku tak pedulikan. Biarlah basah asal kan Ryle dapat sentuh perut aku itu. Tergamam Ryle dibuatnya.

"Mesti dia suka dapat minum air susu yang awak buatkan untuk dia. Terima kasih, Ryle." ucapku dalam nada sebak.

Ryle terpana untuk seketika. Tangannya yang menyentuh perutku dipandangnya. Entah kenapa, perasaannya jadi berkobar. Wajah aku dipandangnya lama. Tangannya yang tadi kaku akhirnya membelai perut ku yang sudah terasa lengkung nya.

Aku sekadar membiarkan Ryle buat begitu. Erat tangan Ryle aku genggam. Mataku masih memandang wajahnya. Senyuman nya yang terukir serta-merta mencipta senyuman di birai bibirku.

"Aku.."

Belum sempat Ryle menghabiskan bicaranya, bunyi loceng yang bergema memenuhi segenap ruang rumah menjedakan suasana antara kami. Aku terus memandang ke arah pintu rumah, Ryle juga turut lakukan perkara yang sama. Spontan, Ryle melepaskan tangannya lalu dia mengatur langkah menuju ke arah pintu.

Aku pula yang masih terkebil-kebil di dapur terus mendapatkan Puan Sri Maimon dimeja makan. Kerusi roda nya perlahan aku bawakan ke ruang tamu.

"Sayang..."suara serak-serak basah yang menyapa halwa telingaku terus mematikan langkahku.

Anak mataku terus aku alihkan ke muka pintu. Aku lihat kelibat Kuza yang sudah berpeluk sakan dengan Ryle. Tergamam aku dibuatnya.

"You buat apa kat sini..?!" nada Ryle sudah berubah resah.

Kuza terus meleraikan pelukannya. Baru sahaja dia mahu membalas kata-kata Ryle, ekor matanya terus terpandang ke arah kelibat yang amat dia kenal. Matanya buntang. Senyum teruja yang tadinya jelas terukir kini berubah pudar.

"K-kau? Kau buat apa kat sini?!" soal nya lantang.

Ryle sudah terkedu. Terus tubuh nya dipusing ke arah aku yang masih berada dekat dengan Puan Sri Maimon..

Haih!
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro