✨[22] PENJARA KEGELAPAN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Berbalik di Elemental Brothers, kelihatan mereka semua termasuk cucu Tok Aba sedang membincangkan sesuatu di ruang tamu. Mereka sedang duduk secara berkumpulan.

"Atok, boleh terangkan pasal Penjara Kegelapan tu?" tanya Bulat berharap Tok Aba dapat menerangkan tentang penjara itu. Dia tertanya-tanya kenapa penjara itu disebut sebagai kegelapan.

Tok Aba menghela nafas sebelum menerangkan. "Penjara Kegelapan merupakan sebuah penjara yang dibuat khas oleh Uno.."

"Uno???"

"Ya, dialah yang membina penjara itu... Semua orang yang tidak mengikuti perintahnya akan dihukum di penjara itu.." terang Tok Aba.

"Oohh.. Jadi, dia buat penjara tu untuk seksa orang?" tanya Moon, untuk kepastian.

Tok Aba mengangguk.

"Tapi, kenapa dia nak buat penjara tu hanya untuk seksa orang?" soal Roza dengan perasaan pelik.

"Sebenarnya, matlamat dia adalah untuk mengumpul orang dan membina sebuah dinding.." jawab Tok Aba.

"Sebuah dinding?" Elemental Brothers berasa hairan.

"Betul... Dinding tu bukan sembarangan dinding... Kemungkinan dinding itu ada kuasa.." terang Tok Aba sambil memegang dagunya.

"Kenape jadi macam tu?" Ying mengerutkan dahinya.

"Dia guna kuasa yang diperoleh oleh abang Raja Adam.." kata Tok Aba.

"Abang?"

"Abang Raja Adam ialah Raja Karya.. Dia sudah mangkat pada 13 tahun yang lalu.. Dia mempunyai kuasa yang membolehkan dia mahir dalam bidang magic.." terang Tok Aba.

"Oohh..." balas mereka semua sambil terangguk-angguk.

"Tapi, Uno tu siape sebenarnya? Dan ape kaitan dengan kitorang?" tanya Ochobot.

Tok Aba menghela nafas. "Uno sebenarnya, adik kepada Raja Adam dan juga pak cik kepada kamu semua.."

"Adik kepada Raja Adam?!" Mereka semua terkejut mendengar penjelasan Tok Aba.

Tok Aba mengangguk. "Dia buat dinding tu untuk menguatkan lagi kuasanya dan cuba merampas harta Raja Adam..."

"Jadi, lelaki yang serang kawasan kitorang hari tu, ialah Uno?!" kata Gopal dengan perasaan terkejut.

"Hah, dia serang kawasan korang?!" tanya Tok Aba yang tersentak dengan pernyataan Gopal.

"Betul tok.. Dia serang kawasan kitorang dengan tiba-tiba.." jawab Gempa.

Tok Aba meletakkan tangannya di dagu untuk berfikir seketika. Mereka yang lain memandang antara satu sama lain.

"Rudy, kene culik oleh Uno kan?" tanya Tok Aba.

Mereka yang lain hanya mengangguk.

"Atok tau, diorang culik Rudy untuk jadikan sebagai tebusan..." kata Tok Aba dengan serius.

"Tebusan?"

"Ya... Tapi, dia akan suruh Rudy untuk bekerja terlebih dahulu..." kata Tok Aba.

"Macam mana atok tahu?" tanya Yaya.

"Sebab, abang korang ade kat situ.." terang Tok Aba.

"Kitorang ade abang?!" Khai, Jet, Ali, Bulat, Iman, Moon, Alicia, Ochobot dan Roza terkejut dengan jawapan Tok Aba. Zass hanya membulatkan mata sahaja memandangkan dia tidak boleh bercakap.

"Betul... Kamu semua ada abang... Abang yang amat penyayang walaupun bersikap tegas..." terang Tok Aba.

"Jadi, kita perlu selamatkan Rudy dan abang kita!" kata Jet.

"Dan juga orang yang bekerja kat penjara tu.." kata Halilintar yang sedang berpeluk tubuh.

"Kenape?" tanya Ali.

"Sebab, mereka pun diseksa oleh Uno... Jadi, kita perlu selamatkan mereka juga..." jawab Taufan.

"Tapi, macam mana dengan bonda?" soal Solar.

"Dia setuju ke?" tanya Thorn pula.

Secara tiba-tiba, pintu dibuka luas dan kelihatan Permaisuri Hawa muncul di muka pintu.

"Baiklah, bonda beri keizinan untuk menyelamatkan Rudy dan Rizwan..." kata Permaisuri Hawa sambil tersenyum.

"Terima kasih bonda!"

"Tapi, siapa tu Rizwan?" tanya Ochobot dengan kerutan pada dahi.

"Itulah nama abang korang.." jawab Permaisuri Hawa.

"Oohh..." balas mereka bersembilan.

"Bile kita mulakan operasi kita ni?" tanya Fang sambil menyilangkan tangannya.

"Esok jelah.. Lagipun, dah malam ni..." cadang Blaze.

"Okey.." balas mereka yang lain.

√√√√√√√

Di tempat Rudy, kelihatan sekarang waktu makan. Rudy berada di kantin penjara bersama Rizwan.

"Jadi, macam mana abang boleh ade kat sini?" tanya Rudy.

"Sebenarnya, abang terperangkap kat sini sebab nak tolong ayah kau.." terang Rizwan sebaik sahaja selesai minum.

"Ayah? Siape?" tanya Rudy.

"Raja Karya..." jawab Rizwan.

Rudy terdiam.

"Mungkin kamu tidak percaya tapi, kita berdua ialah seorang putera.." bisik Rizwan, takut jugak kalau didengari oleh mata-mata Uno. Uno ni bukan calang-calang orang.

Rudy tersentak. "Betul ke?!"

Rizwan mengangguk. "Abang nak ceritakan banyak lagi, tapi, masa ni tak sesuai.."

"Takpe.. Nanti abang beritahu lain kali.." kata Rudy.

Rizwan hanya tersenyum lalu mengusap kepala Rudy. Dia baru sahaja berjumpa dengan Rudy sebulan lepas, tapi, nampak sangat Rizwan sudah tidak bertemu dengan Rudy bertahun-tahun.

Rudy hanya mendiamkan diri lalu tersenyum.

√√√√√√√

Keesokan hari, kelihatan Elemental Brothers sedang mengemas pakaian mereka di sebuah bilik yang besar.

"Hm, tak sangka kita ada bilik yang besar..." puji Ais.

"Haah.. Dahlah satu orang, satu katil..." ujar Thorn sedikit teruja dengan mata yang bersinar-sinar.

"Betul... Dan warna setiap katil dipengaruhi dengan warna kegemaran kita.." kata Solar.

"Hm, ape pun yang terjadi, kita perlu selalu bersama..." nasihat Gempa.

Mereka yang lain mengangguk.

Seperti Elemental Brothers, Ying, Yaya, Gopal dan Fang sedang mengemas pakaian.

"Hm, tak sangka kita ni adik-beradik kembar tak seiras kan?" kata Yaya.

"Ya lo... Aku sendiri tidak percaya..." ujar Ying.

"Dah, kemas baju korang tu..." pinta Gopal.

"Tapi, kita nak namakan ape kumpulan kita ni?" tanya Yaya.

"Perlu ke?" tanya Gopal.

"Hah, ape kata Kumpulan Power?" cadang Fang.

"Bagus juga tu..." kata Ying, setuju dengan cadangan Fang.

Yaya dan Gopal hanya mengangguk, tanda setuju.

Mereka yang lain juga sedang mengemas pakaian masing-masing.

"Korang, ape kata kita namakan kumpulan kita ni?" cadang Moon.

"Bagus jugak tu.. Tapi, nak bagi nama ape?" tanya Ali.

"Hah, ape kata letak nama.... Kumpulan Cerdik!" cadang Bulat.

"Macam pelik je..." kata Alicia sambil memandang pelik ke arah Bulat.

"Hm, kalau macam tu, Kumpulan Skills..." cadang Iman.

"Hm, okey jugak tu... Lagipun, kita semua ada skill masing-masing.." kata Jet, setuju dengan cadangan Iman.

Mereka yang lain hanya mengangguk, tanda setuju. Mulai hari ini, mereka merupakan Kumpulan Skills.

√√√√√√√

Di hadapan pintu pagar istana, kelihatan beberapa buah kereta berwarna hitam sedang menunggu Elemental Brothers dan yang lain.

Mereka semua sudah berada di hadapan pintu pagar istana dengan semangat yang berkobar-kobar.




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro