BAB 60

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Satu keluhan berat meniti di birai bibirku. Sesekali aku termenung melihat bintang yang sangat cantik menghiasi langit. Yurp, sangat cantik tapi sayangnya benda itu tak mampu untuk mengubat rasa sebak dalam hati aku.

Kata-kata Ryle pagi tadi benar-benar buatkan aku rasa pelik dalam hati aku. Kecewa.. sakit.. sedih? Hmm.. sedih.

"Kau? K-kau buat apa kat sini?" lantang Kuza menghamburkan soalan nya. Terkejut dia apabila melihat kelibat seorang gadis yang amat dikenalinya ada dalam rumah teman lelakinya itu.

Ryle sudah mengalihkan pandangan nya ke arahku. Wajahnya sudah cuak semacam bila lihat aku ada di situ. Terus pandangannya dialihkan memandang Kuza.

"You kenal ke dengan pengasuh nenda I?"soal Ryle cuba menyembunyikan kegusaran yang bersarang dalam hatinya.

Kuza sudah ketap bibir. Pandangan hairannya diberikan kepada Ryle. "Pengasuh nenda you?" soal Kuza sudah berkerut dahi.

"Yurp, nenda punya pengasuh. Why? You nampak macam kenal dia aje?" akhirnya Ryle berjaya buatkan Kuza tidak bertanya pasal kehadiran Aysara dalam rumahnya.

Sempat ekor mata Kuza melirik ke arah aku atas bawah. Pandangannya itu terselit dengan rasa benci. Sangat.. benci!

"Dia kekasih kawan I."spontan jawapan Kuza buatkan aku tergamam. Watdehek?! Bila masa pula aku bercinta dengan kawan dia ni?!

Aku sudah buat muka terkejut. Kali ini, aku dapat pandangan tajam daripada Ryle.

"Kekasih kawan you?" soal Ryle sedikit terkejut dengan kenyataan fitnah yang Kuza berikan.

Aku yang mendengar hanya mampu diam. Entah kenapa, aku tak melawan. Aku biarkan dia tabur fitnah sepuas nya pada aku.

Kuza menganggukkan kepala. "You ingat tak sewaktu kita kat mall dulu. You ada terserempak dengan lelaki yang I kenal itu. Lelaki itulah kawan I. You tak ingat ke perempuan ini keluar dengan dia masa itu?" Kuza cuba kembalikan ingatan Ryle sekaligus ingatan aku juga.

Kepalaku sempat ligat memikirkan perkara yang sama. Lelaki? Seingat aku.. lelaki yang pernah aku keluar tahun ni cuma.. Ilham. Yurp, encik Ilham. Erk, lelaki yang Kuza maksud kan itu, Ilham ke?! Aku sudah terpinga.

"Ilham ke?" soal Ryle sudah membuat tebakan.

Kuza sekadar anggukkan kepala. Pandangan sinis dia berikan pada aku. Sesekali matanya melirik ke arah Puan Sri Maimon yang sedari tadi berikan pandangan menyampah padanya.

Haih..orang tua ni. Pandang baik sikit, boleh tak?!

"Huh, lepas dah kena buang dengan boyfriend sendiri pandai pula dia cari kerja kat rumah boyfriend I. Hmm.. Kirana mana, sayang?" soal Kuza sudah merangkul leher Ryle.

Aku yang melihatnya hanya mampu terkedu dalam diam. Cepat-cepat aku alihkan pandangan ku daripada memandang aksi mesra itu. Entahlah, aku tak boleh tengok. Ada benda yang buatkan aku sakit bila tengok kemesraan Ryle dengan perempuan itu!

Ryle keluh perlahan. Sempat matanya melirik ke arah Aysara sebelum pandangan bersalah dia berikan pada Kuza.

"Kirana cuti sebulan then she take place for a while. Lagipun, I busy dengan shooting. Kesian nenda I.." Ryle sudah mengalih memandang ke arah nendanya itu.

"Fine. I tak kisah. Satu bulan aje kan sayang?"
"Yurp. Just one month!"

Kemesraan yang ditunjukkan Ryle itu masih bermain dalam fikiran aku. Aku boleh nampak betapa sayang nya Ryle itu pada perempuan bernama Kuza itu. Senyuman yang terukir pun nampak sangat mesra.

Aku mengeluh perlahan. Kau nak harap apa, Aysara? Kau nak minta Ryle jauh dari perempuan itu?! Huh, siapa kau? Layak ke kau nak dampingi lelaki seperti Ryle itu. Please cari cermin dan tengok diri kau depan itu. Huh, layak ke kau?!

Tak semena-mena, air mataku berbirai turun.  Rasa sedih dan sebak yang kian menghimpit perasaanku buatkan aku rasa tak keruan. Aku cuba untuk sapu air mataku namun ianya masih mengalir deras.

Terus aku bergerak ke arah katil. Tubuhku aku baringkan di atas katil. Berharap agar tidur ku dapat mengubat sedih yang membelengu perasaan ku.

Sendu-sedan yang menguasai ku cuba aku tahan. Nope!! Jangan jadi cengeng macam ini, Aysara! Tak elok untuk kesihatan bayi. Aku cuba untuk redakan tangisan ku.

Buat sementara ini, lebih baik aku lupakan kesedihan aku dulu. Fikir yang murni-murni aje, Aysara..

Ketukan perlahan pada pintu menyapa permukaan pintu bilikku. Terus aku mematikan bunyiku walaupun sisa baki tangisan ku masih kedengaran. Dahiku sudah berkerut. Siapa pula yang datang bilik aku malam-malam macam ini, ni?

Terus aku pejamkan mataku tatkala aku terdengar seseorang memusing tombol pintu bilikku yang tak berkunci. Aku dengar derapan langkah seseorang mendekati katil tempat aku baring. Aku kecilkan mata ku dan sempat mataku mengintip siapakah gerangan itu.

Ryle?!

Langkahnya makin dekat sehingga lah akhirnya dia berhenti di hadapan ku. Aku dengar keluhan beratnya meniti lalu dia letakkan sesuatu di atas laci katilku. Hmm.. susu?

"Aku harap kau tidur awal ni, kau akan bangun awal esok pagi." ujarnya perlahan.

Sempat Ryle membetulkan selimut yang membaluti tubuhku. Hati aku rasa tersentuh. Hmm.. kenapa aku rasa sentimental sangat pula sekarang ni?!

Ketika Ryle baru sahaja berura-ura mahu pergi, tak semena-mena tanganku mencapai tangannya lalu menggenggamnya erat. Ryle terpaku dan terus pandangannya dialihkan memandang ke arahku.

Pandangan kami bertaut. Senyuman aku terukir di birai bibirku. Tangan nya makin aku pegang erat. Perlahan-lahan aku bangun dari baringku sambil mataku tak lepas dari memandang wajahnya.

"Ryle.."seruku perlahan dan kedengaran nada manja di hujung ayatku.

Lelaki itu langsung tak menyahut. Wajah aku masih dipandangnya. Pegangan tanganku yang erat menggenggam tangannya, dibiarkan saja.

"Awak percaya ke apa yang Kuza cakapkan itu?"soalku dalam nada ingin tahu.

Ryle mengeluh perlahan. Kali ini, dia mengalihkan perhatiannya daripada memandang wajah aku. "Kau tidur lah, esok banyak benda yang kau nak kena buat kan?" ujar Ryle sudah berdalih.

Aku ketap bibir. Kali ini, aku bangun dari katil lalu aku berdiri menghadap Ryle. Dahi lelaki itu makin berkerut apabila melihat tindakan aku yang satu itu.

"Kau okey tak ni?" soal Ryle sudah hairan. Pelik dengan perangai aku yang tiba-tiba berubah seperti ini.

Soalan Ryle itu langsung tak mendapat jawapan daripada mulutku. Anak mataku meliar mencari matanya. Yurp, ini gila! Tapi, aku yakin.. yang sekarang ini aku betul-betul sudah jatuh sayang pada lelaki bernama Huzryle Khayril itu.

Kalau tak sayang, mungkin rasa sakit hati dan cemburu takkan muncul dalam jiwa aku. Kalau tak sayang, mungkin aku takkan tersentuh dengan cara layanan Ryle pada aku. Kalau tak sayang, mungkin aku takkan buat kerja sekarang ini.

Leher Ryle aku rangkul lalu tubuhnya aku rapati. Ryle sedikit pun tidak berganjak malah kini matanya terpaku memandang aku. Tergoda barangkali?

"Jangan tinggalkan saya untuk malam ini, Ryle." nadaku memohon. Terselit cubaan gatal geli-geli di situ.

Ryle ketap bibir. Masih. Dia masih tak menyahut apa yang aku katakan itu namun tak lama lepas itu, aku lihat sengih senget nya terukir.

Spontan tangan Ryle memeluk pinggangku lalu dirapatkan lagi tubuh kami. Bau haruman minyak wangi yang dipakainya berjaya buat kan aku rasa tergoda. Ditambah lagi pandangan tajam yang dia berikan pada aku.

"Fine. Malam ini aku temankan kau.." ujarnya dengan nada yang aku rasakan sangat lembut pada pendengaran telingaku.

Aku tersenyum. Terus bibirku menyentuh bibirnya. Bukan seperti yang pertama, kali ini.. aku buat dengan rela.

Yurp, Astilla Aysara kalah untuk kedua kalinya.
...
Satu persatu gaun yang ada dalam almarinya dikeluarkan lalu dipadan kan dengan badannya. Banyak juga gaun yang direject oleh Mina. Akhirnya, dia terduduk pasrah di atas katil.

Urgh,pleaselah!!! Kenapa nak pilih baju keluar dating ini tersangatlah susah?!

Sudahlah ini temu janji yang pertama. Mina sudah garu kepala. Kalau dia tahulah, yang akhirnya dia akan keluar makan malam bersama seorang lelaki.. mungkin, dia akan beli dress mahal-mahal semasa dapat gaji dulu. Huh!!

Sedang leka dia membelek almari nya, telefon bimbit di tangannya tak semena-mena berdering. Mina terus menilik pemanggil tersebut. Terus wajah cuaknya bertayang.

"Hmm, my baby call!! Macam mana ni? Aku tak siap lagi!" Mina sudah rancak meraung satu rumah.

Mahu tak mahu, terpaksa dia angkat call dari baby nya itu. Nada resah nya cuba disembunyikan. Nope, jangan tunjuk kalut kau itu, Mina. Steady, please!!

"Sayang dah siap ke?"panggilan manja itu menyapa halwa telinga Mina.

Sengih paksa Mina bertayang. Dia sudah garu kepala. Sempat matanya meliar pakaian yang sesuai untuk keluar dating.

"Erm, saya tak siap apa lagi ni, encik Ilham. S-saya tak tahu pakai baju apa ni?!!" luah Mina dalam resah.

Tawa Ilham berhamburan. "Lah, saya ingat sayang dah siap. Kenapa tak siap lagi ni? Saya dah tunggu awak kat bawah ni. Cepatlah turun." manja sahaja Ilham memujuk.

Mina sudah garu kepala. "Erm, encik Ilham pakai baju apa malam ini?"

"Kenapa awak tanya?"

"Saya nak sedondon dengan encik Ilham." spontan Mina membalas.

Meleret senyum Ilham bila dengar bicara Mina itu. Salah satu sebab kenapa dia mahu Mina hadir dalam hidupnya adalah kerana gadis itu sahajalah yang mampu buat dia ketawa berdekah.

"Saya pakai baju warna hitam putih." ujar Ilham perlahan.

"Nice,encik Ilham! Saya pun ada baju itu. Okey. Encik Ilham tunggu sekejap! Dalam masa satu jam saya akan turun. Encik Ilham tunggu okay?!" Mina sudah beri peringatan.

"Lamanya satu jam.."

"30 minit?"
"Still lama."

"Fine. 15 minit." akhirnya, Mina beralah.

Ilham tarik senyum. Comel betul, girlfriend nya ini. Ilham bahagia..
...



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro