✨ [21] INGATAN KEMBALI

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Lebih baik kamu semua jangan pergi sana..." arah Permaisuri Hawa dengan tegas.

"Kenapa?" soal Gopal.

"Sebab, tempat tu berbahaya..." jawab Permaisuri Hawa sambil berpeluk tubuh.

"Tapi, kite perlu selamatkan Rudy! Walaupun kitorang tak rapat mane, tapi, dia tetap kawan kitorang!" tegas Solar.

"Sudah, bonda suruh jangan pergi... Tok Aba, tolong tunjukkan bilik mereka semua.. Beta nak bersiram sekejap.." ujar Permaisuri Hawa lalu beredar dari situ.

Tok Aba hanya mengangguk.

"Hmmm..." Elemental Brothers mendiamkan diri.

"Maaf kalau bonda dah sakitkan hati kamu semua.." balas Gempa dengan perasaan yang bersalah.

"Takpelah..." jawab Thorn sambil tersenyum kecil.

"Kenape... Korang beria sangat nak selamatkan Rudy?" tanya Khai sambil memandang ke arah Elemental Brothers.

"Sebab, kitorang pernah hampir kehilangan Taufan.." ujar Ais.

"Kehilangan?"

"Betul... Mase tu, aku dan Gempa pergi ke kedai... Tapi, aku pergi beli aiskrim kat tepi jalan dan makan sampai habis.. Dan Gempa memang dah habis beli barang.. Aku panggil dia suruh main kejar-kejar... Tapi, aku diculik oleh seorang lelaki.." terang Taufan.

"Jadi, kitorang tak nak benda yang sama berlaku pada korang.." balas Halilintar sambil berpeluk tubuh.

Secara tiba-tiba, Gempa menjerit. "Aghhh!!!" Dia memegang kepalanya.

"Gempa! Kau okey?!" tanya Tok Aba di sebelahnya dengan panik.

"Kenape dengan dia atok?!" tanya Solar yang turut cemas.

"Aghh!!" Gempa mengerang kesakitan. Tak lama selepas itu, Gempa pengsan.

"Gempa!!" jerit Elemental Brothers. Mereka meluru ke arah Gempa.

Taufan yang memangku Gempa segera menyentuh dahinya. "Atok, dahi Gempa panas! Dia demam ni!"

"Hah, kalau macam tu, tolong atok bawa dia ke bilik!" arah Tok Aba.

Tanpa membuang masa, Elemental Brothers membawa Gempa ke bilik.

"Korang tunggu sini.." pinta Tok Aba.

Yang lain mengangguk tanda akur. Tok Aba turut mengikuti Elemental Brothers.

√√√√√√√

Kelihatan Gempa sedang berbaring di sebuah katil yang besar berwarna kuning hitam. Elemental Brothers, Tok Aba dan yang lain turut berada dalam bilik Gempa.

Elemental Brothers dan Tok Aba berada di sisi Gempa manakala yang lain hanya duduk di sebuah meja milik Gempa.

"Macam mana dengan Gempa?" tanya Ali.

"Demam dia dah turun sedikit.." jawab Ais lalu memandang ke arah Gempa.

Secara tiba-tiba, pintu dibuka dengan luas. Rupanya, kelihatan Permaisuri Hawa bersama Geetha masuk ke dalam bilik Gempa.

"Gempa kenapa?! Dia okey?!" soal Permaisuri Hawa sebaik sahaja mendekati katil Gempa, diikuti oleh Geetha.

"Macam mana boleh jadi macam ni?!" tanya Geetha yang berada di sebelah kanan Permaisuri Hawa.

"Dia dah okey.. Mungkin perlukan rehat..." jawab Tok Aba sambil memandang ke arah mereka berdua.

"Haih, kan bonda dah pesan jangan paksa diri kamu semua untuk pergi ke penjara tu.." keluh Permaisuri Hawa.

"Tapi, dia kawan kitorang! Lagipun, Rudy adik-beradik kitorang!" kata Jet dengan tegas.

"Kamu jangan memandai nak melanggar perintah Permaisuri Hawa!" tegas Geetha. "Tengok, sekarang Gempa sakit!"

Mereka semua hanya mendiamkan diri.

"Sabar Geetha... Jangan marahkan mereka semua... Mereka tak bersalah.. Benda dah jadi.." balas Permaisuri Hawa, cuba menenangkan Geetha, sepupunya.

Geetha hanya mengeluh.

"Korang..." kata seseorang yang amat dikenali dengan suara yang lemah.

Mereka semua memandang Gempa. Kelihatan Gempa sudah bangun.

"Gempa! Kau okey?!" tanya Taufan sambil mendekati Gempa.

Gempa menganggukkan kepalanya. "Aku..... Dah ingat semua.... Aku abang kembar korang...."

Elemental Brothers tersenyum, begitu juga dengan Tok Aba dan yang lain.

"Gempa! Kitorang rindu kau!" Thorn memeluk Gempa.

"Hehe, aku pun rindu korang jugak..." jawab Gempa lalu melepaskan pelukan Thorn.

"Gempa, lepas ni, jangan tinggalkan kitorang tau..." kata Blaze.

"Iye.... Dah, jangan risaukan aku sangat.." Gempa tersenyum.

Geetha tersentak. Dia tidak pernah nampak Gempa senyum seperti itu, begitu juga dengan Permaisuri Hawa.

"Gempa, betul ke kita ni putera?" tanya Solar sambil mengerutkan dahinya.

Gempa mengangguk. "Ya, kita semua putera..."

Elemental Brothers hanya tersenyum.

Geetha yang melihat Gempa tersenyum bersama adik-adiknya, berasa bersalah. Disebabkan dia, Gempa tidak seceria seperti ini.

"Gempa..." Geetha mula bersuara.

"Ye mak cik?" tanya Gempa sambil memandang ke arah Geetha.

"Maafkan mak cik sebab menipu kamu... Mak cik penyebab kamu terpisah daripada adik-adik kamu... Seharusnya, mak cik bagitahu kamu awal-awal.." terang Geetha.

"Takpelah mak cik... Benda dah jadi, nak buat macam mana..." balas Gempa.

"Gempa, kitorang perlu selamatkan Rudy kat Penjara Kegelapan tu!" kata Taufan.

"Rudy? Kawan baru korang?" Gempa mengerutkan dahinya.

"Betul... Dia diculik.." ujar Halilintar.

"Tolonglah kitorang... Dia adik-beradik kitorang..." rayu Moon.

Gempa memandang Permaisuri Hawa.

"Hmm, bonda perlukan masa untuk memutuskan sama ada kamu semua boleh pergi ataupun tidak.." kata Permaisuri Hawa. "Jom Geetha, teman beta pergi ke bilik seni.."

Geetha hanya mengangguk lalu mengikuti Permaisuri Hawa ke bilik seni.

"Hmm.." gumam mereka yang lain.

"Jangan risau.. Nanti aku cube pujuk bonda..." kata Gempa, cuba menenangkan mereka semua.

"Betul ni?!" tanya Ochobot untuk kepastian.

Gempa tersenyum. "Betul..."

"Yeay!!" balas Elemental Brothers, Moon, Ochobot dan Ali.

Mereka yang lain hanya tersenyum.

"Ehem! Korang dah lupe atok ke?" tanya Tok Aba sambil kening dinaikkan beberapa kali.

"Hehe, taklah..." kata Iman.

"Yelah tu.." balas Tok Aba, seakan-akan merajuk.

"Eh, atok merajuk?" tanya Ali sambil memandang pelik ke arah Tok Aba.

Tok Aba memandang mereka semua. Tak lama selepas itu, mereka semua ketawa disebabkan lawak atok yang tidak berbayar itu. 😂

√√√√√√√

"Woi! Buatlah kerja elok-elok!" marah pengawal yang memakai helmet itu kepada seorang budak lelaki.

"Tapi, aku dah penat ni.." jawab budak lelaki itu atau lebih dikenali sebagai Rudy.

"Kau jangan nak cari pasal! Nak aku laporkan kat Tuan Uno?!" tanya pengawal itu.

Rudy menelan air liur. "T.... Tak..."

"Kalau macam tu, sambung kerja!!" jerit pengawal itu.

Rudy dengan pantas segera mengangkat kereta sorong yang berisi batu-bata ke atas bangunan menggunakan tangga yang diperbuat daripada kayu.

Sebaik sahaja sampai di atas, Rudy mengeluh. Ni dah kali kesepuluh dia dimarah. Lagi teruk kalau dia dimarahi oleh Tuan Uno sebab Tuan Uno amat berbahaya sehingga mampu nenyeksa seseorang sampai mati.

Rudy masih teringat seorang remaja lelaki diseksa dengan dipukul rotan di belakangnya di hadapan khalayak ramai. Rudy sendiri tidak mahu perkara sebegitu berlaku pada dirinya.

Rudy tersedar daripada lamunanannya apabila seseorang mencuit bahunya dari belakang. Rudy menoleh, rupanya lelaki yang duduk di hadapan penjaranya.

"Eh, abang Rizwan? Buat ape kat sini?" tanya Rudy hairan.

"Abang saje nak tegur Rudy... Rudy, kau dah cari cara untuk keluar dari sini?" soal Rizwan.

Rudy menggeleng kepala. "Tak... Tapi, Rudy yakin yang kawan-kawan Rudy dapat selamatkan kita..." jawab Rudy, yakin.

Rizwan hanya menghela nafas.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro